Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
BAB 3
Hujung minggu itu, aku menerima
kehadiran tetamu yang tidak disangka-sangka. Namun, tetap aku menyambut mesra
kedatangan mereka semua.
“Jemput masuk Puan, Tuan, Kak Som…” Aku
mempelawa Puan Shimah, Kak Som dan Tuan Adam naik. Tak sangka mereka ke sini
hujung minggu ini. Katanya datang untuk melawat Mak cik Piah.
“Shimah… Adam… Som…” Mak cik Piah yang
baru keluar dari bilik menegur para
tetamunya. Langkah Mak cik Piah yang lemah buat aku memimpin tangannya kemas. Kupimpin
Mak cik Piah hingga dia selamat duduk ke kerusi.
“Apa khabar, Kak Piah. Rindu betul saya
pada akak.” Puan Shimah segera menyalami tangan Mak cik Piah dan memeluk erat
wanita tua itu. Kak Som juga sama. Masing-masing melepaskan rindu yang
menggebu.
“Akak macam nilah, Shimah. Orang tua.
Kejap baik, kejap sakit.” Mak cik Piah tersenyum lemah. Memikirkan keadaan Mak
cik Piah yang makin hari makin lemah, buat aku risau sangata-sangat. Kesihatan
Mak cik Piah makin menurun. Ya Allah, sembuhkanlah mak. Aku sayangkan dia.
Sangat sayangkan dia. Hatiku berbisik. Rasa sebak tak semena menyapa. Lantas,
aku meminta diri untuk ke dapur. Kak Som ikut aku. Ditinggalkan Mak cik Piah
berbual-bual dengan Puan Shimah dan Tuan Adam.
Di dapur, aku ditegur oleh Kak Som. Ada
sesuatu yang disampaikan oleh Kak Som pada aku. Cukup terkejut aku dengan
berita itu.
“Leen, sebenarnya kedatangan Puan dengan
Tuan hari ni bukan saja nak ziarah Mak cik Piah tapi dengar kata dorang datang
nak merisik Leen. Betul Kak Som sendiri yang dengar.” Aku terdiam lama
mendengar itu. Risik? Aku? Janda anak satu? Untuk siapa?
“Apa Kak Som merepek ni. Untuk siapa
pulak Puan nak risik saya. Lagipun saya ni janda kak.” Aku berbasa-basi. Air
teh dalam jag kukacau perlahan. Dalam hati sungguh aku berdebar-debar. Adakah
pinangan itu untuk Syamil?
“Siapa lagi Leen kalau bukan untuk Syamil.
Puan dengan Tuan tu hanya ada seorang anak lelaki. Dorang berkenan dengan kamu.
Hisy, tapi akak yakin Syamil takkan setuju.” Aku palingkan muka memandang Kak
Som. Jadi tepat sekali telahanku. Puan Shimah datang merisik aku untuk Syamil,
lelaki dingin itu?
“Leen pun takkan terima kak. Leen masih
belum bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.”
Senyuman kuukir lemah. Yang lebih tepat, aku sebenarnya masih rasa kecewa dan
masih sukar untuk kembali mempercayai kasih seorang manusia yang bergelar
lelaki. Aku takut aku bakal dibuang lagi. Dengan keadaan Syamil yang baru
kematian isteri tercinta, aku amat yakin lelaki itu tidak mampu memberi kasih
sayangnya pada perempuan lain lagi.
“Ya akak tahu. Tapi Puan Shimah dan Tuan
Adam berkenan dengan kamu. Sikap kamu yang lemah lembut betul-betul macam arwah
isteri Syamil.” Aku hanya diam. Jadi, perkahwinan itu nanti berlaku hanya
kerana inginkan aku menggantikan tempat arwah isteri Syamil? Tak semudah itu
aku akan terima.
“Dahlah kak. Jangan fikir benda ni lagi.
