JOM FOLLOW

Wednesday, 10 September 2014

Al-Khawater

Bismillah.

AL-KHAWATER.




Sebuah rancangan yang dikeudarakan di TV Al-Hijrah. Sebuah rancangan yang sangat menarik hati ini untuk terus melihatnya. Pengacara rancangan ni Ahmad Al Shugairi. Dia pernah jadi pengacara Yalla Shabab juga pernah dimainkan kat TV-AH.




Apa yang menarik sangat pasal rancangan ni sehinggakan Cik Penulis buat entri ni?

MEH NAK HABAQ!

Tahun lepas seingat saya rancangan al-Khawater ni main pukul 7 malam dekat Tv al-Hijrah. Itu al-Khawater musim ke berapa entah. Den kelupaan.

Tahun ni, Ramadan yang baru berlalu hari tu, rancangan yang sangat menarik ni main jam 8.30 malam. Time tu al-Khawater memaparkan perbezaan antara negara Jepun dan negara-negara Arab. Sekarang di musim yang baru, masih main jam 8.30 malam, sekali lagi rancangan ini memikat jiwaku untuk terus melihatnya.

Sebuah rancangan yang buat kita berfikir. 

Sebuah rancangan yang buat kita nampak semua masalah tu ada penyelesaiannya.

Sebuah rancangan yang buat kita sedar betapa masih ramai yang hidup susah di luar sana nak di banding dengan kita yang hari-hari boleh online (main fb, berwasap, ber-insta dan macam-macam lagi). Maknanya kita ni jauh lebih senang-lenang dari dorang!

Sebuah rancangan yang berjaya buat air mata ni mengalir.


Air mata ni mengalir bila tengok pengacara rancangan ni menangis. Seingat saya episode tu pasal seorang lelaki Arab yang dah uzur. Rumah dia memang sangat-sangat daif. Dengan tak bersihnya. Memang tak macam rumah.


Melalui rancangan al-Khawater ni, Ahmad Al Shugairi and the crews bertemu dengan pak cik ni. Mintak bantuan dari badan-badan yang terlibat dan akhirnya rumah pak cik tu berjaya dimake-overkan. Kalau dulu rumah pak cik tu tak macam rumah. Tapi lepas ada orang tolong baiki, barulah nampak macam rumah. Pak cik tu sebak giler sebab selama ni dia memang dah lama hidup macam tu. Macam tak ada orang yang boleh tolong.  Macam rumah dia tu akan selamanya jadi macam tu. Tapi muncul crews Al-Khawater membantu. Pak cik tu menangis kegembiraan. Saat tulah Ahmad Shugairi tu kucup dahi pak cik tu. Dia tak boleh tahan sebak. Dia menangis sama.. Subhanallah..

Rancangan ni sebenarnya dia buat dua perbandingan. Satu keadaan di negara-negara Arab yang mundur dan satu lagi di negara-negara Eropah seperti Denmark, Poland dan lain-lain. Pengacara tu sendiri turun padang melihat perbezaan antara dua negara. 

Di Denmark contohnya, walaupun negara tu ada rakyat yang miskin tapi kerajaan tetap menyediakan tempat tinggal yang sempurna untuk rakyat-rakyatnya hidup selesa. Kerajaan Denmark menetapkan undang-undang bahawa setiap warganegaranya perlu ada alamat rumah yang tetap. So, dorang nak tak nak kena ada rumah. Rumah dorang yang paling miskin ala-ala rumah apartment kat Malaysia ni. 

Apa yang saya dapat dari episode ni... ada jalan untuk selesaikan masalah rakyat. Kerajaan dan badan-badan yang bertanggungjawab perlu berganding bahu untuk selesaikan keperluan rakyat. Ya walaupun kita-kita tak semaju negara maju yang lain tapi hakikatnya tetap masih ada jalan untuk buat hidup kita menjadi lebih selesa. 

Ia memerlukan pembaharuan! 




Untuk musim terbaru ni (sekarang tengah dimainkan jam 8.30malam di Tv-AH), musim ni al-Khawater menyediakan lebih kurang 30 projek berlainan untuk membantu masyarakat yang susah. Contoh dalam episode yang lepas, sekumpulan sukarelawan dari negara Eropah turun ke Africa untuk membantu membina rumah. 

Ada yang dah menetap kat Africa tu enam bulan. Datang ke sana tanpa dana dari sesiapa. Duit sendiri je. Sanggup hutang mak ayah beli tiket flight sebab nak buat kerja amal. Lepas dah dapat gaji nanti dorang janji akan bayar balik. 

Demi semangat nak bantu orang lebih susah, mereka sanggup turun padang. Dorang bukan orang Islam . Tapi dorang buat semua ni atas dasar perikemanusiaan!

Dalam episode yang lain pulak, tiga pasukan (setiap pasukan ada dua peserta). Semuanya pemuda lelaki. Diberi tugasan untuk make-over tiga buah rumah. Rumah yang tak seperti rumah. Mereka kena guna konsep dan idea sendiri untuk menyelesaikan masalah seisi rumah tu.



Selepas 72 jam lebih, mereka semua berjaya menyelesaikan misi tu. Setiap keluarga hepi sangat sebab rumah dorang dah cantik dan 'nampak macam rumah'.


