JOM FOLLOW

Tuesday, 9 September 2014

Rahsia Warna


BISMILLAH...



#cekidout!


Rahsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan.  Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.

Rahsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Rahsia Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.

Rahsia Warna Putih
Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.

Rahsia Warna Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Rahsia Warna Merah
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

                                                  

HIJAU
Seseorg yg begitu tenang.& rileks dlm apa jua keadaan.Tak suka marah &melatah serta yg paling bagus ,dia dikatakan seorg yg bijak mengawal perbelanjaan.Jgn sampai dpt yg kedekut sudahlah..

MERAH JAMBU
Walaupun jarang lelaki tulen memakai warna ala-ala feminin terutamanya merah jambu sebegini namun sebernanya dia mencerminkan lelaki yg ber-attitude,tenang dan mempunyai kesihatan yg bagus.

PUTIH
Bila melihatkan lelaki yg berpakaian putih nampak bersih &suci.Namun lelaki yg suka memakai warna putih ini boleh dikatakan seorang yang bersosial tinggi kerana dia sentiasa cuba untuk nampak mahal.


KUNING
Lelaki yang gemarkan warna ini memaparkan sikap optimistik & begitu yakin dengan diri sendiri terhadap masa depannya.Pendek kata pentingkan kerjaya…



#psstt> what is your feveret colour?




No comments:

Post a Comment