Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Kita merancang. Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah juga.
Ku susuri malam ini…Yang tidak berbintang sunyi
sepi
Juga rembulan dah menghilang…Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu…Yang selalu berbisik
madah rindu
Kini membisu dalam sayu…Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku…Di saat ku
perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu…Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi…Ku mengusung duka ini
diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi…
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu…Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu…Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji, dimungkiri, dimungkiri
Sia-siaku, mencintaimu…Setia padamu,
percayakanmu
Sebak dadaku, retak hatiku…Luka jiwaku, dihiris pilu
Sia-siaku, mencintaimu…Setia padamu, percayakanmu
Sebak dadaku, retak hatiku…Luka jiwaku, dihiris pilu
Setiap
kali terdengar lagu ini berkemundang di corong radio,aku pasti akan terpaku
mendengarnya sehingga lirik yang terakhir.Beribu sesalanku…Itulah yang aku rasa
setiap kali mengenangkan hubungan yang pernah terjalin antara aku dan dia.Si
dia,yang pernah hadir dalam hidup aku.Si dia yang telah memberi rasa dalam hati
aku.Si dia yang telah membuat aku terbuai dengan rasa cinta yang telah
dihulurkan olehnya.Si dia jugalah yang telah membuat aku merasa betapa sakitnya
apabila cinta yang aku hulurkan,setia yang aku taburkan dan janji yang aku
terima darinya…ternyata itu semua hanya sia-sia.
Ryzal
Affendi.Pertemuan pertama kali antara aku dan dia telah membuat ada rindu
menyapa dalam hati ini.Dan dia juga turut merasa hal yang sama.Mungkinkah dia
jodohku?Aku tak nak memasang impian terlalu tinggi.Kerana aku tahu,sejauh mana
pun kita merancang,jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk kita,kita akan tetap
sendiri jua.
Hubungan
yang singkat telah membibitkan rasa cinta yang menggunung dalam hati aku dan
dia.Lantas,tatkala Ryzal melamar aku,aku terus menerimanya.
Kami
bertunang selama hampir dua tahun.Masuk tahun ketiga,insyaAllah jika diizinkan
Allah,aku dan dia bakal disatukan dalam ikatan yang sah.Melabuhkan rasa rindu
dan cinta yang selama ini sentiasa merantai jiwa.
Namun,Ryzal
terlalu pandai melakonkan wataknya.Sehinggakan aku tanpa sedar telah
dipermainkan olehnya.Betapa naifnya aku dalam soal cinta.Sehinggakan aku
menyerahkan segala kepercayaan aku padanya.Dia rupanya telah berpunya.Memiliki
seorang isteri dan dua orang anak perempuan yang sangat comel.Aku terpampan
dengan keadaan ini.Apa yang harus aku lakukan?Aku cintakan dia.Dia juga
cintakan aku.Tapi benarkah dia cintakan aku?Habis tu kenapa Ryzal sanggup tipu
aku sampai macam ni sekali?
“Kenapa awak buat saya macam ni?Apa salah saya?Kenapa awak
tipu saya?!”Aku mula naik angin.Dengan mata kepala aku sendiri aku melihat
Ryzal berpegangan tangan dengan perempuan lain.Ada anak-anak kecil di samping
mereka.Saat itu,aku mula sedar bahawa Ryzal Affendi sudah jadi milik orang
lain.Betapa aku rasa diperbodohkan.
“Maafkan saya,Suha.Saya dah lama nak berterus terang dengan
awak.Tapi,saya takut awak tak nak terima saya dalam hidup awak.Saya ikhlas nak
memperisterikan awak.Saya cintakan awak…”
“Cinta?Cinta itu harus jujur,Ryzal!Sampai hati awak tipu
saya.Tipu mak ayah saya.Awak bagi saya harapan.Awak hulurkan cinta pada saya.Kenapa…kenapa
awak buat saya macam ni?Adakah awak merancang untuk memperbodohkan saya?Bukan
sekejap kita kenal,Ryzal.Dua tahun!Dua tahun kita bertunang.Tahun depan kita
dah nak kahwin.Kenapa awak sanggup buat saya sampai macam ni sekali,hah?!”
Ryzal tertunduk.Kepalanya digelengkan.Adakah dia tidak
mempunyai jawapan di atas setiap persoalan aku tadi?Kau memang dah
melampau,Ryzal!
“Saya tak sangka,lelaki yang selama ni asyik berbicara
tentang rasa percaya dan saling jujur dalam sesebuah hubungan,rupanya dia
sendiri yang tak jujur.Mana hilangnya kejujuran awak tu?!Sumpah demi Allah,saya
jujur dengan awak.Saya tak pernah tipu awak.Tapi ini balasan awak pada
saya?Hah?!”Aku tak betah lagi berdepan dengan lelaki di hadapan aku ini.Rasa
sedih dan kecewa menggunung dalam jiwa.
Permainan Ryzal betul-betul membuat aku tidak mempercayai
cinta lagi.Saat aku ingin meninggalkan Ryzal,mataku terpandang isteri dan
anak-anaknya yang sedang memandang ke arahku.Aku semakin terkaku.Adakah aku
yang bersalah terhadap mereka?Adakah mereka telah menganggap aku perampas dan
pemusnah rumahtangga orang?Ah!Persetankan itu semua.Hati aku paling terluka
dalam soal ni.Dan yang harus dipersalahkan adalah Ryzal!Lelaki penipu!
Sudah dua bulan kejadian itu berlaku.Kini,aku sendiri
lagi.Betapa hebatnya penangan cinta Ryzal.Aku benar-benar rasa putus
cinta.Walaupun Ryzal sering datang menemuiku untuk memujuk dan menyatakan
hasratnya untuk meneruskan hubungan ini,aku tak mungkin menerimanya
lagi.Walaupun berulang kali dia meyakinkan aku bahawa isterinya tidak kisah
dengan hubungan kami,tapi aku sedar akan satu perkara.
Nurul Nasuha binti Muhammad Nazir,bukan seorang
perampas.Juga bukan seorang yang terlalu pentingkan diri sehingga sanggup
melihat kebahagiaan orang lain hancur demi kebahagiaan dirinya.Aku yakin,aku
takkan bahagia seandainya aku memilih untuk menerima Ryzal.Akan ada banyak
masalah yang bakal timbul di kemudian hari.
Lagipun,mak dan ayah di kampung langsung tak menyokong aku
lagi.Mak dan ayah turut merasa terkesan atas penipuan Ryzal.Hampir-hampir saja
ayah aku mengalami serangan jantung dek kerana aku pulang dengan membawa berita
untuk memutuskan pertunanganku dengan Ryzal.
“Kenapa kamu nak minta putus,Suha?Ryzal tu baik
orangnya.Kamu dah jumpa dengan lelaki lain ke?”Pertanyaan ayah membuat hati aku
merasa semakin sakit.Kenapa aku pula yang dipersalahkan?
“Tak ayah.Dia yang dah ada orang lain.Hmm…Ryzal dah
kahwin,ayah,mak…Dia dah kahwin.Dah ada dua orang anak.Selama ni dia tipu
Suha.Dia penipu!”Akhirnya aku membuka kebenaran itu.Walaupun
menyakitkan,bukankah lebih baik berterus terang?
Ayah dan mak terkesima.Ayah mula mengurut dada.Mata mak
mula berkaca.
“Ya Allah…betul ke apa yang kamu cakap ni,Suha?Betul
ke?!”Ayah tiba-tiba saja menengking aku.Dalam kepayahan dan hati yang
sebak,kepala aku mengiyakan juga kata ayah itu.Ayah tersandar lemah ke
kerusi.Mak pula mula menangis meratapi nasib aku.Dan aku?Sudah habis air mata
yang aku keluarkan.Tak ingin lagi aku menangis kerana seorang lelaki!
Sudah
hampir dua bulan aku tinggalkan tempat kerja.Bercuti tanpa gaji.Biarlah.Aku
lebih rela begini.Aku memang seorang yang suka lari dari masalah dan
hakikat.Tapi syukurlah,selepas dua bulan setelah apa yang dah Ryzal lakukan ke
atas aku,aku mulai boleh menerimanya.Kerana,keyakinan aku pada Qada’ dan
Qadar Allah itu sangat tinggi.Aku yakin
dan pasti,Ryzal bukan jodoh yang terbaik untuk aku.Jadi,kenapa harus aku resah
lagi?
“Assalamualaikum,Lili.”Aku memberi salam kepada
Lili,setiausaha aku.
Lili yang sedang tekun melakukan kerja di tempatnya
mendongakkan kepala.Dia bingkas bangun lalu memeluk tubuhku.Hatiku rasa sedikit
terharu.Lili faham benar dengan apa yang terjadi dengan aku sekarang.Kerana dia
bukan saja setiausaha aku malahan merangkap sahabat baik dan teman
serumahku.Oh,Lili…Terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku selama ni.
“Apa yang kau rasa sekarang,Suha?Lega?Dah boleh lupakan
dia?”Lili bertanya agak takut-takut.Mungkin dia takut hati aku kembali teringat
pada Ryzal.
Aku hanya mengulum senyum.Kakiku diderap perlahan menuju ke
pejabat yang telah dua bulan aku tinggalkan.Masih sama seperti biasa.Pasti Lili
sentiasa mengemas bilik ni.
“Macam tulah,Lili.Aku kan baru putus cinta.Penangan cinta
tu memang menyakitkan,kan?Aku rasa lepas ni…aku takkan percaya dengan cinta
lagi.”Kata-kata itu lahir dari hati aku sendiri.Ya,memang aku takkan percaya
dengan cinta lagi.Bercinta bagai nak rak pun kalau dia bukan jodoh kita,kita
tetap takkan bersama,kan?
