DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
“Kau
rasa apa patut aku buat?”
“Lupakan
dia.”
“Semudah
tu?”
“Ya,
semudah tu.”
“Kau
tak faham, Fiq. Kau tak faham!” Suaraku yang seketika tadi tenang, mula berubah
tegang apabila Rafiq berkata seakan-akan tidak menyokong. Terlalu mudah sahabat
baiknya itu melontarkan jalan penyelesaian bagi masalahnya ini. Tak semudah tu,
kawan!
“Hmm…
ya aku memang tak faham. Tak faham dengan sikap kau, perangai kau yang sekarang
makin mengada-ngada macam perempuan!” Pedas kata-kata yang Rafiq lemparkan pada
aku. Aku pandang wajahnya penuh kelat. Sempat pula dia senyum sinis.
“Kau
dah jadi lemah macam awek sekarang,
Qayyum. Malu tahu tak!” Aku makin sentap. Apasal Rafiq macam nak marah aku aje
ni.
Sambil gelengkan kepala, Rafiq menyambung kata. Kopiah putih di kepala ditanggalkan lalu diletak perlahan atas katil. Kami berdua duduk santai di atas lantai sambil menyandarkan pada katil. Inilah kegemaran kami berdua apabila berada di asrama setiap kali hujung minggu menyapa. Lepak dan borak sambil makan mee segera.
“Aku
tahu kau dah besar, kau dah akil baligh boleh kahwin dah pun.” Erk. Aku diam
saja.
“Tapi
dalam keadaan kau sekarang yang berstatuskan pelajar Form 5 yang bakal menduduki SPM lagi enam bulan, semua ni tak patut
berlaku, Yum! Kau kena kawal perasaan tu. Cinta memang tak salah. Tapi ia akan
jadi salah bila kau ‘memperjudikan’ masa depan kau demi cinta.”
Serius
wajah Rafiq memandangku. Al-maklumlah si jejaka yang mesra dikenali sebagai ‘Abang
Ustaz’ ini pernah merasai apa itu cinta. Dan yang lebih menyakitkan, Rafiq
pernah dikecewakan oleh cinta. Mungkin kerana itu Rafiq menegah keras perasaan
yang makin menular dalam jiwa aku sekarang ini. Perasaan sayangku pada gadis
yang bernama Anis Anisa.
“Tapi
Fiq… aku tak adalah sampai nak perjudikan masa depan aku. Aku cuma… aku suka
dia. Salah ke? Salah ke kalau aku simpan perasaan ni?” Aku terima separuh apa
yang Rafiq nasihatkan. Separuh lagi aku masih tetap menentang. Hati bila dah
suka, memang jadi degil!
Rafiq
mengeluh panjang. Dia menggeleng lemah.
“Kau
cakap kau simpan? Habis tu yang kau sibuk cari dia dekat kelas, sengaja
buat-buat bertembung dengan dia dekat kaki lima, sengaja cari meja makan yang
boleh menghadap muka dia dekat kantin… itu kau cakap kau simpan perasaan kau?
Kau dah angau, Yum! Kau tak boleh terus macam ni. Lupakanlah aje budak tu. Biar
kecewa sekarang…”
Sukar
untuk aku menerima bulat-bulat saranan Rafiq. Entah-entah si Rafiq menghalang
kerana dia juga ada hati dengan Anis Anisa. Benarkah?
“Kau
pun suka dia ke?” Soalan itu meluncur laju dari bibir. Wajah Rafiq aku pandang
tajam.
“Apa?”
Rafiq bersuara terkejut. Kepalanya digaru-garu bagaikan hilang punca mendengar
soalan aku tadi.
“Ya,
kau mesti suka Anis Anisa jugak.
Sebab tu kau cuba halang aku. Iya, kan?”
Kami
berdua mula duduk bersila, berhadapan antara satu sama lain. Wajah
masing-masing mulai tegang.
“Kau
sanggup tuduh aku macam tu, Yum? Kau ingat aku kemaruk sangat ke nak bercinta
lagi?” Dalam tegang, Rafiq cuba mengawal suaranya. Aku menghela nafas lega
dalam diam. Baguslah kalau Rafiq sudah cakap macam tu. Aku percaya dia.
“Kalau
macam tu, kau sokonglah aku. Kau teman aku jumpa dengan Anis Anisa. Aku nak
berterus terang dengan dia, Fiq. Aku betul-betul suka dia. Fiq, tolong aku.
