JOM FOLLOW

Saturday, 7 June 2014

Suami Pilihan Dia [bab 2]




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


BAB 2


Pengalaman aku seharian suntuk berada di rumah agam Tuan Adam tidaklah begitu mencabar dan memenatkan. Kak Som banyak tunjukkan aku cara-cara untuk melakukan kerja rumah. Apa yang tak boleh, apa yang boleh. Bilik mana yang boleh masuk, bilik mana yang tak boleh masuk.

Bilik yang diharamkan untuk aku dan seisi rumah masuki adalah bilik tidur Syamil dan bilik arwah anaknya. Terutama bilik anaknya. Bilik itu memang lelaki itu tak bagi siapa-siapa masuk. Okey. Bila dah tahu macam tu, takdelah aku tersalah masuk nanti.

Petang itu selesai menunaikan solat Asar, aku segera bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Waktu kerjaku tamat pada pukul 5 petang. Lebih baik aku solat dulu sebelum pulang ke rumah.

“Kak Som…” Kak Som yang sedang sibuk menbancuh air dalam mug aku tegur dengan mesra. Baru sehari, aku dah rasa seronok berkawan dengan Kak Som. Kak Som memang happening.

“Ya Leen. Dah nak balik ke?” soal Kak Som. Aku angguk kepala.

“Ha’ah kak. Leen balik dulu ya. InsyaAllah minggu depan kita jumpa lagi.” Aku tersenyum. Kak Som juga tersenyum sama.

“Sebelum Leen balik, boleh tak tolong hantarkan air ni untuk Encik Syamil? Akak nak ke tandas kejap. Dah tak tahan ni.” Kak Som menekan-nekan perutnya. Buat aku faham keadaan perempuan itu ketika itu. Segera aku terangguk setuju.

“Baik kak. Lepas Leen hantar air, Leen terus balik tau. Takut akak cari Leen pulak nanti.” Kak Som angguk-angguk kepala macam burung belatuk. Terus dia meluru ke bahagian belakang. Aku hanya tersenyum kecil melihat gelagat wanita berusia 40 tahun itu. Belum berpunya. Kata Kak Som, dia adalah wanita edisi terhad. Masih tercari-cari cinta sejati. Aku berharap Kak Som akan menemui jodohnya. Jodoh itu anugerah. Bukan hanya orang yang cantik, lawa, berpendidikan, kaya yang dapat jodoh. Allah itu adil. Banyakkan berdoa. InsyaAllah jodoh pasti akan hadir. Tidak di dunia, pasti di akhirat nanti kita akan dipertemukan dengan jodoh kita itu.

Aku segera mengambil mug yang terisi dengan air Nescafe lalu di bawa ke bilik kerja Syamil. Berdebar pula hati ini terasa. Entah bagaimana untuk aku berdepan dengan lelaki dingin itu.

Seharian suntuk aku berada di sini, hanya sekali aku terserempak dengannya. Itu pun dia hanya mengeraskan mukanya tanpa secalit senyuman. Pasti Syamil masih bersedih dengan kehilangan insan tersayangnya.Aku faham.Aku juga pernah mengalami semua itu. Sakitnya masih terasa.

Sebaik saja tiba di depan pintu bilik studi Syamil, terlebih dahulu aku tarik nafas dalam-dalam. Dengan lafaz Basmallah, aku ketuk beberapa kali pintu bilik lalu kupulas tombol pintu bilik lalu kuucapkan salam padanya.

“Assalamualaikum tuan…” Sebaik saja pintu dikuak,mataku bertembung dengan anak mata milik Syamil. Terus kualihkan pandanganku ke lain.

“Air tuan.” Dengan langkah berat, aku menapak ke arahnya yang sedang sibuk menyiapkan kerja di meja studinya.

“Mana Kak Som?” Buat pertama kalinya aku mendengar suara Syamil. Perlahan aje  suaranya.