“Kau mana boleh cakap macam tu,Suha.Cinta tu tak
salah.Selagi kau ada hati,selagi tulah kau akan merasa cinta.Percayalah cakap
aku.Hmm…by the way,hari ni ada seorang akauntan baru akan masuk ke ofis
kita.Aku dah jumpa dengan dia hari tu,kau aje yang belum tengok muka dia macam
mana.Dan aku yakin,hati kau pasti akan berdegup lagi bila tengok muka dia.”Lili
berkata sambil tersengih.Aku pula?Kaku tersenyum sumbing.
“Malaslah aku nak fikir lagi pasal perasaan,cinta,kasih dan
sayang ni.Walaupun aku dah reda,tak semestinya aku rela bercinta lagi,Lili.”Aku
rasa cukup sampai setakat tu saja aku berbicara tentang hal menyakitkan hati
ni.Dah penat fikir.Hati pun dah terlalu terluka.
Lili bagaikan mengerti dengan maksud aku.Ada keluhan yang
terluah dari bibirnya.Akhirnya dia hanya mengangguk saja.Lili keluar tanpa
sepatah kata lagi.Mungkin kerana dia cukup mengenali aku.Aku,kalau dah kata
hitam,hitamlah jawabnya.Aku takkan berpaling lagi.Memperhambakan diri untuk
cinta? Tidak akan sesekali aku melakukan itu lagi!
Aku mendongak memandang ke pintu.Berdiri Adli sambil
berpeluk tubuh.Aku hanya mampu senyum.
“Jom ikut saya keluar lunch.You owe me something,right?”Pertanyaan
Adli buat aku terimbau kenangan semalam.Memang aku berhutang dengan dia.Dan tak
sangka,Adli betul-betul kutip hutang tu hari ni.
“Macam manalah awak boleh tak perasaan yang minyak kereta
dah kering.Nasib baik saya lalu tau.Kalau tak,bermalamlah awak kat sini.Sorang
diri…eee…takut…”Terdengar gelak tawa Adli.Aku hanya mencebik.Tak takut
langsung.Alah,kalau kau tak lalupun tadi,aku boleh balik naik teksilah.Omelku
sendirian tanpa memandang ke arahnya.
“Awak ni workaholic betul,kan?Nak naik pangkat ke?Bukan
gaji sebagai eksekutif pemasaran dah besar ke?”Tanya Adli sambil sesekali
matanya memandang ke arahku.
Aku
workaholic bersebab.Salah satu sebabnya adalah kerana aku cuba untuk melupakan
ingatan aku pada Ryzal.Ah!Tak nak fikir pasal mamat tu lagi.
“Saya ada tanggungan,Adli.Mak ayah saya kat kampung tu dah
bersara.Pesara cikgu.Jadi,sebagai anak saya rasa menjadi keutamaan saya untuk
memberi keperluan yang terbaik untuk mak ayah saya.Lagipun,abang-abang saya
yang lain duduk jauh.So,sayalah yang kena….”Aku tak jadi meneruskan kata
apabila Adli asyik sekali memandang ke arahku.Aku jadi malu pula.
“Saya tak sangka awak ni peramah jugak
orangnya,kan?Hmm…ingatkan sedingin ais tongkol kat kedai Mak Jijah tu.”Adli
buat lawak seposennya lagi.Tergelak kecil aku dibuatnya.
“Mana ada saya dingin.Saya biasa-biasa ajelah.”Aku mula
mengawal perbualanku dan dia.Memang dah terlebih ramah aku tadi.Nasib baik tak
sempat cerita pasal Ryzal.
Ah…Ryzal.Ryzal pernah berjanji dulu.Dia berjanji untuk
sama-sama menjaga ayah dan mak aku kerana Ryzal anak yatim piatu.Katanya,ingin
sekali dia merasa belaian seorang ayah dan ibu.Saat tu aku rasa,Ryzallah lelaki
yang paling baik yang pernah aku jumpa.Dia memang baik.Tapi dia penipu!
Aku tercengang memandang Adli.Khayalanku hilang entah ke
mana.
“Jomlah kita pergi lunch.Ke awak dah ubah fikiran tak nak
belanja saya makan?Hmm?”Lelaki itu masih berdiri di muka pintu.Dah tak
sabar-sabar nak aku belanja dia lunch.Kalau tak mengenangkan jasa kecil yang
dia buat semalam,malas aku nak keluar berdua dengan dia.Lili pun satu.Sengaja
tak nak ikut sekali.Sengaja buat alasan nak keluar dengan cik abang
dia.Walhal,sengaja ingin memberi peluang aku dan Adli berdua-duaan.Mungkin Lili
ingat aku dah pulih sepenuhnya.Tak Lili.Aku masih kecewa dan sedih.Dan aku tak
berani nak menyulam kasih lagi.
ADLI memandangku.Aku tewas lagi.
“Kenapa awak
larikan mata awak bila saya renung awak?Awak segan ke?Ya,kan?Atau awak rasa
gelisah dengan pandangan saya ni.”Adli mengeluarkan statement mautnya
lagi.Sepanjang-panjang perjalanan mereka ke restoran tadi,lelaki itu tak
habis-habis mengeluarkan kenyataan seperti itu.Aku semakin tak suka dengan cara
dia melayan aku.
“Saya rasa,saya sukakan awak,Suha.”
Sebaris ayat itu membuat aku terpana.Hilang terus seleraku
untuk menikmati juadah kegemaranku ini.Dahlah perut dah lapar.
“Kenapa awak diam?Awak tak percaya ke saya sukakan
awak?”Adli semakin mendesak.Aku pula hanya mampu senyum sumbing.
“Saya bukan tak percayakan awak,Adli.Tapi saya dah tak
percayakan cinta.Saya dah serik untuk bercinta.Mungkin masih ada perempuan lain
yang lebih layak untuk merasai kasih sayang awak tu.Bukan saya…”Aku harap Adli
mengerti.Adli tidak bodoh untuk faham maksud kata-kata aku tadi.Buktinya lelaki
itu mengeluh saja.
“Hmm… Entah lelaki mana yang dah kecewakan awak
tu,kan?Kalau sayalah,saya takkan pernah kecewakan wanita yang saya sayang.Saya
akan sayang dia sampai akhir hayat saya.”Bersungguh Adli menyatakan harapan dan
impiannya itu.Impian bersama gadis idamannya.Ah…Aku tak berminat dengan impian
kau,Adli.
“Dan saya nak bahagiakan awak sehingga akhir hayat
saya,Nasuha.Will you marry me?”
Sudah.Aku tercengang.Mulutku melopong.Mataku terpaku
memandangnya.
“Apa yang awak merepek ni?Awak tak faham ke dengan apa yang
saya cakap tadi?Saya dah tak percaya dengan cinta.Saya tak nak jalinkan
hubungan cinta lagi.Pleaselah…Saya harap awak faham,Adli.”Aku ingin
bangun.Namun,Adli pantas menahan.
“Duduk dulu,Suha.Saya belum habis cakap lagi.Dengar sampai
habis apa yang saya nak cakap ni.Lepas tu,awak buatlah keputusan
awak.Please…”Sinar mata Adli kelihatan cukup redup.Bagaikan dia terlalu
berharap untuk aku terus setia mendengar.Ah…
Akhirnya aku hanya mampu menurut kehendaknya.Punggung
dilabuhkan kembali ke kerusi.Aku bersedia mendengar ceritanya.
Adli menarik nafas.Tak lepas matanya dari memandang
aku.Sungguh,aku tak suka menerima pandangan redupnya itu.Hati aku…hati aku rasa
sesuatu…
“Look,Suha.Sebelum saya bercerita panjang.I would like to
ask you something.Awak percaya tak dengan cinta pandang pertama?”Terkesima aku
mendengar soalannya.
“Jawab,Suha.Saya perlukan jawapan yang jujur dari
awak.”Adli memaksa.Dan aku,masih diam tak memberi sebarang jawapan.Percayakah
aku dengan cinta pandang pertama?Pertama kali aku jumpa dengan Ryzal,aku dapat
rasa satu getar hadir dalam hati aku.Saat itu,aku tahu.Aku mula jatuh hati pada
Ryzal.
“Nampaknya awak percaya dengan cinta pandang
pertama,Suha.Begitu juga saya.Saya percaya dan saya dah alami perkara
tu.Pertama kali saya jumpa awak dua minggu yang lalu di bilik mesyuarat,hati
saya tiba-tiba berdegup.Dan saya dapat rasa,awaklah orangnya.Perempuan yang
mampu membahagiakan hidup saya.”Sungguh tenang Adli menuturkan itu semua.Lelaki
itu memang tenang.Tak pernah pula aku melihat Adli naik angin dan stress dengan
kerja-kerjanya.Adli memang seorang yang tak cepat melatah.
“Percayalah….Saya memang dah jatuh cinta dengan
awak.Sebelum ni,saya mengaku,saya memang dah pernah bercinta.Macam awak
juga.Bercinta bertahun-tahun lamanya.Kononnya kenal hati budi
masing-masing.Padahal,makin tak kenal pulak jadinya.Sebab tu saya dah serik nak
bercinta.Kalau boleh,saya nak kita terus kahwin.Bercinta selepas kahwin,saya
rasa itulah saat paling indah.”Aku mula resah dengan permintaan Adli.Berkahwin?Kenal
pun tak,terus berkahwin?
