JOM FOLLOW

Thursday, 28 May 2015

Dunia Dah Akhir Zaman Tapi Kenapa Tak Nak Taubat?




BISMILLAH....



Kalau Dah Tahu Dunia Akhir Zaman, Kenapa Tak Nak Bertaubat?


M : 
Aku rungsinglah, N.
N : 
Kau rungsing apa?

M : 
Aku rungsing tengok remaja perempuan zaman sekarang. Pakaian mereka… Allahurabbi…
N : 
Dunia akhir zaman, M…              

M : 
Kalau dah tahu dunia akhir zaman, kenapa tak nak bertaubat? Kenapa jauh dari Allah? Kenapa tak nak cuba berubah? Apa yang menghalang? Hidayah? Nak tunggu datang seru? Al-Quran, hadis… semua dah ada depan mata. Apa lagi yang kita nak…
N : 
Sedaya yang kita mampu kita bantu dorang, M. Kalau tak dengan tangan atau kuasa, kita guna lidah. Kalau tak mampu jugak kita guna hati kita untuk doakan mereka yang baik-baik.

M : 
Sebenarnya tak payah bersandar pada dunia akhir zaman, kiamat dah dekatlah atau apa je, beb. Kematian tu sendiri paling hampir dengan kita… sangat hampir dan kita tak tahu bila turn kita…
N : 
*diam bermuhasabah diri*
  

Kelas Fardhu Ain VS Fardhu Ain




Bismillah....


Kelas Fardhu Ain VS. Fardhu Ain

X : Beb, boleh aku cakap sikit?
Y : Mestilah boleh. Ada ape?

X : Dah lebih tiga, empat kali aku perhatikan kau solat. Kau solat ada tomakninah kan?
Y : Hisy, kau ni. Mestilah adalah. Benda tu rukun solat kot. Kalau tak buat batal solat aku. Apasal kau tanya ni?

X : Ada ya? Kalau ada, tak apalah. Aku tanya aje. *senyum*
Y : Kau nak cakap apa sebenarnya ni? Ni mesti nak share something. *cukup faham dengan sikap X*

X : Macam faham-faham je kau ni kan…
Y : Meme ahhh… Dah tiga tahun kau jadik house-mate aku merangkap bff aku kot…

X : *sengih* Takdelah. Macam ni… Aku selalu fikir, selama ni aku solat, aku dah buat yang Islam ajar ke atau yang cikgu kelas fardhu ain time sekolah rendah dulu yang ajar.
Y : Mohon pencerahan,beb…

X : Maksud aku… Bila dah baligh sampailah ke sekarang, kita buat amalan fardhu ikut yang cikgu sekolah ajar time kecik2 dulu ke atau kita buat dengan ilmu yang betul2 kita cari dan faham.
Y : *terdiam me-loading kata2 si X*

X : Time kecik2 dulu mungkin kita tersalah faham dengan ajaran cikgu. Cikgu dah ajar betul dah. Kita yang salah ambik ilmu tu. Jadi, sampai ke sekarang kita buat amalan contohnya solat dengan cara yang salah. Takbir yang betul macam mana. Rukuk dan tomakninah macam mana. Salam macam mana. Kita langsung tak bukak buku, google kat internet atau tanya kepada orang yang lebih tahu. Kita guna ilmu time kecik-kecik dulu. Sepatutnya, ilmu fardhu ain kena gali dan terus gali sampai kita masuk dalam kubur. Setuju tak beb?
Y : *mengangguk lemah. Mula terkenang amalan fardhu yang dilakukan. Ternyata kebanyakannya ia bersandar pada ilmu masa zaman kelas fardhu ain dulu* Hmm… TQ beb sudi share benda ni dengan aku.

X : Jom kita g usrah minggu depan. *senyum*



Wednesday, 27 May 2015

Mencari Si Pelengkap Hati [BAB 24]





BAB 24

|Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani|


Jam di tangan kutilik penuh resah. Dari jam lima petang, jarum jam makin menginjak ke pukul lima setengah petang. Kelibat Cikgu Ihsan masih belum kelihatan.

