Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
BAB 7
Andai aku mampu lari, sudah pasti aku
akan lari. Namun, aku tidak berdaya untuk melarikan diri dari keluarga Syamil.
Malam itu, mereka sekeluarga mengadakan jamuan bbq. Beberapa orang sahabat
rapat Tuan Adam turut dipanggil sekali memeriahkan suasana.
Aku tidak banyak munculkan diri di
majlis itu. Aku dan Amin hanya duduk diam ke bahagian dapur. Pinggan mangkuk
yang mana belum berbasuh, aku cuci dengan perlahan-lahan. Sengaja aku lakukan
semua itu dengan lambat. Aku tidak ingin melibatkan diri dengan keluarga itu
lagi. Cukuplah segala kekusutan yang melanda aku sekarang. Lagipun bukankah aku
hanya orang gaji.
“Banyak sangat ke pinggan nak kena
cuci?” Suara lelaki yang cukup aku kenal menyapa ke telinga. Aku tetap keraskan
diri tidak berpaling ke belakang memandang Syamil.
“Kenapa tak pergi depan? Tak sudi nak
bergaul dengan keluarga saya?” Syamil berdiri sambil menyandarkan badannya ke
peti sejuk. Aku terus meninggalkan ruang singki lalu meluru mendapatkan Amin
yang aku tempatkan dalam kerusi roda.
“Leen… tolong jangan buat saya macam ni.
Kenapa awak tak boleh bagi kita berdua peluang? Saya ingin mencintai awak
dengan cara yang halal. Menjaga awak dengan penuh tanggungjawab. Dan awak harus
memberi peluang pada diri awak untuk mencintai saya. Saya tahu awak sukakan
saya. Mama dah beritahu saya semuanya.”
Syamil masih bercakap mengenai hal itu.
Aku masih berkeras dengan keputusanku.
“Menyayangi, mencintai…. Tak semestinya
harus bersama Tuan Syamil.” Aku membalas renungannya dengan cukup berani.
Syamil juga harus sedar bahawa segala apa yang kita nak tidak semestinya kita
akan dapat. Mungkin kami berdua memang tiada jodoh.
“Awak tak adil, Leen. Awak tak adil pada
saya dan pada diri awak sendiri. Awak sebenarnya pengecut. Awak takut nak
berdepan dengan dugaan hidup. Hidup manusia mana yang tak ditimpa ujian. Apa
lagi dalam rumahtangga. Pasti banyak ujiannya. Tapi saya yakin satu perkara.
Andai kita saling cinta dan percaya, segala ujian itu pasti akan dapat
diselesaikan dengan baik. Saya kecewa dengan awak. Sangat kecewa….”
Syamil terus melangkah dari ruangan
itu. Sikitpun dia tidak berpaling lagi.
Aku terdiam di situ menelan setiap kata yang terluah dari bibirnya tadi. Ya!
Memang aku pengecut. Aku terlalu takut dengan masa depanku yang belum pasti. Bahagia
atau sengasara, hanya Dia yang mengetahui. Tapi aku terlalu takut andai Syamil
mensia-siakan aku seperti mana apa yang pernah Farhan lakukan terhadapku dulu!
*********
Selesai majlis makan-makan, aku dan Kak
Som sama-sama mengemas apa yang patut. Amin sudah lama tidur dalam bilik. Aku
sibukkan diri dengan mengemas bahagian halaman rumah yang terhias dengan
sedikit sampah sarap. Sisa-sisa tulang ayam kukutip lalu masukkan dalam plastik
sampah. Memang ini adalah tugasku sebagai orang gaji. Masakan orang gaji mampu
menjadi permaisuri di hati sang raja yang kaya raya.
“Leen…” Kak Som yang turut ada di situ
menegurku. Aku berpaling ke arahnya sambil tersenyum.
“Ya, kak…” Kak Som kelihatan serba
salah. Aku menanti dengan sabar ayat yang bakal terluah olehnya.
“Kalau akak cakap Leen jangan marah ya.