“Awak jangan nak merepek,Adli.Saya tak mungkin setuju
dengan permintaan awak ni.Saya tak nak bercinta dan tak nak berkahwin.Saya
belum bersedia.”Aku bangun.Tak kuasa lagi nak mendengar Adli merapu yang lebih
dahsyat lagi.Tak sangka pulak,ada lelaki yang sanggup melamar aku seperti
ini.Seperti yang aku katakan dulu.Seandainya ada lelaki bodoh yang melamar
aku,aku pasti akan menerimanya.Tapi bukan Adli.Tak mungkin aku terima dia dalam
hidup aku!
Adli
mengejar aku dari belakang.Aku mempercepatkan langkahku.
“Wait,Suha!Bagilah saya peluang.Saya bukan ada niat tak
elok kat awak.Saya nak kahwin dengan awak.Saya nak bahagiakan awak.Izinkanlah
saya buat semua tu,Suha.Bahagiakan saya,sekaligus membahagiakan ibu
saya.Please…saya merayu.”Adli menahan getaran suaranya.Aku pula cukup terkesan
melihat wajah sayunya saat itu.Kenapa dengan ibunya?Apa kaitannnya dengan
lamarannya ini?
Aku sudah puas fikir.Lamaran Adli masih tergantung tiada
jawapan.Tegakah aku mengecewakan keinginan seorang wanita yang bergelar
ibu?Sejak dari kecil,ibu dan ayah mendidikku untuk sentiasa menghormati dan
menyayangi orang tua seperti ibu bapaku sendiri.Jangan pernah menyakiti hati
mereka.Tunaikan keinginan mereka selagi mampu.
Tapi,ini soal hidup aku.Dan aku langsung tidak mengenali
keluarga Adli.Takkan kerana mendengar kisah sedih ibunya itu sudah membuat aku
berbelah bagi seperti ini?Kenapa dengan kau ni,Suha?
“Ibu saya sakit,Suha.Bila-bila saja dia akan pergi
meninggalkan saya.Ibu tak pernah memaksa saya untuk mencarikan dia calon
menantu.Tapi saya tahu,ibu sangat berharap agar saya mengakhiri zaman bujang
sementara dia masih hidup.Dia nak tengok saya bersanding atas pelamin dengan
wanita pilihan saya.”Tutur Adli lemah.Aku hanya dia mendengar
ceritanya.Jadi,lelaki itu mempunyai seorang ibu yang sedang terlantar
sakit?Mungkin sebab tulah Adli sering mengambil cuti.Kini baru aku tahu serba
sedikit pasal lelaki ni.
“Melihat awak,membuatkan hati saya berdebar-debar.Melihat
awak,membuatkan saya yakin bahawa awaklah perempuan yang saya cari-cari selama
ni.Saya dah jatuh hati dengan awak,Suha.Dan saya nak kahwin dengan
awak.Bahagiakan awak dan bahagiakan ibu saya.”Adli tetap mengeluarkan ayat yang
sama.Kebahagiaan aku,kebahagiaan ibunya.Habis tu,kebahagiaan dia macam mana?
“Saya tak kisah kalau saya tak bahagia.”Aku
terpana.Tahu-tahu saja lelaki ini apa yang tersirat dalam hati aku.
“Habis tu awak yakin saya akan bahagia?Hmm?Sekali pun awak
yakin awak mampu memberi kebahagiaan kepada saya,mungkin saja saya tetap tak
mampu hidup bahagia dengan awak.Sepertinya awak tak mencintai saya,Adli.Tapi
awak nak paksa saya terima awak untuk bahagiakan ibu awak.Betul kan?Betulkan
apa yang saya cakap ni?”Itulah hakikatnya.Ya,aku pasti.Mana mungkin Adli dengan
bodohnya ingin berkahwin dengan aku.Kenal pun baru beberapa minggu.Ah…
Adli menggelengkan kepalanya berulang kali.Kening tebalnya
jatuh bagaikan mengharap aku memahaminya.
“Tak,Suha.Awak dah salah menilai saya.Sumpah demi
Allah,saya memang cintakan awak.Saya nak kahwin dengan awak sebab saya cintakan
awak.Saya tahu,kita kenal tak lama.Tapi ada apa dengan tempoh perkenalan
ni,Suha.Hmm?Masa tak menentukan kebahagiaan seseorang tu.”
Aku
diam.Ada benarnya kata-kata Adli itu.Ada apa dengan masa?Kenal lama pun bukan
boleh sampai ke jinjang pelamin.Kecundang tengah jalan lagilah ada.Tapi….
“Maaf,Adli.Awak tak boleh paksa saya terima awak.”Aku
bingkas bangun.Tak betah lagi nak mendengar pujuk rayu Adli.
“Kalau macam tu awak bagi saya masa tiga minggu untuk saya
pikat awak.Kalau lepas tiga minggu ni awak tetap takde apa-apa rasa terhadap
saya,saya akan pergi.Saya takkan mengharap lagi…”Adli memang nekad.Dan aku
pula,hanya diam tanpa menolak permintaan lelaki itu.Masih berharapkah aku pada
CINTA?
Aku tersedar
dari lamunan tatkala terdengar nada dering telefon bimbitku kedengaran
nyaring.Tertera nama Adli pada skrin.Ah…Nak angkat ke tak nak ya?
“Hello…Waalaikumussalam.”Tak sangka pulak aku sudi menjawab
panggilannya.Suha,kenapa kau angkat?Ah!
“Tengah buat apa tu?Dah makan?”Tanya Adli di hujung talian.
“Err…dah.Tengah baring-baring aje.Ada apa awak call saya
malam-malam ni?”Aku bertanya tegas.
“Esok pagi saya datang ambil awak.Kita pergi kerja
sama-sama.Okey?”Aku ternganga.Apa kes pulak nak pergi dengan kau?Eee…tak kuasa
aku.
“Eh kenapa pulak macam tu?Kereta saya ada minyak lagi.Boleh
aje pergi ofis macam biasa.”Jawapan aku membuatkan Adli mengeluh kecil.Aku jadi
buntu.
“Kan awak dah bagi saya pikat awak dalam masa tiga minggu
ni.Tak boleh ke awak terima layanan mesra saya ni?Hmm?”Adli bersuara lirih.
“Tapi saya…”Tak
sempat aku menjawab,Adli lebih dulu memotong.
“Tak lama,Suha.Tiga minggu aje.Lepas tu,kalau awak tetap
tak mampu terima saya,saya takkan munculkan diri saya depan awak lagi.Saya
janji…”Kata-kata Adli sering kali membuat aku jadi terdiam.Benarkah lelaki itu
begitu nekad untuk memperisterikan aku?
Dua minggu sudah berlalu.Dan aku sekarang diambil dan
dihantar pulang oleh Adli.Aku dah tolak tapi lelaki tu memang nekad.Selalu saja
dia guna alasan 3 minggu itu.Tiga minggu aje,Suha.Lepas tiga minggu kalau awak
tetap tak suka saya,saya akan pergi.Itulah yang sering Adli ucap pada aku.
Kadang-kadang aku naik rimas.Kebaikan dia membuatkan hati
aku seakan-akan makin terbuai dek rasa.Ah!Orang kata,perempuan ni senang jatuh
cinta.Tapi senang juga untuk terluka.Aku dah terluka dengan Ryzal.Tapi takkan
secepat ini aku jatuh cinta dengan Adli?
Layanan mesra dan penuh prihatin Adli mengingatkan aku pada
layanan Ryzal padaku.Ryzal seorang yang penyayang dan suka mengambil berat pada
diri aku.Beruntungnya aku rasa ketika itu.Aku ada Ryzal yang bakal menjaga aku
dan menyayangi aku.Indahnya terasa detik itu.
Sekarang,aku rasakan perasaan itu lagi.Rasa itu hadir
tatkala aku mengenali Adli.Sekarang,hubungan aku dan Adli sudah masuk minggu
yang kedua.Baru dua minggu tapi dah macam-macam rasa menjengah hati aku.Tinggal
satu minggu lagi sebelum aku memberi dia jawapan yang pasti tentang perasaan
aku padanya.Tapi,jika aku memberi jawapan yang positif kepada Adli,adakah itu
bermakna aku sudah betul-betul mampu melupakan Ryzal?Dan benarkah aku benar-benar
ikhlas menerima Adli dalam hidup aku?
Minggu lepas aku dan Adli keluar ‘dating’.Bukan dating
sangat pun tapi sekadar mengenal hati budi masing-masing.Entah kenapa bermula
dari hari tu,aku mula ingin perhatikan dia.
“Penat ke?Takpe…baik untuk kesihatan.”Ujar Adli sambil
tersenyum.Aku pulak hanya diam tidak beriak.Gila tak penat.Dah nak masuk
sepuluh round dah ni.Berjoging keliling taman.Berdating apa macam ni.Ingatkan
ajaklah pergi shopping ke,jalan-jalan ke,tak pun pergi main bowling.
“Awak tak suka ke saya ajak dating kat sini?Muka masam aje
dari tadi.”Aku pantas menoleh ke arahnya.Dah dua kali macam ni.Macam tahu-tahu
aje apa yang ada dalam hati aku.
“Memang tak suka pun.Dahlah esok ada meeting.Mesti penat
sampai ke besok.Kalau saya lambat bangun dan lambat pergi meeting esok,awaklah
yang salah tau.”Yang anehnya bebelan aku mampu menerbitkan tawa di bibirnya.