Aku menunggunya di perhentian bas yang terletak tidak jauh dari pintu masuk U.

Dari duduk aku berdiri. Dari berdiri aku kembali duduk. Sampai sekarang jasad Cikgu Ihsan tak kunjung tiba. Dia singgah mana-mana ke? Atau dia terlupa untuk menjemput aku?

Untuk menelefonnya aku segan. Sepertinya aku tak sabar pula nak balik. Macam nak susahkan dia aje. Mungkin dia tengah ada kerja. Baik aku tunggu aje.

Sambil menunggu Cikgu Ihsan, sambil itu aku membelek kembali jurnal yang aku dapat di kuliah tadi. Bidang yang aku ambil ini memakan masa selama tiga tahun. Tiga tahun yang aku yakin akan memberikan aku banyak pengalaman baru. Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik saja. Aku rasa seronok sangat dengan dunia baru yang aku jejak ni. Hilang tekanan yang pernah aku alami sebelum ni. Aku nak fokus. Fokus demi depan aku!

Akan aku buktikan pada mak su dan pak su serta orang kampung. Kepergianku dari kampung bukan satu perkara yang sia-sia. Aku akan kembali menjadi seorang yang berjaya. InsyaAllah!

“Nuha…” Sedang aku ralit membelek fail di tangan, ada suara menegurku.

Melihat Gee berdiri di sebelahku dengan senyuman manjanya, aku terus tutup fail di riba. Aku senyum sama pada Gee.

“Awak belum balik lagi?” soalku cuba ramah.

Gee gelengkan kepala. “Papa cakap dia ada hal sikit hari ni. Jadi terpaksalah abang orang yang datang ambil. Papa tu selalu sibuk.” Seperti anak-anak kecil, Gee merungut.

Aku tak bersuara. Cuma aku senyum tipis. Seronoknya ada ayah. Aku ni… entah ayah aku masih hidup atau sudah mati. Layakkah aku menggelarnya ayah. Atau lebih tepat aku menggelarnya lelaki yang telah ‘dilayan’ oleh ibu. Hmm… satu kenyataan yang sangat menyakitkan!

“Nuha, siapa yang ambil awak nanti? Pakwe ke?” Gee mengusik.

Aku gelengkan kepala laju. “Eh, mana ada. Pakwe apanya. Saya ni manalah ada orang yang nak.” Eh, macam menipu aje kata-kata aku tu. Cikgu Ihsan kan sukakan aku. Bukan setakat suka, dia cintakan aku. Bukan setakat cinta, dia sebaliknya dah melamar aku. Aku aje yang tolak.

“Wah kalau macam tu bolehlah orang kenenkan awak dengan abang orang. Dia pun belum ada makwe. Umur dah 30 tapi masih tak kahwin-kahwin. Memilih sangat orangnya.” Tak dapat aku tahan Gee dari membebel tentang abang kandungnya itu. Dari tadi sibuk nak kenenkan aku dengan abangnya. Abang sulungnya. Ahmad Furqan. Siap tunjuk gambar lagi. Kacaklah juga orangnya. Sangat tak padan dengan aku yang tak cantik ni.

Hisy, tak kuasa nak fikir soal kahwin. Baru first day masuk U, dah fikir soal cinta-cintun bagai. Nuha, fokus!

Rancak Gee dan aku berborak kosong, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan kami. Hon kereta dibunyikan sekali.

“Gee...” panggil seseorang dari dalam kereta. Aku dan Gee segera memandang ke arah kereta itu. Dari dalam sana ada seorang lelaki sedang arahkan Gee untuk masuk.

“Hah itulah abang orang. Nuha, jomlah orang kenalkan awak dengan Abang Furqan.” Tiba-tiba Gee tarik tangan aku. Aku yang tercengang dengan tindakannya hanya mengikut patuh.