“Kak Som pergi toilet. Dia suruh Leen yang hantarkan air ni.” Aku jawab dengan jawapan yang sejujur-jujurnya. Saat itu aku hanya mampu tundukkan muka.

“Kalau awak yang buat air ni saya tak nak minum.” Ujar Syamil dengan suara cukup serius. Aku menelan liur. Segera aku angkat muka memandangnya.

“Bukan Leen yang buat. Kak Som yang buat. Tapi dia suruh Leen yang….” Tidak sempat aku habiskan ayat terakhirku, Syamil segera memintas. Buat aku terdiam terus.

“Dah. Awak boleh keluar.” Sedikit terasa aku dengan layanan majikan baruku ini. Sekalipun tidak mesra,bukankah lebih elok kalau berbicara dengan lebih sopan. Ah…hati manusia memang susah nak faham.

“Leen keluar dulu tuan. Assalamualaikum.”

Dengan hati yang sedikit kecewa, aku segera melangkah keluar. Aku cuba bersabar dan tidak berfikiran bukan-bukan. Nak kata Syamil sombong aku tak tahu sikap sebenar dia macam mana. Baru sehari aku kerja di sini.

Jadi, lebih baik aku berbaik sangka. Mungkin lelaki itu tidak sombong. Cuma agak tertekan dengan hidup dia.

Malas memikirkan hal Syamil, cepat-cepat aku melangkah ke pintu utama. Memikirkan Amin yang sedang menunggu aku di rumah, hatiku kembali menjadi ceria.


*********

Tepat jam enam petang, aku tiba di rumah. Terus aku meluru mendapatkan Amin yang sudah menunggu aku dengan senyumannya.

“Assalamualaikum anak ibu. Amin rindu ibu tak?” Aku bertanya sambil mengagah-agah kecil. Amin yang sudah berusia tiga bulan itu sudah mula pandai itu ketawa apabila diagah. Comel sangat bila dia ketawa kecil macam tu.

“Amin meragam tak hari ni, mak cik?” Soalku pada Mak cik Piah yang turut berada di kaki tangga.

“Dia meragam sikit sebab ibu dia tak ada. Tak biasa lagilah tu Leen. Macam mana dengan kerja kamu? Okey? Som  layan kamu dengan baik kan? Puan Shimah dengan Tuan Adam kamu dah jumpa ke?”

“Alhamdulillah semuanya okey, mak cik. Kak Som memang baik. Peramah sangat. Puan dan Tuan takde kat rumah. Dorang balik kampung ziarah saudara. Yang ada hanya Syamil.” Tidak mahu Amin mengambil angin petang terlalu lama, segera aku membawanya masuk. Mak cik Piah kuajak sekali. Sempat aku membantu perempuan tua itu untuk bangun. Kesian mak cik Piah. Baru sehari dah tak larat dia menjaga anakku. Tepatkah keputusan aku membiarkan Mak cik Piah menjaga Amin di rumah? Tiba-tiba soalan itu menerpa ke ruang jiwa.

Aku dan Mak cik Piah melangkah masuk ke ruang tamu. Amin kubaringkan di atas tilam kecil yang terletak atas lantai. Baik sungguh Amin hari ini. Langsung tak menangis dan merengek apabila aku baringkan dia.

Melihat Amin leka dengan dunia kecilnya, aku berpaling memandang Mak cik Piah yang turut duduk melunjur di bawah. Orang tua itu mengurut-urut betisnya. Segera aku mengengsot mendapatkan Mak cik Piah. Tanganku ringan membantunya memicit betisnya yang sudah kecut itu. Umur Mak cik Piah dah masuk ke 70 tahun. Ya Allah, panjangkanlah usia perempuan yang sangat baik hati ini.

“Kalau mak cik tak larat nak jaga Amin, biar Leen yang jaga. Leen kesian tengok mak cik macam ni. Amin tu sekarang banyak ragamnya. Kesian mak cik…” Betul-betul aku bersimpati dengan Mak cik Piah. Aku tahu dia penat menjaga anak kecilku.