“Jangan risau.Sayakan ada.Saya tolong kejutkan awak.Siap
datang jemput lagi tau.Sayakan sayangkan awak.”Adli menghulurkan aku botol
minuman yang baru diteguknya tadi.Erk…tak kuasa aku nak minum.
Terdengar
keluhan berat terbit di bibir Adli.Aku tetap diam.
“Awak tak bencikan saya kan?”Pertanyaan Adli membuat aku
terkedu.
“Kalau awak tak bencikan saya,tak boleh ke awak terima saya
dalam hidup awak?Ada seminggu lagi.Hati awak masih tak berdebar-debar ke bila
nampak saya muncul depan awak?Atau bila saya dah pergi tinggalkan awak,baru
awak nak rindu kat saya?Hmm?”Saat itu,jantung aku terus berdegup lain
macam.Pandanganku jatuh memandang wajah Adli.Mencari maksud di sebalik
kata-katanya itu.
“Tapi jangan risau.Selagi tak sampai tiga minggu dan selagi
Allah tak mengizinkan saya pergi,saya takkan pergi tinggalkan awak,Suha.Erm…jomlah
kita balik.Pukul 10 nanti,saya kena bawa ibu pergi check-up kejap.”Adli
bangun.Senyuman masih terlakar di wajahnya.Tanpa sepatah kata lagi,dia mula
berjalan meninggalkan aku.
Aku bingung apabila ditinggalkan dengan kata-kata dia yang
cukup bermakna itu.Adakah Adli sudah berputus asa untuk mengejar cinta
aku?Adakah selepas 3 minggu aku tetap tidak menerima cintanya,dia betul-betul
akan pergi dan tidak akan munculkan diri di hadapanku lagi?
“Jauh
termenung.Teringat kat pakwe ke?”Aku terperanjat dengan sergahan Adli itu.Dah
tak pandai nak bagi salam ke apa.
“Tak reti nak bagi salam ke?”Aku mengurut dada.Menahan
debaran di hati.
“Bukan tak reti.Tapi awak tu yang mengelamun jauh
sangat.Saya dah bagi salam pun.Siap bagi cinta dan kasih sayang saya lagi
tau.”Adli mula merapu.Aku hanya mencebik sambil meneruskan kerja
buatku.Kalaulah dia tahu aku tengah fikir pasal dia tadi.
Adli
melabuhkan duduk ke kerusi.Jari jemarinya kelihatan sibuk menekan telefon
bimbitnya.Aku langsung tak berminat nak ambil tahu.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan
baru masuk.Lambat-lambat aku memeriksanya.Siapa pulak yang hantar mesej ni.
Sudi tak awak keluar lunch dengan
saya? ^^
Aku mengerling Adli.Tak ada kerja ke apa dia ni.Dah duduk
depan-depan pun lagi mahu mesej.Tak sempat aku bersuara,ada satu lagi pesanan
masuk.Mesti dari Adli lagi.
Suha,I really miss u.And I still
love u.
Aku tercengang.Tak mungkin aku semudah itu untuk melupakan
nombor telefon milik dia.Ah…Kenapa dia hantar mesej macam ni.Yang
anehnya,hatiku jadi sedikit terusik membaca luahan kerinduan daripada
Ryzal.Masihkah aku merindui dan mengharap dia kembali kepadaku?
Tak sudi ke nak lunch dengan
saya?Tiga minggu belum berakhir,Suha.
Sekali lagi mesej dari Adli menjengah masuk ke
telefonku.Aku cuba lupakan mesej dari Ryzal tadi.Wajah tenang Adli ku tatap.
“Boleh tak kalau awak tak cakap pasal tiga minggu tu.Saya
rimas tau tak?Tiga minggu,tiga minggu,tiga minggu… Awak macam nak paksa saya
untuk terima awak.Lunchlah,joginglah,pergi tengok wayanglah tulah nilah… Saya
rimas.Saya tak suka dan saya rasa awak memaksa saya!”Adli tersentak dengan
tengkinganku.Redup saja pandangannya memandang aku.Ah!Yang aku pun satu.Kenapa
nak naik angin pulak dengan dia.Maafkan aku,Adli…
“Kalau awak tak nak lunch dengan saya,just bagitahu aje.Tak
perlulah awak naik marah macam ni.Saya tahu awak terpaksa.Tapi saya juga
terpaksa untuk memaksa awak untuk terima saya.Sebab apa?Sebab saya yakin,saya
mampu beri kebahagiaan pada awak.”Aku hanya diam.Tak mampu lagi untuk aku
membalas pandangan Adli.Dengan suara lirih lelaki itu sudah cukup membuat aku yakin
Adli sudah terasa hati dengan amarah aku tadi.
Tanpa kata Adli keluar dari ruangan itu.Dan aku tidak mmpu
untuk memanggilnya lagi.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering nyaring.Serba
salah untuk aku menjawab panggilan itu.Kerana mesej dari si pemanggil inilah
aku sudah membuat Adli berkecil hati.
Ryzal memandangku tanpa berkelip.Naik rimas aku
dibuatnya.Namun,senyuman lelaki itu melahirkan rasa rindu dalam hati
kecilku.Masihkah aku menyimpan perasaan padanya?
“Terima kasih sebab sudi keluar lunch dengan saya.Saya
rindukan awak,Suha.Rindu sangat-sangat.”Luah Ryzal tanpa berselindung
lagi.Hampir tiga bulan aku dan dia tidak bertemu mata.Selepas kejadian itu,aku
akui bahawa aku memang sentiasa melarikan diri darinya.Tak sanggup aku
bertentang mata dengan lelaki yang telah melukakan hati aku tanpa rasa belas
itu.
“Saya tahu awak masih marahkan saya.Saya mengaku saya
memang salah dalam soal ni.Saya berdosa dengan awak dan mak ayah awak.Maafkan
saya,sayang…”Aku terkedu.Panggilan sayang daripada Ryzal itu membuatkan hatiku
berdebar pula.Sayang?Masihkah ada sayang dalam hati aku untuk dia?
“Saya dah bercerai dengan isteri saya.”Sebaris ayat itu
membuatkan aku tersentak.Wajah Ryzal ku tenung tajam.Benarkah apa yang
diucapkan olehnya tadi?Bercerai?Di sebabkan oleh aku ke?
“Kenapa awak tak habis-habis menjadi duri dalam hati
seorang perempuan,Ryzal?Cukuplah awak lukakan hati saya.Kenapa awak mesti
kecewakan isteri awak?Kenapa sampai bercerai?Awak ingat kalau awak
bercerai,dengan mudahnya saya terima awak balik?Hmm?”Aku mula bengang dengan
sikap Ryzal.Terlalu mudah melepaskan tanggungjawab.Bagaimana pula dengan nasib
anak-anaknya nanti?
Ryzal cuba menggamit tanganku namun pantas aku menepisnya.
Dia mengeluh dalam diam.
“Antara saya dan dia dah tak ada cinta,Suha.Kami bertahan
pun demi anak-anak.Tapi tak lagi selepas saya bertemu awak.Saya terlalu
sayangkan awak.Saya dah jelaskan perasaan saya ni pada bekas isteri saya tu.
Dia mintak saya ceraikan dia. Dia tak sudi bermadu.Apa lagi yang saya boleh
buat?”
Aku tersenyum sinis.Senangnya lelaki ni
berkata-kata.Bagaikan cinta itu ada tempoh masa.Bila sayang,teruskan.Bila
benci,putuskan.Macam tu?
“Apa yang boleh awak buat ialah jaga hubungan awak dengan
isteri awak tu.Ingat,Ryzal… Dia wanita pertama yang awak cinta.Ibu kepada
anak-anak awak.Pasti dia punya banyak kelebihan sebab tulah awak pilih dia dan
berkahwin dengan dia.Pertemuan antara kita adalah satu kesilapan,Ryzal.Saya
mengaku,saya masih kecewa dan sedih dengan apa yang awak lakukan pada saya.Tapi
saya bukan seorang yang sanggup hidup gembira sedangkan orang lain hidup
menderita kerana saya.Saya rasa bersalah sangat dengan isteri dan anak-anak
awak.Saya dah jadi punca keretakan hubungan kalian sekeluarga.Maafkan saya…Saya
tak mungkin dapat terima awak lagi…”
Lega.Tenang.Itulah aku rasa sekarang.Aku dapat rasa
bagaikan aku sudah melepaskan sesuatu beban yang terbuku di hati.Beban yang
membelenggu diri aku selama berbulan-bulan ini.Akhirnya aku mampu melepaskan
Ryzal pergi dari hidup aku.Aku takkan berpaling lagi.Ryzal bukan untuk aku.Dan
aku bukan untuk Ryzal.
Melangkah saja keluar dari lif,aku bertembung dengan
Adli.Senyuman nipis ku lemparkan padanya.Namun,dia hanya diam tidak
beriak.Menonong dia masuk ke dalam lif tanpa membalas senyuman aku apalagi
menegurku.Sekali lagi aku berpaling memandangnya.Sebelum pintu lif tertutup
rapat,aku cuba tersenyum lagi padanya.Hampa.Dia langsung tidak memandang aku
lagi.
“Adli nak pergi mana tu,Lily?Macam nak cepat aje aku
tengok.”Tanya aku pada Lily.Lily yang sibuk menaip berhenti buat seketika.