Akak bukan nak busybody dan masuk campur urusan peribadi Leen. Ya, memang
keputusan semuanya di tangan Leen. Tapi satu aje yang akak minta.” Ayat Kak Som
terhenti di situ. Dalam hati, aku yakin perempuan itu ingin menasihati aku
mengenai lamaran dari Syamil. Tak syak lagi.
“Leen tak seharusnya takut dengan
bayang-bayang. Arwah Puan Gee dah takde. Dia dah meninggal. Kalau Leen takut Encik
Syamil kahwin dengan Leen semata-mata kerana terlalu rindu pada arwah
isterinya, akak rasa Leen silap. Kalau dia terdesak nak isi hati dia dengan
cinta, sudah lama Encik Syamil cari perempuan lain. Kat pejabat dia tu bukan
tak ada perempuan cantik-cantik, baik-baik. Tapi Encik Syamil tak nak. Dia
masih bersedih dengan kehilangan isteri dan anaknya. Tapi sejak Leen muncul. Encik
Syamil dah bangun dari mimpi dia. Akak nampak perubahan tu Leen. Percayalah, Encik
Syamil betul-betul dah jatuh hati dengan Leen.” Aku makin ditekan dengan
perasaan cinta Syamil terhadapku.
Patutkah aku membuang segala ketakutanku
dan memberi peluang untuk lelaki itu? Tapi rasa takut memang masih ada dalam
hati. Namun, rasa sayang aku terhadap Adam Syamil juga sudah tidak mampu untuk
aku buang. Aku sayangkan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Adakah dia memang
jodoh yang dikirimkan oleh Allah untukku?
**********
Keesokan harinya, aku bangun awal pagi
kerana Amin bangun lebih dari aku. Anak kecilku itu berjaga awal pula pada hari
itu. Usai mengerjakan solat Subuh, aku segera mengejutkan Kak Som bangun.
Sementara menunggu Kak Som bersiap-siap untuk menyediakan sarapan, aku bawa
Amin keluar jalan-jalan di halaman rumah.
Sewaktu aku mahu keluar dari pintu
utama, aku bertembung dengan Syamil yang turun ingin keluar pergi berjogging.
Dia langsung tidak menegur aku dan Amin. Menonong lelaki itu berlalu melintasi
ku. Yang aku perasan, sikap lelaki itu mula dingin seperti pertama kali aku dan
dia bertemu dulu.
Mungkin Syamil sudah berjauh hati dengan
aku gara-gara aku terlalu berdegil untuk menerima lamarannya. Hmm… Tidak
mengapalah. Walaupun dalam hati mula rasa kecewa, aku sedar aku tidak harus
menyimpan rasa kecewa itu lama-lama.
Berdepan dengan sikap dingin Syamil,
mati mood aku untuk membawa Amin pergi jalan-jalan. Akhirnya aku kembali masuk
ke bilik dan memandikan Amin dan mengemas pakaian untuk pulang hari ini.
Tamatlah sudah percutian kami di Janda Baik. Kata Puan Shimah, dia akan membawa
aku lagi ke sini satu hari nanti. Mungkinkah akan tiba waktu itu? Sungguh aku
tak tahu.
*********
Sewaktu bersarapan, Puan Shimah tetap
mengajak aku bersarapan bersama-sama di ruang makan. Kak Som juga ada sekali.
Semua ada di situ kecuali Syamil. Lelaki itu tidak bersarapan bersama kami
sebaliknya membawa diri entah ke mana. Mungkin
Syamil sudah tidak sudi untuk melihat wajahku. Belum apa-apa aku dah ‘dibuang’ oleh lelaki
itu. Aku redha. Aku harus kuat hadapi semua ini.
“Leen…” Puan Shimah bersuara.
Aku angkat muka memandangnya. Pinggan
yang terisi dengan nasi lemak kutolak perlahan. Tiada selera untuk aku makan.
Hatiku resah memikirkan Syamil.
