JOM FOLLOW

Thursday, 11 June 2015

Mencari Si Pelengkap Hati [BAB 35]


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.


BAB 35


Usai makan malam, macam biasa aku tolong Nek Som dekat dapur cuci pinggan mangkuk. Sambil dengar cerita pasal Cikgu Ihsan masa kecil, sambil tu aku cuci pinggan. Lucu dengar cerita Nek Som. Dari kecil memang Cikgu Ihsan tu suka merajuk dan memang rapat benar dengan mama dia. Kalau lelaki tu merajuk, Aunty Izzahlah yang ditugaskan untuk pujuk. Kalau tak, tak surut rajuk dia. Hai, kalah aku yang perempuan ni.

“Itulah kisahnya, Nuha. Ihsan memang manja sikit orangnya. Tapi dia matang, bertanggungjawab. Tak adalah manja macam budak-budak kecil. Tapi itulah rajuk dia kadang-kadang buat kami-kami ni pening kepala.” Makin lama makin banyak yang aku tahu pasal diri Cikgu Ihsan. Dari Sumayyah, bekas tunangnya. Dan sekarang kisah Cikgu Ihsan yang suka sentap aka merajuk.

Satu perkara aje yang belum jelas. Airin Qistina. Siapa gadis itu sebenarnya. Perlu ke aku tanya Nek Som?

Basuhan pinggan makin aku lajukan. Siap basuh pinggan yang terakhir aku dapatkan Nek Som yang tengah leka kupas buah epal. Pencuci mulut katanya. Tapi menurut apa yang aku baca. Buah-buahan elok dimakan sebelum makan menu utama. Tapi orang kita dah salah faham. Termasuklah aku. Sabar ajelah.

“Nek Som…” Aku duduk di sebelah Nek Som.

“Apa dia?”

“Hmmm… boleh Nuha tanya sesuatu tak?” Aku gigit bibir. Betul-betul aku rasa dah macam si kepochi sangat. Ni mesti terkena sindrom si Gee.

“Hai macam serius aje. Tak cukup ke cerita Nek Som pasal Ihsan tadi? Nak dengar pasal lain ke? Boleh aje Nek Som cerita.” Nek Som hulur sekeping epal hijau yang siap dikupasnya. Aku terus gigit bajet epal tu manis.

“Ehmm! Masamnya!” Berkenyit mata aku menahan masam yang teramat sangat dari epal hijau ni. Adoi Nek Som nak kenakan aku ke.

“Alamak minta maaflah Nuha. Nek Som lupa nak warning epal ni masam.” Nek Som dah gelakkan aku. Diusap pipi aku dengan tangan tuanya. Hilang sikit rasa masam. Kehangatan usapan Nek Som buat aku senyum saja.

“Nek Som ni ingatkan nak kenakan Nuha tadi.” Aku merengek. Nek Som gelak lagi.

“Takkanlah Nek Som sanggup kenakan budak comel macam Nuha ni. Hah, Nuha nak tanya apa? Cepat tanya. Pukul 10 nanti Nek Som dah nak masuk tidur.” Aku kalih pada dinding. Jam ditilik. Alah awal lagi. Baru jam 8.45 malam. Nek Som ni agak-agaklah.

“Err… Nuha seganlah,” ujarku jujur. Dah tergaru-garu kepala ni.

“Segan apa pulak. Kalau segan tutup muka.” Nek Som bercanda lagi. Aku muncung.

“Nuha takut Nek Som anggap Nuha busybody.”

“Hisy, budak ni. Busybody apa pulak. Nuha nak mengumpat ke? Kalau nak bergosip, Nek Som tak nak layan.” Aku geleng laju. Mengumpat? Tak rela aku makan daging saudara sendiri.
“Nuha nak tanya pasal…” Sempat aku kalih ke pintu dapur. Takut-takut ada orang. Bila line clear, aku teruskan bertanya.

“… pasal Airin Qistina. Nek Som, siapa Airin Qistina tu?” Lepas beberapa hari pendamkan soalan ni, akhirnya tak tertahan lagi aku. Aku betul-betul nak tahu siapakah si gerangan Airin Qistina itu. Nak harap Cikgu Ihsan buka cerita? Dia kan dah merajuk dengan aku.

“Airin Qistina? Airin Qistina mana ni?” Nek Som pulak yang tanya aku.

