“Siapa lagi nak ajukan soalan? Ada lagi
beberapa minit ni sebelum kuliah kita berakhir.” Ustazah Rohana mengajukan
pelawaan. Aku tunduk saja. Dalam hati berharap benar tak ada lagi mak cik-mak
cik yang tanyakan soalan. Nak balik oi. Dah kematu punggung ni duduk. Dah dekat
2 jam sesi kuliah ini berlangsung. Ini semua gara-gara mak yang paksa ikut.
“Ana
ada satu soalan, ustazah.” Kepala kutolehkan ke kiri. Seorang kakak bertubuh
agak gempal tiba-tiba mengangkat tangan. Perlahan-lahan dia bangun.
“Oh
Ana. Silakan Ana.” Bagaikan sudah mengenali si kakak yang ingin bertanya tadi,
Ustazah Rohana menyambut baik pertanyaan itu.
Aku
dongakkan sedikit wajah ke atas memandang wajah kakak yang bernama Ana itu. Ya
Allah… itu kalimah yang terlafaz di bibir saat aku melihat mata Kak Ana yang
terpejam rapat. Dia… dia buta ke?
“Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan
keinginan. Dan semua hasrat serta keinginan adalah buta, jika tidak disertai
pengetahuan. Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan
setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.”
Wow.
Mulutku mula mengangga luas. Dengan senyuman manis, Kak Ana menyambung kata.
“Soalan Ana juga ada kaitan dengan cinta, ustazah. Soalan Ana…”
Suara
Kak Ana sudah tidak kedengaran lagi di cuping telingaku. Yang aku tahu. Aku
sudah jatuh cinta dengan kakak yang seorang ini.
+++
“Assalamualaikum,
kak.” Aku menyapa. “Waalaikumussalam. Ya, dik. Boleh akak bantu?” Kak Ana
berpaling ke belakang mencari kelibatku.
Aku
gamit tangannya dan lalu bersalaman. Kami berdua sama-sama berdiri di birai jalan
di luar perkarangan Surau Al-Furqan.
“Saya
Dhia. Dhia Faaezah. Akak Kak Ana kan?” Sengaja aku cipta perbualan dengannya.
Kak
Ana mengangguk perlahan seraya menguntun senyuman. “Adik ada sekali dalam
kuliah tadi ke?” soalnya ramah.
Aku
angguk. Namun sedar dia tidak mampu melihat, segera aku bersuara. “Ha’ah. Saya
ikut mak. Err bukan ikut tapi lebih kepada dipaksa.”
Kak
Ana tergelak kecil. “Hisy, janganlah rasa terpaksa. Tak baik. Adik patut
bersyukur tau sebab dapat datang ke majlis ilmu. Malaikat turun dari langit
payungkan kita dengan rahmat. Allah pilih adik untuk berada di sini hari ni. You’re special.”
Erk.
Kak Ana pun ustazah ke? Sekali dia bertazkirah.
“Err
akak minta maaf kalau kata-kata akak menyinggung perasaan adik. Akak tak ada
niat nak…”
“Eh
takpe-takpe. Saya okey aje, kak.
Betul apa yang akak cakap tu. Mak memang dah selalu cakap pasal fadilat hadir
dalam majlis ilmu. Cuma itulah saya ni kurang berminat sikit. Huhu…” Aku senyum
kelat pada Kak Ana. Sungguh hati ini cukup selesa berbual dengannya. Baru kenal
tapi kenapa rasa macam dah kenal lama.
“Err…
kak. Akak dah nak balik ke? Boleh tak kalau saya cakap sesuatu dengan akak?”
Kak
Ana mengangguk saja. “InsyaAllah boleh. Akak pun tengah tunggu abah akak datang
ni. Adik nak cakap pasal apa ya?” Murah sungguh gadis buta ini dengan senyuman.
“Erm…
sebenarnya saya… saya dah jatuh cinta dengan… dengan puisi akak tadi. Best gila kut bait-bait dia. Akak buat
sendiri ke puisi tu?” Aku bertanya tanpa berselindung.
Soalanku
buat Kak Ana tertawa lepas. Dia tunduk sambil anggukkan kepala perlahan. “Akak
minat menulis, dik. Maksud akak menulis puisi. Adik pun minat menulis puisi
ke?”
“Minat!
Minat sangat.”
“Kalau
macam tu kita share minat yang samalah
ya. Sudi ke bagi akak baca nukilan adik?” Sungguh kakak bernama Ana ini cukup
ramah lagi mesra. Tak sombong langsung!
“Boleh
bagi tapi boleh tak bagi saya baca puisi-puisi akak dulu? Hehe. Mesti gempak!”
Aku teruja. Bab-bab puisi jangan main-main eh dengan aku. Cita-cita aku memang
nak jadi seorang pemuisi. Macam A. Samad Said tu.
“Boleh
aje, dik. Kejap akak keluarkan diari akak. Dalam diari ni akak tulis
puisi-puisi akak.” Dia sibuk mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.
Menulis?
Aku kepelikan. Orang buta macam Kak Ana pun boleh menulis? Bukan ke dia tak
nampak. Karang habis comot tulisan dia.
“Nah,
dik. Ini nukilan akak. Ilham dari Allah.” Dia senyum.
Aku
senyum kelat. Subhanallah saat aku belek diari itu tersusun bait-bait yang
cukup tersusun ritma dan aksaranya. Dan tulisannya? Cukup-cukup kemas.
