JOM FOLLOW

Monday, 19 May 2014

Esah Zero Point

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nama aku Esah binti Sood.Aku tahu nama aku tak glamour.TAPI...ada aku kisah???Dah mak ayah aku bagi nama aku mcam tu,nak buat macam mana lagi kan.Takkan nak pergi serang pejabat pendaftran negara tu.What ever it is,aku tetap Esah.Esah zero point.Aku ada cerita baik punyer nak kasi tahu kat korang.Cerita aku ni ala-ala Sinderela gitu.So,jangan jeles tau.Cerita aku macam ni.Tersebutlah kisah…


 "Esah!!!Sini kau.Tak habis-habis nak buat aku naik darah.Dahlah aku ni ada darah tinggi.Sengaja nak menyakitkan hati aku.Esah!!!Sini cepat!!!"Jeritan Mak Ku Leha kedengaran kuat di segenap pelusuk rumah.Nasib baik tak roboh rumah kayu ni.

  "Ya,mak ku.Ada apa,mak ku?"Ujar aku ketakutan.Tergopoh-gopoh aku berlari mendapatkan mak ku leha.Menggeletar kepala lutut ni.Macam parkinson pun ada.Aku tak berani nak pandang muka mak ku Leha saat itu.Bengis gila.Entah apa pula kesalahan aku kali ni.Rasanya tak ada apa yang aku buat salah tadi.Baju dah jemur,lauk dah masak,rumah dah kemas.Apa lagi ya?

  "Kau ni kan..aku kan dah bagitahu kau yang aku tak suka kalau ada habuk walau sekecik kuman pun melekat kat perabot-perabot aku ni.Kau ni memang nak kenalah kan."Tanpa menunggu lama,telinga aku dipulas kuat oleh mak ku Leha.Sakit gila.

  "Sakitlah,mak ku.Janganlah buat Esah macam ni."Aku cuba melepaskan pulasan kuat mak ku Leha pada telinga ku itu.

  "Orang mcam kau ni memang patut kena ajar pun.Lembab.Lembab macam ayah kau jugak."Aku terus menjeling tajam ke arah mak ku leha.Ini dah lebih ni.Main nama ayah pulak.`Ayah aku tu laki kaulah,perempuan singa!!'Gerutu aku dalam hati geram.Rasanya mahu karate aje perempuan singa ni.Tak habis-habis nak menjadi seperti mak tiri dalam cerita Cindrella tu.Yang jadi mangsanya aku jugak.

  "Aku tak kira.Aku nak kau pergi kat hujung kampung sana.Pergi cari buluh lemang.Aku nak makan lemang dengan rendang hari ni.Pergi cepat!!"Aku menelan liur.Dah buang tabiat ke apa orang tua ni.Lemang?Rendang?Ingat ni hari raya ke?Esok baru nak puasa.Gila betullah.

  "Yang kau termenung kat sini ni buat apa,hah?Pergilah cari buluh tu.Nanti anak-anak aku balik dari kerja,diorang mesti nak makan.Dah,pergi sekarang.Pergi!"Tubuh tembamku ditolak-tolak oleh mak ku Leha.

  "Tapi,Esah tak tahu yang mana satu buluh lemang,mak ku.”Memang aku tak tahu pun.Ingat aku ni tauke jual lemang ke apa.

  “Kau tahu ke tak ke,aku tak kira.Yang penting sebelum malam,aku nak lemang dengan rendang ayam siap terhidang atas meja.”Suara mak ku leha meninggi lagi.Aku merengus geram.Sentap hati mak nak!

  “Tapi mak ku….”Aku masih tidak berganjak.Aku memang tak tahu nak tuju ke mana.Buluh lemang ada ke kat kampung ni?Kalau tak ada macam mana?Takkan aku kena tidur dengan Noni lagi malam ni kot.Hish,tak nak aku.

  “Tak ada tapi-tapi lagi.Dah pergi cari buluh tu cepat.Pergi!!!!!”Singa mengaum lagi.Aku cepat-cepat berlari keluar.Tak tahan telinga ni mendengar jeritan mak ku leha itu.Boleh cair tahi telinga ni.Dengan hatinya panas lagi bingung,aku menyarung selipar lalu berjalan menuju ke hujung kampung.Buluh lemang.Oh,buluh lemang!


********************


  “Hai,kak Esah.Nak pergi mana tu?Joinlah kitorang dulu.”Panggil Milah dari kejauhan.Aku tersenyum saat itu.I like.

  “Cukup orang tak?”Aku bertanya.Milah menggeleng tanda tidak.Aku tersenyum lagi.

  “Akak geng dengan Milah ya.Siti pun geng akak.Adol,Amy dengan Usop geng tiga orang.”Aku terus merampas takhta.Tanpa banyak tanya,aku merampas ‘getah’ dari tangan Adol.

  “Mana aci.Akak selalu geng dengan Siti dengan Milah.Geng akak kuat-kuat.Geng Adol tak best.Tak acilah.”Protes Adol.Aku berfikir sejenak.Alah,budak ni.Macam tak biasa pulak.Aku memang dah biasa geng dengan Milah dan Siti.Banyak songeh pulak budak ni hari ni.Aku sikukan baru tahu.