“Airin yang Cikgu Ihsan cakap nak balik bulan depan tu,” jawab aku satu-satu.

“Oh, Airin tu. Kenapa? Nuha nak kenal dengan dia ke?” Nek Som seakan-akan cuba main tarik tali.

Aku dah tak tahu nak geleng atau angguk. Kena jawab ke soalan Nek Som ni.

Mujur aku tak sempat jawab, Nek Som yang sememangnya suka bercerita mula beritahu aku profil Airin Qistina.

“Airin tu sepupu Ihsan. Anak bongsu arwah Razif. Razif tu adik kedua Auntie Izzah kamu. Airin dah kehilangan mak dia masa dia masih kecil lagi. Waktu umur Airin belasan tahun, Razif pulak yang meninggal dunia. Jadi Airin tinggal dekat sini. Sampailah bila dia dah besar, belajar jauh dekat negara orang, Airin tinggal jauh dari kami semua. Hah, bulan depan dia dah  nak balik. Dapatlah Nuha kenal-kenal dengan dia.”

Terjawab dengan jelas segala persoalan di benakku. Jadi Airin Qistina tu sepupu Cikgu Ihsan ya. Bukan bekas cinta pertama dia?

“Ooo, gitu.”

“Gitu apa? Gitu-gitu?”

Aku gelak sambil tepuk perlahan bahu Nek Som. Perempuan awal 60-an ni memang lawak betul.

“Gitu ajelah,” jawab aku bergurau.

“Apa-apa ajelah kamu ni, Nuha. Pelik Nek Som tengok. Nah, makan epal ni. Baik untuk sembelit.” Erk… aku terus geleng kepala.

“Tak naklah. Masam kot.”

“Hah nilah anak muda. Macam mana nak sihat tubuh badan tu. Yang masam, tak nak. Yang manis, makan tak ingat dunia. Belum umur 30, dah ada macam-macam penyakit. Tengok Nek Som ni, masih kuat lagi. Berkat tak makan macam orang sekarang. Kadang-kadang…” Bebelan Nek Som masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri. Otak ni mula terbayangkan Airin Qistina lagi sekali.

Yang pasti Airin Qistina bukan sepupu yang biasa-biasa pada Cikgu Ihsan. Tengok saja bila lelaki tu bercakap pasal Airin. Muka happy semacam. Hmm… terlalu gembira sepupu nak balik. Sepupu paling rapat agaknya.

‘Kenapa kau nak menyibuk pulak Nuha oi.’

‘Mana ada aku menyibuk. Aku cuma…’

‘Eleh kau tu sebenarnya jealous kan?’

Jealous? Excuse me! Tolonglah!’

‘Eleh Nuha jealous, Nuha jealous.’

“Ah! Diam!”

“Hah apa yang diam tu? Nak suruh Nek Som diam ke?”

Aku yang baru tersedar dari lamunan terus pandang Nek Som yang berdiri  berhampiran kabinet mengacau minuman.

“Eh mana ada Nek Som ni. Nuha cakap sorang-soranglah.” Aku dah gelabah dengan renungan mata Nek Som. Mujurlah perempuan tua tu tak kecil hati.

“Eloklah tu muda-muda dah cakap sorang-sorang. Nak penuhkan hospital bahagia ke?” Aku tarik muncung itik. Nek Som!

“Dah, jangan nak muka asam kecut macam tu. Tolong Nek Som hantarkan milo suam ni pada Ihsan. Dia ada dalam bilik bacaan rasanya.”

Aku garu kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Cikgu Ihsan tidur sini ke malam ni? Nak bertanya soalan tu, takut dicop busybody. Lagipun rumah ni rumah lelaki tu. Ikut suka dialah kan nak tidur mana-mana.

Dengan berat punggung aku bangun. Muk aku ambil dari tangan Nek Som lalu aku melangkah menuju ke bilik bacaan yang berada di tingkat tiga.


*****


Tok. Tok. Pintu bilik bacaan aku ketuk perlahan. Bila dengar suara Cikgu Ihsan suruh aku masuk, baru aku pulas tombol pintu. Pintu dikuak dan dikekalkan terbuka. Aku melangkah ke arahnya yang sedang berdiri membaca sebuah buku tebal di hadapan rak buku.

“Nek Som suruh hantarkan milo ni untuk cikgu,” ujarku perlahan.

