DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
BAB 30
Beberapa minggu sudah
berlalu semenjak dari kejadian Gee merajuk dengan aku. Sebagai manusia biasa
yang selama ini memang rasa sunyi itu sudah sebati dalam diri, aku cuba untuk
keluar dari kotak kebiasaan itu. Aku mencari teman untuk berkongsi cerita. Pada
Gee aku luahkan segalanya. Mengenai kehidupanku sewaktu di kampung dan aku
jawab juga soalan Gee tentang Cikgu Ihsan.
Pasal layanan buruk mak
su dan pak su, turut aku ceritakan pada Gee. Pasal kebencian mak su pada aku
dan arwah ibu aku bongkarkan sekali. Gee sangat bersimpati. Dia siap
menangis-nangis lagi lepas aku cerita aku pernah didera. Bukan niat untuk aku
mengaibkan mak su dan pak su, namun itu adalah sebahagian dari masa laluku yang
ingin aku kongsikan dengan Gee. Kalau aku tak cerita pasal benda tu, akan jadi
sukar untuk aku cerita pasal Cikgu Ihsan.
Gee anggap aku dan Cikgu
Ihsan rapat. Dia cakap, Cikgu Ihsan mesti ada perasaan dekat aku.
Gee memang hanya dapat
mengagak. Kerana tentang perasaan cinta Cikgu Ihsan pada aku memang aku tak
sanggup nak kongsi dengan Gee. Bagi aku tak ada faedah cerita benda yang tidak
akan aku ambil serius. Cinta bukan fokus utama aku. Lagi pula semenjak dua
menjak ni Cikgu Ihsan dah lain macam sikit sikapnya. Kesibukannya buat dia tak
cakap banyak dengan aku. Aku pula apa lagi. Bukan selalu cakap banyak pun
dengan dia. Dia diam, lagilah aku diam.
“Nuha…” Suara Cikgu
Ihsan yang tiba-tiba muncul membangunkan aku dari lamunan. Assignment yang
belambak depan mata rupa-rupanya tak terusik lagi setelah fikiran berkhayal
fikir banyak benda.
Aku segera duduk lebih
sopan apabila Cikgu Ihsan ambil tempat di hujung pangkin. Pangkin yang dibina
ala-ala kampung ini merupakan hasil kerja Cikgu Ihsan dan Uncle Is bagi
mencantikkan lagi taman bunga mini mereka ini. Aku sengaja lepak dekat sini
siapkan assignment. Hirup udara segar.
“Sibuk ke?” tanya dia sambil
mata mula jeling kertas-kertas yang bergelimpangan depan aku.
Aku gelengkan kepala.
Terasa janggal dan kekok pula bila dah berminggu-minggu Cikgu Ihsan tak tegur
aku sedekat ni. Yalah sebelum ni dia ambil aku, hantar dan ambil aku ke kolej
tanpa banyak cakap. Selepas dia hantar aku balik, dia akan borak kejap dengan
Aunty Izzah lepas tu dia terus balik kondo. Sudahnya kami tak banyak cakap lagi
macam dulu.
Tapi… sejak bila aku
pandai ambil peduli tentang semua ni. Hmm… dah lain macam hati ni.
“Hujung bulan ni Nuha
tahu kan family kita ada buat family day dekat Janda Baik. Nuha boleh join sekali tak?” soal Cikgu Ihsan
dengan nada lembut. Rindu pula aku dengan suara lunaknya itu.
“Tahu. Alhamdulillah
nasib baik saya cuti time tu. Tapi
dua hari ajelah. Sebab lepas cuti tu ada test,”
jawab aku tanpa memandang wajahnya.
Tak sangka aku diajak
sekali oleh keluarga Cikgu Ihsan untuk sertai mereka menyambut hari keluarga di
Janda Baik. Kata Aunty Izzah, acara tu acara wajib mereka sekeluarga. Memang
dah masuk dalam jadual tahunan. Waktu cuti sekolah macam ini sajalah mereka
dapat berkumpul dengan saudara dekat dan jauh.
Aku mulanya nak menolak
sebab merasa tak layak sertai mereka. Yalah siapalah aku ni. Orang asing. Tapi
Aunty Izzah beria-ia memujuk. Siapa buat protes bila aku cakap tak nak ikut.
Kesian dengan dia, sebab tu aku setuju juga. Walaupun hanya dua hari.
Tingkah Cikgu Ihsan
yang tiba-tiba mengengsot lebih ke depan buat aku tercengang dalam diam.
Tangannya mencapai sebatang pensel dan meminta keizinan aku untuk mengambil
sehelai kertas A4.
“Boleh abang ambil
sehelai kertas ni?” tanya dia sambil senyum. Aku garu kepala yang ditutupi
dengan tudung. Kepala diangguk sekali. Mestilah boleh. Aku bukan kedekut sangat
nak berkira. Tapi dia nak buat apa dengan pensel dan kertas ni.
“Semenjak dua menjak ni
abang sibuk betul. Tak sempat nak borak lama-lama dengan Nuha. Rindu…” Tidak
jelas perkataan terakhir yang terluah dari bibir Cikgu Ihsan. Rin apa?
Rindukah?
“Ehem…” Cikgu Ihsan
tiba-tiba terbatuk. Dia senyum nipis pada aku.