  “Okey-okey.Kalau macam tu Siti pergi masuk geng Adol.Amy masuk geng akak.Okey?”Adol mengangguk laju.Permainan harus dimulakan sekarang.Fikiranku mengenai buluh lemang dan rendang ayam itu terus hilang.Yang penting aku menang dulu game ni.Permainan kegemaran ku.Lompat getah.Aku ni memang ratu game ni.Walaupun tubuhku agak gempal,tapi aku tetap boleh melompat mengharungi setiap rintangan.Sebab tu orang panggil aku Esah Zero Point.Hah,korang ada?Korang tak ada.


********************


  “Kak Esah,nak pergi mana tadi?Laju aje.”Tanya Milah,budak yang baru berusia 9 tahun itu.Wajah ku terus berubah pucat.Alamak!Buluh.

  “Eh,kak.Kak nak pergi mana ni?Baru lepas main kan.Duduklah relax-relax dulu dengan kitorang.”Ujar Adol pula.Aku menggeleng tak nak.

  “Akak…akak…akak kena pergi cari buluh.Nak buat lemang.Akak pergi dululah korang.Bye-bye.”Aku melangkah laju meninggalkan kanak-kanak itu.Adol dan Milah saling berpandangan.

  “Jom,Adol.Jom kita ikut kak Esah.”Adol setuju dengan Milah.

  “Amy,Usop dengan Siti duduk sini aje.Jangan ikut kitorang berdua.Bahaya tau.Duduk aje sini.”Milah mengeluarkan arahan.Siti,Usop dan Amy hanya mengangguk.Siti,Usop dan Amy baru berumur 7 tahun.Mereka pasti akan menurut kata Milah dan Adol yang lebih tua itu.Milah dan Adol terus memecut laju mengayuh basikal mereka.

  “Akak!Akak!Tunggulah.”Panggil Adol dari belakang.Aku segera berhenti.

  “Akak nak buat apa buluh tu?Nak buat meriam ya.”Aku mengjungkit kening.Meriam?Apa kejedahnya aku buat meriam.

  “Mak ku suruh akak buatkan lemang untuk dia.Dia nak makan.Sebab tu akak kena cari buluh ni.”Jawab aku gelisah.Milah dan Adol berterusan kepelikan.Lemang?Nak raya dah ke?Rasanya esok baru nak puasa.

  “Dahlah korang.Akak dah lewat ni.Nanti lambat pulak masak lemang tu.”Aku meneruskan lagi berjalan.

  “Kak Esah,biar kitorang tolong ya.Jom kita cari buluh tu sama-sama.”Ajak Milah.Adol mengangguk setuju.Aku tersenyum gembira.Hah,macam ni dah bagus.Senang sikit kerja aku nanti.Kami bertiga tanpa berlengah lagi menuju ke hujung kampung.Minta-minta adalah buluh lemang tu.Doaku dalam hati,mengharap.


*****************


  “Hah,makan lagi.Makan lagi.Esok dah puasa tau.Makan banyak-banyak.”Ujar Mail sambil tangannya sibuk mencurahkan makanan kambing itu ke dalam setiap bekas makanan.Itulah kerjanya sekarang.Berkelulusan Master.Balik-balik kampung ter-kerja pula sebagai penternak kambing.Tapi kerja ni hanya sementara.Sementara dia dilamar kerja oleh syarikat besar di ibu kota sana.

  “Abang Mail!”Teriak Adol dari jauh.

  “Ada apa?Marilah sini.”Ajak Mail.Adol mengayuh basikalnya menuju ke arah Mail.

  “Abang,Adol nak minta tolong boleh tak?”Mail mengangguk.Dia turun dari kandang kambing.

  “Tolong apa,Dol?”Adol dan Mail merupakan sepupu.Mereka memang ngamlah.Rapat sangat.

  “Tolong Adol buat lemang boleh?Rendang sekali.”Mail menggaru-garukan kepala.Dia menggeleng tidak faham.Apa maksud Adol itu?

  “Alah.Abang ikut Adol ajelah.Jom.Ada orang tengah minta tolong kat hujung kampung sana.Kesian kat dia,bang.Jomlah kita pergi tolong dia.”Adol menarik tangan Mail.Mail hanya menurut bingung.


*********************


  “Macam mana ni,Milah?Matilah akak macam ni.Entah ni buluh lemang ke tidak.Nak tebang macam mana ni?”Milah juga bungkam saat itu.Dia tercongok di sebelah aku.

  “Milah pun tak tahulah,kak.Milah tak pandai dalam soal ni.”Ujar Milah tergaru-garu lengannya yang sudah berbedam digigit nyamuk.

  “Kak Esah!!Kak Esah!!”Adol muncul dari hujung jalan.Bersamanya ada seorang lelaki.Siapa ya?

  “Abang Mail.Ni lah orang yang perlukan pertolongan abang tu.”Aku memandangnya tanpa berkelip.Handsomenya.Macam Fahrin Ahmad.Entah-entah Fahrin Ahmad.

  “Mail.”Mail bersuara. Aku tersenyum malu pada Mail.Muka kacak tapi nama Mail aje.Tak glamour langsung.

  “Esah.”Ujar aku pula.`Esah?Tak kelas langsung nama kau.’Kutuk Mail dalam hati.

  “Ada apa yang boleh saya tolong cik Esah ni?Basikal rosak ke?”Tanya Mail ramah.Aku menggeleng.