Leen tak nak fikir pasal kahwin lagi. Leen nak besarkan Amin, jaga mak… itu
aje. Itu aje yang Leen nak kak.” Kak Som akhirnya terangguk-angguk mengerti. Walaupun
dari riak wajahnya seakan-akan dia kehampaan. Aku tetap berkeras dengan
keputusanku. Akhirnya dia tidak bersuara mengenai hal itu lagi. Kami sama-sama
menyediakan hidangan minuman tanpa membicarakan hal lamaran itu.
******
Malam itu, Mak cik Piah mengajak aku
mengambil angin malam di atas tangga rumah. Dia yang tidak tahan dengan kedinginan
tangga batu, aku alaskan tempat duduknya dengan kain tebal. Banyak benda yang
sudah aku mulai faham tentang diri Mak cik Piah. Mak cik Piah suka makan nasi
panas-panas dengan lauk yang baru masak. Ais memang perempuan tua itu tidak
minum. Suka sangat minum air teh yang aku sediakan. Kalau malam-malam Mak cik
Piah suka tidur sambil peluk gambar arwah suaminya. Dan apabila badannya tidak
sihat, Mak cik Piah suka sangat berahsia dengan aku. Kadang-kadang aku berasa
sangat bersalah kerana tidak mampu memahami keadaan dirinya dengan lebih baik.
“Puan Shimah nak melamar Leen jadi
menantu dia.” Tiba-tiba Mak cik Piah bersuara.
Aku yang sedang leka memicit bahunya terhenti buat seketika. Kubiarkan
Mak cik Piah menyambung kata.
“Mereka berkenan untuk jadikan Leen
sebagai isteri Syamil. Mereka suka betul dengan Leen.” Ujar Mak cik Piah sambil
batuk-batuk kecil. Segera aku mengurut perlahan dada ibu aku itu. Mak cik Piah
menghalang tanganku. Digamit tanganku kemas lalu bersuara memujuk. Seakan-akan
memaksa aku menerima lamaran itu.
“Syamil baik orangnya Leen. Mak yakin
dia mampu bahagiakan kamu dan Amin. Mak kenal dia sejak dia lahir lagi. Bila
dia dah berkahwin dengan arwah isteri dia, dia berjaya menjadi seorang suami
yang sangat penyayang dan ayah yang bertanggungjawab.
Hanya kamu yang layak menggantikan tempat arwah isterinya. Mak yakin…
percayalah…”
Aku hanya mampu tertunduk bisu. Kenapa
pula aku harus terlibat dengan kehidupan Syamil? Kenapa aku harus menjadi
pengganti?
“Tapi Leen belum bersedia lagi, mak. Dan
Leen yakin Syamil juga tak setuju dengan lamaran ni. Lamaran itu datang dari
ibu bapanya. Bukan dari Syamil sendiri.”
“Iya, memang betul lamaran tu bukan dari
Syamil. Tapi Syamil pasti akan ikut kata orang tuanya. Dia pasti akan menikahi
kamu. Yang penting sekarang kamu setuju Leen. Ini demi masa depan kamu dengan Amin.Bila
mak dah takde nanti, ada juga orang yang nak jaga kamu dan cucu mak tu.” Cukup
sayu Mak cik Piah berkata-kata. Air mata mula merembes ke pipinya.
Aku bungkam dengan pujukan Mak cik Piah.
Tidak semudah itu Syamil akan bersetuju. Aku dan dia tak pernah bercakap.
Apalagi nak berbual mesra. Langsung tak ada rasa kasih. Ini bukan kisah dalam
drama atau novel cinta. Aku bukan seorang wanita yang terlalu bodoh mengorbankan
masa depanku kerana sebuah keterpaksaan!
“Dahlah mak. Mak jangan fikir pasal
benda ni lagi. Sekarang kita masuk tidur. Dah lewat ni.” Topik perbualan cuba
aku ubah. Aku bangun lalu membantu Mak cik Piah untuk berdiri. Tidak sempat aku menarik tangannya, dia lebih
dulu menggemaskan pegangan tangannya memaksa aku duduk di situ mendengar
kata-katanya yang terakhir.
