Memandangkan Cik Penulis takde kerja nak buat malam ni. So, apa kata kita cuci-cuci mata menengok cover-cover yang pernah dihasilkan oleh jari-jemari Salleh. Hahaha... Dah macam cerita Upin dan Ipin jer.
Cik Penulis sebenarnya takdelah terer sangat buat cover-cover ni. Setakat cilok gambar dari Encik Google dan touch-up sikit-sikit tambah perkataan je. Itu jelah yang Cik Penulis pandai buat. Nak buat daebak-daebak macam penulis lain takde maknanya haku reti.
Satu benda nak kongsi dengan korang yang duk baca entri merapu ni. Seorang penulis sebenarnya banyak kerja nak buat. Dialah menulis cerita, dialah tukang buat cover, dialah tukang pomot, dialah yang hias-hias blog, dialah yang balas komen-komen pembaca. Hah, kan banyak kerja penulis tu. Kesian kan? Penat rupanya jadi penulis. Hahaha...
OK. Berbalik kepada COVER. Selain jari-jemari ku ini yang mereka sendiri cover-cover tu, Cik Penulis sebenarnya ada mintak beberapa orang pakar pembuat cover yang diimport dari Uganda, Afrika dan Korea Selatan (Korea Selatan wajib masuk book!)
Pembuat cover itu semua lagi terer dari ana yang pandai mengcoverkan cover yang dah ada (paham dok?)
Antara pembuat cover yang pernah Cik Penulis bekerjasama adalah... (ini yang paling toplah ni).
Pertama,Cik Atie Umar. Budak ni 'staf' kat ofis Cik Penulis.(Atie, akak sebut nama ko jangan marah eh :P)
Budak ni buat cover memang cun melecun. Tapi kadang-kadang ada jugak cover yang tak cun. hahaha :P
OK antara cover yang pernah dibuat oleh Cik Atie Umar adalah...
Cerpen |
Cerpen |
Novel Ketiga |
OK itu jelah yang nak tunjuk. Takleh lebih-lebih nanti kalah cover Cik Penulis. Hahaha. Credit to #Atie Umar. Sebenarnya banyak lagi cover yang Atie tolong buat. kehkehkeh...
Selain Atie, Cik Penulis juga bekerjasama dengan... (bukan bekerjasama pun tapi lebih kepada ai sendiri yang mintak tolong dengan dia. Hahaha...)
Ateen Khalid namanya. Panggil Kak Atin. Dia ni penulis tau. Novel sulung beliau adalah Betul, Suami Aku Pelakon!. Terbitan Kaki Novel. (korang dah baca ke novel ni?)
Cik Penulis takdelah sempat mintak Kak Atin buat cover banyak-banyak. Ni je yang sempat.
Manuskrip seterusnya. Tajuk... Seandainya Kau Mengerti |
Lepas tu yang paling latest, Cik Penulis mintak Kak Atin buatkan satu lagi cover. Untuk cerpen jer. Ni hah... al-kisahnya terkena penangan drama Filipino kat TV3 pukul 3 petang tu. #Temptation Of Wife. Hehehe...
Tengah cuba siapkan. Cite ni sekuel dari cerpen Menjauh Dari Syurga? tu |
TQ diucapkan pada Kak Atin dan Atie. Korang je yang sudi buatkan ai cover. hahaha...
Selesaikan korang menengok cover-cover yang cun-melecun tu. Ini pulak cover dari air tangan Cik Penulis (dah macam nak masak je).
Tak boleh letak semua. Sebab banyak sangat.Walau tak cantik tapi Cik Penulis berasa sangat seronok ketika mengedit gambar-gambar ini menjadi sebuah cover :)
OK. Part 1 Cover-cover Cerpen Cik Penulis
Cerpen |
Cerpen |
Antara cover terawal yang saya buat. Mini novel. |
Hero Heroin 'Suri Di Hatiku'. Sejujurnya saya paling sayang couple ni ;) |
OK cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Itu sajalah yang nak tunjuk buat masa sekarang. Part 1. InsyaAllah ada masa, ada mood nak merapu, kita sambung Part 2.
Motif buat entri ni apa? Jawapannya adalah S A J A J E ;)
comel je cover2 ni , ok je kak pndai lah sy lg lah x reti bab edit2 ni .. haha, bila tgk cover cik penulis upenye byk gak cite eh ..sy je ketinggalan, hehe
ReplyDeletex sabar nk tau kisah dekat ngn syurga :)
Mekasih ler ummu. Hehe... tapi cover akak mmg biasa2 je.. Banyak cite? memang banyak. Kat blog lama dulu banyak cite akak letak. Sekarang kat blog baru cuba nak letak balik cite2 lama dan cite baru.InsyaAllah...
DeleteDekat Dengan Syurga? hehe..tunggu..insyaAllah akak skrg duk siapkan kisah tu.. (:
wahai cik penulis... ko nak bodek den ke hape ni? tau la den dah lama tak masuk opissss... hahahah :P
ReplyDeletehahaha mane ada nak bodek atie oi. Akak tulis ikhlas dari hati ni. :P
DeleteEntah budak tu tahulah opis dah tutup tapi ape salah singgah sekali sekala rumah akak kat kampung page farisha imani tu. :3