DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
BAB
11
Hujan
turun dengan lebat. Dayang resah menunggu di muka pintu. Dia berharap benar
hujan cepat-cepat berhenti. Ada perkara penting yang harus dilakukannya.
Sesuatu yang tidak mampu Dayang hindarkan lagi.
Keputusannya
sudah bulat. Apa sahaja yang berlaku selepas ini InsyaAllah dia mampu menerima
dengan hati yang redha. Yang paling utama kini, pengakuan harus dibuatnya di
hadapan Tuah.
Ya,
dia akan menerima cinta lelaki itu. Menerima lelaki itu dalam hidupnya dengan
menyembunyikan masa silamnya. Itu yang paling terbaik. Biarlah ia menjadi
rahsia. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepadanya dulu. Allah pasti
merahmatinya.
Semoga
apa yang dia lakukan ini mendapat redha dari Ilahi.
Tiba-tiba
terlihat di penglihatannya sebuah kereta dipandu masuk ke halaman rumah. Dayang
lantas tersenyum. Rasanya dia tahu si gerangan pemilik kereta itu.
Cepat-cepat
Dayang turun menuju ke kaki tangga. Andai hari tidak hujan, mungkin dia sudah
berlari mendapatkan lelaki yang sememangnya sudah mencuri hatinya itu.
Tuah
mengepal penumbuknya kemas. Samar-samar saja wajah Dayang kelihatan dari
cermin. Tidak menunggu lama, dia terus melangkah keluar dari kereta. Hujan
diredah dengan perasaan benci yang menggunung.
“Tuan…”
Dayang menyapa Tuah yang sudah berdiri di hadapannya. Melihat lelaki itu
berdiri jauh darinya sehingga dibasahi hujan, Dayang jadi risau. Tangannya
terus mencapai sekaki paying lalu dihulurkan pada lelaki itu.
“Tuan
ambil payung ni.” Dayang mengukir senyuman. Dihulurkan payung kepada Tuah.
Dengan
rengusan, Tuah menepis payung dari tangan Dayang. Dayang tersentak.
“T-tuan?
Kenapa ni?” Sungguh Dayang terperanjat dengan penolakan Tuah. Mengapa sikap
Tuah berlainan?
“Sekarang
baru aku tahu kenapa kau cakap kau tak layak untuk aku. Ya, kau memang tak
layak untuk aku, Dayang Zulaikha!” Terpampan Dayang mendengar bahasa yang
digunakan oleh Tuah. Sejak bila lelaki itu pandai ber-aku ber-engkau dengannya.
Kenapa dengan Tuah ni…
“Aku
tak sangka kau sehina tu. Kau… kau sanggup jual tubuh kau untuk kemewahan? Kau
jijik. Kau pelacur!” Bagai disimbah dengan air mata, muka Dayang terasa
membayang. Tak berkelip matanya merenung mata Tuah. Ya Allah, macam mana Tuah
boleh tahu…
“Kau
tak payah cakap apa-apa, Dayang…” Melihat Dayang ingin bersuara, Tuah segera
mencelah.
Air
hujan yang makin lebat mencurah tidak langsung membuat Tuah ingin berginjak
dari situ. Masih ada banyak perkara yang ingin dia luahkan pada Dayang. Yang
pasti bukan tentang perasaannya. Tapi mengenai kekecewaan dan kebenciannya pada
gadis itu! Gadis? Mungkin Dayang bukan si perawan lagi. Perempuan itu sudah
hilang kesuciannya!
“Aku
tak tahu aku orang yang berapa dah tertawan dengan kau. Mesti dah ramai kan.
Dan mesti dah ramai juga lelaki yang dah kau layan!” Dayang tidak mampu pandang
muka Tuah lagi. Kakinya laju saja mendaki anak tangga. Sungguh dia malu untuk
berdepan dengan Tuah. Ya Allah, bagaimana Tuah boleh tahu mengenai masa
lalunya. Siapa yang beritahu lelaki itu? Siapa?!
