DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
BAB 9
“Dayang…” Ibu Orked
pandang wajah Dayang. Tangan gadis itu yang perlahan saja memicit pehanya.
“Ya, bu.” Sahut Dayang
tanpa senyuman. Dia terus memicit sambil otaknya berat memikirkan luahan Tuah.
“Tuah ke yang datang
petang tadi?” Ibu Orked bertanya.
Urutan Dayang terhenti
tatkala mendengar sebaris nama itu. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala.
Ibu Orked mengeluh.
Rasanya dia faham apa yang sedang terjadi sekarang. Memandangkan dia lebih dulu
makan garam, dapat dia lihat harapan yang cuba Tuah hulurkan untuk Dayang.
Harapan cinta yang menggunung tinggi.
“Tuah sukakan Dayang,
kan? Hmm?” soal Ibu Orked mengejut.
Dayang terus tersentak.
Adakah ibunya mendengar segala luahan Tuah tadi?
“Ibu dapat lihat dari
sinar mata Tuah memandang Dayang. Lain… lain dari yang lain.” Tersenyum sumbing
Ibu Orked saat itu. Dalam gembira ada lelaki yang mencintai anaknya, dia turut
merasa sedikit sedih. Kerana dia cukup yakin Dayang pasti tidak akan mahu
membalas cinta Tuah kerana masa lampaunya yang kelam itu.
“Dayang berhak dicintai
dan mencintai, nak. Dayang berhak hidup bahagia. Ibu suka dengan budak Tuah tu.
Walaupun orang kaya, sangat merendah diri. Ibu yakin dia dapat jaga Dayang
dengan baik.” Kata-kata Ibu Orked buat Dayang tertunduk terus.
Matanya panas menahan
cairan jernih. Andai semua itu semudah itu. Sudah pasti cinta Tuah diterimanya!
“Tapi Dayang tak
sanggup untuk kecewa, bu. Andai Tuah tahu masa lalu Dayang macam mana, dia
mesti takkan sukakan Dayang lagi. Kami berdua bakal sama-sama kecewa, bu.
Dayang tak sanggup untuk hadapi semua tu…” Air mata mula tertumpah.
Ibu Orked mengeluh
panjang. Setiap hari dia tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah agar
menjodohkan anak angkatnya ini dengan seorang lelaki yang baik dan
bertanggungjawab. Seorang lelaki yang mampu menjaga Dayang sebaik mungkin.
Seorang lelaki yang mampu menerima Dayang Zulaikha yang dulu.
Kini, lelaki itu telah
muncul. Persoalannya, mampukah Tuah menerima Dayang yang dulu?
“Kita sembunyikan
perkara tu dari Tuah. Biarkan masa lalu Dayang menjadi rahsia. Ibu nak anak ibu
hidup bahagia. Sebab Dayang juga berhak hidup bahagia di bumi Tuhan ni!”
Tegas Ibu Orked
meyakinkan Dayang.
Namun, jawapan Dayang
hanya satu saat itu. Dia menggelengkan kepala. Merahsiakan masa lalunya
bukanlah jalan yang terbaik. Kerana rahsia itu andai disimpan lambat-laun pasti
akan terbongkar jua. Andai saat itu tiba, pada siapa yang harus Dayang
persalahkan? Pada dirinya sendiri? Atau pada masa lalunya? Hmm…
“Biarkan kami sama-sama
kecewa sekarang, bu. Cepat atau lambat Tuah akan lupakan Dayang juga. Dan
Dayang… Dayang akan cuba lupakan dia.”
“Dayang yakin ke Tuah
mampu lupakan Dayang seumur hidup dia? Di tangan Dayang ke kuasa semua tu?
Hmm?” Sedikit menekan suara Ibu Orked. Niatnya hanya satu. Ingin menyedarkan
Dayang bahawa dia juga berhak untuk bahagia!
Terpana Dayang dengan
soalan ibunya. Dia langsung tak mampu berkata apa.
“Ibu sarankan Dayang
mengadu pada Dia yang lebih mengetahui. Hanya Allah saja yang tahu apa yang
terbaik untuk Dayang. Berserah pada Dia, nak. Allah tak pernah kecewakan
hambaNya.” Perlahan-lahan Dayang mula angkat muka memandang wajah ibunya.