“Hisy kamu ni. Baru tengok mak cik urut kaki dah cakap mak cik penat. Orang tua biasalah, Leen. Banyak skru yang dah longgar.” Mak cik Piah tersengih perlahan. Aku hanya mampu senyum nipis. Tak yakin aku dengan jawapan Mak cik Piah itu.

“Leen, mak cik teringin nak dengar kamu panggil mak cik ‘mak’. Boleh Leen?” Tiba-tiba saja Mak cik Piah berkata itu. Aku memandang wajahnya agak bingung. Layakkah aku memanggilnya mak. Siapalah aku.
Melihat aku berdiam diri, Mak cik Piah akhirnya mengeluh namun tersenyum terpaksa.

“Tak mengapalah. Kalau kamu tak sudi nak…”

“Mak… Mak…” Aku tak mampu untuk menahan air mataku. Sudah terlalu lama aku tidak memanggil panggilan itu pada seorang wanita yang bergelar ibu. Ibu kandungku meninggal ketika aku masih kecil. Beberapa tahun berlalu, arwah ayah pula yang menyusul pergi. Akhirnya aku di bawa ke rumah anak yatim dan dibesarkan di sana.

“Mak cik… sudikah mak cik jadi ibu Leen?” Beremosi pula aku dan Mak cik Piah pada petang itu.

“Mak cik tak pernah ada anak Leen. Kehadiran Leen benar-benar buat mak cik rasa bahagia. Mak cik bersyukur, akhirnya sebelum mak cik pejamkan mata, dapat juga mak cik merasa kasih sayang dari seorang anak. Leen sudikan jadi anak mak cik?” Mak cik Piah akhirnya menitiskan air matanya. Aku juga sama.

Setiap yang berlaku memang ada hikmahnya. Aku memang kehilangan seorang suami. Tapi Allah mengurniakan seorang ibu yang selama ini aku dambakan. Bukankah di situ jelas menunjukkan betapa adilnya Allah?

Aku peluk tubuh Mak cik Piah erat dalam pelukanku. Mulai dari hari ini, aku Syazleen Afiqa binti Kamil adalah anak kepada Piah binti Hasan. Aku akan menjaga dia. Melindungi dia. Dan menemani dia. Mak, terima kasih sebab sudi ambil Leen jadi anak mak. Hatiku berbisik kesayuan.


********

Tengah hari itu setelah siap mengemas bahagian bawah dan tingkat dua vila, aku ambil peluang untuk makan tengah hari. Kata Kak Som, kalau nak makan, makan aje. Jangan malu-malu. Di vila ini, aku hanya makan tengah hari. Itu pun sedikit saja. Alas perut.

Pada tengah hari itu, Kak Som tidak menemani aku makan tengah hari seperti sebelum-sebelum ini. Dia ke minimarket membeli barang dapur.

Masuk hari ini dah hampir dua minggu aku berkerja di rumah besar ini. Alhamdulillah Puan Shimah dan Tuan Adam melayanku sebagai pekerja mereka dengan sangat baik. Walaupun mereka orang kaya, mereka sangat rendah diri.

Cuma, Syamil aje yang masih dingin. Bukan dingin dengan aku aje, dengan semua orang pun dia masih seperti itu. Entah sampai bilalah lelaki itu akan berkeadaan seperti itu. Tidakkah dia mengerti bahawa apa yang berlaku adalah takdir buat dirinya. Semuanya datang dari Allah. Kuatkan hati untuk belajar menerima.
Aku juga masih belajar untuk redha dengan apa yang sudah berlaku pada diriku dan anak kecilku, Amin. Sungguhpun ia sakit pada mulanya, semakin lama aku mula nampak hikmahnya. Farhan memang tinggalkan aku tapi Allah hadirkan seorang ibu untuk aku. Aku tidak sendirian. Hati aku kembali terisi dengan kasih sayang. Bukankah itu jauh lebih cukup daripada terpaksa terus hidup dalam kekecewaaan?