“Pasal kuliah Nuha pun
tak sempat nak tanya. Err, Nuha happy
dengan dunia baru ni?” Cikgu Ihsan duduk bersandar ke tiang pangkin sambil
sebelah lututnya diangkat. Kertas A4 diletak cermat ke atas lututnya selepas
dialas dengan buku rujukan. Tangan dia seakan-akan menari-nari di atas kertas
tu. Entah apa yang dia conteng.
“Hai… tak sabar ke nak
tengok hasil lukisan abang? Tunggu ya, abang tengah usahakan ni.” Dia tersenyum
sebelah. Aku makin kalut konon buat sibuk menulis.
“So, macam mana dengan study?
Okey? Dengan Gee okey? Or dah dapat
kawan baru? Lebih ramai… lebih meriah… lebih seronok…” Dia bersuara dengan
duduknya masih santai dan tangannya masih ligat menconteng.
“Kolej okey. Gee pun
okey. Kawan baru? Erm… adalah sorang dua,” jawab aku acuh tak acuh. Geram sebab
dia langsung tak bagi aku peluang tengok lukisan dia tu.
“Hai pendeknya jawapan.
Bukan main abang tanya.” Cikgu Ihsan bersungut pula.
Perasan keterlanjuran
jawapanku yang tidak memuaskan hatinya, aku segera angkat muka dan tinggalkan
terus kerja buatku. Aku jawab lagi sambil ucap maaf terlebih dahulu padanya.
“Sorrry. Erm, Alhamdulillah semuanya okey. Banyak dapat pengalaman
baru. Pensyarah pun baik-baik. Kalau cakap pasal Gee pulak, kita orang makin
rapat. Suka sangat kawan dengan dia.”
Jawapanku itu buat Cikgu
Ihsan tersenyum tanpa pandang muka aku. Matanya pada kertas namun bibirnya
tetap ukir senyuman. Aku pandang sekilas padanya. Dia senyum pada aku ke? Ke
aku yang perasan?
“Suka abang dengar Nuha
bercerita macam ni. Hilang penat abang seminggu dua ni hadap kerja dekat
bengkel yang belambak tu. Bila fikir balik, lebih seronok jadi cikgu dari kerja
dekat bengkel.” Rungutan Cikgu Ihsan aku sambut dengan kerutan menebal di dahi.
Bibir kutetap perlahan. Satu soalan tak semena ringan meniti di mulut.
“Kalau macam tu, kenapa
cikgu berhenti jadi cikgu? Teruskan aje minat cikgu jadi tenaga pengajar.
Kenapa pilih kerja dengan Uncle Is?” Banyak pula aku bertanya. Terus aku tunduk
segan. Tak pernah aku tanya banyak macam ni dekat dia. Kenapa dengan aku ni?!
Terhegeh-hegeh nak berbual dengan Cikgu Ihsankah? Rindu sebab dah lama tak
borak dengan dia? Nuha! Apa kena dengan kau ni! Hati aku menjerit-jerit
bingung.
“Wow tak sangka Nuha
sudi tanya abang soalan-soalan tu.” Ada tawa dihujung katanya. Cikgu Ihsan
berhenti menconteng kertas A4. Sebaliknya dia mula tegakkan badan memberi
fokusnya pada aku. Aku pulak serba salah tengok dia. Mulalah pandangan aku
larikan entah ke mana. Buat-buat sibuk menelaah.
“Hmm… abang memang
minat jadi cikgu. Kalau boleh memang tak nak berhenti jadi cikgu walaupun cikgu
sementara. Tapi…” Dia berhenti berkata-kata. Aku masih tunduk sambil pasang
telinga.
“Tapi pelajar kesayangan
abang dah tak belajar dekat sekolah tu lagi. So, abang kenalah ikut dia sekali. Jaga dia, perhatikan dia dan…
sayang dia…” Aku telan liur. Cikgu Ihsan tengah cakap pasal aku ke?
“Di mana ada Nuha,
InsyaAllah di situ akan ada abang. Bukan sebagai kekasih, tapi cukup sekadar
penjaga Nuha.” Kata-kata itu buat aku dongakan muka memandang mukanya. Dia
sedang tersenyum pada aku rupanya.
“Nah. Nikmati hasil
seni dari abang ni. Jangan nak minta autograph
dari abang sudah. Abang tak layan peminat-peminat ni.” Mengekek dia ketawa.
“Ambillah. Penat abang
lukis tau.” Serba salah aku nak menyambut hulurannya. Tapi aku memang nak
tengok sangat apa yang dia lukis.
“Okey.
Tak sudi ke? Erm… tak apa. Biar abang sim…”
Pantas aku menarik
kertas A4 dari tangannya. Dia tersengih. Aku terus tunduk. Malunya!
Mata mula menilik hasil
seni yang terlakar pada kertas putih itu. Cukup memukau lukisan pensel itu.
Pemandangan di taman
mini ini juga. Dari bahagian atas sebelah kiri kertas terlakar sebahagian wajah
seorang wanita bertudung. Wanita itu tertunduk ke bawah memandang sesuatu.
Di bahagian atas
sebelah kanan pula tercalit lakaran sebahagian pangkin. Dan bahagian lain
dihiasi dengan bunga-bungaan.
“Ini bukan ke…” Aku
dongakkan muka mencari wajah Cikgu Ihsan. Sayangnya kelibatnya sudah tidak
kelihatan. Aik, dia dah pergi? Diam-diam aje.
Kepergian Cikgu Ihsan
tidak aku hiraukan sangat. Yang menjadi fokusku adalah lakaran indah pada
kertas A4 ini.