“Leen pergilah pujuk Syamil. Aunty tahu
dia sedang tunggu Leen untuk pujuk dia dan memberi dia satu jawapan yang
dinanti-nantikannya selama ni. Leen fahamkan maksud aunty?” Puan Shimah
memandang sekilas ke arah suaminya bagai meminta Tuan Adam pula yang bersuara.
“Betul tu Leen. Kalian berdua berhak
untuk hidup bahagia. Kalian berdua saling cinta dan saling sayang-menyayangi.
Uncle, aunty, Kak Som… semua dah restu hubungan Leen dan Syamil. Sekarang
tunggu keputusan Leen aje. Leen terimalah anak uncle tu. Uncle yakin Adam
Syamil akan menjadi suami terbaik untuk Leen. Percayalah…”
Aku tundukkan wajah memandang ke bawah.
Air mata tak semena menitis perlahan ke pipi. Baiklah. Aku tahu apa yang harus
aku lakukan sekarang.
******
“Assalamualaikum tuan…” Syamil yang
sedang termenung jauh di tepi sungai itu segera menoleh memandangku. Aku
tersenyum padanya. Senyuman yang cukup istimewa. Namun, lelaki itu langsung
tidak membalas senyumanku. Dia kembali memalingkan muka memandang air sungai
yang sedang mengalir jernih di hadapannya.
Aku beranikan diri untuk menghampirinya.
Amin turut aku bawa sekali untuk menemaniku dan memberi aku kekuatan untuk
berterus terang dengan Syamil. Benar kata
Tuan Adam. Aku dan Syamil berhak untuk hidup bahagia. Kenapa harus pilih derita? Benar juga kata Syamil. Aku
harus memberi peluang pada diri aku sendiri. Dan peluang untuknya.
Aku duduk di atas batu yang terletak
agak jauh dari tempat Syamil duduk. Ada jarak yang memisahkan kami.
Kupangku kemas Amin atas ribaku.
Pandangan kulemparkan pula pada Syamil yang masih tidak sudi memandangku. Aku
tahu lelaki itu sedang berjauh hati.
Mulutku terasa berat untuk bersuara.
Entah bagaimana untuk aku mulakan dulu. Aku malu. Malu untuk mengaku perasaanku
padanya.
Beberapa minit berlalu, aku tetap
diamkan diri. Untuk menegur Syamil aku tak cukup berani. Ya Allah, berikan aku
kekuatan.
“Awak buat apa kat sini?” soal Syamil
tiba-tiba. Aku terus menjawab soalannya tanpa ragu-ragu. Mujurlah lelaki itu
bertanya dulu.
“Datang sini ambil angin. Tengok
keindahan alam yang indah ni. Tuan?” Aku menyoalnya. Sekurang-kurangnya aku ada
modal untuk mengembalikan soalan.
Sebelum menjawab soalanku, sempat Syamil
mengambil sebiji anak batu lalu melontar jauh anak batu itu ke dalam sungai.
Dia berpaling ke arahku sambil tersenyum sinis.
“Saya sedang membawa hati yang kecewa.
Sedih,hampa dan….” Syamil matikan ayatnya di situ. Dia tidak lagi menyambung
kata.
Aku tahu kekecewaan itu tertuju untukku.
Maafkan Leen tuan. Leen akan berterus terang sekarang dan takkan buat tuan
kecewa lagi.
Baru saja aku ingin bersuara, Syamil
lebih dulu berkata-kata.
“Saya tahu awak tak dapat beri jawapan
yang pasti pada lamaran saya. Tapi satu aje yang sangat nak dari awak Leen.
Saya nak tanya awak. Adakah awak ingin saya terus menunggu awak tanpa jawapan
yang pasti atau awak ingin saya terus melupakan awak dengan satu jawapan yang
pasti? Hmm?”
Cukup mendalam makna di sebalik soalan
Syamil itu. Nampak gayanya lelaki itu bagaikan sudah mula ingin mengalah. Tidak
bersungguhkah Syamil dengan perasaannya? Patutkah aku berterus terang dengannya
mengatakan bahawa aku sudah menerima lamarannya itu? Ya… aku terima lamaran
Syamil kerana aku juga sangat menyayanginya!