“Mak memang tak layak untuk paksa Leen
setuju dengan lamaran tu. Tapi sebagai
seorang ibu, mak nak tengok anak mak bahagia. Walaupun Leen bukan anak kandung
mak, kebahagiaan Leen adalah kebahagiaan mak yang hakiki. Sebelum mak pejamkan
mata, mak Cuma nak pastikan Leen hidup dengan lelaki yang betul-betul mampu
menjaga Leen. Mak yakin lelaki itu adalah Syamil.”
Aku bertambah bungkam. Suara Mak cik
Piah merayu buat hati aku jadi berbolak balik. Hubungan berlandaskan simpati
dan keterpaksaan, adakah kebahagiaan penghujungnya?
**********
“Mak… mak bangun…” Pagi itu, aku bangun
awal dari biasa.Semalam Mak cik Piah berpesan padaku agar membangunkannya untuk
solat tahajjud. Aku setkan jam pada pukul 3 pagi. Aku bangun lalu segera
mendapatkan Mak cik Piah di biliknya. Aku juga sudah lama tidak bangun
bertahajjud. Bermunajat kepada Allah. Pahala tahajjud tak tergambar nilainya di
sisi Allah. Teringat aku pada satu hadis yang pernah aku baca dalam sebuah
majalah Islam.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah
bersabda yang bermaksud :
“Pada
setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit
dunia dan berseru: “Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa
yang memohon kepadaKu, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun,maka
Aku mengampuninya.” (Bukhari,Muslim,Tarmizi.)
Semoga Allah memberi keampunannya
kepada aku dan Mak cik Piah. Niatpun dah dapat pahala. Inikan pula apabila kita
benar-benar melakukan ibadat yang kita niatkan itu.
“Mak…” Aku hampiri Mak cik Piah yang
masih tidur. Aku tersenyum sambil menggerakkan tubuhnya perlahan. Pasti orang
tua ini kepenatan melayan cucunya hari ini. Amin tu makin aktif. Beratpun dah
bertambah
Saat tanganku menyentuh tangan Mak cik
Piah, dapat aku rasakan kesejukan yang luar biasa. Hatiku berdebar. Terus
tanganku melekap di seluruh badannya. Ya Allah….
“Mak… Mak bangun… Mak…” Kugongcangkan
tubuh Mak cik Piah lebih kuat. Penuh debar kudekatkan jariku pada hidung Mak
cik Piah. Tiada nafas yang dihembuskan oleh perempuan tua itu. Tiada sebarang
udara yang keluar dari lubang hidung Mak cik Piah. Ya Allah…
“Mak!!!” Aku menjerit kuat memanggilnya.
Kudakap erat tubuh tidak bernyawa Mak cik Piah.Wanita yang sangat baik hati itu
akhirnya telah pergi meninggalkan dunia fana ini. Dia pergi meninggalkan aku
dengan Amin. Dia pergi tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih kepadanya atas
segala pertolongan dan kasih sayang yang dihulurkan olehnya padaku selama ini. Mak…
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sesungguhnya kita semua dari Allah
dan kita semua akan kembali kepadaNya.
************
Sudah seminggu arwah Mak cik Piah pergi
menghadap Penciptanya. Kesunyian kembali menyapa diri. Aku rasa sangat sunyi
berada di rumah ini seorang diri tanpa mendengar celoteh dan nasihat-nasihat
dari Mak cik Piah. Sekali lagi aku kehilangan ibuku. Ya Allah, kuatkan aku
untuk menghadapi semua ujian ini.
Sedang aku mendodoikan Amin dalam
buaian, tiba-tiba ada suara memberi salam di luar rumah. Aku terus bangun dan
melangkah ke ruang tamu. Tidak segera aku buka pintu utama. Aku lihat dulu
siapakah gerangan yang memberi salam melalui cermin tingkap. Puan Shimah?
Melihat Puan Shimah sedang berdiri di
hadapan laman, segera aku membuka selak pintu dan menjemput perempuan itu
masuk.
“Assalamualaikum Puan. Maaf lambat bukak
pintu. Leen tengah dodoikan Amin.” Aku menyalami tangan Puan Shimah. Puan
Shimah memeluk tubuhku erat. Aku bingung tapi hanya menyimpan persoalan itu
dalam hati.