“Tunggu
dulu! Aku belum habis cakap lagi, Dayang!” Jerkahan Tuah menghentikan langkah
Dayang. Namun, dia langsung tidak berpaling memandang lelaki itu. Air mata mula
lebat menitis ke pipi. Selebat air hujan yang sedang membasahi bumi.
“Aku
ingat aku yang tak layak untuk kau. Untuk memiliki seorang gadis baik dan sopan
macam kau. Tapi aku silap. Aku memang tak tahu apa-apa. Kau cuba sembunyikan
rahsia kau dari aku. Kalau Zachry tak beritahu aku apa-apa, mungkin saat ni aku
masih lagi merayu untuk kau terima aku!”
Pantas
Dayang berpaling ke arah Tuah. Adakah dia tersilap dengar atau memang nama
Zachry yang disebut oleh Tuah tadi?
Rayyan
Zachry bin Dato’ Adam? Dia?
“Mulai
dari hari ni, aku akan ajar hati aku untuk lupakan kau. Lupakan bekas pelacur
macam kau! Aku mampu dapatkan yang lebih baik dari kau, Dayang. Lebih baik!”
Bagai tertampar kuat muka Dayang detik itu. Sakit. Pedih. Ya Allah, hina
sangatkah dia di pandangan Tuah kini?
Wajah
Dayang ditatap buat kali yang terakhir oleh Tuah. Dengan jelingan maha tajam,
dia terus pergi dari situ.
Enjin
kereta dihidupkan. Kereta dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah gadis
yang pernah mencuri hatinya itu. Tapi sekarang, hanya kekecewaan dan benci yang
ada untuk gadis yang pernah menjadi pelacur itu!
Dayang
pandang kepergian Tuah dengan linangan air mata. Sungguh hatinya sangat sakit
sekarang. Penghinaan Tuah merobek cinta yang sudah mula menular dalam hati
Dayang untuk lelaki itu.
Mengapa
perkara ini berlaku sekali lagi dalam hidupnya. Mengapa di saat dia sudah mula
ingin menerima dan mampu membalas cinta lelaki itu, Allah mentakdirkan Tuah
mengetahui semua ini. Kenapa, ya Allah… Tidak layakkah aku untuk mengecap
kebahagiaan? Hati Dayang menangis.
Dia
terduduk di situ pasrah.
++++++
Tok.
Tok. Tok. Tok.
Zachry
mula hilang sabar. Sudah berkali-kali dia mengetuk pintu rumah Dayang namun
masih tiada yang membukanya.
“Mana
dia ni. Dia dah tahu ke aku datang cari dia… Huh!” Sebatang rokok akhirnya
dikeluarkan dari poket bajunya. Belum sempat dia menyalakan putung rokok dengan
nyalaan api mancis, tiba-tiba pintu di hadapannya terbuka.
Terpampang
muka Dayang di situ.
Mata
Zachry bagai dipukau saat itu. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya. Seorang perempuan bertudung litup dan berbaju kurung sedang berdiri
tegak di hadapannya. Dayang Zulaikhakah ini?
“Dayang
Zulaikha. Akhirnya kita jumpa lagi.” Mendepa luas tangan Zachry ingin memeluk
tubuh Dayang. Rindunya tiba-tiba jadi membuak-buak.
Namun,
tindakan drastic Dayang hanya satu. Menepis tangan lelaki itu sekuat hatinya.
Benci dia melihat muka lelaki yang pernah menjadi mimpi ngerinya itu!
“Oh,
dah pandai melawan ya. What ever, sayang. Boleh aku masuk? Ibu kau ada?” Dengan
selamba Zachry menanggalkan kasut lalu dia melangkah masuk ke ruang tamu.
Walaupun penerimaan Dayang dingin, hatinya tetap merasa gembira kerana sudah
berjaya menemui gadis yang pernah menjadi kekasih gelapnya ini.
Dayang
menggigit bibirnya geram. Sudah masak benar dia dengan perangai Rayyan Zachry.
