JOM FOLLOW

Thursday 24 April 2014

Jodoh Yang Pasti...




Aku pun Nak Berjodoh


A : Hmm… orang-orang sekarang. Asyik cakap pasal jodoh je. Tengok ni… buat status pasal cinta, jodoh, kekasih bla bla bla… Jodoh, jodoh, jodoh…
B : *pandang pada skrin laptop si A. Baca status kat fb*

A : Eh, eh. Kau pun buat status pasal jodoh? *terbaca nama akaun fb si B pada news feed*
B : *sengih macam kerang busuk* Alah, beb. Sekali sekala… Tak salahkan. Benda ni kan fitrah manusia. Manusia memang suka cakap pasal cinta, right?

A : Memanglah fitrah manusia suka bercakap soal cinta. Tapi manusia ni sering lupa atau pun buat-buat lupa.
B : Kau nak bersyarah apa pulak kali ni. *buat muka annoying*

A : Aku nampak muka annoying kau tu *cubit pinggang B*
B : Hahaha… sorilah beb. Okey-okey. Manusia lupa tentang apa? Tapi fitrah jugakkan manusia tu sering lupa, lalai, alpa.

A : Ya, kita memang sering lupa dan lalai. Tapi point aku sekarang, manusia asyik bercakap pasal jodoh dengan manusia. Kita lupa agaknya yang kita juga ada jodoh dengan kematian.
B : *angguk setuju*

A : 16 tahun dah ada yang kahwin. Dan pada usia yang sama juga ada yang dah meninggal. Kita mungkin tak berjodoh dengan manusia kat dunia ni. Tapi yang pasti kita akan berjodoh dengan kematian, beb. Kita mati sekali. Tapi kita hidup dua kali. Sekali di dunia, sekali lagi di akhirat yang kekal abadi. Persiapan ‘nak berjodoh’ dengan kematian tu kena mantap, beb.
B : *angguk faham. Baca semula status cinta dan status merapu meraban yang ditaip kat fb lalu terus padam!*


Tahu Tapi Tak Mahu... Rugi sangat rugi...


Tahu Tapi Tak Mahu




Satu malam… X & Y sedang menonton drama di tv3 slot Lestary.

X : Beb, aku ada soalan untuk kau.
Y : Apa dia. Macam serius je bunyinya.

X : Meme ah.. *gelak*
Y : Meme ahhh.. tanyalah cepat sementara iklan ni.

X : Ugh! Sabarlah. Okey macam ni soalan aku. Kenapa masih ada perempuan yang tak tutup aurat sedangkan dorang cukup tahu tutup aurat tu wajib dan kalau tak buat, seksaan Allah menanti kat akhirat nanti? Kenapa?
Y : Hmm.. sekadar tahu tapi tak mahu tak cukup beb.

X : Maksud kau?
Y : Dorang TAHU tutup aurat tu wajib. Tapi cukup ke sekadar TAHU TAPI TAK MAHU laksanakan perintah Allah? Nak tak nak, benda wajib, wajib kena buat. Kau faham tak erti WAJIB tu…

X : Laa… aku tanya kau, kau tanya aku pulak. Kau belum jawab soalan asal aku. Kenapa dorang tak nak tutup aurat. Ce kabo pendapat kau.
Y : Pendapat aku? Hmm… Mungkin dorang  tak cukup faham maksud ‘beriman dengan hari kiamat’.

X : Mohon pencerahan…
Y : Kalau dorang betul-betul beriman dengan hari kiamat, akan timbul rasa takut akan keadaan pada hari tu. Semua perbuatan kita di dunia, akan dibalas dekat sana. Kau rasa, kalau dorang benar-benar yakin akan adanya azab pedih bagi sesiapa yang ingkar, kau rasa dorang masih buat selamba ke dengan perintah Allah ni semua? Tak, beb. Dorang mesti takut, gerun dan akan timbul rasa nak berubah. Tapi mungkin keyakinan dorang sedikit kurang. Pokok pangkalnya… iman kita, beb. Sama ada kita benar-benar yakin, atau sebaliknya…

X : Jawapan kau tak pernah menghampakan aku, beb.
Y : Semua milik Allah, beb. Eh dahlah. Cite dah start… *fokus layan drama*


Lepas susah pasti senang...InsyaAllah!




 Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

A : Beb, kau okey ke ni?
B : Okey apanya! Seminggu aku bersengkang mata siapkan assignment tu. Aku buat sungguh-sungguh tau tak! Tapi sekarang assignment aku hilang. Kau rasa, aku okey ke?

A : Beb, Dia nak uji kaulah tu.
B : Dia? Siapa?!

A : Allah…
B : *terdiam seketika* Tapi kenapa, beb. Apa salah aku. Aku tak tiru assignment orang. Aku buat sendiri. Aku kerja keras siapkan benda tu. Kenapa Dia nak uji aku yang lemah ni?

A : Sebab Dia tahu kau kuatlah, Dia uji kau, beb. Sebab Dia tahu kau mampu hadap semua ni. Kau kena banyakkan bersabar.
B : Aku tak sepositif kau, beb. Sori..

A : Hmm… Aku bukanlah positif sangat. Tapi aku yakin, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang penting kau kena banyak bersabar. Sekarang kau memang tak nampak hikmah kenapa assignment kau hilang. Tapi mungkin Allah takdirkan untuk kau siapkan satu lagi assignment yang lebih baik. Nobody know, right? Sabar, beb. Kan Allah dah janji,  sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Al-Insyirah ayat 6… *senyum*

B : *diam lama* (Dan saat itu jugalah tiba satu SMS dari seorang sahabat).
-Beb, ada berita baik. Prof ajak kita kumpul kat library esok. Dia nak brain-storm pasal assignment yang susah gila gaban tu. Dengar cite jugak ada ura-ura dia nak bagi kita assignment yang lebih senang. Jumpa esok beb!
*senyum lebar*

A : Kenapa kau senyum? SMS siapa tu?
B : *tayang skrin telefon ke si A*

A : See…  Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, beb. Allah tak pernah kejamlah.
B : TQ, beb. Kau…

A : Nope! Bukan TQ kat aku. Tapi kat Dia…
B : Alhamdulillah… Terima kasih Allah…

A : Macam tulah kawan aku! *sama-sama tergelak ceria*