Bak kata orang bijakpandai. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Jadi, belajarlah untuk redha.

“Tuan…” Sedang aku asyik menyuap nasi, tiba-tiba saja Syamil muncul di ruang dapur. Ini kali pertama aku dan dia bertembung di ruang dapur ini.

Aku segera bangun dan berhenti makan. Lelaki itu hanya bertindak selamba dan dingin tanpa tersenyum padaku apatah lagi menegurku. Dengan tenang dia melangkah ke peti sejuk dan mengambil sebotol air. Melihat keadaan itu segera aku menghulurkannya gelas. Sayangnya, sikitpun dia tidak mengambil hulurku. Sebaliknya dia hanya meneguk air itu sambil berdiri. Selesai minum, terus dia pergi dari situ.

Aku hanya mampu hela nafas lemah. Jiwa lelaki itu pasti masih bersedih. Tidak mengapalah. Aku faham. Bukan aku ingin dia melayan aku dengan mesra tapi sekurang-kurangnya senyumlah. Bukankah senyuman itu satu sedekah?


Senyum itu ringan tak bersuara tapi penuh makna.
Senyum itu murah tapi tak ternilai dengan ringgit.
Senyum itu tak perlu tenaga tapi besar motivasinya.
Senyum itu hal yang mudah  tapi selalu nampak indah.
Senyum itu satu perkara yang biasa tapi boleh menjadi istimewa.
Senyum itu ibadah yang paling mudah tetapi berpahala setara dengan sedekah.


Jadi senyumlah. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum. Aku harap satu hari nanti Syamil mampu tersenyum kembali. Kembali senyum.


**********

Beberapa hari kemudian…

“Eh, Leen. Kenapa tergesa-gesa ni? Nak pergi mana?” Sewaktu aku melintasi ruang tamu, aku ditegur oleh Puan Shimah yang sedang menonton tv di ruangan itu.

Aku segera mendapatkan Puan Shimah. Keizinannya harus aku pinta.

“Anak Leen demam Puan. Mak telefon tadi. Dia cakap badan Amin panas sangat. Leen nak balik. Leen nak tengok Amin. Boleh Puan izinkan Leen balik?” Aku harap Puan Shimah mengerti keadaanku. Dari hari pertama aku lahirkan Amin  hingga umurnya sekarang sudah empat bulan, ini kali pertama anak kecilku itu demam panas seperti ini. Kata mak,  badan Amin panas secara mendadak. Cukup cemas aku mendengarnya.

“Kalau macam tu biar Syamil yang hantar Leen. Aunty tak reti bawa kereta. Pak Abu pulak temankan Tuan pergi  tapak projek. Leen tunggu kejap ya. Biar aunty pergi panggilkan Syamil.” Puan Shimah segera naik ke tingkat dua. Sungguh aku tak mampu nak menunggu lagi. Lebih baik aku naik teksi saja. Andai kata Syamil tidak sudi menghantarku sia-sia saja aku menunggunya nanti.

Memikirkan terlalu kurang ajar aku pergi macam tu aje, segera aku melangkah naik ke tingkat dua membuntuti Puan Shimah yang selalu meminta aku memanggilnya dengan panggilan ‘aunty’ itu. Kata Puan Shimah, panggil aje aunty. Lebih mesra. Tapi sebagai majikan, aku hormatkan dia dan lidahku ini terasa liat benar nak memanggilnya aunty.

Dengan berhati-hati aku melangkah ke bilik Syamil.Pintu biliknya terbuka menyebabkan aku mendengar perbualan antara dia dan Puan Shimah.