“Dia cakap dia ada hal sikit tadi.Jumpa klien kot.Kenapa
kau tanya?Kau risaukan dia eh.”Lily tersengih.Aku pula pantas menggelengkan
kepala.Buat apa aku risaukan dia.Tapi kenapa dia serius sangat petang ni?Pagi tadi
elok aje.Hmm…
“Dahlah kau.Malas nak layan.”Aku melangkah masuk ke dalam
bilik.Lily hanya mampu mengeluh hampa melihat reaksi aku.Lily juga tahu tentang
lamaran mengejut dari Adli itu.Semuanya aku ceritakan pada sahabatku itu.Kata
Lily,anggap saja Adli jodoh yang dihantar oleh Tuhan untuk aku.Terima saja
lamaran lelaki itu.Lupakan kenangan lama.Hidup mesti diteruskan.
Cakap memang senang.Tapi hati ni memang degil.Sukar untuk
aku menerima bulat-bulat lamaran Adli itu.Maaf,bukan mudah bagi aku untuk menerima
kehadiran seorang lelaki tanpa aku kenal dia luar dan dalam.Walaupun aku nampak
kesungguhan Adli,tapi bagi aku selagi hati aku tidak bergetar tatkala melihat
wajahnya dan hati ku tidak merinduinya siang dan malam,aku rasa Adli bukanlah
jodoh aku.
Aku cuba memberi fokus untuk memulakan kerja yang
tertangguh tadi.Tapi apabila mengenangkan pertemuanku dengan Ryzal tengah hari
tadi,hati aku jadi berbolak balik lagi.Ya Allah,buangkan ingatku pada dia.Aku
dah reda melepaskan dia.Walau sedalam mana pun cinta Ryzal pada aku,aku tidak
ingin kembali kepadanya lagi.Entahlah.Rasa cinta dan sayang aku pada Ryzal
bagaikan sudah luntur hampir seratus peratus.
Bayangkan saja.Ryzal sanggup mencari cinta lain sedangkan
dia masih terikat dengan perkahwinan.Ryzal sanggup bercerai pula dengan
isterinya kerana katanya dia sudah tidak mencintai isterinya lagi.Habis tu
agak-agaknya apa pula nasib aku nanti bila dah kahwin dengan dia.Adakah di saat
cinta kami makin suram,Ryzal akan mencari cinta lain?Atau adakah Ryzal akan menceraikan
aku atas alasan sudah tiada cinta dia buatku?Hmm…Semurah itu rupanya makna
cinta pada Ryzal.
Berbeza dengan Adli.Aku tidak tahu banyak benda tentang
lelaki tu.Yang aku tahu,ibu Adli sekarang sedang terlantar sakit.Tidak pula aku
dipelawa untuk menziarahi ibunya itu.Adli juga seperti banyak berahsia.Yang
lelaki itu selalu sogokkan pada aku adalah “tiga minggunya”.Tiga minggu untuk
buat aku jatuh cinta padanya.Semudah itu?
Pening aku memikirkan tentang kedua-dua lelaki ini.Dua-dua
bagaikan hanya mementingkan diri.Langsung tidak memikirkan aku.Perasaan
aku.Hmm…
Keesokan harinya aku diajak keluar oleh Adli.Katanya,dia
ingin memberitahuku sesuatu yang penting.Dan seperti dua minggu perkenalan
kami,tempat ‘dating’ kami sudah pasti di taman.Tapi kali ini mujurlah Adli
tidak mengajak aku berjoging lagi.
“Ada lima hari lagi sebelum tiga minggu tu berakhir.Awak
mesti masih belum ada keputusan kan?”Suara Adli kedengaran agak kecewa.Aku
hanya mampu angguk perlahan.Syukurlah kalau lelaki itu faham keadaan aku
sekarang.
Adli bangun.Dia berdiri membelakangi aku.Yang pasti,sejak
dari tadi lelaki itu bagaikan menghindarkan pandangan matanya dari memandang
mataku.Apa yang tak kena dengan mamat ni ya.
“Selama lima hari ni saya janji,saya takkan munculkan diri
depan awak lagi.Saya akan bagi awak ruang untuk buat keputusan
semasak-masaknya.Tiada paksaan lagi,Suha.”Ujar Adli tenang.Aku pula agak
terpana mendengar keputusan yang dibuatnya itu.
“Maksud awak?”Ringan saja mulut aku bertanya.Aku betul-betul
ingin tahu kenapa Adli buat keputusan seperti itu.Bukankah lelaki itu pernah
berjanji yang dia takkan mengalah sebelum tiga minggu berakhir.
“Sebab saya tak nak awak keliru dengan perasaan awak.Dan
memang silap saya sebab terlalu yakin yang selama ni awak single.Rupa-rupanya
awak dah ada teman istimewa.”Aku tercengang.Teman istimewa?Siapa?
“Saya tak faham maksud awak,Adli.Teman istimewa apa pulak
ni.”
“Semalam saya nampak awak dengan seorang lelaki.Maafkan
saya sebab dah intip awak.Siapa lelaki tu,Suha?Kenapa dia berani sangat nak pegang
tangan awak?Dia suami awak ke?”Cukup jujur dan polos soalan yang dilontarkan
oleh Adli.Ada nada cemburu di sebalik air mukanya saat itu.
Kini aku mula pasti siapa yang dimaksudkan oleh Adli tadi.
“Antara saya dan dia tak ada apa-apa hubungan.Dan awak
jangan nak intip saya lagi.Faham?”Aku sengaja menegaskan suaraku.Pandai-pandai
dia aje intip orang.
“Tapi awak pernah ada hubungan dengan dia kan?Nasib baik
saya tanya Lily dan Lily dah ceritakan semuanya pada saya.”Adli memandang
wajahku.Anak mata kami bertembung.
“Mungkin sebab tu sukar untuk awak menerima
saya,kan?Kalaulah saya tahu awak baru putus cinta,saya takkan paksa awak,Suha.Maafkan
saya….”Aku terdiam.Sekali lagi Adli bagaikan cukup memahami aku.Jadi maksudnya
seandainya dia tahu mengenai kes putus cinta aku dengan Ryzal dari awal,dia
tidak akan memaksa aku untuk segera membuat keputusan mengenai lamarannya
itu?Begitukah?Tapi bukankah aku dah bagitahu dia mula-mula dulu.Aku sudah tidak
percaya dengan cinta.Tidakkah Adli faham dengan maksud aku ketika itu?
“Pasti sukar bagi awak untuk buat keputusan,kan?Baru putus
cinta dah saya suruh awak terima cinta saya.Maafkan saya… Saya takkan ganggu
awak lagi.Lamaran saya tetap diteruskan.Tapi awak ambillah masa.Mungkin selama
lima hari ni insyaAllah awak akan dapat jawapannya.”Kata-kata Adli menenangkan
hati aku.Lelaki itu memang bukan seorang pemaksa.
“So,itu aje yang saya nak bagitahu awak.Jom saya hantar
awak balik.Mungkin yang terakhir kali saya hantar awak balik.”Adli
tersenyum.Dan aku pula mula rasa lain macam.Kali terakhir?Sepertinya lelaki itu
sudah merajuk dengan aku.
“Betul awak takkan ganggu saya selama lima hari ni?Tapi
awak kata,awak nak cuba pikat saya.”Malu pula untuk aku berkata seperti
itu.Tapi aku sudah pun terlajak kata.Aku menanti jawapan dari Adli.
“InsyaAllah,Suha.Saya takkan ganggu awak lagi selama lima
hari ni.Saya nak bagi awak ruang untuk berfikir.Tapi Suha.Yakinlah tentang satu
perkara.Saya betul-betul ingin memperisterikan awak.Sebab saya cintakan
awak.Saya mampu bahagiakan awak.Tapi kalau awak memang tak boleh terima
saya,saya redha.Saya akan lepaskan awak…”Adli bangun lalu meninggalkan aku di
situ.
Lama aku memandang langkahnya.Dia tidak berpaling
lagi.Benarkah lelaki itu redha dan ikhlas membuat keputusan seperti ini?Kenapa
aku rasa sedih dengan keputusan yang dibuat olehnya tadi?Bagaikan aku bakal
kehilangan dia.Ya Allah…apa sebenarnya ada dalam hati aku sekarang?Berikan aku
petunjuk-Mu,wahai Tuhanku…
Lima hari sudah berlalu.Dan aku tak sangka hidup aku jadi
keluh kesah memikirkan si dia.Rindukah aku padanya?Adli benar-benar mengotakan
janjinya.Selama lima hari ini dia langsung tidak menegurku lagi.Dia bagaikan
melarikan diri dari aku.Setiap kali bertembung,pasti dia akan larikan diri tak
pun pura-pura sibuk.Dan aku bagaikan rasa kehilangan.
“Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan Adli
tu.Simptom-simptom jatuh cinta memang aku nampak kat diri kau
sekarang,Suha.Alhamdulillah akhirnya Suha kembali menemui cinta.”Lily
mengangkat tangan lalu mengaminkannya ke muka.Dia tersenyum saja memandang aku.
Yang peliknya aku tak mampu lagi nak menafikan dan
menyangkal kata-kata Lily.Benarkah aku dah jatuh cinta?Dalam masa tiga
minggu,aku dah jatuh cinta dengan Adli?Semudah tu?
“Tapikan Suha.Dah dua hari dia tak datang ofis.Bos cakap
dia EL.Entah apa yang emergency sangat tu ek.Mungkin dia masih merajuk dengan
kau tak.Tulah kau.Aku suruh call dia kau tak nak.Dia mesti tengah tunggu kau
call dia.Kan hari ni genap tiga minggu…”Aku memandang Lily.Benarkah Adli
menunggu panggilan dari aku?Tapi…bukankah dia sendiri yang cakap dia akan
datang jumpa aku selepas tiga minggu itu berakhir.Ke manakah lelaki itu
menghilang?