Ibu Orked tersenyum
saat itu. Pipi Dayang yang sudah dibasahi dengan air mata diusap lemah.
+++++++
Di hening malam itu,
Dayang membentangkan sejadah dan menadah tangan kepadaNya. Meminta petunjuk dan
bantuan kepada Yang Maha Esa.
Hanya Allah sahaja yang
mampu merungkai permasalahan ini. Dan hanya Allah sahajalah yang lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk gadis bernama Dayang Zulaikha.
“Bismillahirrahmaanirrahim…
Ya Allah Ya Tuhanku…
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku, pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju redhaMu….
Kerana Engkaulah yang berhak atas hati hamba-hambaMu…
Dan Engkau jua yang berkuasa membolak balikannya…
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku, pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju redhaMu….
Kerana Engkaulah yang berhak atas hati hamba-hambaMu…
Dan Engkau jua yang berkuasa membolak balikannya…
Ya Rabb…
bila dia jauh, dekatkanlah…
Eratkan hati kami dalam ikatan keranaMu, tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju redhaMu…
Ya Allah Yang Maha Pencinta
Pemilik cinta sejati… Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya…
Teguhkan imannya…
Tegarkan penantiannya…
Ya Rabb... Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku Engkau ciptakan untuk dia… penuhi hatinya dengan kasihMu,
Terangi langkahnya dengan cahayaMu, limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran, temani dia dalam kesepian…
Ya Rabb…
Tiada tempat ku bersandar selain padaMu…
Kutitipkan cintaku padaMu untuknya…
Kutitipkan sayangku padaMu untuknya…
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya…
bila dia jauh, dekatkanlah…
Eratkan hati kami dalam ikatan keranaMu, tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap dan mendamba sebuah keinginan menuju redhaMu…
Ya Allah Yang Maha Pencinta
Pemilik cinta sejati… Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya…
Teguhkan imannya…
Tegarkan penantiannya…
Ya Rabb... Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku Engkau ciptakan untuk dia… penuhi hatinya dengan kasihMu,
Terangi langkahnya dengan cahayaMu, limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran, temani dia dalam kesepian…
Ya Rabb…
Tiada tempat ku bersandar selain padaMu…
Kutitipkan cintaku padaMu untuknya…
Kutitipkan sayangku padaMu untuknya…
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya…
Mekarkan cintaku bersama cintanya…
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cintaMu…
Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri…
Pasti kebahagiaan itu aku dapati…
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku…
Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan…
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku…
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju ke jalanMu…
Bimbinglah hati kami, kuatkan hati kami…
Penuhilah dengan rahmat dan kasih sayangMu…
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cintaMu…
Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri…
Pasti kebahagiaan itu aku dapati…
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku…
Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan…
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku…
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju ke jalanMu…
Bimbinglah hati kami, kuatkan hati kami…
Penuhilah dengan rahmat dan kasih sayangMu…
Aamiin ya rabbal ‘alamiin…”
Dayang
menyapu mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Setitis air mata menitis jua ke
pipi.
Semoga
Allah mendengar permohonannya. Dan semoga ada ‘jalan kebahagiaan’ untuk dia dan
Tuah Dzulkarnain.
++++++
Keesokan
harinya, pagi-pagi lagi Tuah sudah menuju ke rumah Dayang. Dia tidak akan
berputus asa terlalu cepat untuk merebut cinta gadis itu.
Andai
benar Dayang tidak mampu membalas cinta, hanya satu yang Tuah mahukan dari
gadis itu. Jawapan, mengapa cintanya ditolak. Atas sebab apa Dayang tiada cinta
untuknya. Tidak layakkah dia untuk gadis sopan itu?
Tuah
menunggu dalam kereta penuh sabar. Sudah hampir setengah jam dia menanti Dayang
keluar dari rumah. Namun, kelibat gadis itu tidak langsung kelihatan. Adakah
Dayang menyedari kehadirannya?
“Dayang…”
Lama menanti, akhirnya orang yang dinantikan muncul juga.
Cepat-cepat
Tuah keluar dari kereta dan mendapatkan Dayang yang turut menapak
mendapatkannya.
Dayang
serba salah untuk mendekati Tuah. Dia berdiri di hadapan lelaki itu tanpa
memandang wajah lelaki itu walau sedetik.