“Tak nak, ma. Tolong jangan paksa Syamil. Syamil tak berminat nak keluar rumah. Suruhlah dia naik teksi.” Entah kenapa hati kecilku terguris mendengar ucapan Syamil itu. Bukan aku yang meminta dia menghantarkan aku. Ah… biarkan. Malas aku nak fikir pasal hal tak penting itu.

Tidak mahu menunggu lebih lama, segera aku mengetuk pintu bilik. Puan Shimah dan Syamil masing-masing segera memalingkan muka memandangku. Aku beranikan diri untuk bersuara.

“Maaf mengganggu Puan. Leen nak balik dulu. Tak perlulah Tuan Syamil hantar Leen. Leen boleh naik teksi atau bas. Leen dah lambat ni Puan. Leen minta diri dulu.” Buat pertama kalinya aku memberanikan diri masuk ke dalam bilik Syamil. Tujuanku hanya satu. Aku ingin menyalami tangan Puan Shimah dan pergi dari situ secepat mungkin.

“Leen pergi dulu Puan.” Penuh hormat kukucup tangan Puan Shimah. Perempuan awal 50-an itu mengusap lembut kepalaku yang ditutupi dengan selendang bawal. Dalam terpaksa,dia tersenyum pahit padaku. Mungkin dia merasa bersalah kerana tidak berjaya meminta Syamil menghantarku.

“Maafkan aunty Leen. Dah, Leen pergilah. Jangan layan orang yang tak tahu nak tolong orang yang dalam kesusahan ni. Boleh buat sakit jiwa aje.” Dapat aku lihat pandangan tajam Puan Shimah tertumpah pada Syamil. Lelaki itu hanya diam. Namun, dia tajam memandang aku. Aku terpaku menerima jelingannya. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari situ. Cukup tidak mesra pandangan Syamil terhadapku.


********

“Ya Allah…. Cepatlah ada teksi. Aku nak balik rumah jumpa anak aku. Tolong ya Allah. Tolong….” Puas sudah aku menunggu teksi di perhentian bas itu. Jangan kata teksi, bayang teksi pun tak ada. Waktu macam ni memang susah nak dapat teksi. Baru pukul 10 pagi. Mungkin pemandu teksi jarang mengambil penumpang di kawasan ini pada waktu ini.

Ya Allah kalau tak ada teksi juga macam mana? Bas pun takde.Aku nak balik naik apa? Jalan kaki? Akhirnya aku hanya mampu terduduk penuh kecewa di situ. Perasaan risau dalam hati tak payah cakap. Sungguh aku tak tahu keadaan Amin seteruk mana kat rumah tu. Aku harap anakku mampu untuk bertahan.
“Tolong lindungi dia ya Allah.” Hanya kepadaNya tempat aku meminta.

Dari kejauhan aku terpandang pada sebuah kereta Honda Civic warna putih sedang memperlahankan rentaknya menghampiri perhentian bas. Kereta itu lalu berhenti dan pemandunya keluar beberapa saat kemudian.

Aku terpaku saat terpandang wajah Syamil yang keluar dari kereta itu. Dia bersuara memaksa aku masuk ke dalam keretanya.

“Masuk. Biar saya hantar.” Adakah aku silap dengar. Syamil ingin menghantarku pulang? Tapi tadi dia menolak untuk menghantarku. Mungkinkah dia terpaksa. Ah… terpaksa atau tidak aku dah tak kira. Yang penting hanya dengan menumpangnya saja dapat aku cepat-cepat pulang ke rumah menemui Amin.

“Terima kasih, Tuan Syamil.” Ucapku sebaik saja kereta mula dipandunya kembali. Tenang saja lelaki itu memandu kereta. Dia hanya diam. Sedikit pun tidak bersuara apa-apa.

Keadaan itu buat aku jadi kekok. Untuk menegur lebih ramah, aku tidak mampu. Aku tahu aku tak layak.
Sepuluh minit berada dalam kereta tanpa berbual apa-apa, akhirnya kami tiba di rumah. Segera aku keluar dari kereta tanpa terlupa mengucap terima kasih pada Syamil.Lelaki itu tetap dingin.