Sekali ni aje…” rayuku pada Rafiq sambil memaut tangannya.
Rafiq
pegun di situ. Bulat matanya memandangku. Mungkin tak percaya dengan tekad yang
baru aku pasang.
“Qayyum,
kau tahu kan bercouple tu haram.
Banyak mudarat dari manfaat. Contoh yang boleh aku bagi, tiga perkara.”
Aku
peluk tubuh. Cebikan halus kulemparkan pada Rafiq yang sudah bersiap sedia
dengan tazkirahnya.
“Pertama,
pasangan yang bercouple biasanya
tidak mempunyai niat yang baik. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kau bercouple bukan atas niat nak kahwin tapi
sekadar nak seronok-seronok.”
Pergh!
Pedas gila ayat Rafiq. Makan dalam kut!
“Kedua,
bercouple kebiasaannya akan mendorong
kita ke arah melanggar syariat agama. Contoh… bila dah couple mesti keluar dating.
Makanlah, shoppinglah. Itu belum berbalas
SMS hingga ke pagi!”
Aku
belum pun bercouple, Rafiq dah bidas
aku dengan tazkirah macam ni. Sabar wahai hati…
“Ketiga
ni yang paling penting. Bila bercouple
maruah seorang wanita boleh merudum sahamnya. Kenapa? Sebab bila bercouple, orang sekeliling akan lebih
cenderung mempertikaikan para gadis. Masyarakat akan bertanya kenapa mudah
benar perempuan tu membiarkan dirinya diperlakukan sewenang-wenangnya. Mudah
benar dengar pujuk rayu lelaki. Kau sebagai lelaki sepatutnya melindungi dan
menyanjung tinggi maruah seorang perempuan.
Bukan merosakkan mereka, Yum.”
“Cukup!”
Aku
menjerit lantang. Nafas sudah turun naik. Rafiq terdiam memandangku tanpa
berkelip mata.
“Aku
belum pun nak bercouple. Aku just cakap aku suka dia! Bukan aku nak couple dengan dia!”
Lambat-lambat
Rafiq geleng kepala. Mungkin kecewa dengan sikap aku yang masih sukar hendak
menerima tegurannya.
“Kau
memang tak faham apa yang aku maksudkan. Dahlah… aku tak nak masuk campur dalam
urusan cinta kau tu. Kalau kau suka dia dan kalau kau bersedia nak kena reject, silakan kau beritahu dia. Aku
yakin, Anis Anisa takkan balas cinta kau!”
Keyakinan
dari Rafiq buat aku sakit hati. Dia doakan Anis Anisa takkan terima cinta aku?
Sanggup dia!
“Kenapa?
Kenapa kau cakap macam tu? Kau yakin? Takdir aku ada dalam genggaman kau ke?!”
Aku mula panas punggung. Pantas aku berdiri. Tidak betah aku duduk berdepan
dengan Rafiq yang sememangnya dari mula tidak memberi sokongan padu pada aku
dalam bab cinta ini.
“Memang
takdir kau bukan dalam genggaman aku. Tapi aku nilai dari kaca mata aku yang
pernah faham apa itu cinta. Anis Anisa bukan calang-calang gadis, Yum. Dia
gadis berakhlak mulia. Lihat saja dari pakaiannya. Lihat saja dari
pergaulannya. Kau rasa, dia nak ke bercinta dengan kau? Bagi perempuan macam
dia… cinta itu halal apabila lepas dah sah kahwin aje. Percayalah cakap aku!”
Aku
mendengus mendengar penjelasan penuh yakin dari Rafiq. Seakan-akan lelaki itu
telah membuat penyiasatan peribadi ke atas Anis Anisa. Benarkah Rafiq tidak
punya perasaan pada Anis Anisa? Ah!
Namun
walau perit untuk aku terima, sebahagian dari kata-kata Rafiq ada benarnya
juga.
Anis
Anisa bukan seperti pelajar perempuan lain. Walaupun sekolah mereka ini bukan
dikategorikan sebagai sekolah agama, Anis Anisa sangat menjaga maruahnya
sebagai seorang Muslimah. Jelas, sangat jelas.
Bertudung
labuh, terlalu menjaga pergaulan dengan lelaki dan dia sememangnya gadis yang
sopan. Mahal. Ya, itu istilah yang paling tepat untuk menggambarkan tentang
diri gadis bernama Anis Anisa itu.
