JOM FOLLOW

Monday 9 June 2014

Suami Pilihan Dia [bab 3]




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


BAB 3


Hujung minggu itu, aku menerima kehadiran tetamu yang tidak disangka-sangka. Namun, tetap aku menyambut mesra kedatangan mereka semua.

“Jemput masuk Puan, Tuan, Kak Som…” Aku mempelawa Puan Shimah, Kak Som dan Tuan Adam naik. Tak sangka mereka ke sini hujung minggu ini. Katanya datang untuk melawat Mak cik Piah.

“Shimah… Adam… Som…” Mak cik Piah yang baru keluar dari  bilik menegur para tetamunya. Langkah Mak cik Piah yang lemah buat aku memimpin tangannya kemas. Kupimpin Mak cik Piah hingga dia selamat duduk ke kerusi.

“Apa khabar, Kak Piah. Rindu betul saya pada akak.” Puan Shimah segera menyalami tangan Mak cik Piah dan memeluk erat wanita tua itu. Kak Som juga sama. Masing-masing melepaskan rindu yang menggebu.

“Akak macam nilah, Shimah. Orang tua. Kejap baik, kejap sakit.” Mak cik Piah tersenyum lemah. Memikirkan keadaan Mak cik Piah yang makin hari makin lemah, buat aku risau sangata-sangat. Kesihatan Mak cik Piah makin menurun. Ya Allah, sembuhkanlah mak. Aku sayangkan dia. Sangat sayangkan dia. Hatiku berbisik. Rasa sebak tak semena menyapa. Lantas, aku meminta diri untuk ke dapur. Kak Som ikut aku. Ditinggalkan Mak cik Piah berbual-bual dengan Puan Shimah dan Tuan Adam.

Di dapur, aku ditegur oleh Kak Som. Ada sesuatu yang disampaikan oleh Kak Som pada aku. Cukup terkejut aku dengan berita itu.

“Leen, sebenarnya kedatangan Puan dengan Tuan hari ni bukan saja nak ziarah Mak cik Piah tapi dengar kata dorang datang nak merisik Leen. Betul Kak Som sendiri yang dengar.” Aku terdiam lama mendengar itu. Risik? Aku? Janda anak satu? Untuk siapa?

“Apa Kak Som merepek ni. Untuk siapa pulak Puan nak risik saya. Lagipun saya ni janda kak.” Aku berbasa-basi. Air teh dalam jag kukacau perlahan. Dalam hati sungguh aku berdebar-debar. Adakah pinangan itu untuk Syamil?

“Siapa lagi Leen kalau bukan untuk Syamil. Puan dengan Tuan tu hanya ada seorang anak lelaki. Dorang berkenan dengan kamu. Hisy, tapi akak yakin Syamil takkan setuju.” Aku palingkan muka memandang Kak Som. Jadi tepat sekali telahanku. Puan Shimah datang merisik aku untuk Syamil, lelaki dingin itu?

“Leen pun takkan terima kak. Leen masih belum bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.” Senyuman kuukir lemah. Yang lebih tepat, aku sebenarnya masih rasa kecewa dan masih sukar untuk kembali mempercayai kasih seorang manusia yang bergelar lelaki. Aku takut aku bakal dibuang lagi. Dengan keadaan Syamil yang baru kematian isteri tercinta, aku amat yakin lelaki itu tidak mampu memberi kasih sayangnya pada perempuan lain lagi.

“Ya akak tahu. Tapi Puan Shimah dan Tuan Adam berkenan dengan kamu. Sikap kamu yang lemah lembut betul-betul macam arwah isteri Syamil.” Aku hanya diam. Jadi, perkahwinan itu nanti berlaku hanya kerana inginkan aku menggantikan tempat arwah isteri Syamil? Tak semudah itu aku akan terima.

