DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
BAB 12
“Jauh termenung…
Ingatkan Dayang ke?” Tuah yang tengah ralit termenung di gazebo terus berpaling
ke arah suara bondanya. Mukanya serius tanda menidakkan telahan Puan Sri
Jamilah.
“Bonda belum tidur
lagi?” soal Tuah cuba menukar topik perbualan.
Puan Sri Jamilah mengeluh
dalam diam. Dilabuhkan duduknya di sebelah Tuah.
“Dah beberapa hari
bonda tengok Tuah asyik termenung panjang. Dan dah beberapa hari juga Tuah tak
ke rumah Dayang. Kenapa, nak? Tuah dengan Dayang ada masalah ke?” Cuba diselami
hati anak muda itu dengan penuh berhati-hati.
Tuah berjeda lama tanpa
menjawab soalan dari bondanya. Dia lebih senang mengambil sikap berdiam diri.
Andai saja bonda tahu siapa Dayang sebenarnya, pasti bonda akan kecewa seperti
mana aku kecewa! Hati kecilnya berbisik lemah.
Setakat ini dia tidak
punya kekuatan untuk berkongsi hakikat ini dengan Puan Sri Jamilah. Biarlah dia
sahaja yang menanggung rasa kekecewaan ini. Tapi, andai bondanya bertanya bila
dia mahu masuk meminang Dayang, bagaimana dia nak menjawabnya? Tuah makin kerungsingan.
“Anakanda bonda tak
pernah buat tak tahu dengan soalan bonda. Tuah mesti ada masalah dengan Dayang
kan? Bila Tuah nak lamar dia? Bonda dah tak sabar nak bermenantukan dia.” Puan
Sri Jamilah tersenyum bahagia. Tangan Tuah diusap lembut.
Tuah pandang muka
bondanya lama. Hatinya sakit setiap kali mengingatkan siapa Dayang yang
sebenarnya!
“Buat masa sekarang
Tuah nak focus hal ladang dan ternakan dulu, bonda. Soal nikah kahwin, Tuah
rasa tak perlulah Tuah fikirkan sekarang.” Jawapan Tuah mengejutkan Puan Sri
Jamilah.
“Apa yang Tuah merepek
ni? Hmm? Bukan ke…”
“Tuah dah berusaha
untuk pikat Dayang. Tuah dah nyatakan perasaan Tuah pada dia. Tapi dia tolak
lamaran Tuah, bonda. Dia tak cintakan Tuah. Jadi Tuah takkan teruskan. Biarlah
setakat ini saja Tuah berusaha untuk dapatkan dia.”
Cukupkah alasan yang
diberikannya itu? Percayakah bonda pada kemahuannya? Tuah hanya mampu diam
setelah mengucapkan semua itu. Bondanya juga terdiam pasti kerana terkejut
dengan keputusannya. Yalah dulu dia juga yang beria-ia mahukan Dayang.
Sekarang… hmm…
“Bonda tak pernah ajar
anak bonda untuk merendah-rendahkan seseorang. Siapa pun dia, bagaimana pun
masa lalu dia, selagi dia masih Allah sayang, kita wajib sayang dia.”
Tuah berpaling ke arah
bondanya. Dia terpana.
Puan Sri Jamilah geleng
kepala lemah. “Kenapa anakanda Tuah menghukum Dayang yang sekarang berdasarkan
pada masa lalu Dayang yang telah
berlalu? Sedangkan Allah telah memilih dia untuk kembali ke jalan yang
diredhaiNya. Apa hak Tuah untuk pandang hina diri Dayang? Hmm?”
“Macam… macam mana
bonda….” Tuah tidak habis fikir. Bagaimana bondanya boleh tahu mengenai hal
ini. Ya Allah…
Saat itu Puan Sri
Jamilah langsung tidak tersenyum. Dia terus memberi Tuah kata-kata nasihat yang
berbaur sindiran.
“Bonda kecewa dengan
Tuah. Tuah melepaskan seorang wanita yang baik budi pekertinya semata-mata
kerana merasa terhina dengan masa lalunya. Sebaik-baik manusia adalah manusia
yang bertaubat kepada Tuhannya. Dan Allah tidak memandang seseorang melainkan
iman dan taqwa hambaNya. Dayang sudah berubah. Bonda sangat yakin dia dah
berubah. Dia dah tinggalkan semua maksiat dan dosa yang pernah dia lakukan
dulu. Andai Allah mampu memberi peluang pada dia, kenapa Tuah tidak? Tuah lebih
hebat dari Tuhan? Hmm?”
Tuah tersentak.