Orang seperti Zachry jangan dipaksa untuk pergi. Tapi cuba untuk bertahan
mendengar kata-kata meluat dan keji yang bakal keluar dari bibirnya. Kerana
selepas meluahkan perasaannya, lelaki itu pasti akan pergi dengan sendirinya!
“Kenapa
pakai tudung tu. Tak panas ke? Come on, Dayang Zulaikha tak macam nilah dulu.”
Sinis kata-kata yang diucap dari bibir Zachry itu. Dayang tetap berdiri pegun
di muka pintu.
Lelaki
itu duduk di atas kerusi sambil menyilang kaki. Matanya melilau meninjau
keadaan sekeliling.
“Kau
nak apa?” soal Dayang sepatah. Sikit pun dia tidak pandang muka Zachry.
Zachry
sengih lagi. Digosok-gosok dagunya sebelum menjawab soalan cepumas dari Dayang
itu.
“Dah
lama tak jumpa, bukan kau nak tanya khabar kat aku. Aku sihat. Aku rindu pada
kau. Rindu nak kau belai aku, rindu nak kau ‘layan’ aku… malam-malam…” Zachry
tergelak jahat.
Dayang
cuba menelan kata-kata itu. Mengapa lelaki ini hadir semula dalam hidupnya!
Jadi
benarlah Zachry yang disebut oleh Tuah semalam merupakan Rayyan Zachry yang
pernah menjadi teman lelakinya suatu ketika dahulu.
Anak
Datuk yang menjadi tulang belakang untuk Dayang hidup mewah. Rayyan Zachry
adalah lelaki terakhir yang menjadi pelanggannya sebelum dia nekad untuk
berubah.
Untuk
apa lelaki itu muncul lagi? Seingat Dayang tiada hutang antara mereka berdua.
Menyangka Zachry benar-benar sayang padanya, Dayang cuba memberitahu lelaki itu
niatnya untuk berubah. Tapi apa yang dia dapat? Lelaki itu mentertawakannya.
Kaat Zachry, maruah dan kesucian seorang wanita tidak akan kembali lagi
walaupun dia sudah bertaubat. Pelacur tetap akan dianggap pelacur seumur
hidupnya!
Sungguh
Dayang merasa sangat kecewa. Lantas, tanpa mahu memikirkan lelaki durjana itu
lagi Dayang pergi membawa diri jauh dari Zachry. Dia nekad tidak akan berpaling
pada lelaki tak guna itu lagi!
Tapi
sekarang setelah 10 tahun berlalu, lelaki itu muncul? Kenapa? Kenapa?!
“Kau
rindu aku tak?” Dayang tersentak kuat tatkala merasa pipinya diusap lembut oleh
satu tangan.
Pantas
dia menepis tangan itu.
“Lepaskan
aku!” Dayang menjauh. Jangan Zachry ingat dia mampu mengawal dirinya lagi!
“Kau
makin cantik. Makin… gebu. Erm, aku dah tak sabar nak kahwin dengan kau.”
Zachry kembali duduk ke kerusi. Dia menanti reaksi Dayang. Satu, dua… tiga…!
“Apa
kau cakap tadi? Kahwin dengan kau?” Dayang renung muka Zachry tanpa berkelip.
Benarkah lelaki itu berkata ingin mengahwininya? Sudah gilakah lelaki itu!
“Yup!
Kahwin dengan kau. Kenapa kau tak sudi kahwin dengan aku? Hmm?”
“Memang!
Memang aku tak sudi!” Masih cuba dikawal suaranya dari menjerit tinggi pada
Zachry. Bukan kerana hormat pada lelaki tak guna tu tapi Dayang tidak mahu Ibu
Orked terjaga dari lenanya. Ibu Orked pasti terkejut andai melihat Zachry
berada di sini.
