JOM FOLLOW

Monday 17 November 2014

Saidina Umar Al-Khattab


 BISMILLAH



UMAR AL-KHATTAB... SI PEMISAH HAQ & BATIL


BIODATA SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB
Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Keturunan :  Bani Adi,Quraisy
Tarikh Lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran  Rasulullah SAW)  
Tempat Lahir :  Makkah al-Mukarramah

PEMERINTAHAN
Jawatan :    Khalifah kedua daripada khalifah ar-Rasyidin
Tarikh Menjadi Khalifah :   Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi
Tempoh Pemerintahan :     10 tahun 6 bulan

KEWAFATAN
Tarikh Wafat    :       Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun )
Sebab Kewafatan :  Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi
                                bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah)

GELARAN
Gelaran :       Al-Farouq(pemisah antara hak dan batil)

SIFAT PERIBADI
1.BERANI
     •Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum
       Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW.
      •Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan 
        pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.

 2.BERANI MENEGAK KEBENARAN 
      • Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah ke 
         Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalanganya 
         secara terbuka.

JASA DAN PENGORBANAN

PEMERINTAHAN
•Mengemas kini Majlis Syura.
•Mengasas jabatan pentadbiran (jabatan cukai dan harta, jabatan persuratan dan ketenteraan)
•Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.
•Mengasaskan undang-undang hisab.
•Mengasaskan takwim islam.

  DAKWAH 
   • Penyebaran dakwah secara berleluasa 
       di wilayah baru (parsi-Mesir-Rom). 
   • Melatih gabenor di wilayah baru bagi 
        melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah. 
   • Menghantar para ulama ke serata tempat 
     untuk menyebarkan dakwah.

  PEMBANGUNAN NEGARA 
   •  Mengemaskini institusi Baitulmal 
   •  Penerokaan kawasan baru untuk pertanian 
      dan membina saliran air 
   •  Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir 
   •  Membina sekolah untuk mengajar dan mendidik 
      anak orang yang baru memeluk islam

TELADAN
•  Keperibadian Mulia Saidina Umar 
•  Sikap Berani Tegas demi kepentingan islam 
•  Istiqamah dengan pekerjaan yang diredhai Allah 
•  Berwaspada terhadap musuh  


Saidina Abu Bakar As-Siddiq


-BISMILLAH-



ABU BAKAR... SAHABAT SEJATI

BIODATA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
•Nama sebenar adalah Abdullah bin Abi Quhafah.
• Lahir selepas 2 tahun kelahiran Rasulullah SAW.
• Berketurunan Bani Tamim.
• Orang pertama yang memeluk Islam.

GELARAN
• Digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' & Mikraj.

SIFAT PERIBADI
• Seorang yang jujur, berbudi pekerti yang baik, perangai yang terpuji.

KEISTIMEWAAN
• Orang yang menemani Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
• Bersama Nabi dalam Gua Thur.

PEMERINTAHAN
• Menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama mulai 11 Hijrah hingga 13 Hijrah ( 632 Masihi hingga 634 Masihi).

KRONOLOGI PELANTIKAN MENJADI KHALIFAH PERTAMA
• Apabila Rasulullah SAW wafat, orang Ansar berkumpul di Saqifah Bani Saidah untuk melantik pemimpin mereka sebagai khalifah.
• Saad bin Ubadah dari suku Khazraj dicadangkan.
• Setelah diketahui berita tersebut, Saidina Abu Bakar, Umar bin Al-Khattab & beberapa orang Muhajirin datang ke tempat itu.
• Berlaku perbincangan mengenai perlantikan khalifah.
• Muhajirin & Ansar masing-masing memberi ucapan.
• Abu Bakar memberi ucapan kemudian mencadangkan mereka melantik samada Umar atau Abu Ubaidah.
• Kedua-duanya membantah, Umar berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi janji setia.
•Kemudian diikuti oleh umat Islam yang lain.
• Mereka bersetuju Saidina Abu Bakar dipilih menjadi khalifah.