Sedar-sedar saja aku sudah berdiri di sebelah pintu kereta. Namun, tidak pula aku tundukkan muka memandang wajah abang Gee. Dan lelaki itu juga langsung tak nak keluar.

“Abang kenalkan ni kawan baru adik. Nuha Huda namanya.” Gee kenalkan aku. Dipaksa aku tundukkan muka.

Badan separuh aku bongkokkan. Aku senyum pada Furqan sambil memandang wajahnya sekilas.

“Oh… Nice to meet you. Hope awak bersabar dengan kerenah Gee ni. Dia ni masih anggap dia tu ‘adik-adik’.” Furqan berkata selamba. Dia tergelak besar.

Aku senyum saja. Gee sudah tarik muka masam.

“Dahlah abang ni. Ada ke cakap macam tu dekat kawan baru adik. Ugh!” Gee tarik aku kembali ke perhentian bas. Dia bersalaman dengan aku sambil tangannya sudah mencapai beg sandang teddy bearnya. Ya, memang masih ‘adik-adik’. Senyuman aku sembunyikan. Karang kecik pulak hati budak debab ni.

“Awak jangan layan sangat abang orang tu. Dia memang selalu dengki dekat orang.” Gee jeling Furqan. Furqan jungkit bahu sambil masih ada sisa gelak di bibirnya.

“Nuha, orang balik dulu tau. Awak nak tumpang orang tak?” Alahai Gee ni. Baik hati sungguh.
Aku gelengkan kepala perlahan. “Hisy tak apalah. Lagipun nanti ada orang dah nak datang ambil saya,” balasku.

“Siapa? Abang ke?” soal Gee masih nak berborak.

“Hah? Err… bukan abang. Dia… dia cikgu saya,” jawabku jujur.

Gee kelihatan teruja tak semena. Dipegang tangan aku kemas. Baru mulut becoknya nak bertanya, Furqan membunyikan hon kereta ‘berirama’. Terus Gee tak jadi tanya.

“Ha kejap-kejap! Abang ni!” Gee menjerit. Aku tertawa lucu.

“Esok-esoklah sambung borak. Nuha, sorrylah. Gee memang macam ni. Kalau boleh nak ajak awak balik rumah kita orang dan layan dia borak sampai ke pagi. Ugh perangai tak ubah-ubah!” Boleh tahan kuat membebel juga si Furqan ni.

Pening kepala aku melihat perangai kedua-dua beradik itu. Kedua-duanya berbadan gempal. Tapi kulitnya putih-putih melepak.

“Orang tak puas hati lagi ni. Esok awak kena cerita dekat orang siapa cikgu awak tu. Awak buat orang suspen aje tau, Nuha.” Gee tiba-tiba tarik aku dalam dakapan dia. Aku lemas dalam pelukannya.

Beberapa detik berlalu, pelukan kami terungkai. Dia senyum pada aku.

“Orang balik dulu, Nuha. Happy sangat dapat kawan dengan awak. Esok kita jumpa lagi tau. Bye, take care.” Gee terus melangkah menuju ke kereta. Sebaik saja dia duduk di tempat duduk pemandu, Furqan segera menghidupkan enjin. Sempat juga aku dan Gee berbalas lambaian tangan. Akhirnya kereta Furqan menghilang dari pandangan.

Keadaan kembali sunyi. Aku duduk semula ke kerusi. Senyuman masih bersisa-sisa mengenangkan sikap Gee yang kadang-kadang kalut dan lucu tu.

Ya Allah, macam ni ya rasanya bila kita ada teman nak ajak berbual dan bergurau senda. Seronok!

Macam aku dan arwah ibu. Memang seronok bila dapat borak dengan ibu. Ibu kadang-kadang pandai jugak buat lawak seposen. Bila kami bersembang, memang tak ingat kerja lain dah. Last-last telinga ni terpaksa ditadah menahan bebelan dan sindiran Mak su Kinah.