“Why
not? Bukan ke aku ni lelaki yang terakhir tidur dengan kau. Informer aku cakap,
kau belum kahwin lagi. Kau masih anak dara yang sudah tiada dara.” Sekali lagi
Zachry mentertawakan Dayang. Hatinya senang dapat membuat gadis itu marah.
Dayang
sudah hilang sabar dengan sikap Zachry. Makin lama, makin menjadi-jadi mulut
lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat!
“Kau
boleh pergi dari rumah aku. Mati hidup balik pun aku takkan kahwin dengan
lelaki macam kau! Kau pergi! Pergi!” Tangan Dayang sudah mengarah ke arah
pintu. Andai dia mampu, mahu saja dia menarik lelaki itu keluar dari rumahnya.
Kerana mulut jahat lelaki inilah menyebabkan Tuah kini membencinya!
Zachry
tidak menyangka begini penerimaan Dayang terhadapnya. Benarkah perempuan ini
benar-benar sudah berubah? Atau ini hanya lakonan semata?
Lambat-lambat
Zachry bangun dari kerusi. Matanya menilik seluruh tubuh Dayang dari atas ke
bawah. Dia menelan liur.
“A-apa
kau nak buat ni, Zach!” Dayang tak buta untuk menilai pandangan kotor Zachry
padanya. Melihat senyuman lelaki itu yang cukup mencurigakan sudah membuat
jantung Dayang hampir meloncat keluar.
“What?
Salah ke kalau aku nak kau layan aku sekarang? Bukan kau tak biasa pun kan?”
Tangan Zachry mengacah-acah untuk menyentuh tubuh Dayang.
Saat
itu hanya satu yang bermain di benak Dayang. Berlari masuk ke dalam biliknya!
Namun,
langkahnya yang sedikit lambat membuatkan Zachry mampu menarik pinggangnya. Mereka
berdua mula bergelut.
“Lepaskan
aku, Zach! Lepaskan aku! Ibu! Ibu tolong Dayang, bu!” Tubuh Dayang ditolak ke
lantai. Zachry sudah mula dikuasai oleh hawa nafsu yang mencengkam hebat.
Mungkin
hanya dengan cara ini saja yang mampu dia lakukan untuk menyebabkan Dayang
bersetuju bernikah dengannya.
Bukan
kerana cinta Zachry kembali mencari Dayang. Bukan kerana rindukan gadis itu dia
kembali. Namun, hanya ada satu sebab mengapa dia terpaksa mencari Dayang.
Semuanya
kerana wasiat arwah papanya. Dalam wasiat tu, Zachry terpaksa berkahwin dengan
wanita pertama yang menjadi kekasih gelapnya. Sungguh dia tidak menyangka arwah
papanya bakal membuat wasiat bodoh seperti itu.
Siapa
lagi wanita pertama yang menjadi kekasih gelapnya kalau bukan Dayang Zulaikha.
Dayang
dikenalinya di kelab malam. Melihat wajah cantik Dayang, membuatkan Zachry
jatuh cinta pandang pertama.
Namun,
setelah sekian lama mereka terpisah. Tiada lagi cinta untuk perempuan itu dalam
hatinya. Yang ada hanya ingin mempergunakan Dayang untuk memperoleh hartanya.
Kerana itu walau apa yang terjadi Dayang perlu menjadi isterinya!
“Aku
ajak kau kahwin baik-baik kau tak nak. Sekarang kau ‘layan’ aku dulu, lepas tu
baru kita kahwin ya.” Zachry tergelak kuat. Air mata Dayang tidak langsung
memberi kesan di hatinya.
Melihat
pintu rumah terbuka luas, dia bergerak untuk menutup pintu itu. Barulah ada
privasi sikit.
Namun,
sayangnya belum sempat pintu itu dikunci dari dalam, daun pintu dirempuh kuat
dari luar. Dan ada satu benda tegap yang meluru laju ke arahnya.
“Kau
memang tak guna!” Tuah menolak tubuh Zachry hingga ke dinding bilik. Tidak
memikirkan apa-apa lagi, tangannya bertubi-tubi menumbuk muka dan tubuh Zachry.