“Dahlah kak. Jangan fikir benda ni lagi. Leen tak nak fikir pasal kahwin lagi. Leen nak besarkan Amin, jaga mak… itu aje. Itu aje yang Leen nak kak.” Kak Som  akhirnya terangguk-angguk mengerti. Walaupun dari riak wajahnya seakan-akan dia kehampaan. Aku tetap berkeras dengan keputusanku. Akhirnya dia tidak bersuara mengenai hal itu lagi. Kami sama-sama menyediakan hidangan minuman tanpa membicarakan hal lamaran itu.


******

Malam itu, Mak cik Piah mengajak aku mengambil angin malam di atas tangga rumah. Dia yang tidak tahan dengan kedinginan tangga batu, aku alaskan tempat duduknya dengan kain tebal. Banyak benda yang sudah aku mulai faham tentang diri Mak cik Piah. Mak cik Piah suka makan nasi panas-panas dengan lauk yang baru masak. Ais memang perempuan tua itu tidak minum. Suka sangat minum air teh yang aku sediakan. Kalau malam-malam Mak cik Piah suka tidur sambil peluk gambar arwah suaminya. Dan apabila badannya tidak sihat, Mak cik Piah suka sangat berahsia dengan aku. Kadang-kadang aku berasa sangat bersalah kerana tidak mampu memahami keadaan dirinya dengan lebih baik.

“Puan Shimah nak melamar Leen jadi menantu dia.” Tiba-tiba Mak cik Piah bersuara.  Aku yang sedang leka memicit bahunya terhenti buat seketika. Kubiarkan Mak cik Piah menyambung kata.

“Mereka berkenan untuk jadikan Leen sebagai isteri Syamil. Mereka suka betul dengan Leen.” Ujar Mak cik Piah sambil batuk-batuk kecil. Segera aku mengurut perlahan dada ibu aku itu. Mak cik Piah menghalang tanganku. Digamit tanganku kemas lalu bersuara memujuk. Seakan-akan memaksa aku menerima lamaran itu.

“Syamil baik orangnya Leen. Mak yakin dia mampu bahagiakan kamu dan Amin. Mak kenal dia sejak dia lahir lagi. Bila dia dah berkahwin dengan arwah isteri dia, dia berjaya menjadi seorang suami yang sangat penyayang dan  ayah yang bertanggungjawab. Hanya kamu yang layak menggantikan tempat arwah isterinya. Mak yakin… percayalah…”

Aku hanya mampu tertunduk bisu. Kenapa pula aku harus terlibat dengan kehidupan Syamil? Kenapa aku harus menjadi pengganti?

“Tapi Leen belum bersedia lagi, mak. Dan Leen yakin Syamil juga tak setuju dengan lamaran ni. Lamaran itu datang dari ibu bapanya. Bukan dari Syamil sendiri.”

“Iya, memang betul lamaran tu bukan dari Syamil. Tapi Syamil pasti akan ikut kata orang tuanya. Dia pasti akan menikahi kamu. Yang penting sekarang kamu setuju Leen. Ini demi masa depan kamu dengan Amin.Bila mak dah takde nanti, ada juga orang yang nak jaga kamu dan cucu mak tu.” Cukup sayu Mak cik Piah berkata-kata. Air mata mula merembes ke pipinya.

Aku bungkam dengan pujukan Mak cik Piah. Tidak semudah itu Syamil akan bersetuju. Aku dan dia tak pernah bercakap. Apalagi nak berbual mesra. Langsung tak ada rasa kasih. Ini bukan kisah dalam drama atau novel cinta. Aku bukan seorang wanita yang terlalu bodoh mengorbankan masa depanku kerana sebuah keterpaksaan!

“Dahlah mak. Mak jangan fikir pasal benda ni lagi. Sekarang kita masuk tidur. Dah lewat ni.” Topik perbualan cuba aku ubah. Aku bangun lalu membantu Mak cik Piah untuk berdiri.  Tidak sempat aku menarik tangannya, dia lebih dulu menggemaskan pegangan tangannya memaksa aku duduk di situ mendengar kata-katanya yang terakhir.