“Jemput naik puan. Amin tengah tidur.
Baru aje tidur.” Ujarku tanpa Puan Shimah tanya apa-apa. Kami berdua duduk di
ruang tamu.
Puan Shimah memandang aku sambil
tersenyum. Diusap lembut pipiku lalu dia bersuara meluahkan perasaan rindunya
terhadapku.
“Rindunya aunty pada Leen. Bila Leen nak
datang rumah aunty?Atau Leen dah tak sudi nak kerja kat sana lagi. Hmm?” soal
Puan Shimah dengan suara lembutnya. Aku gelengkan kepala menafikan kata-katanya
itu.
“Maaf puan. Leen terpaksa ambil cuti
lama sikit. Leen masih teringatkan mak. Tapi insyaAllah lusa Leen akan sambung
kerja. Tapi puan, Leen ada sesuatu nak beritahu puan.”
“Apa dia sayang. Cakap aje…” Panggilan
‘sayang’ Puan Shimah buat aku tersenyum. Mak cik Piah juga suka sangat panggil
aku sayang. Aku cukup rasa gembira menerima panggilan itu. Cukup-cukup buat aku
rasa disayangi.
“Leen nak bawa Amin sekali nanti ke
tempat kerja. Sebab Leen dah tak tahu nak tinggalkan Amin dengan siapa. Puan
fahamkan maksud Leen. Leen janji Leen takkan curi tulang. Leen akan jenguk Amin
bila kerja Leen dah siap. Leen janji….” Tanganku angkat separa bahu. Segera
Puan Shimah menurunkan tanganku.
Dia tersenyum sambil gelengkan kepala.
“Memang itulah tujuan aunty datang ke
sini hari ni. Arwah mesti dah beritahu Leen pasal lamaran aunty tu kan?” Tidak
mampu tidak, aku angguk kepala.
“Maafkan aunty sebab dah kusutkan
fikiran Leen dan Mak cik Piah dengan lamaran tu. Aunty nak minta maaf sebab
Syamil tak mampu nak teruskan lamaran tu. Dia menolak untuk berkahwin dengan Leen.
Dia makin tak dengar kata sekarang, Leen. Aunty buat semua tu sebab aunty yakin
Leen dan dia mampu hidup bahagia. Tapi Syamil tak nak… Aunty minta maaf.”
Seminggu berlalu setelah kematian Mak
cik Piah, banyak kali juga aku memikirkan hal itu. Arwah seakan-akan berharap
benar aku menerima lamaran Syamil. Aku tahu Mak cik Piah hanya ingin melihat
aku bahagia. Tapi sekarang, terbukti Syamil memang tidak sudi meneruskan
lamaran itu. Syukurlah. Tidaklah aku merasa serba salah dengan Puan Shimah.
“Aunty tak nak kehilangan wanita sebaik Leen.
Aunty harap sangat Leen dapat tunaikan permintaan aunty ni. Tolong…. Tolong
tinggal dengan aunty kat vila tu. Di sana ada Kak Som, ada aunty, ada uncle, ada Syamil… Keselamatan Leen
dan Amin lebih terjaga. Kat sini tak ada siapa-siapa lagi sayang. Ikutlah aunty
tinggal kat sana.” Terkesima aku mendengar permintaan dari Puan Shimah itu. Aku
diajaknya tinggal bersama dengannya di rumah agam itu?
Tidak.Aku sayang nak tinggalkan rumah
ni. Aku akan jaga rumah peninggalan Mak cik Piah ni elok-elok. Keselamatan aku
di sini baik-baik saja. Tidak perlulah Puan Shimah terlalu risaukan aku dan Amin.
Tak. Aku tak boleh terima.
“Maafkan Leen, puan. Leen tak boleh. Leen
sayangkan rumah ni. Rumah ni rumah arwah ‘ibu’ Leen. Puan jangan risau. Leen
akan selamat tinggal kat sini. Leen akan tetap kerja dengan puan tapi Leen akan
tetap tinggal kat sini.” Aku berkeras. Aku tidak boleh lemah dengan pujukan
Puan Shimah.