“Entahlah Lily.Mungkin dia tak serius dengan apa yang dia
cakap tu.Sepatutnya dia datang jumpa aku lepas tiga minggu ni.Hmm…mungkin dia
dah betul-betul tinggalkan aku.Sebab aku susah sangat nak terima dia.”Aku mula
pasrah.Sakitnya terluka kerana cinta kembali terasa di hati.Bila aku mula
sayang dia,ini pula yang terjadi.
“Rilekslah,Suha.Kau jangan buat kesimpulan dulu.Mungkin dia
ada hal.Nanti kau try mesej dia ke.Tanya dia kat mana sekarang.Lagi baik kalau
kau call dia.Okey?Janganlah sedih-sedih.Kau sepatutnya happy sebab hati kau dah
terbuka lagi untuk seorang lelaki.Dan aku amat-amat sokong kau dengan
Adli.Korang berdua akan jadi sweet couple tau.”Lily berkata ceria.Kami saling
berpelukan.Terharu aku dengan sokongan yang diberikan oleh Lily.
“Aku harap pilihan aku kali ni tepat,Lily.”Bisikku
perlahan.Benar-benar aku tak sangka aku mampu buat keputusan seperti ini.Dek
kerana rasa kehilangan dan rasa rindu padanya,aku akui yang aku mula sukakan
Adli.Mungkinkah nama aku dan dia sudah tercatat dia Lohmhafuz?Adli,saya terima
lamaran awak….Itu saja yang aku nak ucapkan padanya.Pasti dia akan sangat
gembira dengan jawapan dari aku ini.
Telefon bimbitku berdering nyaring.Tertera nama Ryzal pada
skrin.Ah!Apa lagi dia nak dari aku?Dalam keadaan genting seperti sekarang tak
mungkin aku sesakkan kepala otak aku fikir tentang Ryzal lagi.Adli menjadi
keutamaan aku sekarang.
Sungguh aku merasa sangat kecewa dan sedih dengan permainan
Adli.Kenapa lelaki itu sanggup menipu aku sampai macam ni sekali?Aku terkejut
bukan kepalang tatkala Encik Malik,bos aku mengumumukan sesuatu di bilik mesyuarat
tadi.Saat itu aku rasa bagai mahu pitam.
“Baiklah semua.Korang semua mesti tertanya-tanya kenapa
Adli tak ada bersama-sama kita dua tiga hari ni kan?”Encik Malik berkata
serius.Aku memasang telinga untuk mendengar cerita dari Encik Malik.Kenapa pulak
Encik Malik menyebut-nyebut nama Adli?
“Sebenarnya dah tiga hari Adli dimasukkan ke hospital.Dia
sakit.Esok dia akan menjalani pembedahan hati.Dan saya harap kita semua
mendoakan operation tu berjalan dengan lancar dan Adli kembali sihat seperti
sedia kala.”
Aku
terkejut bukan kepalang.Tanpa berfikir panjang aku terus meluru keluar dari
bilik mesyuarat.Destinasiku hanya satu.Aku ingin menemui Adli.Benarkah lelaki
itu sedang dirawat di hospital?Pembedahan hati?Adakah Adli ada barah hati?Tapi
bukankah lelaki itu cakap ibu dia yang sakit dan sedang terlantar.Ya
Allah,adakah Adli sengaja menipu aku?
Sebaik saja sampai di perkarangan hospital,aku terus meluru
ke kaunter untuk bertanyakan pesakit yang bernama Adli.Aku diminta ke tingkat
dua.Laju saja kakiku melangkah ke lif.Dalam hati,aku berdoa agar ini semua
bukan satu reality.Aku rela andai ini satu mimpi.
Aku tercari-cari nombor bilik Adli.Akhirnya aku
menemuinya.Terdapat seorang perempuan separuh usia sedang menunggu di kerusi di
luar bilik Adli.Adakah ini ibu Adli?
“Assalamualaikum,mak cik.”Aku memberi salam.Perempuan tua
yang sedang tertunduk memandang lantai mendongak memandang wajahku.Mata kami
bertembung.
“Waalaikumussalam,nak.Ya,boleh mak cik bantu?”Tanya
perempuan itu pula.Dia tersenyum.Dan senyuman dia membuat aku teringat pada
Adli.Muka mereka juga agak seiras.
“Mak cik ni ibu Adli ke?Saya Suha,kawan sepejabat dia.”Aku
bersalaman dengan ibu Adli.Aku yakin wanita tua ini memang ibu Adli.
“Ya,nak.Mak cik ibu Adli.Panggil aje Mak cik
Fatimah.Suha,ya?Suha datang jenguk Adli ke?Masuklah.”Mak cik Fatimah
bangun.Namun aku segera menghalangnya.Masih ada sesuatu yang harus aku tanyakan
dulu pada ibu Adli sebelum aku menemui lelaki itu.
“Erm,mak cik.Boleh saya tanya mak cik sesuatu?”Mak cik
Fatimah memandang ku pelik.Namun,akhirnya dia menganggukkan kepalanya.
“Dah lama ke Adli sakit?Kenapa dia tak pernah bagitahu saya
apa-apa.Dia cakap,mak cik yang sakit.Makcik yang terlantar sakit kat rumah.Dan
hari ni saya dapat tahu esok Adli bakal dibedah.Apa semua ni,makcik?Saya tak
faham…”Aku meluahkan rasa hatiku.Aku benar-benar tak faham dengan apa yang
berlaku.Aku tengok selama ni Adli baik-baik saja.Tak pernah pulak lelaki tu
kelihatn pucat atau mengadu sakit.
Mak cik Fatimah memegang tangan aku kemas.Dipeluk tubuhku
dengan penuh kasih.Aku kaget.Adakah Makcik Fatimah tidak sanggup menceritakan
penyakit Adli kepadaku?Serius sangat ke sakit Adli tu?
“Maafkan Adli,Suha.Dia terpaksa bohong dengan Suha.Sebab
dia terlalu sayangkan Suha.Hmm…Suha pergilah tanya dia sendiri.Suha dengar
sendiri cerita yang sebenar-benarnya dari dia.”Sungguh aku tidak mengerti erti
di sebalik kata-kata Makcik Fatimah.Adli terpaksa berbohong dengan
aku?Berbohong tentang penyakitnya?Tapi kenapa?
Akhirnya aku akur untuk melangkah masuk ke dalam
bilik.Hatiku berdebar-debar tak menentu.Bagaimanakah keadaan Adli
sekarang?Adakah lelaki itu sedang terbaring kaku?Ya Allah,selamatkanlah
Adli.Sembuhkan dia ya Allah.Bukan begini penamat cinta aku yang baru saja ingin
bermula.
Langkah kakiku sudah mencecah bilik yang menempatkan
Adli.Suasana hening sahaja.Mataku terpandang pada satu jasad manusia yang
sedang terbaring sambil memejamkan matanya.Wajahnya pucat tidak bermaya.Saat
itu hatiku mula menangis.Adli yang terbaring di atas katil sekarang sudah tidak
seperti Adli yang aku kenal tiga minggu yang lalu.Begitu ketara perubahannya.
Lama aku memerhati wajah pucat Adli.Aku tak mampu
mengeluarkan sebarang kata.Hanya air mata yang mengalir dari tubir mataku.Apakah
penyakit Adli?Kenapa keadaan lelaki itu teruk benar?
“Suha?Apa awak buat kat sini?”Adli yang baru mencelikkan
matanya terus menyapa aku.Cepat-cepat aku mengesat air mata yang mengalir di
pipiku.Aku tak nak Adli melihat aku menangis melihat keadaannya.Dalam diam aku
bagaikan ingin tampak kuat di hadapannya.Menerima takdir ini dengan hati yang
tabah.
“Kenapa?Kenapa awak rahsiakan hal ni dari saya,Adli?”Aku
bertanya dengan suara yang bergetar.Rasa kesian,simpati,sedih dan marah
bagaikan bersatu dalam hati aku sekarang.
Adli tersenyum saja.Senyuman yang selalu dilemparkan
olehnya pada aku.Sungguh aku rindukan senyumannya itu.Mungkinkah selepas ini
aku berpeluang menatap senyuman itu lagi?
“Maafkan saya Suha.Semuanya berlaku tanpa saya
rancang.Sejujurnya saya tak ingin membenarkan hati saya mencintai mana-mana
wanita lagi.Sebab saya tahu,saya tak mungkin dapat bahagiakan wanita itu
sehingga ke akhir hayat saya.Tapi….”Tak sempat Adli menyambut kata,tiba-tiba
saja dia terbatuk-batuk.Jelas Adli menahan sakit.Betapa sedihnya aku melihat
keadaannya saat itu.Aku tak mampu membantunya.
“Tapi Suha…Hati saya ni tetap degil untuk cintakan
awak.Walaupun saya tahu hati saya takkan berfungsi lagi lepas ni,saya tetap nak
cintakan awak.Saya tetap ingin bersama awak.Maafkan saya sebab dah bagi awak
harapan.Maafkan saya sebab dah bohong awak.Bukan mak saya yang sakit.Tapi
saya.Saya yang tak berdaya…”Saat mataku melihat mata Adli mula berkaca,aku tak
mampu berdiri di hadapannya lagi.Kakiku pantas melangkah keluar dari situ.
Aku
dapat melihat kesengsaraan dan penderitaan melalui matanya tadi.Tapi kenapa
selama ni aku langsung tak nampak semua tu?Adakah kerana aku terlalu cuba
menghindarkan diri darinya?