Mungkinkah
gadis seperti itu akan menerima cinta dari seorang lelaki sepertiku? Jawapannya
sudah pasti TIDAK. Ya, benar kata Rafiq. Sudah terang lagi bersuluh, Anis Anisa
bukan jenis gadis-gadis yang mudah cair dengan cinta dari seorang lelaki.
Ya
Allah, apa yang perlu aku buat sekarang? Adakah benar aku harus melupakan saja
perasaanku ini terhadap Anis Anisa? Atau
patutkah aku meluahkan isi hatiku ini? Bagaimana andai dia menolak? Sanggupkah
aku menghadapi kekecewaannya nanti?
Hatiku
berbisik keresahan. Buntu memikirkan jalan cinta yang belum pun bermula ini.
Dengan
kepala yang sudah sesak dengan pelbagai persoalan, aku mula menapak pergi
meninggalkan Rafiq sendirian di situ. Dalam kepala aku sekarang berselirat
dengan pelbagai perasaan. Rasa takut mendominasi. Takut-takut cintaku ditolak!
Bagaimana
perasaanku terhadap Anis Anisa boleh bercambah ke tahap yang kronik ini?
Semuanya
bermula pada satu petang yang agak kalut bagi aku. Masih aku ingat, ketika itu
aku terburu-buru mahu ke perpustakaan yang terletak di Blok C. Pantas kakiku
mendaki anak tangga dan berlari ke perpustakaan sekolah yang terletak di
tingkat dua itu.
Ada
buku yang perlu aku pinjam. Buku rujukan yang penting untuk menyiapkan kerja
kursus subjek Kimia. Tanpa buku rujukan itu mungkin agak sukar untuk aku
siapkan kerja kursus itu nanti.
Kerana
itulah walaupun sudah agak lewat petang, waktu itu mungkin hampir jam tiga
petang, laju aku berlari naik ke perpustakaan semata-mata hendak mendapatkan
buku rujukan yang sangat penting itu. Habis sahaja kelas tambahan matapelajaran
Sejarah, berdesup aku keluar dari
kelas.
“Tunggguuuu!”
Aku menjerit agak lantang sehinggakan memberi gema pada kaki lima koridor
tingkat dua itu.
“Jangan
tutup dulu! Sa… sa… saya nak pinjam buku,” ujarku dengan nafas tercungap-cungap
pada seorang pelajar perempuan berpangkat pengawas perpustakaan yang sedang
‘kaget’ berdiri memandangku.
“Tapi
dah lewat. Saya dah nak balik,” balas pengawas itu tanpa berlama-lama
memandangku. Ditundukkan wajahnya memandang ke bawah.
Sebelah
tanganku mula menolak daun pintu yang belum dikunci oleh gadis itu. Biar dia
tahu aku langsung tidak kisah dengan apa yang dia katakan tadi. Yang aku tahu,
aku nak masuk dalam perpustakaan dan cari buku tu sampai jumpa. Titik!
“Takde-takde. Bagi saya masuk. Saya
perlukan buku rujukan tu. Tolonglah awak. Saya tak main-main ni.” Aku tolak
lebih kuat pintu yang tombolnya dipegang kemas oleh pengawas berjilbab labuh
itu.
Berkerut-kerut
mukanya. Tapi masih tetap tidak mahu pandang muka aku. Aku tahulah muka aku
buruk. Tak handsome macam hero novel.
“Saya
minta maaf. Tapi cikgu amanahkan saya untuk tutup pintu library ni tepat jam tiga petang. Sekarang dah jam tiga lima minit.
Saya harap awak faham.” Tetap dengan pendiriannya, gadis itu langsung tidak
mahu berkompromi.
Aku
mula naik hot. Sudahlah penat berlari
ke sini. Lapar tak payah cakap. Semua pelajar asrama mesti tengah seronok
menjamu selera di dewan makan sekarang. Tapi demi buku rujukan itu, aku
terpaksa juga bertahan lapar. Tamat saja kelas tambahan, ke sini dulu aku tuju.
Nampak tak betapa terdesaknya aku. Apa pengawas bertudung labuh ni tahu!
“Tolonglah
awak. Saya cakap elok-elok ni. Saya bukan nak mencuri pun. Saya cuma nak pinjam
buku. Kalau awak tak percaya, awak boleh masuk sama dan tengok sendiri buku apa
yang saya cari. Dah tepi saya nak masuk.” Malas nak bertekak, aku tolak pintu.