“Mak memang tak layak untuk paksa Leen setuju dengan lamaran tu.  Tapi sebagai seorang ibu, mak nak tengok anak mak bahagia. Walaupun Leen bukan anak kandung mak, kebahagiaan Leen adalah kebahagiaan mak yang hakiki. Sebelum mak pejamkan mata, mak Cuma nak pastikan Leen hidup dengan lelaki yang betul-betul mampu menjaga Leen. Mak yakin lelaki itu adalah Syamil.”

Aku bertambah bungkam. Suara Mak cik Piah merayu buat hati aku jadi berbolak balik. Hubungan berlandaskan simpati dan keterpaksaan, adakah kebahagiaan penghujungnya?


**********

“Mak… mak bangun…” Pagi itu, aku bangun awal dari biasa.Semalam Mak cik Piah berpesan padaku agar membangunkannya untuk solat tahajjud. Aku setkan jam pada pukul 3 pagi. Aku bangun lalu segera mendapatkan Mak cik Piah di biliknya. Aku juga sudah lama tidak bangun bertahajjud. Bermunajat kepada Allah. Pahala tahajjud tak tergambar nilainya di sisi Allah. Teringat aku pada satu hadis yang pernah aku baca dalam sebuah majalah Islam.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia dan berseru: “Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun,maka Aku mengampuninya.” (Bukhari,Muslim,Tarmizi.)

Semoga Allah memberi keampunannya kepada aku dan Mak cik Piah. Niatpun dah dapat pahala. Inikan pula apabila kita benar-benar melakukan ibadat yang kita niatkan itu.

“Mak…” Aku hampiri Mak cik Piah yang masih tidur. Aku tersenyum sambil menggerakkan tubuhnya perlahan. Pasti orang tua ini kepenatan melayan cucunya hari ini. Amin tu makin aktif. Beratpun dah bertambah

Saat tanganku menyentuh tangan Mak cik Piah, dapat aku rasakan kesejukan yang luar biasa. Hatiku berdebar. Terus tanganku melekap di seluruh badannya. Ya Allah….

“Mak… Mak bangun… Mak…” Kugongcangkan tubuh Mak cik Piah lebih kuat. Penuh debar kudekatkan jariku pada hidung Mak cik Piah. Tiada nafas yang dihembuskan oleh perempuan tua itu. Tiada sebarang udara yang keluar dari lubang hidung Mak cik Piah. Ya Allah…

“Mak!!!” Aku menjerit kuat memanggilnya. Kudakap erat tubuh tidak bernyawa Mak cik Piah.Wanita yang sangat baik hati itu akhirnya telah pergi meninggalkan dunia fana ini. Dia pergi meninggalkan aku dengan Amin. Dia pergi tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih kepadanya atas segala pertolongan dan kasih sayang yang dihulurkan olehnya padaku selama ini. Mak…

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sesungguhnya kita semua dari Allah dan kita semua akan kembali kepadaNya.


************

Sudah seminggu arwah Mak cik Piah pergi menghadap Penciptanya. Kesunyian kembali menyapa diri. Aku rasa sangat sunyi berada di rumah ini seorang diri tanpa mendengar celoteh dan nasihat-nasihat dari Mak cik Piah. Sekali lagi aku kehilangan ibuku. Ya Allah, kuatkan aku untuk menghadapi semua ujian ini.

Sedang aku mendodoikan Amin dalam buaian, tiba-tiba ada suara memberi salam di luar rumah. Aku terus bangun dan melangkah ke ruang tamu. Tidak segera aku buka pintu utama. Aku lihat dulu siapakah gerangan yang memberi salam melalui cermin tingkap. Puan Shimah?

Melihat Puan Shimah sedang berdiri di hadapan laman, segera aku membuka selak pintu dan menjemput perempuan itu masuk.