Aku yakin. Sangat yakin
bahawa lukisan pensel ini menggambarkan keadaan di taman ini. Aku yakin kerana
adanya pangkin dan bunga kegemaran Cikgu Ihsan terlakar sama di situ. Bila
pandang sebelah kanan, memang ada bunga Kembang Tiga Bulan di hujung taman.
Memang aku tak sangka.
Begitu berbakat rupanya Cikgu Ihsan dalam bidang lukisan. Apa lagi agaknya
bakat yang dia ada. Memasak pandai, mengemas rumah pandai, potong rumput
pandai, melukis pun pandai.
Makin lama aku tilik
lukisan wanita bertudung itu, aku mula perasan ada perkataan yang tertulis pada
hujung tudung gadis dalam lukisan ini. Tilik punya tilik, rupanya ada nama… aku???
Mulut dah melopong.
NUHA. Itu yang tertulis
pada hujung tudung gadis dalam gambar. Jadi gadis dalam lukisan ni adalah…. aku?
Makin kalut aku mencari
kelibat Cikgu Ihsan saat itu. Sayangnya sudah entah ke mana dia menghilangkan
diri.
BAB 31
Tak lena tidur aku
malam ni. Semuanya gara-gara lukisan Cikgu Ihsan dan kata-kata lelaki itu pada
petang tadi. Semuanya masih terngiang-ngiang di benak ni.
“Hmm…
abang memang minat jadi cikgu. Kalau boleh memang tak nak berhenti jadi cikgu
walaupun cikgu sementara. Tapi…”
“Tapi
anak murid kesayangan abang dah tak belajar dekat sekolah tu lagi. So, abang
kenalah ikut dia sekali. Jaga dia, perhatikan dia dan… sayang dia....”
Adakah itu bermakna dia
berhenti jadi cikgu semata-mata demi aku? Aku??? Kenapa mesti sebab aku dia
berhenti mengejar cita-citanya itu. Ya Allah, dia betul-betul buat aku rasa
bersalah.
Tapi…
Kalau dia berhenti mengajar
dekat sana sebab aku tak belajar di sana, dan dia masih minat mengajar atau
menjadi seorang cikgu, kenapa dia tak minta saja jadi cikgu dekat Kuala Lumpur
ni. Bersepah sekolah dekat sini. Hmm, ada keanehan di situ.
Dia sengaja cakap macam
tadi nak buat aku rasa bersalah ke? Atau niat dia sekadar nak nyatakan ayat dia
yang terakhir tu? Sayang aku…
Tak fahamlah aku dengan
Cikgu Ihsan ni. Dia dah janji takkan terus menyayangi aku. Tidakkah ini
bagaikan satu hint yang menunjukkan
bahawa dia masih berharap pada aku. Hisy, aku yang perasan atau memang Cikgu
Ihsan masih berharap pada aku?!
Pening memikirkan
segala kemungkinan itu, akhirnya aku terbaring lesu ke katil. Dipicit-picit
kepala yang mula terasa kembali semak dengan ‘masalah cinta’.
Sedang otak tengah
kusut memikirkan tentang si dia itu, tak sangka ada mesej dari si dia yang
masuk. Miss Pupu aku capai dari atas meja.
Miss Pupu merupakan telefon
bimbit yang Cikgu Ihsan hadiahkan untuk aku. Dengan kebudak-budakannya, aku
turut bagi nama pada handphone aku ni.
Kata Cikgu Ihsan,
memberi nama pada barangan kesayangan kita merupakan satu sunnah Nabi Muhammad
SAW. Biasanya kita sinonim memberi nama pada binatang kesayangan tidak pada
barangan kesayangan.
Tetapi Nabi SAW gemar meletakkan
nama pada barang kesayangan Baginda. Contohnya cawan. Baginda memberi nama
Ar-Rayyan pada cawan itu. Mangkuk pula diberi nama Al-Gharra. Dan sebuah pedang
yang mahsyur bernama Dzul Faqqar selalu dibawa baginda ketika pergi berperang.
Kerana memikirkan itu
satu sunnah, terus aku bersemangat fikirkan sebuah nama untuk telefon pintarku
ini. Sebab telefon ni warna putih jadi aku bagi namanya Pupu. Miss Pupu. Bila Cikgu
Ihsan berkeras nak tahu nama yang aku berikan pada handphone aku, terpaksalah dengan tebal muka aku jawab. Boleh pulak
dia tergelak. Hmm, sabar ajelah!
-Hai. Dah tidur ke?
Itu WhatsApp yang Cikgu
Ihsan hantar. Aku sempat jeling jam pada skrin. Dah pukul 11 malam rupanya. Hai
dia berjaga malam ke? Hati berdesis sendirian.
Aku balas agak lambat
teksnya. Tak nak dia fikir aku teruja nak berbalas WhatsApp dengan dia
malam-malam buta ni. Lepas dua minit berlalu baru aku balas. Tu pun jawab
dengan jawapan yang sangat pendek.
-Belum.
Aku melihat Cikgu Ihsan
sedang typing.
-Amacam cantik tak lukisan abang tadi? Berapa star Nuha
nak bagi? J
Emoticon smile diletak
di hujung teksnya. Aku senyum sambil membalas.
-Cantik. Star? Perlu ke
bagi star? Macam budak-budak tadika aje.
-Mestilah perlu. Penat
jari-jemari abang melukis tadi. Err… Nuha perasan tak abang lukis apa dan siapa?
