JOM FOLLOW

Thursday, 24 April 2014

Tahu Tapi Tak Mahu... Rugi sangat rugi...


Tahu Tapi Tak Mahu




Satu malam… X & Y sedang menonton drama di tv3 slot Lestary.

X : Beb, aku ada soalan untuk kau.
Y : Apa dia. Macam serius je bunyinya.

X : Meme ah.. *gelak*
Y : Meme ahhh.. tanyalah cepat sementara iklan ni.

X : Ugh! Sabarlah. Okey macam ni soalan aku. Kenapa masih ada perempuan yang tak tutup aurat sedangkan dorang cukup tahu tutup aurat tu wajib dan kalau tak buat, seksaan Allah menanti kat akhirat nanti? Kenapa?
Y : Hmm.. sekadar tahu tapi tak mahu tak cukup beb.

X : Maksud kau?
Y : Dorang TAHU tutup aurat tu wajib. Tapi cukup ke sekadar TAHU TAPI TAK MAHU laksanakan perintah Allah? Nak tak nak, benda wajib, wajib kena buat. Kau faham tak erti WAJIB tu…

X : Laa… aku tanya kau, kau tanya aku pulak. Kau belum jawab soalan asal aku. Kenapa dorang tak nak tutup aurat. Ce kabo pendapat kau.
Y : Pendapat aku? Hmm… Mungkin dorang  tak cukup faham maksud ‘beriman dengan hari kiamat’.

X : Mohon pencerahan…
Y : Kalau dorang betul-betul beriman dengan hari kiamat, akan timbul rasa takut akan keadaan pada hari tu. Semua perbuatan kita di dunia, akan dibalas dekat sana. Kau rasa, kalau dorang benar-benar yakin akan adanya azab pedih bagi sesiapa yang ingkar, kau rasa dorang masih buat selamba ke dengan perintah Allah ni semua? Tak, beb. Dorang mesti takut, gerun dan akan timbul rasa nak berubah. Tapi mungkin keyakinan dorang sedikit kurang. Pokok pangkalnya… iman kita, beb. Sama ada kita benar-benar yakin, atau sebaliknya…

X : Jawapan kau tak pernah menghampakan aku, beb.
Y : Semua milik Allah, beb. Eh dahlah. Cite dah start… *fokus layan drama*


No comments:

Post a Comment