Takdir Allah menemukan aku dan Gee di tempat baru ini. Walaupun baru kenal, namun dek keramahan Gee, tak kering gusi kami berdua berbual mesra. Moga-moga persahabatan ini akan terus tumbuh mekar.

Pin. Pin.

Tersentak kecil aku mendengarkan bunyi hon yang bingit itu. Pantas aku palingkan muka memandang ke hadapan. Kereta Honda Civic milik Cikgu Ihsan sudah terparkir di birai jalan. Lelaki itu kelihatan tergesa-gesa keluar dari perut kereta.

Sorry, Nuha. Abang ada kerja sikit tadi. Lama Nuha tunggu?” soalnya setelah berdiri di hadapanku.

“Tak adalah lama sangat,” ujarku membalas katanya.

“Abang dah cuba siapkan kerja secepat mungkin tadi. Tapi maklumlahkan first day masuk kerja. Banyak benda nak kena settle,” beritahu Cikgu Ihsan tanpa aku bertanya.

Tidak membalas penjelasannya, aku bangun lalu kucapai beg dan fail. Cikgu Ihsan pula sudah siap membukakan pintu kereta untuk aku masuk. Aku senyum padanya.

“Lega hati abang tengok Nuha senyum macam tu. Rasa penat dekat badan ni hilang macam tu aje.” Hampir-hampir kepala aku terhantuk pada pintu kereta dek terkejut mendengar kata-katanya itu.

Tak mahu fikir bukan-bukan, aku segera sarungkan tali pinggang keselamatan dan duduk diam menanti Cikgu Ihsan menggerakkan kereta ini membawa kami pulang.

“Nuha tak marah abang, kan?” soal Cikgu Ihsan setelah kereta bergerak di atas jalan raya.

Aku geleng sekali.

“Alhamdulillah…” Perlahan dia berbisik namun ia sudah cukup jelas di telingaku.


************


Kepulanganku disambut mesra oleh Aunty Izzah. Nek Som pula sedang sibuk menyiram pokok bunga di halaman rumah. Sempat jugalah Nek Som bertanya tentang pengalaman pertamaku di universiti. Seronok, Nek Som. Memang seronok!

Sambutan keluarga ini benar-benar menghangatkan. Aku terasa seperti memiliki sebuah keluarga yang cukup bahagia. Keluarga yang aku damba-dambakan selama ini.

Namun ada perkara lucu yang menjentik hati kecilku. Cikgu Ihsan kena bebel dengan Aunty Izzah sebab ambil aku lambat. Bukan aku yang buka cerita tu. Lelaki itu sendiri yang mengaku pada mamanya.

Kesian cikgu. Tak pasal-pasal kena warning. Kata auntie kalau selepas ini Cikgu Ihsan datang lambat, call aje dia. Al-maklumlah keluarga ni mana ada driver. Jadi nak tak nak harus ada seseorang yang hantar dan ambil aku. Hmm… terasa aku ni menyusahkan mereka aje. Tapi auntie cakap jangan fikir apa-apa. Benda kecik aje tu.

Aku akhirnya tinggalkan Aunty Izzah dan Cikgu Ihsan di bawah. Aku meminta diri untuk naik ke bilik untuk bersihkan diri.

Dalam bilik kuliah tadi, sempat juga aku merangka jadual harianku. Moga-moga dengan jadual ini tidaklah aku terlepas pandang untuk meluangkan masa bersama-sama Aunty Izzah, Uncle Is dan Nek Som di rumah ini.

Aku akan bangun seawal jam 5.30 pagi. Usai solat Subuh, aku takkan tidur. Sebaliknya aku akan turun ke dapur tolong Nek Som siapkan sarapan. Pulang pula dari kuliah, aku akan turun ke dapur sekali lagi membantu Nek Som masak. Aku tak sanggup nak hidup macam mem besar dalam rumah ni. Aku sedar diri aku siapa. Hidup menumpang harus senantiasa sedar diri. Jangan sesekali lupa diri dan ambil kesempatan pada kebaikan keluarga ni.