Puan Shimah mengeluh penuh kehampaan.
Walaupun aku merasa bersalah telah menghampakan majikanku itu, aku cekalkan
hati itu setia dengan niatku. Aku takkan tinggalkan rumah ni.
“Aunty merayu. Semua ni demi keselamatan
Leen dan Amin.” Puan Shimah masih memujuk.Aku tetap gelengkan kepala.
Keputusanku sudah nekad.Tiada siapa berhak menghalangnya lagi. Titik!
***********
Pejam celik pejam celik, Muhammad Adam
Al-Amin sudah berusia enam bulan. Alhamdulillah, setakat ini Amin menjadi
seorang anak yang cukup baik. Tidak banyak menyusahkan aku dengan ragamnya.
Mungkin inilah hasil bacaan ayat Quran yang pernah aku perdengarkan pada Amin
ketika dia masih dalam kandungan.
Surah
al-Fatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
Surah
Yusuf untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah
Yaasin untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
yang mengajak kepada maksiat.
Surah
Luqman untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah
Maryam untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah
At-Taubah untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah
Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah
An-Nahl ayat 78 untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Alhamdulillah. Aku berharap Muhammad
Adam Al-Amin mampu memiliki keperibadian yang mulia dan berakhlak dengan akhlak
al-Quran. Aku ingin melihat dia berjaya di dunia dan akhirat.
Kerana bimbang aku tidak mampu untuk
menjaga Amin dengan baik, Puan Shimah masih berusaha memujuk aku untuk tinggal
dengannya dan biarkan Amin membesar dalam persekitaran yang terbaik. Kerana
itu, acap kali juga Puan Shimah memaksa aku bermalam dan tinggal di vilanya
tanpa pulang semula ke rumah aku.
Kadang-kadang aku terpaksa menerima
permintaannya itu kerana aku tidak sanggup mengecewakannya.
Hari ini, kebetulan petang tadi hujan,
terus Puan Shimah meminta aku bermalam di sini. Dia melarang aku pulang ke
rumah dalam keadaan hujan seperti itu. Aku akur. Aku hormatkan dia sebagai majikan
dan orang yang lebih tua.
“Anak ibu dah kenyang ya.” Baju
kulurutkan jatuh. Hampir lima minit Amin mengisi perutnya dengan susu badanku.
Hanya susu badan yang aku berikan padanya. Bukankah susu ibu adalah susu yang
terbaik bagi seorang bayi?
Aku mendukung Amin lalu membawanya
keluar dari bilik. Keluar saja dari bilik, aku terus disapa oleh Puan Shimah
dan Kak Som yang sedang sibuk menyediakan makan malam.
“Maafkan Leen puan. Leen susukan Amin
tadi.” Aku meminta Kak Som pegangkan anakku lalu mengambil alih tugasnya
mengacau gulai ayam yang sedang dimasak atas dapur.
“Eh Leen. Tak payah bagi kat Kak Som Amin
tu. Pergi mintak Syamil yang tolong jagakan. Lagipun dia tengah tak buat
apa-apa kat ruang tamu tu. Tengok berita aje.” Arahan Puan Shimah kedengaran
jelas ke cuping telingaku. Bagi Amin kat Syamil? Nak ke lelaki tu pegang Amin?
Tapi sejak aku membawa Amin di sini, acap kali juga Syamil mendukung dan
membawa Amin jalan-jalan sekeliling rumah. Bukankah itu petanda bahawa dia
menyenangi kehadiran anakku di sini?
Kak Som dan Puan Shimah tetap sibuk
menyiapkan kerja mereka. Akhirnya aku akur melangkah keluar dari ruang dapur
dan berjalan ke ruang tamu. Agak takut-takut aku menghampiri Syamil yang sedang
berbaring di sofa sambil menonton berita.