Aku diam agak lama
sebelum menjawab teks itu. Kalau aku jawab aku perasan, nanti karang aku yang
terperasan dia tu lukis muka aku. Entah-entah gambar Aunty Izzah yang dia
lukis. Hisy, tak boleh. Malulah aku nanti.
Tapi… kalau aku jawab
tak, nanti dia anggap aku tak hargai lukisan dia yang sememangnya sangat
mempersonakan tu.
Dan
akhirnya aku balas dengan ayat…
-Sekali pandang macam
dekat taman bunga auntie aje. Dan perempuan bertudung tu mungkin auntie kot.
Aku tergelak sendirian.
Sorry auntie. Nuha terpaksa guna nama
auntie.
-L Mama??? Perempuan
dalam tu muda lagilah. Tiliklah tudung yang abang lukis tu. Tudung ala-ala
Neelofa kot! Maknanya muda lagilah.
Makin tak tahan aku
gelak. Macam bengang aje Cikgu Ihsan dekat sana.
-Owh ya ke tudung
Neelofa. Ingatkan tudung mak-mak.
Dua minit menunggu,
tiada lagi Cikgu Ihsan typing. Last scene memang dua minit yang lalu.
Tapi teks yang aku hantar tadi dah dua blue
tick dah. Menandakan dia dah buka teks WhatsApp aku tadi.
Aku garu kening. Kenapa
Cikgu Ihsan tak balas ni. Dia dah tidur ke? Tak semena aku rasa gelisah.
Dari elok berbaring,
aku bangun sandarkan badan ke kepala katil. Bantal aku peluk kemas. Teks dari Cikgu
Ihsan aku tunggu penuh sabar.
Lama menunggu, lega
hati aku bila dia kembali typing.
-Tak apalah kalau orang
kat sana tak perasan kita lukis apa. Tiba-tiba rasa mengantuk pulak mata ni. Nak
tidur dululah ya Cik Nuha. Esok, kalau sudi dan kalau nak buat orang kat sini
tak kecik hati, boleh tak sediakan nasi goreng ikan bilis plus telur mata
kerbau untuk orang kat sini? Kalau tak sudi jugak tak apalah. Assalamu’alaikum.
Good night.
Lepas baca teks boleh
tahan panjang dari Cikgu Ihsan tu, aku hanya mampu cebikkan bibir separuh. Merajuk rupanya anak teruna Aunty Izzah ni. Patutlah
lambat balas. Itu pun naik sentap.
Tapi apa dia cakap
tadi. Dia nak aku masak untuk dia esok? Buatkan dia nasi goreng?
Kalau sudi ya? Kalau
aku tak sudi, maknanya dia nak merajuk lagi dengan aku? Hai… tak sangka sungguh
Cikgu Ihsan suka merajuk macam ni. Dia ingat aku nak pujuk dia ke? Tolonglah…
Sambil geleng kepala,
teks WhatsAppnya itu tidak lagi aku balas. Aku letak perlahan Miss Pupu ke
meja.
Badan yang sudah
keletihan kubaringkan ke katil. Kain gebar ditarik hingga separuh badan. Mata
aku cuba pejamkan dan otak bekerja keras untuk tidak memikirkan tentang rajuk Cikgu
Ihsan.
Rasa macam poyo sangat Cikgu
Ihsan merajuk dengan aku. Tak sesuai sangat. Lepas kami berdua tak bercakap
banyak semenjak dua menjak ni, tiba-tiba petang tadi kita orang cakap balik dan
malam ni dia merajuk dengan aku? Eee, tak sesuai langsung!
Persoalannya… perlu ke
aku pujuk dia? Perlu ke?
Kain gebar ditarik
menutupi seluruh tubuh. Tidur lagi baik!
*****
Entah betul ke tidak
tindakan aku ni. Rasa macam tak betul pun ada. Tapi sebab tak nak kecewakan
hati Cikgu Ihsan yang dah banyak tolong aku, aku tabahkan hati untuk masakan
dia nasi goreng bilis dengan telur mata kerbau. Alah setakat nasi goreng dengan
telur goreng apalah sangat.
Bila
Nek Som tanya kenapa aku rajin masak nasi goreng tu, aku jawab…
“Alah tak apalah, Nek
Som. Sekali sekala kita makan nasi goreng bilis yang Nuha buat apa salahnya,
kan? Cubalah Nek Som rasa. Lepas tu bagi Nuha star.” Ayat star tu aku
tiru ayat Cikgu Ihsan semalam. Merajuk lagikah dia dengan aku? Kita tengok
lepas aku bagi nasi goreng ni nanti.
“Star? Nuha nak bintang? Penatlah Nek Som nak panjat langit tu. Lutut
ni gigil-gigil Nuha. Sparepart pun
dah tak ada jual dekat kedai.”
Aku gelak sakan dengar
lawak seposen Nek Som. Gembira rasa hati dapat ceria-ceria macam ni di pagi
hari. Dah lama rasanya tak ceria macam ni. Mulalah hati rindu pada arwah ibu.
Ibu pun suka buat lawak seposen di pagi buta. Maklumlah time tu aje kami ada masa nak borak panjang.
“Hai happy aje kau orang berdua ni. Nuha, apa
yang lucu sangat tu?” Suara Aunty Izzah buat aku berhenti ketawa. Senduk di
tangan aku lepaskan perlahan dalam kuali yang terisi dengan nasi goreng bilis
yang hampir siap. Aku senyum pada Aunty Izzah yang sudah ambil tempat di
sebelah Nek Som di meja bulat.