Dan sekarang,baru aku sedar yang aku cintakan
dia.Dan keputusan aku takkan berubah setelah melihat keadaanya sekarang.Tapi
mampukah aku sama-sama menanggung keperitan hidupnya ini sedangkan pada
akhirnya hidup aku yang bakal menderita kerana kehilangannya?Mampukah aku?
“Suha…”Aku berpaling.Berdiri Adli di hadapanku.
“Kenapa awak datang sini?Awak perlukan rehat,Adli.Jom saya
bawa awak masuk bilik.”Air mata yang bersisa di pipiku dikesat laju.
“Kenapa awak lari tadi?Awak…awak tak boleh maafkan
saya?Atau awak masih tak mampu menerima cinta saya?Hmm?”Adli bertanya soalan
yang amat sukar untuk aku jawab.Dalam keadaan sekarang soal hati dan perasaan
tidak penting.Yang penting Adli harus sembuh seperti sedia kala.
“Awak kena rehat Adli.Jangan banyak bergerak.Esok kan awak
ada operation.”Aku terpaksa mengalih tajuk.Aku tak mampu menjawab pertanyaan
tadi.Aku takut memberi jawapan yang terburu-buru.Tapi yang pasti,aku dah
maafkan dia.
“No!Jawab soalan saya dulu.Awak cintakan saya atau tak?Tiga
minggu dah berakhir Suha.Hari ni,saya datang tuntut jawapan dari awak.Tolong
bagitahu saya sekarang,apa jawapan awak.Terima saya atau tolak saya buat
selamanya…” Mendengar suara lirih Adli dan melihat betapa berharapnya lelaki
itu sekarang,aku jadi terdiam.Sungguh aku tak mampu menjawab soalannya.
“Kenapa awak diam?Kenapa?!Keputusan awak berubah selepas
tahu keadaan saya sekarang.Hmm?Awak tak sudi terima lelaki yang berpenyakit dan
bakal mati ni ke?Hah?!Jawab,Suha.Jawab!”Buat pertama kalinya aku dijerkah oleh
Adli.Dengan keadaan lelaki itu yang sakit begini aku tak menyangka Adli punya
kekuatan untuk menengkingku.
“Awak jangan nak memperkecilkan perasaan saya,Adli.Ya,saya
mengaku saya dah jatuh cinta dengan awak.Awak Adli.Awak!Tapi buat masa
sekarang,kesihatan awak lebih penting.Saya akan ada untuk awak.Saya akan jaga
awak sampai awak sembuh.”
“Tak!Saya tak perlukan semua tu.Saya nak awak terima saya
dalam hidup awak.Kahwin dengan saya.Please….”Adli duduk melutut seperti gaya sedang
melamar.
“Bangun,Adli.Jangan macam ni.Please…”Aku memaksa Adli
bangun.Namun,lelaki itu tetap berkeras.
“Kenapa depan Lily awak cakap awak nak kahwin dengan
saya?Kenapa awak tak boleh cakap semua tu depan saya aje?Hmm?”Terdongak Adli
memandangku.
Aku bingung apabila nama Lily disebut-sebut olehnya.Atau
itu bermaksud Lily dah…
“Suha,terima ajelah si Adli tu.Kesian kat dia tau.Penat dah
duduk macam tu.”Tiba-tiba ada suara menyapa.Aku cukup kenal suara serak-serak
basah milik Lily itu.
Berdiri Lily dan Makcik Fatimah sambil tersenyum ke
arahku.Aku memandang mereka dengan penuh tanda tanya.
“Apa kau buat kat sini,Lily?”Aku tak sangka Lily dan Makcik
Fatimah mampu tersenyum bilamana keadaan Adli seperti ini.
Lily menghampiriku.Dipeluk tubuhku erat.
“First of all aku nak mintak maaf dengan kau,Suha.Aku dah
terbocorkan rahsia kau kat Adli.Aku dah bagitahu dia yang kau cintakan dia.Dan
kau nak kahwin dengan dia.”Takut-takut Lily bersuara.Aku masih bingung.Apa
maksud Lily sebenarnya?
“Apa kau merepek ni,Lily?Aku…aku tak fahamlah.”Aku menoleh
pula ke arah Makcik Fatimah.Wanita tua itu datang ke arahku lalu memeluk
tubuhku penuh kasih.
“Terima kasih Suha sebab sudi terima Adli dalam hidup
Suha.Makcik gembira sangat sebab akhirnya Adli kahwin jugak dengan pilihan hati
dia.Dan orang itu adalah Suha.”Makcik Fatimah berkata dengan nada cukup
gembira.
Adli berdiri di hadapanku.Mata kami saling berpandangan.
“Saya tak sakit,Suha.Semua ni hanya lakonan.Dan semua ni
berlaku baru pagi tadi.Baik awak tanya Lily.Sebab dia yang rancang semua
ni.”Aku memandang Lily.Kelihatan Lily menjegilkan matanya ke arah Adli.Bagaikan
marah dengan lelaki itu?Ah…Apa kena dengan diorang ni?Lakonan?Lakonan apa?
“Suha…Aku minta maaf.Aku buat semua ni sebab aku tak tahan
tengok kau termenung tunggu panggilan dari Adli beberapa hari ni.Kau sedar tak
yang kau tu dah angau?Tapi kau ego,kau tak nak mengaku kau suka kat dia.So,aku
tolonglah bagitahu Adli yang kau suka dia.”Mendengar cerita Lily membuatkan
muka aku tiba-tiba membahang.Hatiku juga mula panas.
“Habis tu kenapa pulak awak pura-pura sakit?”Soalanku
terarah pula untuk Adli.Adli memeluk tubuh tegapnya dengan selamba.Bibirnya
menjuih ke arah Lily.Pasti Lily ada jawapannya.
“Aku yang suruh Adli pura-pura sakit.Sebab aku nak kau
mengaku yang kau cintakan dia.Kau perlukan dia,Suha.Mengaku ajelah.Adli
sebenarnya nak datang jumpa kau tadi,tapi aku yang rancang supaya dia pura-pura
kena tahan di wad.Bos pun aku suruh berlakon sama.Makcik Fatimah pun join
sekaki.Huhuhu…Aku minta maaf Suha.Aku tahu aku dah melampau.Tapi aku Cuma nak
kau bahagia dengan lelaki pilihan kau.”
Sungguh aku terharu dengan keprihatinan Lily itu.Pasti Lily
sudah tidak sanggup melihat aku bersedih.Tapi takkanlah sampai berlakon macam
ni.Rasa macam Bang Bang Boomlah pulak.
“Kau ingat ni Bang bang boom ke Lily oi!Sampai hati kau
jadi tok dalang.Awak pun sama,Adli.Semuanya nak kenakan saya kan?”Hatiku terasa
lapang kini.Syukurlah semua ini hanya satu lakonan.Seandainya ini semua satu
reality,mungkin aku tak sanggup untuk berdepan ini semua.Aku perlukan Adli
dalam hidup aku.Lima hari aku tak bertemu dengannya telah mengajar aku erti
rindu.Mengetahui keadaan dia yang ‘sedang tenat’ membuat aku semakin takut
kehilangan dia.21 hari aku mengenalinya membuatkan aku sedar hati aku masih
bernyawa dan memerlukan cinta dari seorang yang bernama lelaki.
Sedang aku terleka
membaca novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha,tiba-tiba saja telefon
bimbitku berdering nyaring.Ku capai telefon yang terletak di penjuru meja itu.Melihat
saja nama Adli tertera di skrin telefon,aku terus menekan butang hijau.Hatiku
sungguh gembira menerima panggilan darinya.
“Helo assalamualaikum…”Ucapku penuh sopan.
“Waalaikumussalam,sayang.Sayang tengah buat apa tu?”Tanya
Adli dihujung talian.Aku terkesima mendengar dia memanggilku ‘sayang’.Pertama
kalinya Adli memanggil aku seperti itu.Dan aku merasa cukup gembira dengan
panggilan manja itu.
“Sayang?Salah nombor ke apa ni ek?”Aku bercanda.Terdengar
tawa Adli saat itu.Aku turut tergelak sama.
“Bukan salah nombor.Tapi saya sedang praktis panggil awak
sayang.Esok bila dah kahwin takdelah malu-malu kucing sangat.”Adli menjawab
dengan tawa masih bersisa.Kedengaran suaranya cukup gembira.Aku gembira bila
dia gembira.
Mengenangkan hari esok,aku bertambah-tambah gembira.Selepas
tiga minggu berlalu,akhirnya aku dan Adli akan disatukan dalam ikatan yang
sah.Tiada lagi keraguan dalam hati aku.Aku menerima Muhammad Adli Kamal dengan
seikhlas hatiku.Moga-moga hari esok dapat menjadi hari terindah dalam hidup
kami berdua.
“Awak tengah buat apa tu?Berangan kita bersanding atas
pelamin ke?”Tanya Adli.
“Tak kuasalah nak berangan-angan ni.Esokkan benda tu akan
jadi kenyataan.Saya tengah layan jiwa dengan membaca novel.Tenangkan fikiran.”Aku
menjawab sambil fikirannya menerawang berangankan pernikahan antara aku dan
Adli esok.Kami bakal dinikahkan di masjid.Sehari selepas bernikah,majlis
resepsi bakal dilangsungkan di hotel yang sudah kami tempah.Tidak terlalu
mewah,bersederhana sahaja.
“Kenapa Suha?Hati awak tak tenang ke?Erm…awak fikir apa
lagi?Masih keliru ke?”Suara Adli mula kedengaran serius.Aku bungkam.Bukan itu
maksud aku tadi.