“Assalamualaikum Puan. Maaf lambat bukak pintu. Leen tengah dodoikan Amin.” Aku menyalami tangan Puan Shimah. Puan Shimah memeluk tubuhku erat. Aku bingung tapi hanya menyimpan persoalan itu dalam hati.

“Jemput naik puan. Amin tengah tidur. Baru aje tidur.” Ujarku tanpa Puan Shimah tanya apa-apa. Kami berdua duduk di ruang tamu.

Puan Shimah memandang aku sambil tersenyum. Diusap lembut pipiku lalu dia bersuara meluahkan perasaan rindunya terhadapku.

“Rindunya aunty pada Leen. Bila Leen nak datang rumah aunty?Atau Leen dah tak sudi nak kerja kat sana lagi. Hmm?” soal Puan Shimah dengan suara lembutnya. Aku gelengkan kepala menafikan kata-katanya itu.

“Maaf puan. Leen terpaksa ambil cuti lama sikit. Leen masih teringatkan mak. Tapi insyaAllah lusa Leen akan sambung kerja. Tapi puan, Leen ada sesuatu nak beritahu puan.”

“Apa dia sayang. Cakap aje…” Panggilan ‘sayang’ Puan Shimah buat aku tersenyum. Mak cik Piah juga suka sangat panggil aku sayang. Aku cukup rasa gembira menerima panggilan itu. Cukup-cukup buat aku rasa disayangi.

“Leen nak bawa Amin sekali nanti ke tempat kerja. Sebab Leen dah tak tahu nak tinggalkan Amin dengan siapa. Puan fahamkan maksud Leen. Leen janji Leen takkan curi tulang. Leen akan jenguk Amin bila kerja Leen dah siap. Leen janji….” Tanganku angkat separa bahu. Segera Puan Shimah menurunkan tanganku. 

Dia tersenyum sambil gelengkan kepala.

“Memang itulah tujuan aunty datang ke sini hari ni. Arwah mesti dah beritahu Leen pasal lamaran aunty tu kan?” Tidak mampu tidak, aku angguk kepala.

“Maafkan aunty sebab dah kusutkan fikiran Leen dan Mak cik Piah dengan lamaran tu. Aunty nak minta maaf sebab Syamil tak mampu nak teruskan lamaran tu. Dia menolak untuk berkahwin dengan Leen. Dia makin tak dengar kata sekarang, Leen. Aunty buat semua tu sebab aunty yakin Leen dan dia mampu hidup bahagia. Tapi Syamil tak nak… Aunty minta maaf.”

Seminggu berlalu setelah kematian Mak cik Piah, banyak kali juga aku memikirkan hal itu. Arwah seakan-akan berharap benar aku menerima lamaran Syamil. Aku tahu Mak cik Piah hanya ingin melihat aku bahagia. Tapi sekarang, terbukti Syamil memang tidak sudi meneruskan lamaran itu. Syukurlah. Tidaklah aku merasa serba salah dengan Puan Shimah.

“Aunty tak nak kehilangan wanita sebaik Leen. Aunty harap sangat Leen dapat tunaikan permintaan aunty ni. Tolong…. Tolong tinggal dengan aunty kat vila tu. Di sana ada Kak Som, ada  aunty, ada uncle, ada Syamil… Keselamatan Leen dan Amin lebih terjaga. Kat sini tak ada siapa-siapa lagi sayang. Ikutlah aunty tinggal kat sana.” Terkesima aku mendengar permintaan dari Puan Shimah itu. Aku diajaknya tinggal bersama dengannya di rumah agam itu?

Tidak.Aku sayang nak tinggalkan rumah ni. Aku akan jaga rumah peninggalan Mak cik Piah ni elok-elok. Keselamatan aku di sini baik-baik saja. Tidak perlulah Puan Shimah terlalu risaukan aku dan Amin. Tak. Aku tak boleh terima.