“Wah,
bestnya! Wah. Wah…” Hanya itu
perkataan yang keluar dari bibir aku. Benar-benar teruja dengan puisi Kak Ana. Cukup
puitis dan mendalam.
Sedang
aku kusyuk membaca setiap helaian diari itu, tiba-tiba satu perkara yang tidak diduga
berlaku di depan mata. Sekelip mata ia berlaku.
“Ya
Allah!!! Kak Ana!!!” Aku menjerit sekuat hati saat bebola mataku melihat jasad
Kak Ana sudah terheret ke tengah jalan. Semuanya gara-gara dua orang peragut
yang membonceng motosikal bergerak laju meragut beg sandang Kak Ana.
“Allah!!!”
Gedegangggg. Sekali lagi mataku terpaku melihat batang tubuh Kak Ana yang sudah
dipijak oleh sebuah kereta yang bergerak laju ke arahnya.
Bumi
seakan berhenti berputar. Lensa mataku kaku menatap jasad Kak Ana sudah
terbaring di tengah jalan. Lemah longlai tubuhku saat itu. Diari merah yang
berada dalam tangan terjatuh ke bumi. Aku rebah sama menyembah lantai tanah.
Sungguh sekejap pertemuanku dengan Kak Ana. Aku masih belum puas mengenali
gadis bernama Nurul Farhana ini. Ya Allah benarkah apa yang terjadi ini…
++++
“Kata orang bila kita bersedia untuk menerima
kehadiran seseorang, maka kita juga harus bersiap sedia untuk kehilangannya.
Sungguh sekejap pertemuan saya dan arwah Kak Ana. Namun walau begitu, kerana
kami berkongsi satu minat dan cinta yang sama, saya berjuang untuk
merealisasikan impian arwah. Moga Kak Ana tenang di sana. Akak, Dhia dah
tunaikan impian akak… ” Kututup perlahan diari merah hati yang berada di
hadapanku. Setitis air mata yang terbit di tubir mata aku seka perlahan.
“Sebelum
saya merasmikan karya terbaru saya ini, saya mohon kepada kalian semua sudilah
kiranya kalian sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah kakak saya, Nurul Farhana
binti Ismadi. Diari Merah Milik Si Buta ini saya nukilkan hanya untuk Kak Ana.
Impian dia, Alhamdulillah Allah SWT telah tunaikan. Alhamdulillah…” Para
hadirin tunduk dan menadah tangan. Al-Fatihah untuk Nurul Farhana binti Ismadi…
Tamat
saja SPM, aku berjaya menempatkan diriku di Universiti Putra Malaysia. Kursus
pengajian yang aku ambil adalah Kesusasteraan Melayu. Semata-mata demi minatku
pada dunia sastera ini dan semata-mata juga demi merealisasikan impian Kak Ana
menjadi satu kenyataan. 20 tahun berlalu. Kini aku merupakan seorang pensyarah
dalam bidang yang sama aku ceburi ketika di universiti dahulu. Diari Merah Milik
Si Buta ini merupakan karya ke-lima aku. Sebuah karya yang terisi dengan
nukilan-nukilan dari arwah. Kerana itulah di hadapan buku ini terukir namaku
dan nama arwah Kak Ana. Amanat yang tertulis di helaian muka terakhir diari
milik Kak Ana buat aku berjuang untuk berkongsi nukilannya dengan seluruh
dunia.
“Semua penulis akan
meninggal. Hanya karyanya sajalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah
sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak. Andai aku sudah tidak
berada di dunia ini lagi, kuizinkan untuk sesiapa sahaja berkongsi nukilanku
ini kepada satu dunia. Moga ia bermanfaat pada seseorang yang benar-benar
mahukan cinta dari Tuhan Yang Maha Esa. Segalanya hanyalah pinjaman. Mana
mungkin aku lokek untuk berkongsi pinjaman dari Allah SWT.” –Yang Ikhlas : Ana
Ismadi
TAMAT.
#Next cerpen bertajuk 'Aku Anak Akhirat'. InsyaAllah tunggu noh...
Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Cik Zu~!!! alhamdulillah saja je singgah sini rupanya ada entri cerpen baru. Nama kite pulak tu ada dalam watak. alhamdulillah hehe.
ReplyDeleteMula2 sweet2 lepastu saya pun terkejut sama bila tetiba Ana diragut. Best seperti selalu bila cik Penulis tulis tema yang menyedarkan ada pengajaran, hidup jalan cerita yang Cik karang. (^_^)
Teruskan berkarya~
Love,
Sahabatmu, (Dhia Faaezah)
Waalaikumussalam warahmatullah cik liz. Inilah cerpen yg org ckp nk letak nme liz tu ^^
DeleteMoga cite ni bermanfaat.
Mekasih ats doa mu sahabat. <3
Bergenang air mata ble baca
ReplyDeletehuhu.... sedih ye kak.. kematian yg mengejutkan
DeleteSaya menonton rancangan realiti Voice. Seorang buta menyanyi dan sungguh mengharukan. Saya terjana nak tulis karya sama ada puisi atau cerpen ttg orang buta. Cari beberapa bahan sokongan dan terbaca cerpen ini. Tahniah sahabat. Cerita yang bagus. Ringkas tapi berbaloi membacanya.
ReplyDelete