JASA
• Memerangi golongan murtad yang terpengaruh dengan nabi-nabi palsu & golongan yang enggan membayar zakat.
• Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah SAW.
• Melantik khalifah selepasnya untuk memelihara perpaduan umat Islam agar tidak berlaku perselisihan dalam soal perlantikan khalifah selepas beliau wafat.
• Mengembangkan syiar Islam ke negeri Farsi & Rom.
• Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW.
• Berusaha mengumpulkan al-Quran.

KEWAFATAN
• Wafat pada 23 Jamadilakhir 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam Rasulullah SAW di Madinah.

Monday 3 November 2014

Pengadilan Allah Di Padang Mahsyar |BAB 1|




Bismillahirrahmaanirrahim.


BAB 1 : PENDAHULUAN

Dunia ini diciptakan Allah SWT sebagai tempat kehidupan dan kematian. Manakala akhirat pula sebagai tempat pembalasan dan kehidupan yang kekal abadi.

Alam akhirat itu adalah alam yang ghaib. Bagaimakah bentuk dan hakikatnya, tidak perlu kita menyelidiknya dengan mendalam. Pemikiran manusia tidak kesampaian untuk memikirkan kekuasaan Allah SWT tentang ghaib itu. Pengetahuan yang dikurniakan Allah SWT dalam hal ini juga amat terhad. Alam akhirat, sesungguhnya tidak sama dengan alam dunia.

Ada pun sifat dan hakikat yang sebenarnya tentang alam akhirat tidaklah terjangkau oleh ilmu pengetahuan dan teknologi milik manusia. Hanya iman dan takwa sahaja yang dapat meyakininya. Hati nurani dan jiwa manusia yang beriman mempercayai  sepenuhnya tentang adanya alam akhirat dengan segala nikmat dan seksaannya seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran dan hadis baginda Rasulullah SAW.

Keyakinan atau kepercayaan yang diajarkan Islam itu antara yang terpenting ialah enam keyakinan yang dinamakan sebagai RUKUN IMAN. Beriman kepada Allah SWT, para malaikat, para rasul, kitab-kitab dan hari akhirat serta qadha dan qadar.

Dalam kehidupan dunia ini, ada orang yang jahat dan ada orang yang baik. Jikalau orang jahat itu semasa hayatnya di dunia, tidak sempat dikenakan hukum, maka setelah matinya terlepas begitu saja, tentulah tidak adil. Oleh itu, hari akhirat adalah amat perlu bagi menghukum orang-orang jahat yang belum sempat dihukum semasa di dunia. Demikian juga kepada orang-orang yang berbuat baik, perlu juga mendapat pembalasan dan ganjaran hasil daripada perbuatannya.

Kehidupan di akhirat adalah suatu yang sudah pasti akan berlaku. Bukan sedikit ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang adanya hari akhirat itu.

Al-Quran telah memberikan perhatian yang istimewa mengenai keadaan atau pemandangan di hari akhirat. Antara lainnya yang berkenaan  dengan alam kubur yakni alam barzakh, hari kebangkitan dan pengadilan Ilahi di padang mahsyar, suasana di syurga dan seksaan Allah SWT di neraka.

Apabila manusia meninggal dunia, yang mati adalah jasadnya sahaja. Roh manusia akan tetap  hidup di alam barzakh dengan segala kesedaran.

Di alam barzakh itu, manusia (roh) akan hidup  tanpa jasad (tubuh zahir), sama seperti kehidupan para malaikat dan jin. Kehidupan manusia setelah dibangkitkan dari alam barzakh, roh dan jasadnya akan disatukan semula sehingga dapat melihat, mendengar dan merasa seperti mana di dunia.

Alam barzakh bererti alam penantian. Yang ditunggunya di situ adalah hari berlakunya kiamat.

Pada masa kiamat kelak, seluruh alam semesta ini akan hancur lebur dan digantikan dengan alam baru, iaitu alam akhirat yang kekal abadi. Di akhirat kelak, hanya ada dua tempat, yakni SYURGA dan NERAKA.

Susunan oleh Haji Mohd Suriekh