  “Bukan basikal tapi…..”Aku terus bercerita dari A sampai Z ke Mail.Sesekali Mail menganggukkan kepala.

  “Jadi,boleh tak awak tolong saya?”Aku mengharap.Hanya lelaki ni saja yang aku boleh harapkan saat ini.Mail tersenyum.Boleh cair hati ni tengok senyuman dia.


***************


  “Terima kasih,Mail.”Ucap aku seraya tersenyum manis.Akhirnya masalahku selesai jua.Tak terfikir pulak aku nak pergi beli aje lemang dengan rendang kat pekan sana.Nasib baik Mail sudi pergi belikan.Aku,Mail,Adol dengan Milah keliling satu pekan tadi mencari lemang dengan rendang ni.

  “Tak ada apalah,cik Esah.Kecik punya hal.”Balas Mail.Aku segera meminta diri.Nanti kalau balik lewat sangat pasti mak ku Leha dapat menghidu rahsianya ini.

  “Bye-bye Adol,Milah.Akak balik dulu ya.Bye.”Aku melambai-lambai.Kakiku terus dihayun masuk ke laman rumah.

  “Abang Mail suka kat Kak Esah ya?Haha.Tak tahu.”Usik Milah tiba-tiba.

  “Abang hati-hati sikit dengan kak Esah tu.Dia tu kanak-kanak riang mcam kitorang jugak tau.”Ujar Adol pula.Mail bertambah bingung tidak faham.

  “Apa maksud korang ni hah?”Tanya Mail inginkan penjelasan.

Milah dan Adol mengjungkit bahu.Masing-masing tersengih macam kerang busuk.Mail tak faham.Dia menghidupkan enjin lorinya.


******************

  “Bestnya rendang ni,mak.Siapa yang buat ni?”Tanya Ella,anak pertama mak ku Leha.Aku hanya diam.Nantikan kalau mengaku karang,kena aje pelempang sebab menyampuk.

  “Siapa lagi.Mestilah Esah zero point yang buat.”Ujar Elly pula mengejek.Aku mencebik dalam diam.Kedua-dua kakak tiri aku ni tak habis-habis nak mengejek aku.Aku tahulah aku ni popular.Dengkilah tu.

  “Mak,mak nak tahu tak yang Fahrin Ahmad kampung kita dah balik.”Ujar Ella ceria.

  “Ha’ha,mak.Handsomenya dia tu.Macam Fahrin Ahmad.Elly dah cop dia pakwe Elly tau.”Ucap Elly pula.

  “Banyaklah kau punya pakwe.Aku punyalah.Akukan kakak yang sulung.Jangan kau nak langkah bendul ya.”Ujar Ella bersungguh.Aku bertambah meluat.

  “Kalau macam tu esok korang berdua pergi hantar juadah berbuka ke budak tu.Budak tu anak tauke kambing kan?Mak memang setuju sangat kalau korang berdua nak bercinta dengan dia.”Mak ku Leha menjeling ke arah ku.

  “Anak-anak mak ni memang cantik dan bijak-bijak.Memang sesuailah kawan dengan budak lelaki yang kaya,kacak macam tu.Tak macam Esah ni.Pandai main lompat tali aje.Dahlah lembab.”Aku terguris mendengar kata-kata Mak ku Leha itu.Aku sedarlah aku ni siapa.Rupa dahlah tak ada.Lembam lagi.Tapi aku rajin apa.Aku jaga mak.Walaupun mak ku leha tu hanya mak tiri aku.

  “Esah dah kenyang.Esah nak pergi surau malam ni ya,mak ku.Nak solat terawih.”Aku meminta diri.Sedih hati ini.

  “Esah!!Kemas meja ni.Kitorang dah siap makan ni.Lepas kemas,baru kau boleh pergi soalt terawih.”Aku hanya menurut.Sekurang-kurangnya mak ku Leha tetap bagi aku peluang tunaikan ibadah yang dituntut itu.


********************


  “Assalamualaikum,cik Esah.”Ucap seseorang dari belakang.Aku segera berpaling.Fahrin Ahmad.Aku tersenyum malu.

  “Dah nak balik ke?Jomlah saya hantar.”Pelawa Mail ikhlas.Aku pantas menggeleng.Tak naklah.Nanti apa pula kata orang kampung.

Mail leka memerhati wajah comel Esah.`Cute nye dia ni.Tembam.Sedap kalau peluk ni.Buat bantal peluk.Hihi.’Desis Mail dlam hati.Dia menyembunyikan senyumannya.Rasa-rasanya hati dia sudah tertarik dengan gadis di hadapannya ini.Walaupun agak tembam,tapi okey lagi.Comel apa.Yang penting baik hati.

  “Saya minta diri dululah,Mail.Good afternoon.”Ujar aku malu-malu kucing.Bangga rasanya dapat speaking omputih dengan jejaka kacak ini.Mail terkedu.Good afternoon.Mail memandang langit di atas.Yang ada cuma bulan.Mana ada matahari.`Hish,mengarut pulak minah ni.’Bisik Mail tanpa mencurigai apa-apa.


******************


  “Alahai,Fahrin Ahmad.Kenapalah kau segak sangat?Aku sukalah kat kau.”Aku berangan lagi.Berangan menyulam cinta dengan Mail,si Fahrin Ahmad.Tapi,siapalah aku ni.Manalah padan dengan dia.