“Nek Som buat lawak
tadi, auntie. Sakit perut Nuha gelak,” ujarku kembali tergelak.
“Nek Som ni memang suka
sangat buat lawak seposen dia tu. Happynya
auntie tengok anak dara auntie senyum-senyum macam ni. Lapang dada ni.” Auntie
Izzah senyum penuh makna pada aku. Senyuman penuh kasih sayang.
Aku segera matikan api
dapur gas. Langkah kuatur lemah mendapatkannya. Tanpa duduk ke kerusi, aku
hanya berdiri di sebelahnya.
“Auntie anggap Nuha
anak auntie? Terharunya Nuha. Dahlah menumpang dekat sini.” Aku berkata sambil
tundukkan muka. Saat itu tangan aku mula rasa dipegang.
“Hisy, Nuha ni. Memang
dari hari pertama Nuha dekat sini auntie dah anggap Nuha macam anak auntie
sendiri, kan? Kenapa ni sayang? Nuha pulak ke yang tak sudi jadi anak auntie?”
Aunty Izzah senyum. Aku balas senyumannya itu dengan senyuman kelat.
Tak menjawab dengan suara,
aku gelengkan kepala. Saat dan ketika itulah Nek Som buat lawak seposen dia
lagi. Hilang mood sedih pagi-pagi ni.
“Dahlah kau orang berdua
ni. Nek Som yang layan drama Korea sedih malam tadi pun tak sedih pagi ni tau. Tiba-tiba
nak emosi. Lemaulah semangat Nek Som nak happy-happy
pagi ni.” Merungut panjang Nek Som sambil buat muka.
Aku dan Aunty Izzah
tergelak riang mendengar bebelan itu.
“Tapi betul apa yang
saya cakap tadi tu, Nek Som. Bukan niat nak bersedih. Tapi… saya memang dah anggap
Nuha ni macam anak saya. Kalau boleh dan kalau Nuha sudi, nak sangat saya
dengar dia panggil saya mama.” Aunty Izzah bercakap tanpa pandang aku
sebaliknya pandang wajah Nek Som.
Aku diam dan pegun di
situ mendengar permintaan dari Aunty Izzah itu. Untuk tunaikan keinginannya itu
sungguh aku merasa sangat berat. Walau nada suaranya suram dan sayu seakan-akan
nak menjerat aku memanggilnya dengan panggilan ‘mama’, lidah ini tetap sukar
untuk berkata-kata.
Belum sampai masanya lagi
aku memanggilnya dengan gelaran itu. Aku segan. Apa kata anak-anak dia nanti.
“Err… auntie dengan Nek
Som nak cuba nasi goreng Nuha tak? Biar Nuha hidangkan ya.” Tak mahu panjangkan
isu itu, aku bersuara pura-pura ceria. Langkah kembali diatur ke dapur gas.
Nasi goreng yang sudah siap aku cedukkan ke dalam mangkuk besar.
“Hmm… tak apa sayang…
auntie bagi Nuha masa. Tapi Nuha jangan marah tau kalau auntie dulu yang
bahasakan diri auntie ni mama bila cakap dengan Nuha. Hmm?” Entah bila Aunty
Izzah melangkah, tubuhnya sudah berada di sebelah aku. Aku pandang dia lalu
tersenyum nipis. Dia nak bahasakan dirinya mama? Hmm… apa hak aku untuk
menghalangnya.
“Mama faham keadaan Nuha.
Mama tak paksa. Jom sama-sama kita
hidangkan breakfast ni. Mama, papa
dan Nek Som dah tak sabar nak rasa nasi goreng bilis ni. Kalau Nuha nak tahu,
nasi goreng bilis ni kegemaran Ihsan tau.”
“Apa? Nasi goreng
kegemaran cikgu?”
Auntie Izzah angguk.
Saat itu sungguh aku
merasa seperti mahu tercekik. Wah, rupa-rupanya Cikgu Ihsan sengaja buat pesanan
makanan kegemarannya. Ingatkan dia suka-suka saja suruh aku buat nasi goreng
bilis ni.
“Hai kenapa tu?
Menungkan apa lagi? Jom kita hidangkan. Nek Som bancuhkan air kopi ya. Pekat
sikit. Lagi pekat lagi kaw…” Aunty Izzah sudah berubah arah menghampiri Nek
Som.
Aku pula masih
tercengang di situ memerhatikan nasi goreng bilis dan telur mata kerbau yang
sudah aku siapkan.
Lama aku renung nasi tu
sehinggakan fikiran mula terimbau pada kenangan aku dan Cikgu Ihsan ketika di
tempat rahsia aku ketika di sekolah dahulu.
Dulu dia masakkan aku
mee goreng dan buatkan aku sandwich. Hari ini aku buatkan dia nasi goreng dan
telur mata kerbau. Sudah terbalaskah budi aku ini padanya? Cukupkah sekadar aku
bayar dengan nasi goreng dan telur mata kerbau? Sudah semestinya tidak!
BAB 32
“Wah nasi goreng bilis
dengan telur mata kerbaulah. Siapa yang masak ni, mama?” soal Cikgu Ihsan
dengan nada ceria. Amboi dia bajet tak tahu apa-apa ya.
Aku perasan dia jeling
aku. Aku buat selamba saja. Tangan sibuk tuangkan air kopi ke dalam cawan.
Paling akhir, aku tuangkan air ke dalam cawan Cikgu Ihsan.