Masuk-masuk saja dalam rumah, terus aku mencari Amin dalam bilik. Betapa luluhnya hati aku bila melihat keadaan bayi comel itu sedang menangis-nangis kerana tidak sedap badan. Pasti dia tidak selesa dengan keadaan badannya yang panas.

“Macam mana dengan keadaan Amin, mak? Suhu badan dia berkurang tak?” Aku bertanya pada Mak cik Piah yang turut berada di situ. Tak lari jauh perempuan tua itu dari cucu kesayangannya.

“Badan dia makin panas, Leen. Elok Leen bawa Amin pergi klinik. Mak takut melarat pulak nanti.” Aku mengikut patuh saranan Mak cik Piah. Segera aku angkat tubuh kecil Amin dalam dakapanku. Beg yang terisi dengan kelengkapan bayinya turut aku galas.

“Mak tunggu kat rumah. Biar Leen aje yang pergi.” Mak cik Piah hanya mengangguk faham. Jelas dia juga sudah mulai penat. Kasihan mak.

Aku segera melangkah keluar dari rumah. Saat aku menyarungkan kasut, aku terpandang sebuah kereta yang sama dengan kereta milik Syamil terparkir di hadapan rumah. Adakah lelaki itu masih belum pulang?

Aku beranikan diri menghampiri keretanya. Tidak sempat aku mengetuk pintu untuk mengetahui keadaan lelaki itu yang diam dalam kereta, cermin tiba-tiba diturunkan.  Syamil memandangku lalu menghulurkan bantuannya.

“Masuklah. Biar saya hantar awak pergi klinik.” Lelaki itu bersuara perlahan. Aku kaku di situ memikirkan tawarannya. Patutkah aku menerima lagi bantuan darinya? Rengekan Amin yang makin menjadi-jadi buat aku segera menerobos masuk dalam kereta Syamil. Aku menerima bantuannya kerana aku betul-betul terdesak.

“Terima kasih tuan.” Sekali lagi aku mengucapkan kata itu. Lelaki itu menoleh memandangku dan bayiku. Tak semena-mena tangannya melekap pada dahi Amin. Tidak menunggu lama dia terus menghidupkan enjin kereta.


*********

“Eh Syamil. Naik Syamil. Dah lama mak cik tak jumpa Syamil.” Selesai merawat Amin di klinik, Syamil terus membawa aku pulang. Amin sudah diberi suntikan dan ubat-ubatannya. Memikirkan keadaan anak kecilku itu yang demam, aku rasa aku harus mengambil cuti. Sudah ku khabarkan perkara itu pada Syamil tadi. Lelaki itu hanya diam mengizinkan.

Mak cik Piah menyambut kedatangan Syamil dengan senyuman mesranya. Aku pula segera naik ke dalam rumah dan membaringkan Amin yang sedang nyenyak tidur ke atas tilam kecilnya.

“Masuk Syamil.” Suara Mak cik Piah kedengaran jelas. Aku menoleh ke belakang dan bertembung dengan anak mata Syamil yang sudah melangkah sebelah kakinya ke dalam rumah. Mak cik Piah menjemput lelaki itu duduk ke sofa. Tak menolak pula Syamil pada permintaan Mak cik Piah. Aku hanya tersenyum padanya lalu meminta diri ke dapur untuk menyediakan minuman.

Beberapa minit berselang, aku kembali ke ruang dapur dengan membawa sedulang air dan sepinggan pisang goreng yang dibuat oleh Mak cik Piah.

Agak aku terkejut tatkala melihat Amin yang sudah selamat berada dalam pelukan Syamil. Lelaki itu leka mengusap-usap kening Amin dengan jari kelingkingnya. Aku perhatikan lama gelagat lelaki dingin itu.