  “Esah zero point!!!Oh,Esah!!Mari sini kau.”Aku terkocoh-kocoh bangun.Dengan berbedak sejuk di muka,aku laju menuju ke arah Ella dan Elly.

  “Urut kaki aku kejap.Lenguh gila kaki aku ni.Cepat!”Aku segera mengurut kaki Ella.

  “Sini kau.Urut bahu aku ni dulu.Lenguh bahu aku ni.Sini!”Aku pergi pula mengurut bahu elly.Ella bercekak pinggang.

  “Amboi,kau!Aku yang chopp dulu dia kan.Kau jangan nak mengada Elly.Esah,sini kau.Kau urut kaki aku dulu.”Ella menarik tangan ku.Aku sudah pening macam ni.

  “Akulah dulu.Sekejap ajelah,La.Bukan lama pun.Esah,sini!”Tangan aku ditarik pula oleh Elly.Sesi tarik-menarik terus berjalan.Aku sudah bengang.

  “Setop!!!!!”Jerit aku tiba-tiba.Aku speaking lagi.

  “Biar Esah urut Ella pirst.Lepas urut Ella tem minit,Esah urut Elly pulak.Orait?”Aku memberi cadangan.Tiba-tiba,Ella dan Elly ketawa terbahak-bahak.Aku kehairanan.

  “Ada hati kau nak cakap orang putih dengan kitorang.Huh!Cerminlah diri tu dulu.Tadika pun tak lepas.”Ejek Elly sambil ketawa lagi.Ella hanya mengiyakan kata adiknya itu.Aku mula menitiskan air mata.Salah ke apa yang aku cakap?Aku pun baru nak belajar cakap orang putih macam diorang.Salah ke?Dengan hati yang sedih,aku meluru masuk ke dalam bilik.Aku menangis semahunya.


*****************

Pejam celik-pejam celik,kini sudah hampir 3 minggu perkenalan Mail dan aku berjalan.Aku gembira sangat sebab Mail tak macam orang lain.Baik jugak lelaki tu.Aku suka dia.

  “Esah,awak lulusan universiti mana?”Tanya Mail sambil memberi makan kambing-kambingnya.Aku menelan liur kelat.Aku ni setakat lulus darjah 3 aje.

  “Hah,erm…saya..saya lulus universiti Malaysia.Ha’ah.Betullah tu.”Bohong aku.Mail mengangguk.

  “Awak ambil course apa?”Aku bertambah terkedu.Course?Apa tu?Awak ambil course apa?Awak ambil makanan apa?Hish,tak kena tu.Awak ambil mainan apa?Hish,tak kena jugak tu.Apa maksud course ya?”

  “Esah..Apasal diam pulak?Malu ya nak bagitahu saya.Mesti course yang awak ambil tu bergaji mahal kan.”Aku kelu.Entah apa yang direpekkan oleh lelaki ini.

  “Hai,Mail…”Sapa seseorang dari kejauhan.Aku dan Mail saling berpandangan ke arah suara itu.Aku sudah ketakutan.

  “Eh,Esah pun ada.”Ujar Ella menahan geram.Elly di sebelah mencebik.

  “Mail..saya balik dululah ya.Bye-bye.”Aku meminta diri.Aku yakin,aku pasti akan kena belasah balik nanti.Ella dan Elly pasti mengadu hal ini pada mak ku Leha.

  “Eh,Esah.Dah nak balik ke?Kitorang baru sampai ni.”Perli Elly.Aku tidak mengendahkannya.Kakiku laju membawa diri.

  “Hmm..hmm…”Ella berdehem.Dia berjalan menuju ke arah Mail di atas kandang sana.Elly mengikut.

  “Ni saya ada bawakkan nasi arab dengan kuih seri muka sikit kat awak.Ambillah.”Mail menyambut mangkuk tingkat itu.Dia tersenyum manis.

  “Ni pulak kuih koci yang saya buat sendri tau.Khas untuk abang Mail.”Hulur Elly pula.

  “Korang ni memang baik hati.Seganlah saya macam ni.Hari-hari korang hantar juadah berbuka ni pada saya.Saya pulak tak pernah nak balas apa-apa.”Ella menyiku pinggang Elly.Elly kebingungan.Ella memberi isyarat mata.

  “Oo..Erm..abang Mail..kalau abang nak balas pemberian kami ni,boleh tak abang Mail teman kami berdua pergi ke pekan beli baju raya esok?Raya pun dah lusa kan.”Elly memasang jarum.Dia memandang Mail dengan pandangan menggoda.Dengan baju kebaya ketat lagi merah itu,boleh batal puasa sesiapa yang memandangnya.

  “Erm…baiklah.Saya boleh aje.Anggaplah ni saya balas budi korang berdua.”Hati Ella dan Elly sudah berbunga riang.Nampaknya tak sia-sia mereka menebalkan muka mengajak jejaka ini tadi.

  “Okeylah kalau macam tu.Esok pukul 10 pagi,abang Mail datanglah ambil kami kat rumah.Jangan naik lori ya,bang.Naiklah kereta.Esah pun nak ikut.”Ujar Ella.Mail tersenyum saat terdengar nama Esah.