Sampai saja dalam bilik, aku terus masuk ke kamar mandi bersihkan badan dan ambil wuduk. Solat Asar aku tunaikan. Setelah itu, tak berehat panjang, aku segera turun ke bawah. Nak tolong Nek Som masak.


+++++

Kaki diatur menapak ke ruang dapur mencari Nek Som. Manalah tahu ada apa-apa yang boleh aku tolong Nek Som untuk masak makan malam.

Melangkah saja aku ke ruang dapur, agak terkejut aku melihat batang tubuh Cikgu Ihsan sedang sibuk bergerak lincah ke sana ke sini melakukan kerja dapur. Dengan apron di tubuhnya, lagilah buat aku kaget. Eh, buat apa Cikgu Ihsan dekat dapur ni?

“Eh Nuha… dah solat?” soal Cikgu Ihsan setelah anak mata kami bertembung.

Aku angguk sekali.

“Dah mandi?” soalnya lagi. Lagi sekali aku angguk.

“Sebab tu wangi aje.” Cikgu Ihsan gelak. Aku kerutkan dahi.

“Nuha nak tahu tak. Abang kena denda dengan mama,” ujarnya dengan muka sedih. Sudip di tangan diletak perlahan ke dalam periuk. Entah apa yang sedang lelaki itu masak. Tapi bau macam sedap aje. Kejap… aku cuba untuk hidu. Macam bau stok ayam aje.

“Nuha tak nak tahu ke kenapa abang kena denda dengan mama?” Cikgu Ihsan melangkah menghampiriku. Aku pegun di situ menanti dia menghentikan langkah daripada terus mendekatiku. Dan mujurlah lelaki itu melangkah setakat meja makan. Dia duduk di situ sambil pandang aku.

“Nuha tanyalah kenapa.” Cikgu Ihsan bersuara sambil tersengih.

Aku senyum kelat. Adeh, kena paksalah pulak.

“Kenapa ya?” Aku ikutkan saja permintaannya. Memang aku pun nak tahu kenapa agaknya Aunty Izzah denda Cikgu Ihsan. Denda apa?

Cikgu Ihsan tersenyum dengan senyuman manisnya. Tak berani pula aku nak pandang muka dia lama-lama.

“Nuha tahukan mama marahkan abang sebab ambil Nuha lambat tadi. So, sebagai dendanya, abang akan masak untuk korang malam ni. Nasi ayam Ihsan. Special menu from hot guy!” Mahu tergelak aku saat itu. Mujurlah aku dapat tahan. Perasannya! Hot guy? Bukan sawo matang guy ke? Iyalah Ihsan Zuhri kan berkulit sawo matang. Betul-betul kulit orang Asia.

Tapi tak sangka ya itu denda Aunty Izzah. Ingatkan nak denda anak bujang dia bersihkan taman bunga. Setakat masak, senang aje tu. Tapi… pandai ke Cikgu Ihsan masak? Tengok dari gaya macam dah pro.

“Tapi abang perlukan pembantulah. Iron chef mestilah ada pembantu. Sudi tak Nuha jadi penolong abang di ‘medan tempur’ ini?” Selamba saja Cikgu Ihsan bertanya.

Tak berjawab aku saat tu. Aku dimintanya jadi pembantu? Satu dapur masak dengan dia? Hisy, tak naklah.

“Sudi ke tak sudi ni?” tanya Cikgu Ihsan sambil jarinya ketuk meja.

Ya Allah, susahnya nak jawab soalan tu. Kalau aku tak sudi, kecil hati dia nanti. Kalau aku sudi pulak, maknanya aku kena berdua-dua dengan dia dalam dapur ni. Mana Aunty Izzah dan Nek Som ni.