“Maafkan Leen, puan. Leen tak boleh. Leen sayangkan rumah ni. Rumah ni rumah arwah ‘ibu’ Leen. Puan jangan risau. Leen akan selamat tinggal kat sini. Leen akan tetap kerja dengan puan tapi Leen akan tetap tinggal kat sini.” Aku berkeras. Aku tidak boleh lemah dengan pujukan Puan Shimah.

Puan Shimah mengeluh penuh kehampaan. Walaupun aku merasa bersalah telah menghampakan majikanku itu, aku cekalkan hati itu setia dengan niatku. Aku takkan tinggalkan rumah ni.

“Aunty merayu. Semua ni demi keselamatan Leen dan Amin.” Puan Shimah masih memujuk.Aku tetap gelengkan kepala. Keputusanku sudah nekad.Tiada siapa berhak menghalangnya lagi. Titik!


***********

Pejam celik pejam celik, Muhammad Adam Al-Amin sudah berusia enam bulan. Alhamdulillah, setakat ini Amin menjadi seorang anak yang cukup baik. Tidak banyak menyusahkan aku dengan ragamnya. Mungkin inilah hasil bacaan ayat Quran yang pernah aku perdengarkan pada Amin ketika dia masih dalam kandungan.

Surah al-Fatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
Surah Yusuf untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Yaasin untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Luqman untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Maryam untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah At-Taubah untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah An-Nahl ayat 78 untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Alhamdulillah. Aku berharap Muhammad Adam Al-Amin mampu memiliki keperibadian yang mulia dan berakhlak dengan akhlak al-Quran. Aku ingin melihat dia berjaya di dunia dan akhirat.

Kerana bimbang aku tidak mampu untuk menjaga Amin dengan baik, Puan Shimah masih berusaha memujuk aku untuk tinggal dengannya dan biarkan Amin membesar dalam persekitaran yang terbaik. Kerana itu, acap kali juga Puan Shimah memaksa aku bermalam dan tinggal di vilanya tanpa pulang semula ke rumah aku. 

Kadang-kadang aku terpaksa menerima permintaannya itu kerana aku tidak sanggup mengecewakannya.
Hari ini, kebetulan petang tadi hujan, terus Puan Shimah meminta aku bermalam di sini. Dia melarang aku pulang ke rumah dalam keadaan hujan seperti itu. Aku akur. Aku hormatkan dia sebagai majikan dan orang yang lebih tua.

“Anak ibu dah kenyang ya.” Baju kulurutkan jatuh. Hampir lima minit Amin mengisi perutnya dengan susu badanku. Hanya susu badan yang aku berikan padanya. Bukankah susu ibu adalah susu yang terbaik bagi seorang bayi?

Aku mendukung Amin lalu membawanya keluar dari bilik. Keluar saja dari bilik, aku terus disapa oleh Puan Shimah dan Kak Som yang sedang sibuk menyediakan makan malam.

“Maafkan Leen puan. Leen susukan Amin tadi.” Aku meminta Kak Som pegangkan anakku lalu mengambil alih tugasnya mengacau gulai ayam yang sedang dimasak atas dapur.

“Eh Leen. Tak payah bagi kat Kak Som Amin tu. Pergi mintak Syamil yang tolong jagakan. Lagipun dia tengah tak buat apa-apa kat ruang tamu tu. Tengok berita aje.” Arahan Puan Shimah kedengaran jelas ke cuping telingaku. Bagi Amin kat Syamil? Nak ke lelaki tu pegang Amin? Tapi sejak aku membawa Amin di sini, acap kali juga Syamil mendukung dan membawa Amin jalan-jalan sekeliling rumah. Bukankah itu petanda bahawa dia menyenangi kehadiran anakku di sini?

Kak Som dan Puan Shimah tetap sibuk menyiapkan kerja mereka. Akhirnya aku akur melangkah keluar dari ruang dapur dan berjalan ke ruang tamu. Agak takut-takut aku menghampiri Syamil yang sedang berbaring di sofa sambil menonton berita.