  “OK.Esok saya jemput korang kat rumah.”Ella dan Elly tersenyum lagi.Masing-masing mula memasang angan untuk keluar berdating dengan Mail,si Fahrin Ahmad esok.


******************


Ping.Ping.Ping.Mail membunyikan hon kereta Inspiranya.Dari jauh sudah dapat dilihat kelipan labuci yang penuh di baju kedua-dua beradik itu.Ella dan Elly berlenggang kangkung menuju ke kereta.Esah pula terkedek-kedek mengikut dari belakang.

 “Hai,abang Mail.”Sapa Elly manja.Bulan puasa pun nak manja-manja macam ni.Dosa,dosa.

  “Bagilah aku duduk kat depan.”Kata Elly.Tangannya sudah memegang pintu kereta.Ella mencebir bibirnya.

  “Tak ada-tak ada.Aku sulung.Aku duduk kat depan.”Ucap Ella pula.Aku menggeleng melihat gelagat dua orang anak dara tua tu.

  “Cepatlah masuk.Esah duduk depan.”Aku sudah tersenyum malu-malu mendengar arahan Mail itu.Ella dan Elly memberi panahan mata yang menakutkan.Aku terkedu.Nampaknya mereka tak suka.

  “Ella,bagilah aku.Aku akan coverkan kau nanti.OK?Takkan nak bagi Esah zero point tu duduk depan.”Bisik Elly ke telinga Ella.Ella setuju.

Akhirnya,aku dah Ella duduk di bahagian belakang.Elly di depan dengan Mail.


*****************


  “Esah tak beli apa-apa ke?Baju raya tak beli ke?”Tanya Mail kepada ku.Aku menggeleng.Mail berjungkit kening.Tiba-tiba dia mengheret ku ke bahagain baju kurung.

  “Pilihlah.Saya belanja.”Mail berpeluk tubuh.Aku memandangnya bagaikan tidak percaya.Ini kali pertamanya seorang lelaki ingin membelikan aku baju raya.Kalau masa kecil-kecil dulu,hanya arwah abah aje yang pernah belikan aku baju kurung.

  “Erm..saya seganlah.Tak apalah.Lagipun baju kurung saya dah banyak.”Aku menolak.Wajah Mail terus berubah.Dia hampa.

  “Abang Mail…Ella nak beli baju ni.Abang Mail belanja ya.”Mail terkedu.Ella tanpa malu di bulan puasa ni memeluk lengan sasa lelaki tu.

  “Elly nak yang ni Abang Mail.Labuci dia cantiklah.”Muncul pula elly.Aku hanya memerhati.Aku mula mengundur diri ke ruangan depan kedai.Mail memandang ku.Dia terpaksa juga melayan kedua-dua makhluk Tuhan paling seksi tu.Argh!!Bencinya.


****************


  “Terima kasih ya,abang Mail sebab dah temankan kami shopping raya hari ni.Siap belanja lagi.Baiknya abang Mail ni.I like..”Elly bertambah merenyam.Aku nak loya menengoknya.

  “Kitorang masuk dulu ya,bang mail.Bye..”Ucap Ella.

  “Erm..malam ni korang jemputlah datang berbuka kat rumah saya.Ayah ada buat makan-makan.”Ella dan Elly sudah melonjak gembira.Mereka mengangguk serentak.Aku turut mengangguk.

  “Err..Esah..Boleh saya cakap sesuatu dengan awak?Kita berdua sja.”Aku sudah tidak keruan saat itu.Nak cakap pasal apa ya?Mcam serius aje bunyinya.Ella dan Elly mula melangkah meninggalkan aku dengn Mail.Mereka pasti akan menyoal siasat aku nanti.

  “Erm..Esah..”

  “Ya..”

  “Saya ada sesuatu untuk awak.”

  “Apa dia?”

  “Tada!For you.From the bottom of my heart.”Alamak!Apa yang Mail mencarut tu?Aku tak fahamlah.Lambat-lambat aku menyambut hulurannya.Aku melihat isi di dalamnya.Baju?Baju kurung.

  “Kenapa awak bagi saya baju ni?”Aku bertanya.

  “Sebab saya nak awak pakai baju ni malam nanti.Saya tunggu awak.Saya ada perkara penting nak bagitahu awak.Awak datang ya.”Mail mengharap.Sah-sahlah aku tak dibenarkan keluar malam ni.Mak ku Leha pasti takkan mengizinkannya.

  “Insya-Allah.”Jawab aku pendek.Aku tak nak Mail mengharap.


****************

Aku mundar-mandir di dalam bilik.Aku sudah di warning oleh mak ku Leha tadi.Aku tidak dibenarkan keluar dari rumah.Tak dibenarkan mengikut mereka bertiga ke rumah Mail.Aku kecewa.Sedih sangat-sangat.Aku nak tahu sangat apa yang lelaki itu ingin memberitahuku.Baju yang Mail bagi tadi,aku dah siap pakai cantik-cantik ni.Warna kegemaranku.Baju kurung ungu lembut.Cantik.Pandai Mail memilihnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Pasti majlis makan-makan itu sudah bermula.Entah-entah dah nak tamat pun.Dengar kata lepas majlis berbuka,ada majlis buat ketupat,bakar lemang,masak dodol pulak.Seluruh orang kampung dijemput hadir.Esokkan nak raya.