********
Aku berkemas apa yang patut. Sedikit
masa lagi kami semua akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Aku sudah meminta
Kak Som untuk tukar tempat dengan aku. Biar dia saja yang balik dengan Syamil.
Kalau tak pun biar Kak Som, aku, Amin, Puan Shimah dan Tuan Adam naik satu
kereta. Syamil pula biar balik sorang-sorang. Aku dah tak kisah lagi. Yang aku
tahu, aku tak nak dekat dengan lelaki itu lagi.
Soalan yang Syamil tanyakan padaku
akhirnya aku jawab dengan kebisuan. Seperti biasa, aku lari darinya dengan
meninggalkan dia tanpa sebarang jawapan yang pasti. Kenapa aku masih lagi
bermain tarik tali dengannya? Aku sendiri tak faham kenapa aku suka buat dia
tergapai-gapai seperti itu. Kejamkah aku pada Syamil?
“Leen naik dengan Syamil, ma.” Baru saja
aku ingin membuka pintu kereta tempat duduk belakang, Syamil muncul sambil
menutup pintu itu semula. Dia pandang muka aku dengan pandangan cukup tajam.
“Baiklah kalau macam tu. Tapi kalau nak
singgah mana-mana calling-calling aje mama. Dah jom kita bertolak.” Puan Shimah
masuk ke dalam kereta. Tuan Adam yang sudah lama menunggu dalam kereta mula
menghidupkan enjin. Kak Som turut sama masuk ke dalam kereta dan duduk di
belakang. Beberapa saat berlalu, kereta Tuan Adam terus bergerak.
Aku bingung memandang Syamil dan
memandang ke arah kereta majikanku yang sudah jauh dari pandangan mata. Ya
Allah, adakah ini satu konspirasi?
Tak sempat aku berbuat apa-apa, Syamil bertindak merampas
beg yang aku galas lalu dia bergerak ke keretanya.
“Masuk.” Arah Syamil agak tegas. Aku
bungkam. Andai aku berkeras tidak mengikutnya itu bermakna aku dan Amin akan
ditinggalkan. Ah! Kenapa pula aku harus satu kereta dengan Syamil. Bukankah aku
dah beritahu Kak Som tadi!
“Tak nak. Leen sepatutnya naik dengan
Tuan Adam.Bukan dengan tuan.” Mulutku ringan menolak pelawaannya. Dapat aku
dengar Syamil mendengus keras.
“Masuk dan ikut saya balik. Awak nak
saya tinggalkan awak kat sini ke? Kalau awak tak nak ikut saya, biar Amin aje
yang ikut saya balik.Jom sayang ikut uncle.” Dengan cukup berani Syamil cuba
mengambil Amin dari aku. Atau lebih tepat lagi dia ingin merampas Amin dari
aku.
Pantas aku menolak tubuhku tidak
mengizinkan dia mendekati Amin. Kutatap wajahnya dengan cukup bengang. Apa hak
dia nak paksa-paksa aku macam ni?!
“Kenapa dengan tuan ni? Tak boleh ke
minta elok-elok. Kalau dah tak suka dengan Leen, cakap aje tak suka. Layan aje Leen
macam dulu. Ya Leen tahu tuan marah sebab Leen tak bagi tuan kata putus.
Sekarang tuan nak tahu sangat jawapan Leen kan? Dengar sini baik-baik. Leen
memang sayangkan tuan. Leen sudi terima lamaran tuan. Tapi dengan satu syarat.
Leen harap tuan tidak sia-siakan Leen
dan Amin. Itu aje yang Leen nak cakap.”
Untuk tinggikan suara pada Syamil
kerongkongku bagai tersekat. Akhirnya aku meluahkan segala perasaanku itu
dengan nada yang mendatar dan dengan tangisan kepiluan. Tanpa memandang Syamil
lagi, aku segera melangkah dari situ. Tak perlulah Syamil tumpangkan aku. Aku
dan Amin boleh balik sendiri!