“Nama dia Muhammad Adam Al-Amin, Syamil. Comel kan dia?” Mak cik Piah bersuara sambil menghidangkan minuman pada Syamil. Aku duduk di sebelah Mak cik Piah sambil memicit-micit lengannya. Dalam diam-diam aku tercuri-curi memandang Syamil. Kusyuk benar lelaki itu mendodoikan Amin.

“Mak cik saya balik dulu.Dah lambat ni.” Syamil bagaikan baru tersedar dari kekusyukannya mendukung Amin. Segera dihulurkan anak kecil itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan berhati-hati.

“Minumlah dulu, Syamil. Mesti tekak tu dahaga.” Syamil patuh dengan arahan Mak cik Piah. Air kopi yang aku sediakan tadi disisipnya perlahan. Setelah itu dia terus bangun dan meminta diri.

Melihat Mak cik Piah turut ingin bangun, segera Syamil menghalangnya. Saat itulah aku terpandang pada wajahnya yang sedang mengukir senyuman kecil. Dia senyum? Akhirnya dapat aku juga lihat Adam Syamil tersenyum.

“Mak cik tak perlu hantar saya. Saya balik dulu ya mak cik. Assalamualaikum.” Syamil terus melangkah pergi tanpa berpaling lagi. Tidak sempat untuk aku mengucap terima kasih buat kali yang terakhir padanya. Lelaki itu masih dingin.

“Hmm… itulah Syamil. Baik orangnya. Dia jadi pendiam pun semenjak kematian isteri dan anaknya. Mak cik tengok dia suka benar dengan Amin. Pasti dia teringat pada arwah anaknya.” Mak cik Piah mengomel sendirian. Aku hanya pasang telinga mendengar.

Jadi Syamil yang dulu baik hati dan mesra orangnya? Mungkin sebab itu senyumannya terlalu manis untuk dipandang.

#bersambung...

*mekasih kepada yang sudi tinggalkan komen di bab 1 SPD (Suami Pilihan Dia)
*diakui SPD agak klise jalan ceritanya. Tapi FI seronok tulis kisah Leen dan Syamil. Harap korang masih sudi mengikuti kisah mereka hingga ke penamat

10 comments:

  1. cerita yg tramat myntuh hati shngga tanpa sdar air mata mgalir..tahniah kak..xsbr tunggu next hnga pnamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Mengalir air mata? Part mana yg buat ariana rose tersentuh hati? (:
      Mekasih dear. InsyaAllah akak akan sambung lagi.

      Delete
    2. part mkcik piah suruh leen pngil mak..myentuh haty sunguh sedih..penulis yg bagus adalh pnulis yg dpt letak pmbaca di dlm cerita yg. ditulis..pmbaca dpt rasa sedih..ktawa..good job dear

      Delete
    3. Alhamdulillah.
      Sebenarnya itulah nasihat dari penulis yg lebih otai. Dorang cakap... penulis kena bagi pembaca rasa apa yg dia rasa. Kalau dia sedih, pembca jugak kena rasa. Kalau penulis happy, seronok..biar pembaca dapat rasakan perkara yg sme.. (:
      TQ ariana rose. *moga apa yg ditulis juga bermanfaat*

      Delete
  2. Terikut ikut Syamil senyum . Ngee :DD Teruskan senyuman dengan next bab plisss kak FI .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syamil dah lama x senyum kot.hehe...
      InsyaAllah miss sunshine. Nanti kak FI sambung lagi dan lagi (:
      TQ sudi support

      Delete
  3. alah klise pun xkisah. best2 :) . cept2 update next bab tau ;)

    (AinaaAzlan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi akak takut orang dah x suka baca cite klise.huhu
      Mekasih aina.. insyaAllah akn cepat2 update bab bru.tapi kalo ade line lah.haha

      Delete
  4. Takpe kalau klise, yg penting cara kita mengolah & diselit emosi pembaca pun dpt rasa perasaan dia (y) well done FI, nak ag (^_^)

    ReplyDelete