“Nuha yang masak hari
ni. Mama dah cuba rasa sikit tadi. Memang terbaik. Wajib Ihsan tapau bawak
pergi kerja hari ni.” Aunty Izzah bersuara dengan wajah yang ceria. Diceduk
nasi goreng masuk ke dalam pinggan Uncle Is dan anak terunanya.
“Terima kasih,” ucap Cikgu
Ihsan separa berbisik apabila aku mendekatinya untuk tuangkan kopi. Ucapan
terima kasihnya itu buat aku senyum dalam diam. Sama-sama…
Usai tuangkan air ke dalam
semua cawan, aku duduk ke kerusi. Pinggan sudah terisi dengan nasi goreng.
Aunty Izzah yang tolong cedukkan. Aku senyum padanya tanda terima kasih.
“Hmm sedapnya. Pandai Nuha
masak. Tak sangka Nuha sudi masakkan nasi goreng kegemaran abang ni. Pa,
bagilah star.” Cikgu Ihsan tekankan
sedikit perkataan star tu. Dalam
diam, aku perasan bibirnya agak muncung mungkin sengaja nak sindir aku. Yalah
semalam aku tak bagi dia star.
Uncle Is kunyah
perlahan nasi goreng sekali dengan secubit telur goreng. Setelah itu muncul
senyuman di bibirnya. Sambil pandang aku, dia bagi markah. Berapa bintang
agaknya aku dapat.
“Lima bintang! Markah
penuh uncle bagi,” ucapnya berseloroh. Ketawa kecil Aunty Izzah dengan bintang
yang diberikan oleh suaminya itu. Aku juga gelak sama. Ada-ada ajelah uncle ni.
“Kalau macam ni Nek Som
dengan mama kena resign jadi cheflah.
Kita lantik chef baru. Amacam?” Entah kenapa ceria pulak aku dengar suara Cikgu
Ihsan pagi ni. Hai dah hilang ke rajuk semalam?
“Ihsan ni ceria semacam
aje mama tengok pagi ni. Happy sangat
ya sebab dapat makan nasi goreng air tangan Nuha ni. Ke ada benda lain yang
buat anak mama ni happy. Cuba cerita
dekat kami semua…” Aunty Izzah juga seperti aku. Dapat merasa keanehan Cikgu Ihsan
hari ini.
Nasi yang sedia ada
dalam mulut dikunyahnya terlebih dulu. Namun, dapat aku lihat dengan jelas
senyuman lebar sudah terukir di bibir Cikgu Ihsan. Matanya bersilih ganti
pandang aku dan pandang wajah mamanya. Aku yang tak selesa terus tunduk pandang
nasi. Dia senyum sebab terlalu happy
aku pujuk dia dengan nasi goreng ni ke? Aku senyum dalam diam.
“Ihsan happy sebab…”
Aku menahan debar.
“Happy sebab Airin Qistina akan balik bulan depan, ma! Dia ada call Ihsan semalam. Tak ada angin, tak ada
ribut tiba-tiba budak tu call.
Ingatkan nak cakap apa. Rupa-rupanya… hmm.. akhirnya termakbul juga doa mama
nak dia balik Malaysia. Alhamdulillah…” Dan akhirnya itulah jawapan yang muncul
dari bibir Cikgu Ihsan.
Airin Qistina? Siapa
pulak ni.
“Rin? Ya Allah, budak
bertuah tu. Cakap dah merajuk dengan Malaysia ni. Tak nak balik dah jumpa mama.
Dia call Ihsan semata-mata nak cakap
pasal tu ke? Bila? Semalam ke?” Dan yang lebih buat aku merasa agak sayu, suara
Aunty Izzah juga kedengaran cukup teruja dan ceria.
Siapa agaknya Airin
Qistina yang sudah berjaya mengubah mood keluarga ini menjadi seteruja ini.
Lebih-lebih lagi berjaya membuat bibir Cikgu Ihsan tidak surut dengan senyuman.
Dia cukup gembira atas kepulangan Airin Qistina yang entah siapa tu. Jadi
maknanya Cikgu Ihsan bukan gembira sebab aku sudi masakan dia nasi goreng dan
telur mata kerbau seperti yang dia pinta semalam? Kenapa aku rasa kecewa ni…
hmm…
“Rin tu kepala tak
betul, ma. Bila dia rasa dia nak balik, dia balik. Bila dia rasa dia nak pergi,
dia pergi macam tu aje. Tapi dia bukanlah dah tak nak jumpa dengan mama dan
kita semua lagi. Dia balik pun sebab dia cakap dia rindu mama.” Cikgu Ihsan
tidak meneruskan suapannya lagi. Seronok nampaknya dia bercakap pasal Airin
Qistina.
“Alhamdulillah. Mama happy sangat bila dengar dia nak balik.
Dia tu bukan ada keluarga dekat sana. Merantau seluruh dunia buat apa. Baik
tinggal dekat sini dengan mama.” Aunty Izzah bernada sedikit sayu. Matanya
merenung jauh seakan-akan sedang mengimbau ingatannya pada Airin Qistina.
Siapa Airin Qistina ni!
Hati mula memberontak ingin tahu.
“Alah mama ni.
Janganlah sedih-sedih. Nanti kita sama-sama pujuk Rin tinggal dengan kita. Okey?” Senyuman Cikgu Ihsan hadiahkan untuk Aunty Izzah. Memujuk mama
kesayangannya itu agar tidak bersedih, mungkin.