Antara tiga kumpulan tu ada pasukan yang menjadi pemenang. Mereka diberi ganjaran untuk gunakan duit tu membantu insan-insan lain yang lebih memerlukan. Dan bagi mereka sendiri, al-Khawater juga menyediakan hadiah istimewa. (wajah sorang-sorang terus teruja tak sangka) 

Malam ni, ada sebuah lagi episode yang sangat menarik. Tiga pemuda lelaki (dalam lingkungan 20an) dibawa ke sebuah perkampungan (lupa nama kampung tu). *negara Arab*

Tapi masalah utama kampung tu adalah masalah bekalan air. Setiap penduduk kampung yang nak dapatkan air kena berjalan selama sejam setengah untuk ke satu-satunya punca air di kampung tu. Air tu pulak bukanlah banyak sangat pun. Setiap rumah memang tak ada paip. 

Jadi projek Al-Khawater kali ni adalah untuk membekalkan air bersih terus ke rumah-rumah. Dalam tugasan tu tiga pemuda tu diminta membekalkan bekalan air paip ke lima buah rumah paling kurang. Tapi Subhanallah.... berkat sumbangan dari orang ramai (pemuda-pemuda tu buat event untuk kutip dana. Ada yang buat acara main futsal lepas tu kutip derma. Ada yang bagi ceramah dekat dewan.)

Lepas sumbangan tu dikumpul, sebanyak 50 BUAH RUMAH berjaya dibekalkan dengan air paip. Paip dipasang disetiap rumah yang terpilih tu. Siap je pasang paip, tuan rumah dengan senyuman lebar pulas paip air dan... tup! Air keluar dari paip. Satu nikmat yang tak pernah mereka bayangkan akan dapat. (kita ni celik mata pulas je paip terus dapat air. 10 tahun ada air sokmo kat rumah, sehari Allah tarik marah Allah, merungut bagai. Kitalah tu. Ya kita!)

Pengajaran dari episode ni. Setiap masalah kalau kita cari jalan penyelesaiannya pasti Allah akan bantu. Pasti Allah permudahkan. Bukan ke Allah dah janji... Dia takkan bebankan kita melebihi kemampuan kita... 

Satu lagi pengajaran yang sangat berguna (buat saya makin bersemangat nak buat baik). 

Kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan. Itu yang diulang-ulang oleh Ahmad Shugairi.

Pak cik mak cik yang dah dapat air dalam rumah mereka tu semuanya ucap selamat dan doakan kebaikan untuk tiga pemuda dan semua yang terlibat. Tiga orang pemuda menerima tanggungjawab ni. Tapi yang hadir MasyaAllah... lebih dari sepuluh orang. Semuanya berganding bahu buat kerja amal ni. Betapa besarnya ganjaran pahala dorang akan dapat. 



Dan keadaan yang sama berlaku di sebuah negara di Nigeria. Negara termiskin di dunia! Hidup di bawah paras kemiskinan. DIULANG. DI BAWAH PARAS KEMISKINAN.


Dengan isu kesihatannya, isu bekalan air dan macam-macam lagi. 

Seperti tadi, isu air di sebuah kampung di Nigeria ni berjaya diselesaikan berkat adanya pembaharuan yang mahu dilaksanakan. (bila ada pihak yang bersungguh-sungguh, InsyaAllah banyak masalah yang boleh selesai!)

Kampung tu pun sama. Penduduknya kena naik kereta lembu pergi ke sungai yang sudah tercemar. Bukan dekat. Sejam gitulah jaraknya. Setiap hari kena ulang alik.

Ambil air yang kotor tu untuk dibawa pulang ke rumah. Guna air tu masak, minum, mandi, makan semualah! Allahuakbar... Betapa terseksanya hidup dorang. Betapa beruntungnya kita kat Malaysia ni. Mereka kat sana memang dah tak ada pilihan. Itu je sumber air yang mereka ada. 

Isu air di kampung ni macam dah tak ada jalan penyelesaian. Macam selama-lamanya kampung ni akan bergantung pada sungai tercemar tu.

TAPI AL-KHAWATER muncul untuk membantu. Satu cara yang paling-paling mudah untuk mendapatkan sumber air adalah dengan buat perigi. 

Dengan bantuan dari Qatar Charity, di kampung tu mula terbinanya sebuah tangki air. Sumber air dikorek dan siapa sangka dengan adanya pembaharuan ini, penduduk kampung mampu mendapat bekalan air bersih. Masalah berjaya diselesaikan!

Subhanallah. Banyak pengajaran yang saya dapat melalui rancangan ni. Kepada korang yang belum tengok rancangan ni, jemputlah tengok. Sangat-sangat bermanfaat.

Buat hati ni rasa betapa kurangnya kita bersyukur selama ni.



Buat hati ni rasa betapa sepatutnya kita kena lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan walaupun sedikit. Sebab kat luar sana masih ramai yang susah dari kita.


Buat hati ni disapa rasa sayu dan hiba mengenangkan sikap sesetengah pihak yang tidak bersungguh mahu membantu menyelesaikan masalah rakyat sedangkan masalah tu boleh diselesaikan dengan kacang je! 

Al-Khawater di TV-AH ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dari jam 8.30 malam hingga 9 malam.

INGAT! Setiap perkara baik yang kita buat, maka kebaikanlah yang akan kita dapat!



*Walau pun ni rancangan Arab tapi subtitles ade jer k. Jangan risau! Hehe...



4 comments:

  1. Satu rancangan yang patut ditonton oleh semua dan pengajarannya diambil untuk kebaikkan semua. InsHaAllah

    ReplyDelete
  2. Ya rancangan yg sngt bgus.ada juga mngajar adab dan nilai2 murni.anda tngok anda sndri akan tau.bermanfaat pada yg mahu brfikir bila tgk rncangan ni.kadang bleh tmbhkn ilmu ape yg kita xtahu padahal kat sekeliling kita je ilmu tu.tgk la hayati x rugi.

    ReplyDelete