  “Assalamualaikum…Kak Esah..Oh,Kak Esah…”Aku terdengar suara orang memberi salam.Aku segera ke tingkap.Adol?

  “Ada apa,Adol?”Adol tercari-cari aku duduk di mana.

  “Sini Adol.Kat tingkap ni.”Adol segera mendapatkan ku.

  “Akak,abang Mail cari akak.Dia suruh akak datang rumah dia sekarang jugak.Aku bungkam.Mail mencari aku?Penting sangat ke kehadiran aku malam ni?

  “Akak tak boleh pergilah,Adol.Pintu berkunci ni.Lagi pun mak ku suruh akak jaga rumah.”Ujar ku jujur.

  “Alah,akak ni.Kejap aje.Abang Mail nak sangt jumpa akak tu.OK.Biar Adol settlekan masalah akak tu.”Adol menyuruh ku menuju ke ruang dapur.

 “Akak..akak dah ada kat situ ke?”

  “Ada,ada.”

  “OK.Sekarang akak hulurkan Adol spanar.”Aku tercari-cari benda yang diminta oleh Adol itu.Nasib baik aku dapat bezakan yang mana spanar yang mana skru driver.

  “Nah,Adol.”Aku menghulurnya ke Adol melalui celah tingkap.

Lama Adol mencungkil mangga pintu itu.Entah boleh ke tidak budak tu lakukannya.Aku memandang jam di dinding.Dah pukul 11 malam.Pasti mak ku Leha,Ella dan Elly sudah dalam perjalanan pulang.

  “Cepatlah,Adol.Lambat lagi ke?”Tanya aku kegelisahan.

  “OK,kak Esah.Siap.”Tiba-tiba pintu dapur terbuka dari luar.Aku tersenyum gembira.Nampaknya Adol sudah berjaya membukanya.

  “Jom,kak.Kita gerak sekarang.”Adol menarik tanganku.Nasib baik aku sempat menutup kembali pintu itu.Kalau tak pecahlah lobang nanti.Silap-silap hari bulan,masuk perompak rumah ni nanti.

  “Naiklah,kak.”Ajak Adol.Aku memandang tidak percya.Takkan aku nak duduk atas tempat pembonceng basikal yang lebih kecil dari pinggul aku tu?Hish,mahu jatuh tergolek aku nanti.

  “Macam ni lah.Biar akak yang kayuh basikal ni.Adol duduk kat belakang.OK?”Adol mengangguk setuju.

  “Adol,kenapa basikal Adol susah nak kayuh ni?Beratnya.”Rungut aku sambil bersusah payah mengayuh basikal BMX milik Adol ni.Namun,kerana cinta aku relakan.Aku terus mengayuh.


******************

  “Terima kasihlah kepada semua yang sudi hadir pada malam ni.Hah,esok bolehlah kita agihkan dodol,ketupat ni semua.”Ucap Engku Ibrahim seraya mengukir senyum.

  “Pak Engku,anak pak Engku mana?Tadi ada.Sekarang tak ada pulak dia.”Mak Ku Leha mengibas-ngibas mukanya.Dari tadi duduk saja bersenang-lenang.Bukan nak tolong apa-apa ke.

  “Tu lah.Entah ke mana pulak Mail pergi.”Jawab Pak Engku Ibrahim.

  “Hah,tu dia.Duduk berbual dengan anak gadis kamu rupanya.”Pak Engku menunjuk ke arah laman sana.Mak ku Leha tersenyum bangga.Nampaknya strateginya menjadi.Lepas ni pasti salah seorang anak gadisnya itu akan dilamar oleh Mail.Rapat semcam aje gayanya.

  “Abang Mail!!!!”Adol menjerit.Aku sudah gundah gulana.Semua tetamu mula memandang ku.

  “Esah.”Mail yang dari tadi leka berbual dengan Ella dan Elly,segera mendapatkan aku.Aku turun dari basikal dengan berhati-hati.

 “Lambatnya awak sampai Esah.Lama saya tunggu.Cantik awak malam ni.Sesuai baju ni dengan awak.Saya suka.”Puji Mail tanpa melepaskan pandangannya dari memandangku.Aku sudah tersipu malu.

  “Esah,apa yang kau buat kat sini?”Marah mak ku Leha di telinga ku.Aku sudah kecut perut.Ella dan Elly bagaikan assistant mak ku duduk di kiri dan kanan perempuan singa itu.

  “Baiklah semua.Erm..malam ni..saya nak buat satu pengakuan.Saya akan memperkenalkan kepada korang semua gadis yang telah berjaya mencuri hati saya selama ni.”Ujar Mail sambil menggenggam tanganku.Aku terpena.

  “Gadis itu seorang yang comel.Baik hati.Yang penting berpendidikan macam saya.Saya sukakan gadis yang pintar.Esah memang sesuai dengan saya.Esah juga berkelulusan universiti macam saya.Saya rasa bangga sangat sebab sudah bertemu gadis seperti Esah ini.”Terang Mail.Aku menggeleng.Berdebar-debar hati ini.

  “Esah,sudikah awak menjadi suri dalam hati saya?”Mail melamar ku?Aku tidak tahu untuk memberi reaksi apa tika itu.

  “Tunggu!Tunggu,Abang Mail.Apa abang cakap tadi?Esah ni berkelulusan universiti?Pintar?Abang dah silap.Esah dah tipu abang.”Ujar Ella menegakkan kebenaran.Orang kampung mula berkerumun.