“Dayang…
awak keluar juga akhirnya.” Ucap Tuah seraya senyum nipis. Lega hatinya dapat
menatap wajah Dayang.
Saat
itu Dayang hanya diamkan diri. Difikirnya Tuah akan pulang setelah lama dia
menyembunyikan diri dalam rumah. Namun, tekaannya meleset apabila ternyata
lelaki itu tetap berkeras menunggunya keluar.
Lantas,
Dayang buat satu keputusan yang nekad. Suka atau tidak, dia perlu berdepan
dengan majikannya itu. Untuk menjelaskan keputusannya.
“A-apa
tuan buat kat sini?” Dayang berbasa-basi.
Tuah
terus pandang Dayang. Soalan gadis itu dijawab lemah.
“Untuk
terus pujuk awak untuk terima saya.” Tulus jawapan yang diberikannya.
Hati
Dayang jadi sayu.
“Saya
dah cakap dengan tuan semalam. Saya… saya tak layak untuk orang kaya dan orang
baik seperti tuan.” Dayang berpaling. Tidak sanggup dia berdepan dengan lelaki
itu.
Tuah
mengeluh. Mengapa sukar benar untuk gadis itu meyakini ketulusan cintanya.
“Kekayaan,
pangkat, kebaikan… semua tu hanya pinjaman dari Allah, Dayang. Andai Dia
berkehendak, sekelip mata Dia mampu tarik semua tu dari saya. Saat tu, saya
mungkin terbuang jauh dari semua orang.” Sekali lagi hati kecil Dayang menjadi
satu mendengar luahan lelaki itu. Namun, dia hanya mampu untuk mendiamkan diri.
“Andai
itu alasan awak untuk menolak cinta saya, saya memang tak boleh terima. Saya
betul-betul ikhlas sayangkan awak, Dayang. Kalau awak nak saya buktikan, saya
boleh mengaku perasaan ni di hadapan Ibu Orked!”
Terus
Dayang tersentak. Dia pantas berpaling dan menggeleng.
“Jangan.
Tuan tak perlu jelaskan apa-apa pada ibu. Anggap saja antara kita memang tiada
jodoh. Saya tak mampu untuk balas cinta tuan. Saya… saya….”
“Kenapa?
Awak tak percaya saya sayangkan awak? Atau awak memilih lelaki yang lebih baik?
Hmm? Awak… awak memilih lelaki yang lebih kaya?”
Sekali
lagi Dayang tersentak. Hatinya pedih mendengar kata yang baru saja keluar dari
bibir Tuah itu.
“Apa
tuan cakap ni. Saya tak pandang semua tu!” Dayang memalingkan kembali badannya.
Sampai hati Tuan menuduhnya sebagai mata duitan! Perempuan pisau cukur?
“Habis
tu kenapa susah sangat awak nak bagi saya peluang. Saya merayu pada awak
Dayang. Saya tak paksa awak balas cinta saya secepat mungkin. Tapi tolong bagi
saya peluang untuk tunjukkan keikhlasan saya mencintai awak. Bagi saya peluang
tu….”
Tuah
merayu sepenuh hatinya. Moga-moga terbuka pintu hati Dayang untuk memberinya
satu peluang. Satu aje!
Keluhan
meniti berat di bibir Dayang. Peluang? Memberi Tuah peluang sama seperti memberi
harapan untuk dirinya sendiri merasa bahagia. Menyembunyikan rahsia besar itu
dari pengetahuan Tuah. Mampukah rahsia terus menjadi rahsia?
Tiada
jawapan di atas permintaan Tuah akhirnya Dayang hanya mampu melangkah pergi
dari situ. Laju kakinya mendaki anak tangga.
“Dayang!
Dayang tunggu!” Suara Tuah menjerit memanggilnya. Dayang pantas mengunci daun
pintu.
Dia
bersandar lemah pada dinding. Air matanya tumpah lagi.
*bersambung*
Rasulullah bersabda : “Barangsiapa
menunjukkan suatu kebaikan, maka baginya seperti pahala yang melakukannya.” (HR.
Muslim)
KOMEN DARI PEMBACA DI PAGE FARISHA IMANI
ReplyDeleteNorziati Mad Dam > Adessss... Farisha imani... X settle lgi ker...
Salmiha Ishak > Cerita je la dayang