Namun gadis yang mempunyai badge bernama
Anis Anisa itu berkeras memegang tombol.
Aku
ketap bibir. Hai… nak kena ni.
Tanganku
mula bertindak mahu memegang tangannya. Sengaja aku pura-pura mahu memegang tangannya.
Pantas Anis Anisa melarikan tangannya. Dia mula menjauh beberapa langkah dari
aku.
Aku
tersenyum menang.
“Awak
tunggu sini, okey? Tak eloklah kan kalau berdua-dua dekat dalam sana. Nanti
saya bagi buku tu suruh awak cop. Saya masuk dulu ya…” Aku tersengih kambing.
Gadis itu tetap tundukkan wajah. Namun ada dengusan halus aku dengar terbit
dari bibirnya. Aku hanya tergelak. Pantas aku meluru masuk ke dalam perpustakaan.
Beberapa
minit mencari, akhirnya aku berjaya menemui buku yang aku mahukan. Terus aku
mencari kelibat Anis Anisa. Pengawas bertudung labuh itu masih setia menungguku
di luar. Yalahkan dah tugas dia nak cop buku rujukan ini nanti.
“Ehem-ehem.”
Aku berdeham perlahan, menegur. Namun Anis Anisa langsung tidak memandangku.
Aku cuba panjangkan leher untuk melihat apa yang sebenarnya gadis itu sedang
lakukan sehingga begitu kusyuk sekali.
Subhanallah.
Tidak semena-mena perkataan itu muncul dari bibir.
Aku jadi malu dengan diri
aku sendiri apabila melihat kekusyukan Anis Anisa sedang mengalunkan ayat-ayat
suci al-Quran. Mungkin gadis itu sedang menghafaz ayat-ayat al-Quran.
“Awak…”
Aku terpaksa juga memanggilnya. Sedar dengan panggilanku, dia pantas berpaling.
Al-Quran kecil di tangannya segera disembunyikan di sebalik tudung. Aku tersenyum
kelat.
“Err…
ini bukunya. Tolong cop eh,” ucapku bernada tidak lagi menyakat. Kali ini aku
tidak lagi berani memandang tepat ke anak matanya. Aku segan. Sungguh, aku
segan.
“Kad?”
Dia bertanya sepatah.
Kalut
aku mencari kad dalam poket seluar. Dihulurkan kad berwarna hijau dan buku
rujukan Kimia itu kepada Anis Anisa. Gadis itu menapak masuk ke dalam
perpustakaan.
Aku
yang mahu membuntutinya masuk tiba-tiba ditegah olehnya dengan ‘mengecopy-paste’ kata-kata aku sebelum ini.
“Awak
tunggu sini, okey? Tak eloklah kan kalau berdua-dua dekat dalam sana. Biar saya
cop dulu buku ni. Saya masuk dulu…” Dia terus melangkah masuk. Mukaku teras
pijar dek menahan malu. Ceh, kuat menyindir rupa-rupanya pengawas bertudung
labuh ni.
Itulah
al-kisahnya.
Kerana
pertemuan yang tidak disangka-sangkakan itulah yang membuatkan aku mula jatuh
hati pada Anis Anisa. Aku mula jadi spy untuk
mencari maklumat dirinya. Hari-hari aku sengaja pergi ke perpustakaan
semata-mata untuk menemuinya. Dan sekarang, perasaan itu makin merebak. Semakin
parah. Bagaikan kanser. Cepat benar merebak.
Sungguh…
sungguh aku suka dia.
*******
Aku
menunggu dengan penuh debar. Nota kecil yang terselit pada buku rujukan Sejarah
aku kemaskan kedudukannya. Mahukan kesempurnaan. Moga-moga Anis Anisa dapat
mengecam dengan pantas nota kecil yang terselit pada buku itu. Nota kecil yang
terisi dengan luahan hatiku padanya.
Aku
nekad. Imanku yang senipis kulit bawang membuatkan aku nekad untuk bertindak
seperti ini. Walau sudah Rafiq tegah dan nasihat, aku tetap dengan pendirianku.
Akan
aku luahkan perasaanku pada Anis Anisa. Itu keputusan bulatku!
