Bismillahirrahmaanirrahim....
Official wajah baby ke-empat cikpenulis |
Alhamdulillah. Bersyukur pada Dia yang mengizinkan semua ni berlaku. Tahun 2015 dari awal tahun hingga pertengahan tahun, banyak yang jadi sebenarnya. Ingatkan dah tak nak hantar manuskrip Mencari Si Pelengkap Hati ni kat mana-mana. Tapi hati ni - kerana cinta pada penulisan - kuteruskan jua.
Terima kasih kepada semua yang menyokong dari awal MSPH diletak dalam blog ni. Koranglah pembaca setiaku. Harap korang sudi dapatkan novel ni nanti ^_^
Harga dia RM25 (SM) dan RM28 (SS). Boleh beli online dengan Karyaseni. Siap ada diskaun RM3. Tahun ni cikpenulis takde ambil order. So takde lah TT ku dimana-mana. Hahaha.. *bajet femes*
K lah malas nak bebel panjang bukan ada orang nak baca pun. Ini blurb novel ni. Moga korang suka ^_^
#MencariSiPelengkapHati
CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang.
Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri!
“Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi... tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda
“Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang. Abang nak paksa Nuha terima cinta abang. Tapi… soal hati siapa yang boleh paksa. Jadi sekarang, abang akan tunaikan permintaan Nuha dengan syarat, Nuha perlu pergi dari hidup abang dan keluarga abang!” – Ihsan Zuhri
Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali.
Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?
Pada saat Tuhan menjentik hatinya untuk mengenal erti cinta, ujian hadir untuk menguji sejauh mana dia ikhlas melepaskan perasaan itu andai orang yang dicintainya itu tidak mampu mencintainya.
“Kenapa lepas abang macam ni baru Nuha nak terima abang. Kalau bukan sebab simpati sebab apa lagi?!” – Ihsan Zuhri
“Rasa kasih ini bukan bertiketkan sebuah kasihan, cikgu. Mungkin sekarang adalah waktu yang dijanjikan Allah. Saat di mana Allah tahu Nuha Huda sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang isteri.” – Nuha Huda
Andai benar setiap orang akan menemui si pelengkap hatinya sendiri, mampukah perkara yang sama berlaku dalam hidup Nuha Huda? Akan ternoktahkah pencariannya untuk mencari si pelengkap hatinya?
-Alhamdulillah-