“Okeylah kalau Nuha tak sudi tak apa. Abang tak nak paksa. Okey, abang nak teruskan masak. Karang tak sempat siap Nuha jugak yang tak dapat merasa air tangan abang ni.” Cikgu Ihsan bangun dengan berat. Walau suaranya ceria tapi langkahnya lemah sahaja. Dia mesti kecewa sebab aku tak sudi tolong dia. Kan? Bukan aku tak perasan perubahan air muka dia tu. Mesti dia kecik hati.

“Erm… cikgu nak saya tolong apa?” Ringan pula lidah ini berkata-kata.

Pantas Cikgu Ihsan palingkan badan menghadap aku. Dia tersenyum kembang.

“Nuha sudi tolong abang?” tanyanya teruja.

Aku angguk saja. Tapi ada soalan yang aku nak tanyakan pada dia. Nak pastikan yang dalam rumah ni bukan hanya ada aku dan dia saja.

“Auntie dengan Nek Som mana?”

“Oh, dia orang ada dekat belakang rumah. Sibuk dengan projek menanam serai.” Dia nak teruskan langkah namun tiba-tiba dia menjerit sambil tepuk dahi.

“Ya Allah!” 

Aku pula sudah berkerut dahi. Dah kenapa dia tu.

“Abang lupa nak buatkan dia orang minuman. Mama dah pesan tadi buatkan sirap bandung sejuk. Aduh lupalah pulak.” Tidak menghiraukan aku lagi, Cikgu Ihsan pantas bergerak ke kabinet dan mencapai jug. Ligat tangannya mengacau sirap bandung untuk mama dan Nek Som.

“Nuha, tolong tengokkan ayam tu kejap. Angkat dan toskan. Nanti dah boleh goreng dengan kicap.” Arahan dari Cikgu Ihsan aku terima dengan patuh.

Kaki ini mula menapak mendekati dapur gas. Bukan aku tak pernah buat nasi ayam. Senang aje ni. Pejam mata pun boleh buat. Amboi riak. Astaghfirullahal’adzim.

“Abang pergi hantar air ni kejap. Sambil tu Nuha buatlah apa yang patut. Beras dah abang cucikan tadi. Tunggu nak tumis bahan aje.” Aku angguk tanda mengerti. Tugas sebagai pembantu chef mula aku galas. Tangan mula sibuk menuangkan ayam yang direbus ke dalam penyejat. Ditoskan ayam itu buat seketika. Stok ayam aku simpan dalam jug berasingan.

Siap dengan bancuhan air sirap bandungnya, Cikgu Ihsan tinggalkan aku di situ. Namun, sempat pula dia tuangkan dua gelas air ke dalam gelas kaca.

“Satu untuk Nuha, satu untuk abang.” Dia tersengih. Terus kakinya menapak keluar dari pintu dapur menuju ke ruang belakang.

Aku yang sememangnya tengah haus, terus meneguk minuman itu. Di saat air itu menyapa ke kerongkong, keenakan mula terasa. Pandai juga Cikgu Ihsan buat sirap bandung. Manis dan lemak susunya seimbang. Warna juga cantik. Lima bintang untuk Cikgu Ihsan. Hehe… aku tergelak sendirian.

Terpandang pada bahan-bahan yang sudah separuh disediakan oleh Cikgu Ihsan, buat hati kecilku memuji. Cara dia sediakan bahan menampakkan bahawa dia memang pandai masak dan pembersih orangnya.

Tak hairanlah dia boleh masak mee goreng dan buatkan sandwich enak untuk dibekalkan pada aku masa di sekolah dulu.

Teringatkan memori itu, buat aku tersenyum lagi. Memo dari Cikgu Ihsan masih lagi aku simpan hingga ke hari ini. Entah kenapa tangan ni gatal nak simpan. Kalau cikgu tahu, mahunya dia perasan yang aku ni ada hati dekat dia. Hisy, tak kuasa nak fikir!


BERSAMBUNG>>>>