Biar
apa saja jawapan gadis itu, akan aku kuat menghadapinya. Aku yakin dengan
perasaan aku ini. Aku memang suka dia. Dan sampai satu tahap, aku sudah tidak
kisah sama ada dia akan membalas cinta aku itu atau tidak. Aku hanya suka dia.
“Nanti
kita buat study group dekat dorm eh. Kalau tak pun kita buat dekat taman.
Okey tak?” Suara Anis Anisa kedengaran dari celah pintu. Aku menantinya di
balik pintu.
“Eh…”
Terkejut dengan kehadiran aku di situ, Anis Anisa mula menjauhkan diri dari
daun pintu. Dua orang kawannya hanya tersenyum padaku. Tidak menghiraukan aku
di situ, mereka bergerak ke rak kasut mencari kasut masing-masing.
Aku
tarik nafas. Aku masih menanti di situ. Akan aku tunggu waktu yang paling
sesuai.
“Aku
laparlah. Jom kita pergi kantin dulu.” Salah seorang kawan Anis Anisa bersuara.
Mereka bertiga sudah siap menyarung kasut.
Dua
kawan Anis Anisa mula berjalan melintasiku dan Anis Anisa berada di belakang
mereka. Inilah satu-satunya saat yang aku ada untuk menyerahkan buku ini pada
gadis yang telah mencuri hatiku ini.
Ya
Allah, aku berserah pada-Mu.
“Untuk
awak.” Sepantas kilat aku menghulurkan buku rujukan itu pada Anis Anisa. Dek
tergamam dengan tindakanku, bagaikan orang dungu dia menerima saja pemberianku.
Pantas
aku melarikan diri darinya. Aku berjalan tanpa memandang ke belakang lagi.
Moga-moga Anis Anisa membaca nota kecil itu.
******
-Maaf saya tak mampu
nak balas sayang awak. Bukan masa yang sesuai untuk kita menyemai rasa saat
ini. Sesungguhnya… bercinta dengan Allah lebih indah, awak.
Aku
baca berulangkali nota yang Anis Anisa berikan pada aku setelah seminggu luahan
hatiku padanya itu.
Kecewa,
sedih dan malu… itu yang aku rasa. Ya Allah, Anis Anisa siap berdakwah pada aku
di akhir katanya itu. Bercinta dengan
Allah lebih indah, awak. Sampai ke jantung kata-kata itu menusuk.
Ternyata
benar kata Rafiq… Anis Anisa menolak cintaku.
Patutkah
aku merayu padanya agar dia menimbal-balik perasaanku ini? Sememangnya mukaku
sudah cukup tebal menahan malu. Cukuplah sekali luahan cinta monyetku padanya
tempoh hari ditolaknya dengan jawapan penuh tarbiah. Cukup sekali!
“Banyakkan
baca al-Quran, Yum. InsyaAllah ketenangan akan muncul.” Rafiq bersuara dari
katil sebelah. Kami berdua baru sahaja selesai mengulangkaji pelajaran.
“Sakitnya
hati ni bila ditolak kan, Fiq. Sekarang aku faham perasaan kau.”
Rafiq
hanya senyum. Dia diam saja.
Aku
pula melayan rasa seorang diri. Mengenang kembali kebodohan aku mengikut hawa nafsu
dalam soal ‘percintaan’ ini.
Ya,
kini aku mulai faham perasaan Rafiq yang cintanya telah ditolak oleh Najwa,
pelajar dari sekolah sebelah. Rafiq juga seperti aku. Jatuh cinta pandang
pertama. Terus nekad cuba tackle
Najwa. Tapi yang Rafiq dapat hanya rasa kecewa dan malu. Najwa juga seperti
Anis Anisa yang kuat jati dirinya. Setelah putus cinta, Rafiq banyak berubah.
Lelaki
itu berubah secara drastik. Rafiq makin mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Selalu ke surau bantu-bantu ustaz. Kalau ada masa, tolong cikgu ajarkan junior
dari Tingkatan 1 dan 2 dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Penangan
putus cinta. Kadang-kadang mampu membuat kita menjadi makin dekat dengan Allah
dan kadang-kadang boleh menyebabkan kita makin jauh dari Allah. Pilihan sentiasa
ada di tangan kita sendiri.
Dan
aku kini menjadikan sepotong ayat dari surah al-Baqarah sebagai pemujuk rasa
dan penasihat terbaik untuk aku redha dengan takdir dari Ilahi ini.