“Tuan…” Aku memanggilnya perlahan. Syamil
terus bangun dan memandangku. Melihat aku mendukung Amin, segera dia meminta
aku menghulurkan si kecil itu kepadanya. Aku terpana buat seketika dengan
tindakannya.
“Meh sini uncle dukung Amin. Aloo
comelnya dia.” Lagi buat aku terpana saat mataku memandang wajah tersenyum Syamil.
Cukup ceria wajah lelaki itu. Entah kenapa, hati aku dilanda rasa. Gembira aku
melihat lelaki itu tersenyum seperti itu.
Aku perhatikan buat seketika gelagat Syamil
mengagah Amin yang makin galak ketawa.
“Tuan Leen pergi dapur dulu.” Aku
meminta diri. Syamil hanya anggukkan kepala. Dia masih seronok mengagah-agah Amin
yang kelihatannya sangat senang dengan kehadiran Uncle Syamilnya itu. Aku
gembira dengan keadaan itu. Tanpa mahu menunggu lebih lama, terus aku masuk ke
ruang dapur dengan bersenang hati.
********
“Makan Leen. Kenapa dibiarkan aje nasi
tu takde lauk?” soal Tuan Adam sambil menyuap masuk nasi ke dalam mulutnya. Aku
kekok dengan keadaan aku sekarang. Mengapa pula aku berada di meja makan besar
ini bersama-sama keluarga Tuan Adam? Kak Som turut diajak makan sekali. Adakah
malam ini ada sesuatu yang istimewa yang ingin disampaikan oleh Tuan Adam dan
Puan Shimah?
“Leen tolong cedukkan kuah gulai ayam tu
untuk Syamil. Dia suka kuah banyak-banyak. Kan Syamil?” Puan Shimah menguntum
senyuman memandang aku dan Syamil yang duduk sebelah menyebelah. Lelaki itu
bersahaja saja duduk di meja makan sambil memangku Amin atas ribanya. Aku pula
yang jadi makin kurang selesa.
Senyuman Puan Shimah, Tuan Adam dan Kak
Som buat muka aku makin diserbu dengan rasa malu. Kenapa semua orang
tersenyum-senyum melihat aku dan Syamil?
Lambat-lambat aku akur juga mencedukkan
kuah gulai ayam untuk Syamil. Aku memilihnya seketul peha ayam lalu memasukkan
ke dalam pinggan.
“Nak kuah sikit lagi sayang…”
Suasana terasa sunyi buat seketika. Aku
dan semua yang berada di meja makan itu memandang Syamil penuh terkejut.
Sayang? Syamil memanggil aku sayang?
#bersambung
*Syamil panggil Leen sayang? Ter-panggil or memang sengaja?
*Moga Allah redha
Saya pulak yang berdebar-debar.macam Syamil panggil saya pulak hehe :p
ReplyDeleteHaip2..dia pulak yg berdebar2.hehe... ;)
DeleteSedihnya makcik piah meninggal...
ReplyDeleteErrkk...sayang??harap2 syg btol...hihi
Makcik Piah memang sebelum ni memang dah sakit2 kan.huhu
DeleteSayang betul ke sayang salah?Ada dalam next n3.haha
Sedihhnyee Mak Cik Piah meninggal . Setiap yg hidup pasti akan meninggal .
ReplyDeleteHuhu .. Suspensss nye kak FI ..
Sebab dalam hati dahh sayang lahh terpanggil sayang .. Hehe :DD
kak FI sayang next bab pliss ^_^
Yup betul tu miss sunshine. Setiap yg hidup pasti merasai mati. Ianya satu kepastian.
DeleteSuspensss ye?hehe..nanti akak buat lebih suspenss..konon~haha
Ye ke Syamil dah sayang Leen?Macam sekejap je kan cinta tu berputik.haha
alaaa... sayang~~. haha rsa xcukup pulk. update 2 entry sari kak. hehe
ReplyDelete(AinaaAzlan)
hehe.. 2 n3 sehari? Xleh nanti cite ni cepat habis.haha..alah kan aina dah baca cite ni.rileks ler
Delete