“Eh bukan macam tu maksud saya,Adli.Saya mengaku,saya
memang tak sabar tunggu hari esok.Saya tak sangka dalam sebulan lebih aje semua
ni berlaku pada saya.Inilah yang dinamakan jodohkan.Terima kasih kat awak sebab
awak sudi bersabar menunggu jawapan dari saya.”Sungguh aku merasa bersyukur
kerana Adli tidak cepat berputus asa dalam meraih cintaku.Lelaki itu memang
seorang yang bersemangat waja.
“Saya yang sepatutnya perlu ucap terima kasih.Terima kasih
sebab awak sudi kahwin dengan saya.Sudi jadi suri di hati saya.Erm…sayang…”Sekali
lagi Adli memanggilku dengan panggilan itu.
“Ya…”Malu-malu pula aku menjawabnya.
“Boleh saya jumpa awak malam ni?Saya ada sesuatu nak
hadiahkan kat awak.Hadiah ni terlalu istimewa untuk awak.”Ujar Adli dengan
suara berharap.
Aku sempat menjeling jam di dinding.Ah…Mana boleh jumpa
sekarang.Dah jam 12.30 pagi.Memang tak eloklah kalau kami berjumpa.Esokkan nak
kahwin.
“Alah esokkan kita jumpa.Hadiah tu awak simpan bagi kat
saya esok ya?”Lama Adli diam.Adakah lelaki itu merajuk dengan jawapan dariku
tadi?
Terdengar keluhan darinya.“Baiklah kalau macam tu.Tapi
kalau saya nak dengar awak panggil saya abang boleh tak?Just once.Bisik kat
telinga saya ni yang awak cintakan saya.Abang,Suha cintakan abang.Boleh?”Sekali
lagi aku terpana.Macam-macam pula permintaan Adli malam ni.Tak menyempat.Aku
tersenyum sendirian.
“Sebelum tu boleh saya dengar awak dulu yang ucap awak
cintakan saya?”Aku sengaja meminta.
“Abang cintakan Suha.Cinta pandang pertama.Suha mungkin
bukan cinta pertama dalam hati abang,tapi Suhalah cinta terakhir dalam hati
abang ni.Percayalah…”Hatiku sebak mendengar luahan cinta dari Adli.Bisikan
cintanya menusuk ke dalam hatiku yang paling dalam.
“Suha…Suha pun cintakan aa…abang.”Tap!Sekelip mata aku
putuskan panggilan.Terasa mukaku membahang.Buat pertama kalinya aku
memanggilnya abang dan membahasakan diriku Suha.Terasa indahnya hidup ini
apabila kita tahu kita bakal disatukan dengan seseorang yang kita
cintainya.Moga-moga cinta ini akan terus berkekalan selamanya.
Langkahku
terasa amat berat.Dalam hati aku berdoa kepada Ilahi agar ini semua sebuah lagi
lakonan yang dilakonkan oleh Adli.Ya Allah,aku tak sanggup untuk hadapi semua
ini.Izinkan kami berdua mengecapi kebahagiaan itu.
Semakin aku hampir dengan wad ICU,semakin jelas terpancar
kesedihan pada wajah Makcik Fatimah.Dengan baju pengantin masih utuh membalut
tubuh,aku melangkah mendekati wanita tua itu.Aku cuba menahan air mata dari
berguguran membasahi bumi.Aku tidak ingin percaya dengan apa yang aku dengar
tadi.
“Suha,Adli accident.Sekarang kami
kat hospital.Keadaan dia kritikal,Suha…”
Kata-kata Makcik Fatimah masih terngiang-ngiang di benakku.Di
saat aku sudah bersedia menunggu Adli di masjid,panggilan keramat itu aku
terima dari Makcik Fatimah.Sungguh aku tercengang buat seketika tatkala
mengetahui perkara itu.Namun,hatiku cuba menafikan semua itu kerana aku berasa
mungkin saja sekali lagi Adli ingin mempermainkan aku.Aku rela dipermainkan
seribu kalipun jika itu mampu menjamin Adli masih ada di sisiku nanti.
Tapi kini,melihat wajah Makcik Fatimah yang sudah lencun
dengan air mata,aku tak mampu berkata apa lagi.Hatiku mula gelisah dan takut
kehilangan insan yang aku sayang itu.Adli.
“Adli,Suha…Adli…”Hanya itu hanya terkeluar dari bibir
Makcik Fatimah.Tubuhku dipeluk kemas.Dia menangis di bahuku.Tak terdaya lagi
aku menahan air mata dari mengalir keluar.Adakah sudah sampai masanya aku
menerima hakikat bahawa Adli sedang bertarung nyawa di dalam sana?Di hari
penikahan kami Allah telah menguji ujian yang paling berat ini.Ya Allah,apakah
hikmah di balik semua ini?
Saat pintu wad kecemasan itu terbuka,aku takut untuk
memandang ke arah jasad manusia yang dibawa keluar itu.Aku tak mampu
mendongakkan mukaku memandang ke sekeliling sekalipun.Sebab aku tahu,Adlilah
yang dibawa keluar.
“Adli!!!Adli bangun sayang.Bangunnn…”Teriakan Makcik
Fatimah semakin meyakinkan aku.Adakah ini pengakhiran kisah aku dan Adli?
“Adli!Jangan tinggalkan ibu,nak…Ibu dah tak ada siapa-siapa
lagi kat dunia ni.Adliiiii….”Makcik Fatimah bagaikan tidak mampu menerima
kenyataan itu.Dengan kekuatan yang masih bersisa,aku menguatkan diri bangun
untuk menatap wajah ‘dia’ buat kali yang terakhir.
Air mata semakin deras menitis.Pucat,lesi dan tak bermaya
lagi wajah Adli saat itu.
“Boleh saya jumpa awak malam
ni?Saya ada sesuatu nak hadiahkan kat awak.Hadiah ni terlalu istimewa untuk
awak.”
“Abang cintakan Suha.Cinta pandang
pertama.Suha mungkin bukan cinta pertama dalam hati abang,tapi Suhalah cinta
terakhir dalam hati abang ni.Percayalah…”
Semalam adalah kali terakhir aku mendengar bisikan
cintanya.Bisikan yang menyapa lembut ke telinga hingga meresap ke dalam hati
aku.Ya Allah,kenapa dia pergi tinggalkan aku?
“Tapi jangan risau.Selagi tak
sampai tiga minggu dan selagi Allah tak mengizinkan saya pergi,saya takkan pergi
tinggalkan awak,Suha.”
Kini Allah telah mengizinkan awak pergi dari saya,Adli.Mampukah
saya menanggung kehilangan cinta buat kali yang kedua ini?Awak ajarkan saya
cinta.Awak ajarkan saya rindu.Tapi kenapa awak tak ajar saya apa itu erti
melepaskan orang yang kita cintai setulus hati kita?Inikah takdir kita?
“Maafkan saya,cik.Dua bentuk cincin ni ada bersama dengan
arwah tadi.Dalam genggaman dia.”Huluran doktor lelaki itu aku sambut
lemah.Cincin?Adakah ini hadiah istimewa yang ingin diberikan oleh Adli kepada
aku semalam?
Cincin zamrud biru itu ku tatap lama.Terukir nama ADLI dan
nama SUHA pada cincin itu.Kedua-dua terukir dalam tulisan jawi.Saat itu aku
mula sedar,Adli sudah menunaikan permintaan aku.
“Awak nak cincin yang macam mana?Kalau ada berlian okey
tak?”Tanya Adli sambil tersenyum ke arahku.Kami bersama-sama sedang memilih
cincin.
“Tapikan cincin kahwin kitakan ibu awak dah sediakan.So,tak
payahlah beli cincin lagi.Tapi yang saya pelik,kenapa awak bawak saya kat sini
hari ni.Cincin dah beli…”Aku membalas senyuman Adli seadanya.
“Itu cincin ibu.Ini cincin kita.”Jawab Adli pendek.Aku tak
hiraukan kata-katanya saat mataku terpandang ke arah sepasang cincin zamrud
berwarna biru yang terukir nama dalam tulisan jawi.Cantik.Sangat cantik.Tapi
mesti mahal.Lagipun cincin ibu Adli kan dah ada.Ibu berharap benar aku guna
cincin tu nanti.
“Awak suka cincin tu ke?”Tanya Adli tiba-tiba.Aku kaku tak
mampu memberi sebarang reaksi.Memanglah suka.
“Jomlah kita pergi tempat lain pulak.Tengok baju pengantin
kita.Okey?”Aku melangkah keluar dari kedai emas itu.Saat aku toleh ke
belakang,aku melihat Adli sedang bercakap dengan tauke kedai itu.
“Awak cakap apa dengan tauke tu?”Aku bertanya apabila dia
menghampiriku.Seperti biasa Adli hanya tersenyum.
“Sebelum saya pergi,saya dah tempahkan cincin tadi tu untuk
awak.Entah sempat ke tak kita pakai masa kita akad nikah nanti.Cincin tu kena
tempah dulu.Berdoalah saya mampu sarungkan cincin tu kat jari manis awak nanti.Cincin
tu khas untuk awak,Suha.”
Aku terjelepuk jatuh ke lantai. Mata ini hanya mampu
menangis. Betapa hati aku cuba menafikan hakikat ini,Adli tetap sudah pergi
meninggalkan aku.Kau telah pergi.Dan akhirnya aku sendiri lagi.
CINTA... Jangan pergi. Walau ku meminta berulangkali untuk kau tidak menjauh dariku. Aku harus pasrahkan hati bahawa kau benar-benar telah pergi dariku....