Dayang
yang melihat keadaan itu hanya mampu mengengsot ke tepi. Sungguh dia masih
berasa takut dengan apa yang terjadi. Andai Tuah tidak muncul tadi, sudah pasti
dia kini sudah menjadi mangsa kerakusan nafsu Zachry!
“Kau
jangan ganggu Dayang lagi! Kau boleh berambus dari kampung ni! Berambus!”
Ditarik tubuh Zachry yang sudah lembik dibelasahnya ke muka tangga.
Dihumban
lelaki itu ke tanah. Saat itu Zachry sudah tidak mampu untuk melawan. Tubuhnya
sudah benar-benar longlai dibelasah teruk oleh Tuah.
“Kau…
kau akan menyesal dengan apa yang kau buat pada aku! Kau akan menyesal!” Dengan
susah payah Zachry cuba berdiri. Kepalanya mula terasa pening.
Wajah
Tuah sudah berbalam-balam di penglihatannya. Dengan rengusan keras, dia terus
pergi dari situ.
Apa
yang Tuah lakukan padanya hari ini tidak mungkin akan dia lupakan! Pasti akan
dibalasnya satu hari nanti!
Melihat
Zachry sudah pergi jauh dari pandangannya, Tuah kembali berpaling ke belakang.
Lambat kakinya menapak mendapatkan Dayang yang duduk tercorot di tepi dinding.
Air
mata dan tangisan gadis itu menikam jiwanya. Benarkah air mata itu mengalir
kerana takutkan Zachry atau air mata itu air mata palsu yang sengaja
dibuat-buat oleh Dayang untuk meraih simpati?
“Aku
tak tahu apa yang dah berlaku pada kau dan Zachry sebelum aku tiba tadi. Tapi
yang aku tahu, aku tak nak tengok muka dia kat kampung ni lagi. Kau tolong
beritahu dia supaya dia berambus dari kampung ni. Kalau kau nak ikut dia
sekali, terserah kau. Aku tak nak masuk campur lagi!” Dayang tersentak. Hatinya
makin sedih dengan kata-kata yang terluah dari bibir Tuah itu. Masih bencikah
lelaki itu padanya?
Tuah
melangkah laju keluar dari ruang itu. Hatinya sekali lagi telah membawa dia ke
sini. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, pantas dia ke sini. Dan ternyata
benar kebimbangannya itu. Dayang sedang dalam bahaya. Zachry memang bukan
seorang lelaki yang baik. Entah sebenarnya hubungan antara Zachry dan Dayang.
Benarkah lelaki itu pernah menjadi cinta hati Dayang?
Walau
sesiapa pun Zachry, Tuah tetap masih lagi kecewa dengan Dayang. Masa lalu
Dayang masih tidak mampu diterimanya. Hati ini benar-benar sukar untuk percaya
Dayang Zulaikha yang kelihatan sopan dan solehah ini pernah menjadi sehina-hina
manusia dulu!
*bersambung*
Disebalik AIR MATA,
pasti akan datang SENYUMAN,
Disebalik LUKA, pasti akan datang PENYEMBUH,
Disebali KESABARAN, pasti akan datang KEBAHAGIAN,
Disebalik KESULITAN, pasti akan datang KEMUDAHAN,
Disebalik KEBENCIAN, pasti akan datang KASIH
SAYANG...
Sambung lg
ReplyDeleteInsyaAllah akan smbung mlm ni pulak ^^
DeletetQ sudi tinggalkan komen sisi ^^
KOMEN DARI PEMBACA DI PAGE FARISHA IMANI
ReplyDeleteNorziati Mad Dam > Cian dayang... Akk pasti cahaya cinta akn menerangi dayang... Cinta Allah yg pasti...
Fadhilah JaRohani > Da.... tuahhhhh... nseb sempat dtg..hiuuuu.. alahai...ujian dayang...
Hani Sue > cerita ni abis dlm blog ke kak??