Allah
SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 216. Yang membawa maksud ;
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Usah
terlalu kecewa dengan penolakan cinta dari manusia. Namun, rasa gerunlah
apabila cinta Allah tidak berpihak kepada kita. Allah SWT lebih penting dari
segala-galanya, bukan? Dan seperti kata Anis Anisa, gadis yang pernah menjentik
rasa hati ini.
Bercinta dengan Allah
lebih indah.
Ya.
Indah. Tenang. Bahagia. Itu pulangan yang kita dapat apabila mencintai Dia
berbanding mencintai si dia.
Dan
bagi melupakan kesedihan dan kekecewaanku ini, Rafiq menghadiahkan aku beberapa
tips untuk merawat luka ini. Selain memperbanyakkan bacaan al-Quran, ini
saranan ‘Abang Ustaz’ kepadaku. Dan mungkin juga untuk kalian-kalian yang
sedang bercinta aka bercouple sebelum
nikah.
Tips
meninggalkan couple dan tips merawat kecewa
setelah putus cinta.
1. Bertaubat.
- Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan
mengulanginya. Memperbanyakkan solat taubat siang dan malam.
2. Kuatkan hati.
- Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang
membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar
nombor telefon bimbit. Ada juga yang tidak mahu menukar nombor telefon dan
berniat berhenti sms. Tetapi percayalah,
cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk
dan terus memujuk.
3. Elakkan kebosanan.
3. Elakkan kebosanan.
-
Oleh kerana dah terbiasa sms, calling, chat.
Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen
agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.
4. Membaca buku Tarbiyah.
4. Membaca buku Tarbiyah.
-
Contoh terbaik adalah buku motivasi cinta daripada Ustaz
Pahrol Mohd Juoi bertajuk Tentang Cinta. Novel Islami daripada penulis tersohor
Hilal Asyraf juga boleh dijadikan bahan bacaan.
5. Memperbaiki penampilan diri.
-Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki ditutup
dengan sempurna. Tidak ketat, tidak singkat, tidak terdedah, tidak nipis dan
afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah.
6. Jika masih belajar.
6. Jika masih belajar.
-
Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang
bermanfaat untuk mental dan fizikal.
7. Padam lagu-lagu jiwang dalam telefon bimbit, laptop dan lain-lain.
7. Padam lagu-lagu jiwang dalam telefon bimbit, laptop dan lain-lain.
-
Tukarkan kepada nasyid, zikir, alunan qasidah, selawat
yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.
8. Selalu perbetulkan semua niat.
-Yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti
bertemu jua.
9. Memperbanyakkan mengingati mati.
-Cukup kematian sebagai peringatan.
10. Allah berfirman. “Kamu menyangkanya perkara kecil, sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah an-Nur : 15)
Kita buat apa
ALLAH suka, ALLAH beri apa kita suka.
Akhir kata.
Allah berfirman dalam Surah
Al-Israa’ayat 32.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Selamat tinggal cintaku,
Anis Anisa. Sekarang sememangnya bukan waktu yang paling tepat untuk kami
berdua jatuh cinta. Satu yang aku pasti. Allah sedang merencanakan sesuatu yang
lebih baik untukku di masa hadapan. Insya-Allah.
TAMAT.
*Moga bermanfaat* Please don't couple before nikah* Cinta lepas nikah lebih indah dan sweet*
subhanallah kak! banyak sangat pengajaran dalam cite ni. timbulkan rase insaf and nota yang bagus untuk perbaiki diri. :) terima kasih tulis cerpen ni :D
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sama2 kita cuba ambik pengajaran..
DeleteTerima kasih jugak sbb awk sudi bc cerpen akak :)
KOMEN DARI PEMBACA DI PAGE FARISHA IMANI
ReplyDeleteSchariedah Salus > Best ..;(
Xda sambungan ka cite dorang ni ..heee
KOMEN DARI PEMBACA DI FB ZUBAIDAH IBRAHIM (messenger)
ReplyDeleteAtin Fz >
assalamualaikum kak
hai hai :)
baru aje baca cerpen selamat tinggal cinta.
best .
banyak pengajaran.
say no to couple before nikah!
insyaAllah.
love this cerpen.
<3
Couple memang indah tapi bercinta selepas nikah lebih indah...tapi bagaimana jika hati masih tidak tegar melupakan?adakah itu masih cinta atau lebih ke arah nafsu?
ReplyDelete