  “Esah ni sekolah rendah pun tak lepas,abang Mail.Nak lulus u macam mananya?Nak cakap orang putih pun terkial-kial.Yang dia pandai hanya lompat getah tu.Zero point.”Ucap Elly pula sinis.Aku seperti mahu menangis saat itu.Aku takut.

  “Apa yang korang merepek ni?Tak mungkinlah.Esah sendiri yang bagitahu saya yang dia lulusan universiti.Dia jugak pernah cakap yang dia pernah jadi cikgu sementara kat sekolah rendah.Esah,awak tak tipu saya kan?”Aku kaku.Aku takut untuk mengecewakan Mail.

  “Kalau abang tak percaya.Suruh aje dia eja ejaan university dalam BI.Tengok dia boleh ke tak.”Cabar Elly  geram.Semua orang menyokong.

  “Esah..”Mail menunggu.Aku sudah bingung.Nak eja perkataan tu?Nak eja macam mana?Aku bukan pandai pun.

  “Esah,cepatlah!!”Tengking Mail tanpa ku duga.Aku terkejut.

  “Y…U….N…I..B..E…C…T…I..”Mail melepaskan genggamannya.Dia meraup-raup mukanya.

  “Terengganu..Terengganu Darul apa?Darul apa?!!Cepat!!”Mail bertanya lagi.Adol cuba ingin membantu ku tapi dia dihalang oleh mak ku Leha.Aku memandang ke sekeliling.Aku malu.Aku tak tahu.

  “Johor Darul apa?Pahang?Selangor negeri kita ni Darul apa?Jawab,Esah!”Mail mendesak.

  “Oh,shit!!Damn it!!Stupid!!”Mail sudah hilang kesabaran.Aku tahu maksud stupid itu.Ella dan Elly selalu panggil aku itu.Stupid.Aku tak sangka Mail sanggup memanggil ku begitu.Di hadapan semua orang pula.

Aku tak mampu lagi menebalkan muka.Aku berlari meninggalkan perkarangan rumah itu.Hati ini sudah terhiris dengan kata-kata penghinaan Mail itu.Tiba-tiba,bunga api berpercikan di angkasa sana.

  “Sampai hati kau,Esah.Kau tipu aku?Bodoh!”Bunga api inilah yang akan menjadi kemuncak plan Mail malam ni.Tepat jam 12 malam,Mail sudah mengupah seseorang untuk memasang bunga api itu.Tapi kini semuanya sudah hancur.Malunya diri ini.Dia sudah mengaku cinta dengan wanita tembam yang lembam.Penipu.

Ella dan Elly tersenyum menang.Mak ku Leha juga tersenyum.Akhirnya rancangan mereka berjaya.Mereka tahu Mail mencintai Esah.Sebab tu mereka sengaja mengurung Esah di rumah malam ini.Tak sangka pula Esah dpat keluar.Tapi yang penting,rahsia mengenai Esah seorang yang lembam dan slow itu sudah dapat dipecahkan.Mail juga sudah tahu mengenai hakikat ini.Padan dengan muka Esah Zero Point.


*****************


  “Esah!!!!!Sini kau.Cepat!!”Laung mak ku Leha,Ella dan Elly serentak.Aku tergopoh-gopoh berlari menuju  mendapatkan mereka.Aku terduduk patuh.

  “Hah,lepas ni jangan kau nak berlakon jadi cerdik lagi.Kitorang tak suka.Orang lain lagilah menyampah dengan kau tu.”Ucapan Mak ku Leha itu sudah lali di telinga ku kini.Itulah modal diorang sekarang.Asyik memerliku dengn kejadian malam itu.Selepas kejadian memalukan itu,Mail pergi tanpa berita.Dia kembali semula menatap di KL.Aku tak berhak menghalangnya.Aku bukan siapa-siapa bagi dia.Dia kan malu nak berkawan dengan aku lagi.

  “Dah.Sekarang kau pergi hujung kampung sana,kau pergi carikan kami pucuk pegaga.Aku nak buat jus nanti.Cari banyak-banyak.Kau faham tak?!!”Aku mengangguk laju dengan arahan mak ku.Tnpa banyak tanya lagi aku melangkah keluar dari ruang tamu.Kakiku laju melangkah menyusuri jalan ke hujung kampung.

  “Kak Esah!!!”Panggil Milah.Aku tersenyum.

  “Cukup geng tak?”Aku bertnya.Milah menggeleng tidak.

  “Kalau macam tu,macam biasalah.Akak dengan Milah,Siti.Adol dengan Amy dan….”

  “..dan Mail.Tapi Mail nak geng dengan Esah seorang aje.”Mail bersuara di sebalik pokok.Aku terkesima memandang wajah lelaki itu.Mail?

  “Maafkan saya,Esah.Saya dah malukan awak depan orang ramai hari tu.”Ucap Mail ikhlas.Aku terkaku.

  “Saya nak kawan semula dengan awak.Erm…nama saya Engku Ismail bin Engku Ibrahim.Saya budak lepasan sekolah rendah Sekinchan.Sudi tak awak berkawin dengan saya?”Aku mengerutkn dahi.Kawin ke kawan?Adakah aku salah dengar tadi?