Kata-kata bondanya menikam jauh ke dasar hatinya. Dia tertunduk ke bawah
menahan rasa bersalah yang mula hadir. Ya, siapalah dia untuk tidak memberi
peluang kepada Dayang sedangkan Allah sendiri telah memilih Dayang untuk
kembali padaNya. Astaghfirullahal’adzhim. Ya Allah, ampunkan aku…
“Bonda… Tuah minta
maaf. Tuah…”
“Bukan pada bonda tapi
pada Dayang. Pergi minta maaf dengan dia. Bonda tak kisah andai Dayang tak
terima Tuah tapi bonda tak nak Tuah pandang hina pada dia. Siapa kita, Tuah.
Siapa kita?” Puan Sri Jamilah menahan sebak.
Semalam ada seorang
lelaki datang ke rumah. Puan Sri Jamilah agak terkejut dengan kedatangan lelaki
yang kelihatan agak angkuh orangnya itu.
Kata lelaki itu tujuan
kedatangannya adalah untuk memberitahu dia mengenai satu perkara yang cukup penting. Mengenai Dayang Zulaikha, bakal menantunya.
+++++
“Awak ni siapa? Awak
cakap awak kenal Dayang. Betul ke?” Puan Sri Jamilah memandang aneh ke arah
lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Zachry. Dengan lagak sombong lelaki itu
duduk bersandar ke kerusi sambil bersilang kaki. Sungguh dia tak berkenan
dengan sikap anak muda itu. Namun dia diamkan saja dulu.
Zachry senyum nipis
mendengar kata-kata ibu kepada lelaki yang telah menumbuknya beberapa hari yang
lalu. Tanpa mahu menjawab soalan dari Puan Sri Jamilah, dia masih buat muka
selamba.
Kotak rokok dari poket
bajunya dikeluarkan tanpa rasa segan.
Melihat Zachry
mengeluarkan benda itu Puan Sri Jamilah terus bersuara tegas. Terhenti
perbuatan Zachry untuk menyalakan puntung rokoknya.
“Tiada siapa yang
dibenarkan merokok dalam rumah saya!” Tegas Puan Sri Jamilah.
“Baik awak berterus
terang aje dengan saya. Siapa awak. Dan macam mana awak boleh kenal Dayang.
Cakap…”
Saat itu Zachry
menegakkan badannya. Kotak rokok diletak perlahan ke atas meja. Sekali lagi dia
tersenyum sumbing.
“Saya kenal dia sebab
saya pernah ‘bersama’ dia dulu. Tak lama dulu…” Kata-kata Zachry tidak berapa
jelas pada Puan Sri Jamilah. Apa maksud lelaki itu pernah bersama Dayang? Siapa
lelaki muda ini?!
Melihat air muka bonda
Tuah seakan-akan bingung, Zachry tidak berlengah lagi. Rancangan harus
diteruskan. Alang-alang dia sudah bertentang mata dengan ibu Tuah, inilah
masanya untuk dia menghampakan wanita tua ini dengan berita yang sangat
mengejutkan ini.
“Dayang tu bekas
pelacur. Bekas kekasih saya jugak. Saya ke sini sebab nak ambil dia balik. Dia
nak ajak dia kahwin dengan saya, lelaki yang dah pernah dia ‘layan’.” Terpana
bukan kepalang Puan Sri Jamilah detik itu.
Tangannya mula
menggigil. Jantungnya mula berdetak laju. Ya Allah, apa yang cuba disampaikan
oleh lelaki bernama Zachry ini. Dayang bekas pelacur? Tak mungkin!
“A-apa yang awak
merepek ni, hah? Awak jangan nak menfitnah perempuan baik seperti Dayang!”
“Saya tak fitnah. Saya bercakap perkara yang benar. Dayang
memang bekas pelacur. Dan dia tak layak untuk anak puan. Saya lebih layak sebab
saya lelaki yang dah pernah tidur dengan dia. Saya mahu bertanggungjawab
terhadap dia.” Kata-kata Zachry yang kedengaran cukup serius itu berjaya
membuat Puan Sri Jamilah bangun menegak. Terasa kepala lututnya menggigil saat
itu.
“Saya tak percaya. Awak
fitnah Dayang sebab Dayang tak suka awak. Saya tak percaya. Awak keluar dari
rumah saya sekarang. Keluar!”
Zachry hanya tersengih
sinis. Lambat-lambat dia bangun sambil mencapai kotak rokok di atas meja. Kot
di badannya dikemaskan. Dia berpaling memandang wajah Puan Sri Jamilah. Inilah
yang dia mahukan. Rancangannya sudah berjaya.
Rancangannya senang.