******
Sedang aku dan Amin menyusuri jalan kampung
keluar dari Hawa Inn, aku disapa hon bertalu-talu dari sebuah kereta. Berpaling
saja ke belakang, aku ternampak kelibat kereta Syamil. Lelaki itu keluar dari
kereta lalu berlari-lari anak mendapatkanku.
Cepat-cepat aku melangkah. Namun, apalah
sangat langkah kecilku nak dibandingkan dengan larian anak Syamil yang laju
itu.
“Maafkan saya Leen. Jomlah balik dengan
saya. Kesian Amin terpaksa berpanas macam ni.” Suara Syamil kedengaran
seakan-akan memujuk. Aku hanya buat bodoh.
“Sayang please….” Aku tetap buat tak
tahu. Sudah pasti sayang itu ditujukan untuk Amin.
Syamil bercekak pinggang sebelah sambil
menggosok-gosok keningnya. Dia kelihatan bagai sudah kehilangan modal untuk
memujuk. Entah kenapa aku berasa seronok pula dapat mengenakan dia seperti ini. Aku memang merajuk dengan Syamil. Tapi
taklah sampai aku bencikan dia. Aku sayangkan Syamil!
“Lagi cepat kita sampai KL, lagi cepat
saya boleh masuk meminang awak, Syazleen Afiqa. Atau lebih tepat lagi cepat
saya dapat kahwin dengan awak.” Syamil tersenyum. Senyumannya itu cukup
kelihatan manis dan buat aku tergoda. Ah…
“Tuan masih nak kahwin dengan Leen
walaupun Leen jual mahal dengan tuan tadi?” Aku bersuara selamba. Aku yakin.
Segala perselisihan dan masalah yang pernah melanda kami sudah pun berakhir
sebaik saja aku berterus terang tentang perasaanku padanya tadi.
“Saya memang geram dengan awak bila awak
jual mahal. Tapi bila dengar awak sudi nak kahwin dengan saya, saya rasa cukup
bersyukur. Betul awak ikhlas terima saya Leen? Bukan sebab kesiankan duda macam
saya ni?”
Syamil memandangku dengan pandangan
redupnya. Mungkinkah Syamil pula yang ingin jual mahal dengan aku?
“Leen memang ikhlas untuk terima tuan
dalam hidup Leen. Tapi tuan sudi ke penuhi satu syarat Leen tu? Kalau tuan
tak….” Syamil menaikkan jari telunjuknya meminta aku berhenti bersuara. Dia
gelengkan kepala lalu tersenyum bahagia.
“Saya setuju. Syarat awak akan saya patuhi sampai
bila-bila. Yakinlah dengan cinta saya. Kerana…. bukan saya yang pilih awak,
Leen. Tapi Dia yang memilih awak untuk saya. Saya yakin sangat yakin. Pilihan
Dia takkan pernah silap.”
Cukup terharu aku mendengar kata-kata
Syamil itu. Dan aku juga yakin sangat yakin. Kini, Allah telah memberi jawapan
di atas doaku dulu. Andai Adam Syamil terbaik untukku, dekatkan dia padaku.
Andai dia bukan orangnya, jauhkanlah kami dengan cara yang terbaik. Kini, Dia
telah menunjukkan kekuasaanNya. Jawapan terserlah di depan mata.
Alhamdulillah….
next bab kahwin dah eh? hehe xsbr nk tau.
ReplyDeleteKawin?mungkin ye mungkin tak..mungkin ade masalah muncul?
Deletemalu tpi mahu..huhu..
ReplyDeleteakaq next kaq..
dh x sabar ni nk thu kisah seterusnya ni..hehe
hehe..insyaAllah.tunggu naaa
DeleteHaaaa...terima pun...hihi...bila nak kawen??
ReplyDeleteBila? jengggg....mungkin dlm next bab ^^
DeleteXpun next2 bab..haha