“Nuha yang buatkan ke?” soalnya tanpa pandang wajah aku. Kusyuk benar baca buku tebal tu.
“Bukan saya. Nek Som yang buat.”

“Hmm… letak aje atas meja tu.” Itu yang Cikgu Ihsan jawab. Aku hanya menurut. Diletak perlahan muk atas meja. Bilik bacaan yang terang disimbahi cahaya lampu sempat aku tatap sekilas pandang. Simple tapi kemas bilik ni. Ini kali pertama aku masuk ke bilik ni. Tingkat tiga rumah ni bukan area aku. Area aku setakat tingkat dua aje.

“Abang merajuk tapi tak ada orang nak pujuk.” Aku hampir tersedak. Aik, merajuk lagi ke?

Aku tak berani nak bersuara. Lantas aku diam menunggu Cikgu Ihsan menyambung kata.

Lelaki itu mengangkat muka memandang mukaku. Dia langsung tak senyum. Dengan muka tegang, langkah diatur ke sofa bentuk L yang terletak di tengah ruang.

“Bila dah besar, mama jarang dah pujuk abang. Hmm, nasib badan.” Aku kerut kening. Dengan Aunty Izzah pun nak merajuk panjang?

“Nuha langsung tak perasan ke abang suruh masakkan kailan ikan masin tadi?” Soalan itu meniti di bibirnya. Kalut aku nak jawab.

“Hah? Err… perasan tapi…”

“Tapi apa? Malas nak masakan?”

Aku segera geleng kepala. Bukan malas. Tapi takut nak masak. Cikgu Ihsan minta mama dia yang masakan. Takkan aku nak terhegeh-hegeh pulak.

“Cikgu mintak auntie yang masakan kailan tu. Takkan saya nak…”

“Abang nak rasa kailan yang Nuha masak. Sebab tu abang pandang Nuha bila abang cakap benda tu tadi.” Wajah Cikgu Ihsan makin mencuka. Merajuk benar ni. Ingatkan merajuk dengan Aunty Izzah. Rupa-rupanya merajuk dengan aku? Aku???

“Saya minta maaf. Saya tak tahu cikgu nak saya yang masak,” ucapku jujur. Memang aku tak tahu. Kalau aku tahu… kalau dia jelas tujukan pada aku, insyaAllah aku masak tadi. Bukan susah sangat pun.

“Hmm.. tak apalah. Nak buat macam mana. Tak ada rezeki kan.” Suara Cikgu Ihsan masih kendur tapi dia tetap senyum pada aku. Memang senyum tak ikhlas.

Thanks hantarkan milo ni.” Wajah ditunduk kembali menatap buku yang dipegangnya.

Merasa dia sudah tidak mahu berbual dengan aku, aku mula atur langkah. Tak sangka sungguh Cikgu Ihsan merajuk lagi sekali dengan aku. Banyak kali dah dia merajuk. Boring jugak kadang. Erk.

“Nuha…” Belum sempat aku melangkah dua tiga langkah, Cikgu Ihsan memanggil. Aku paling ke belakang pandang wajah dia. Aku menanti dia bersuara.

“Dah tahu siapa Airin Qistina tu?” soalnya tiba-tiba.

Aku tercengang. Alamak.

“Hah? Errr…” Dia dengar ke aku tanya Nek Som tadi? Muka mula rasa pijar.

Sambil tersenyum lebar, Cikgu Ihsan pandang aku. Senyum penuh makna pulak dia.

“Kenapa penat-penat tanya Nek Som. Tanya abangkan boleh. Abang sudi apa jawab soalan Nuha tu. Nuha, Nuha…” Jantung aku mula berdegup laju dek menahan malu. Ya Allah, mesti Cikgu Ihsan dah pasang telinga dengar perbualan aku dengan Nek Som tadi! Ah! Malunya!

Terlalu segan dengan keadaan itu, tergopoh-gapah aku berlalu pergi.

Malunya! Malunya! Malunya! Nampak sangat aku desperate nak tahu pasal Airin Qistina. Konon macam tak nak tahulah sangat. Kan! Sukalah tu Cikgu Ihsan gelakkan aku. Mana aku nak letak muka ni! Arghh…!

BERSAMBUNG......


#Whatsnext? ^^



No comments:

Post a Comment