“Tuan…” Aku memanggilnya perlahan. Syamil terus bangun dan memandangku. Melihat aku mendukung Amin, segera dia meminta aku menghulurkan si kecil itu kepadanya. Aku terpana buat seketika dengan tindakannya.

“Meh sini uncle dukung Amin. Aloo comelnya dia.” Lagi buat aku terpana saat mataku memandang wajah tersenyum Syamil. Cukup ceria wajah lelaki itu. Entah kenapa, hati aku dilanda rasa. Gembira aku melihat lelaki itu tersenyum seperti itu.

Aku perhatikan buat seketika gelagat Syamil mengagah Amin yang makin galak ketawa.

“Tuan Leen pergi dapur dulu.” Aku meminta diri. Syamil hanya anggukkan kepala. Dia masih seronok mengagah-agah Amin yang kelihatannya sangat senang dengan kehadiran Uncle Syamilnya itu. Aku gembira dengan keadaan itu. Tanpa mahu menunggu lebih lama, terus aku masuk ke ruang dapur dengan bersenang hati.


********

“Makan Leen. Kenapa dibiarkan aje nasi tu takde lauk?” soal Tuan Adam sambil menyuap masuk nasi ke dalam mulutnya. Aku kekok dengan keadaan aku sekarang. Mengapa pula aku berada di meja makan besar ini bersama-sama keluarga Tuan Adam? Kak Som turut diajak makan sekali. Adakah malam ini ada sesuatu yang istimewa yang ingin disampaikan oleh Tuan Adam dan Puan Shimah?

“Leen tolong cedukkan kuah gulai ayam tu untuk Syamil. Dia suka kuah banyak-banyak. Kan Syamil?” Puan Shimah menguntum senyuman memandang aku dan Syamil yang duduk sebelah menyebelah. Lelaki itu bersahaja saja duduk di meja makan sambil memangku Amin atas ribanya. Aku pula yang jadi makin kurang selesa.

Senyuman Puan Shimah, Tuan Adam dan Kak Som buat muka aku makin diserbu dengan rasa malu. Kenapa semua orang tersenyum-senyum melihat aku dan Syamil?

Lambat-lambat aku akur juga mencedukkan kuah gulai ayam untuk Syamil. Aku memilihnya seketul peha ayam lalu memasukkan ke dalam pinggan.

“Nak kuah sikit lagi sayang…”

Suasana terasa sunyi buat seketika. Aku dan semua yang berada di meja makan itu memandang Syamil penuh terkejut. Sayang? Syamil memanggil aku sayang?

#bersambung

*Syamil panggil Leen sayang? Ter-panggil or memang sengaja?
*Moga Allah redha


8 comments:

  1. Saya pulak yang berdebar-debar.macam Syamil panggil saya pulak hehe :p

    ReplyDelete
  2. Sedihnya makcik piah meninggal...

    Errkk...sayang??harap2 syg btol...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik Piah memang sebelum ni memang dah sakit2 kan.huhu
      Sayang betul ke sayang salah?Ada dalam next n3.haha

      Delete
  3. Sedihhnyee Mak Cik Piah meninggal . Setiap yg hidup pasti akan meninggal .
    Huhu .. Suspensss nye kak FI ..
    Sebab dalam hati dahh sayang lahh terpanggil sayang .. Hehe :DD
    kak FI sayang next bab pliss ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu miss sunshine. Setiap yg hidup pasti merasai mati. Ianya satu kepastian.
      Suspensss ye?hehe..nanti akak buat lebih suspenss..konon~haha
      Ye ke Syamil dah sayang Leen?Macam sekejap je kan cinta tu berputik.haha

      Delete
  4. alaaa... sayang~~. haha rsa xcukup pulk. update 2 entry sari kak. hehe

    (AinaaAzlan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. 2 n3 sehari? Xleh nanti cite ni cepat habis.haha..alah kan aina dah baca cite ni.rileks ler

      Delete