  “Kak Esah,abang Mail tanya tu.Jawablah.”Milah menyiku pinggangku.

  “Sudikah awak kawin dengan saya?”Tanya Mail lagi.Kali ni lebih jelas.Kawin.Aku sudah malu-malu.

  “Tapi saya tak bijak macam…”Mail tiba-tiba meletakkan jari telunjuknya di bibirku.Aku terpena lagi.Adol,Milah,Siti dan Amy sudah tergelak-gelak.

  “Saya tak kisah.Yang penting saya sayangkan awak,Esah zero point.”Ucap Mail tersenyum.Aku cair lagi.Senyumannya sangat menawan.Senyuman Fahrin Ahmad.

  “Tak baiklah panggil saya macam tu.”Aku pura-pura mengajuk.

  “Mail Kambing cintakan Esah Zero Point.Cinta sangat-sangat.”Ya.Mail memang sudah jatuh cinta pandang pertama dengan esah.Hatinya agak kecewa apabila ditipu oleh Esah.Tapi,perasaan rindunya pada Esah menyebabkan dia tidak mampu lagi nak merajuk lama-lama.

  “Esah Zero point pun sayangkan Mail Kambing.”Aku tertawa.Mail Kambing,selalu di hatiku.

  “Jom.”Ajak Mail tiba-tiba.

  “Nak pergi mana?”Tanya aku kebingungan.

  “Nak mainlah.Saya nak tengok awak lompat zero point.Mesti comelkan.”Aku mencebik geram.Mail mengulum senyum.Tak sangka betul yang lelaki ini terlalu sayangkan aku.Terima kasih,Mail.I love you.

  “Lepas kita kawin nanti,saya tak nak awak main lompat getah ni lagi.”Aku terpena.Kenapa Mail berkata begitu?

  “Maksud saya..saya nak isteri saya nanti belajar main computer pulak.Biar lebih pintar dari saya.OK,sayang?”Aku mengangguk setuju.Komputer.Aku memang teringin nak belajar komputer selama ni.Tapi Ella dan Elly tak pernah nak ajar aku.

  “Saya cintakan awak,Esah.”Ucap Mail tiba-tiba.

  “Saya pun cintakan awak Mail.”Jawab aku malu-malu.Petang tu,Mail menolongku mencari ulam pegaga di hujung kampung.Ops!Bukan kami berdua saja,Adol dan Milah pun ada okey.Bak kata Ana Rafali,kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama.Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama.Jadi,aku cakap kat Mail,kalau betul sayangkan aku.Cepat-cepatlah jumpa mak ku Leha.Mail setuju.Sebaik saja mengutip pegaga itu,Mail dan aku langsung pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira ini kepada mak ku Leha.Ella dan Elly pasti terkejut baboo.Haha.Padan muka diorang.

Hah,korang!Terkedukan baca cerita aku ni.Kan aku dah kata yang kisah aku ni macam ala-ala Sinderela.Akulah Sinderelanya dan Mail pula Prince Charmingnya.Jadi,korang semua jangan nak jeles dengan aku lagi okey.Mail,si Fahrin Ahmad dah jadi milik aku sekarang.Aku dan dia dah kawin pun.Sekarang kami tengah tunggu kelahiran anak pertama kami.Nama dah ada.Nak tahu tak  apa namanya?Elisya dan Ifqal.Bestkan nama anak kami.Aku dapat anak kembar tau.Jangan jeles.Mungkin ikut gen sebelah keluarga aku.Kan Ella dan Elly tu kembar tak seiras.Perangai aje yang sebijik sama.

Apa?Macam mana dengan mak ku Leha dan anak-anaknya?Hah,kalau korang nak tahu.Macam nilah kisah diorang.

  “Mak,tak nak buat kerja ni.Busuk!”Ujar Ella merengek-rengek.

  “Mak,tak nak buat kerja ni.Kotorlah.Najis!”Ujar Elly pula.Mak ku Leha bercekak pinggang.

  “Habis tu korang ingat mak suka sangat ke buat kerja ni?Hah?!!Aku seribu kali bencilah.”Marah Mak ku Leha meluap-luap.Itulah kerja mereka sekarang.Kerana sebab-sebab tertentu,Ella dan Elly sudah dibuang kerja dari kilang pemprosesan butang baju.Untuk menyara hidup,suamiku yang handsome lagi baik tu,menawarkan kerja di kandang kambing ini kepada mereka bertiga.So,sekarang jadi nama diorang `The Goat’s Members’.Haha.Kesian memang kesian. Tapi suami aku cakap biar kan mereka begitu.Bagi mereka ruang berfikir sikit.Lepas ni jangan nak buli-buli lagi.Aku sebagai isteri yang solehah,hanya menurut kata suamiku itu.


Itulah cerita aku.What ever it is,kita kena redha dengan ujian Allah ini.Pasti akan ada hikmah di balik sesuatu ujian.Aku memang Esah Zero Point.TAPI,korang ada?Korang tetap tak ada.Hihi.Bye-bye.

Pengajaran penting!

#Berbuat baiklah kepada anak yatim.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (QS. an-Nisa: 36).


-TAMAT-

#cerpen pertama yang saya berjaya siapkan. Mungkin dah berusia 2 tahun cerpen ni. hahaha...


No comments:

Post a Comment