Memberitahu Puan Sri Jamilah perkara yang sebenar mengenai Dayang. Biar wanita
tua ini turut menghalang hubungan Dayang dan Tuah. Biarkan Dayang dan Tuah tak
dapat bersama. Zachry sudah tidak kisah tentang rancangannya untuk berkahwin
dengan Dayang. Belambak perempuan yang boleh diupah olehnya untuk menjadi
isterinya. Yang penting baginya sekarang adalah memusnahkan kebahagiaan Tuah
dan Dayang. Silap besar Tuah mencari pasal dengannya. Dan silap besar juga
Dayang tidak sudi menerimanya kembali. Baik Tuah atau Dayang, kedua-duanya tak
layak untuk bahagia!
“Saya tak rasa puan sanggup
bermenantukan seorang bekas pelacur seperti Dayang. Ya, dia dah berubah
sekarang. Tapi pelacur tetapi pelacur, puan. Kalau orang kampung tahu siapa
Dayang yang sebenarnya, kalau orang kampung tahu puan mahu bermenantukan
seorang bekas pelacur sepertinya… saya yakin puan akan dihina dan dicaci.
Maruah puan akan dipijak!” Puas hati Zachry dapat menabur api domba itu pada
bonda Tuah.
Puan Sri Jamilah hanya
terdiam. Cuba ditelan kata-kata Zachry dengan hati yang tabah. Benarkah Dayang
punya masa lalu yang sedemikian?
“Saya boleh pergi. Dan
saya jugak takkan kembali. Apa yang nak saya sampaikan dah saya sampaikan.
Sekarang terserah pada puan untuk terima atau pura-pura tak tahu mengenai
perkara ini. Dan buat pengetahuan puan, anak kesayangan puan dah tahu mengenai
hal ni. Dan dia tak dapat terima Dayang Zulaikha dalam hidupnya.”
Zachry melangkah pergi
setelah mengucap kata yang terakhir itu. Hatinya terasa cukup-cukup puas. Kini,
hidup Dayang dan Tuah tidak akan mencapai noktah bahagia lagi. Padan muka mereka!
Setelah Zachry
melangkah keluar dari rumahnya, Puan Sri Jamilah terus terduduk ke sofa. Saat
itu dia mula faham mengenai satu perkara. Dia mula faham kenapa Tuah sudah
tidak lagi bertandang ke rumah Dayang. Tuah juga beberapa hari ini mula tidak
suka bercakap mengenai wanita itu.
“Ya Allah…. apa yang
harus aku buat sekarang…” Kehampaan mula merajai jiwanya.
++++
“Itulah ceritanya,
sayang. Zachry yang beritahu bonda semua tu.” Puan Sri Jamilah selesai
bercerita.
Tuah terdiam mendengar
cerita bondanya. Jadi Zachry membawa cerita dan keaiban Dayang hingga ke
pengetahuan bondannya? Untuk apa? Untuk membuka pekung Dayang?
“Bonda tak mampu untuk
terima bulat-bulat cerita Zachry tu. Sebab tu bonda nekad untuk bertemu dengan
Dayang sendiri. Dan Dayang menceritakan semuanya pada bonda, Tuah. Semuanya.
Sangat sedih kisahnya. Bonda tak sampai hati untuk membencinya. Bonda tak
sampai hati untuk menghukum dia sepertimana Tuah menghukum dia.” Kali ini Tuah
tidak mampu lagi memandang muka ibunya. Dia benar-benar merasa malu dengan
dirinya sendiri. Kerana merasa dirinya lebih baik, dia sanggup menghina masa
lalu Dayang.
“Bonda tak nak cerita
apa-apa pada Tuah. Bonda nak Tuah dengar sendiri semuanya dari mulut Dayang.
Bonda tak nak campur tangan pasal korang berdua. Yang bonda mahukan hanya satu.
Minta maaf dengan Dayang dan Ibu Orked. Andai Tuah mahu teruskan hubungan
dengan Dayang, bonda berlapang dada menerima Dayang dalam keluarga ni. Tapi
andai Tuah merasa Dayang bukan pilihan hati Tuah lagi, bonda takkan memaksa.Tapi
dengar nasihat bonda ni, nak."
"Pilihlah perempuan berdasarkan agamanya. Kerana
itulah yang dianjurkan oleh Nabi kita. Perempuan memang ramai dalam dunia ni
tapi yang baik dan solehah, bagai mutiara yang tersembunyi di dasar lautan.”
Puan Sri Jamilah tepuk bahu Tuah penuh makna. Ditinggalkan anak muda itu untuk
membut keputusannya sendiri.
Tuah terdiam lama.
*bersambung*
Kadangkala
kita sukar menjangka apa yg bakal Allah beri pada kita... hadiah yg terbesar
buat kita semua adalah anugerah rasa kasih & sayang Allah pada setiap
hambaNya....itu yg sangat terindah~~~~~♥
KOMEN DARI PEMBACA DI GRUP KAMI CINTA NOVEL
ReplyDeleteEmma Lim > Makin sedih ler plak..