Sarapan pada pagi itu
dihiasi dengan cerita-cerita mengenai Airin Qistina. Rin tulah, Rin nilah.
Memori lama mengenai Airin Qistina dicungkil kembali oleh mereka tiga beranak tanpa
mengajak aku join sekali.
Terasa saat itu aku
sudah tidak diperlukan lagi dalam perbualan keluarga ini. Keasingan mula
kembali merajai jiwa. Terasa diri ini benar-benar tidak layak berada di
kalangan mereka bertiga.
Tak tahan lagi melihat
kegembiraan mereka anak beranak membicarakan tentang Airin Qistina, aku dengan
sedar diri mula angkat punggung. Alasan yang aku bagi, aku dah kenyang dan nak
bersiap ke kuliah.
“Auntie, uncle… Nuha
dah siap makan. Nuha nak masuk bilik kejap. Nak ambil beg,” ujarku kepada
mereka. Tawa mereka makin mengendur. Namun telinga ini masih menangkap jelas Cikgu
Ihsan dan Uncle Is berbicara tentang Airin Qistina. Bibir kuketap lemah.
“Yalah, pergilah Nuha,”
balas Aunty Izzah seraya menguntum senyum. Aku balas senyuman dia kelat.
Langkah kaki diatur lemah ke kaki tangga.
Di ruang makan itu,
masih lagi tiga beranak itu gelak besar bercerita tentang kenangan lama Cikgu
Ihsan bersama gadis bernama Airin Qistina.
Siapa Airin Qistina?
Lepas Sumayyah, muncul pula Airin Qistina. Bila bertembung dengan Sumayyah, Cikgu
Ihsan jadi moody. Bila cakap pasal Airin Qistina, dia berubah teruja. Moodnya
bertukar 360 darjah.
Adakah Airin Qistina juga
merupakan ‘bekas’ Cikgu Ihsan? Bekas kekasih mungkin. Atau dia cinta pertama Cikgu
Ihsan yang selama ini cuba Cikgu Ihsan sembunyikan?
Argh! Kenapa aku
sibuk-sibuk fikir semua ni. Biarkan siapa pun Airin Qistina tu. Aku tak layak
masuk campur dalam urusan Cikgu Ihsan! Aku juga tak ada hak untuk sibuk fikirkan
hal peribadi keluarga ni. Aku ni menumpang. Menumpang kasih dengan mereka. Apa
hak aku nak busybody dan terlalu
‘cakna’ pasal hal mereka.
Nuha, sedar diri kau.
Tiga tahun dari sekarang, kau akan pergi dari rumah ni. Tak lama Nuha. Tiga
tahun lagi. Argh! Tiga tahun tu lama! Macam-macam boleh jadi dalam tiga tahun!
********
“Nuha, terima kasih eh
bawakan orang bekal ni. Tak sangka dapat rasa masakan awak hari ni. Sedap
sangat! Lima bintang!” Dengar saja perkataan bintang itu, aku terus jeling Gee dengan
renungan tajam. Aku mencebik.
Pandangan terus aku
buang ke tasik kecil yang terletak di hadapan kami. Geram di hati masih terasa.
“Aik, tak suka ke dapat
lima bintang? Okey orang bagi awak… sepuluh bintang!” Gee bersuara sambil gelak
mengekek. Aku mencemik. Ingat bintang, ingat dekat Cikgu Ihsan!
Dalam kereta tadi, dia
langsung tak bercakap mengenai rajuknya semalam. Owh, mungkin dia dah lupa
pasal tu gara-gara teruja terima panggilan dari Airin Qistina. Mujur dia ada
juga ucap terima kasih dekat aku, kalau tak memang lagi aku sentap dengan
layanan dia macam ni.
Aku sentap? Apa kes?!
“Nuha!” Terasa perit
telinga aku dengan jeritan Gee. Terus aku kalih pandang dia.
“Apa dia?” Aku bersuara
agak keras.
Gee mula tarik muncung.
“Sorry terjerit tadi. Awak tulah. Yang tak sedar orang panggil tu
kenapa. Orang cakap sorang-sorang rupanya.”
Aku mengeluh kecil.
Alahai Gee ni…
“Awak cakap apa? Maaf
saya tak dengar.”
“Awak fikir apa? Macam
ada masalah aje. Awak… awak ada masalah dengan Cikgu Ihsan ke?” Tepat sungguh
telahan si Gee. Tapi mana mungkin aku nak mengaku. Laju saja aku gelengkan
kepala.
Gee dah senyum senget. Dia
siku pinggang aku.
“Eleh, kalau laju aje
geleng tu maknanya yalah tu. Kenapa ni? Cikgu awak ada buat awak sedih ke? Dia…
dia dah ada perempuan lain ke?” Erk… Hampir saja aku bangun terpacak dek
terkejut dengan kata-kata Gee tu. Ya Allah, sampai ke situ Gee fikir. Budak ni
memang kepochi sangat! Soalan minta lempanglah tu.
“Pandai-pandai aje awak
ni. Perempuan lain? Sedih? Apa benda ni. Tak fahamlah…” Aku tetap geleng. Buku
rujukan aku belek-belek tanpa tujuan. Malas benar nak melayan Gee dalam keadaan
hati aku tengah berkecamuk macam ni.
Tak menyempat, Gee paut
kemas lengan aku. Sebelah tangannya masih kemas mengepit Tupperware yang aku
bekalkan untuk dia tadi. Nasi goreng yang aku masak. Dia puji bukan main lagi
nasi goreng aku tu sedap. Tapi Cikgu Ihsan makan sedikit aje tadi. Sibuk
bercakap tentang Airin Qistina. Geram punya pasal, aku tapaukan nasi tu untuk
Gee!
“Ada yang tak kena
dengan kawan orang ni. Tengoklah muncung dia tu. Panjang berdepa-depa.” Gee
mengusik. Aku mencebik.
“Why, dear? Awak gaduh dengan buah hati eh.” Aku terus jeling Gee.
Gee ke belakang sedikit. Dia gelak.
“Haha… tajamnya jeling.
Kalau cikgu nampak mesti cikgu makin tak boleh lupakan awak.” Entah kenapa Gee
seronok sakat aku hari ni. Dahlah aku tengah panas hati ni.
Sejak aku sudi
ceritakan padanya mengenai perasaan yang pernah Cikgu Ihsan luahkan pada aku,
Gee makin sakan sakat aku. Suka-suka hati dia aje buat macam-macam statement.
Geram pulak aku dengan si budak debab ni.
Gee dah tahu semuanya
tentang aku dan Cikgu Ihsan. Termasuk aku yang sudah menolak cinta lelaki tu. Gee
cakap aku bodoh. Sentap jugak aku masa tu. Gee ni macamlah berpengalaman dalam
cinta. Bercinta pun tak pernah.
“Kata Hamka, cinta itu
adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.”
Aku terus kalih ke
kiri. Erk… dia dah mula dah.
“Cinta laksana setitis
embun yang turun dari langit, bersih dan suci.” Gee terus hanyut dalam
emosinya. Siap gerak-gerak tangan macam tengah deklamasi sajak. Sajak tentang
cinta.
“Jika ia jatuh pada
tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”
Aku cuba hayati
bait-bait itu.
“Cinta tidak boleh
dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di
langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan
jadi igauan pemujanya.”
Gee bangun. Makin
semangat pulak dia.
“Peraturan cinta
menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu
adalah hak kita. Tetapi sebaik-baik cinta adalah cinta kepada yang menciptakan
cinta. Cinta Allah cinta agung. Cinta Rasul cinta istimewa. Cinta….”
“Okey stop.” Aku halang tangan Gee yang makin
rancak bergerak turun naik. Malu kat oranglah.
“Sabarlah belum habis
lagi ni.”
“Alah dahlah. Nanti
sambung okey.”
Gee cebik. Dia kembali
duduk.
“Okey. Kalau macam tu
awak yang sambung cerita.”
Aku garu kening.
“Sambung cerita apa?”
“Sambung cerita awaklah.
Kenapa awak moody aje hari ni. Tak syoklah kalau macam ni. Nasi goreng dah best tapi Cik Chef pulak yang macam tak
ada mood hari ni.” Omelan manja Gee tidak aku berikan respon. Laa cerita tu
rupanya. Cerita sentap.
“Hmmm… Gee…” Aku paling
pandang muka Gee. Gee yang sibuk menyudu nasi goreng terus bersuara.
“Ya! Kenapa? Nak share dengan orang ke? Okey orang
dengar.” Dia tersengih.
Tak tahan gelak aku
bila tengok budak debab ni dengan Tupperware dikelek di bawah lengannya. Kuat
makan Gee ni.
Bagi menghilangkan bad mood yang sedang aku alami, rasanya
lebih baik aku luahkan pada Gee aje. Tak tahanlah nak pendam benda ni
sorang-sorang. Bila soal hati, soal perasaan… aku rasa tak kuat aje. Bila bab Cikgu
Ihsan timbul, aku rasa macam aku tak jadi diri aku sendiri. Aku, Nuha Huda yang
seharusnya tabah dan jauhkan diri dari cinta. Sebab aku sendiri tak faham cinta
tu macam mana. Tapi bila Cikgu Ihsan buat perasaan aku berbolak balik macam ni,
aku kena dapatkan khidmat ‘pakar’. Siapa lagi kalau bukan budak debab, sahabat
dunia akhirat aku.
BERSAMBUNG......
#watak baru dah muncul.
#panjang kan entri kali ni. hehe... kalau korang tak komen memang sampainya hati korang... hukhuk...
#tinggalkan komen anda k ^^
#panjang kan entri kali ni. hehe... kalau korang tak komen memang sampainya hati korang... hukhuk...
#tinggalkan komen anda k ^^
#cikpenulis mengidam nak baca komen2 korang
besttttttt.....thanks for the entry..x sabar nak tahu sape airin
ReplyDeletemekasih2... tq sbb sudi tinggalkan komen ^^
DeleteSape airin? bukan watak kijam pun.hehe
Kecelaruan minda betul nuha ni.. Kata xsuka tp sibuk nk sentap.. Apa kes?? Hmm
ReplyDeleteTak suka tapi sentap..suka ayat tu.hehe...
Deletewaaa dh muncul pesaing.. dh knp Nuha nie kata xda hati tp tetibe sentap plak ble mood cikgu Ihsan berubah.. hahaha itu tandanye dlm hati dh mula tumbuh rase saying tue cuma masih x nk mengaku lg..
ReplyDeletenk lg yerrr cik zu ;)
Ye ke sayang kak?takkan semudah tu.hehe..
DeleteWe wait n see...
Cam best jer...nak kena baca dr awal.jm maraton..
ReplyDeleteJommmm..sila ler maraton..byk gak tu kne maraton.hehe
Delete