Bismillahirrahmaanirrahim.
BAB 1 : PENDAHULUAN
Dunia ini diciptakan Allah SWT sebagai tempat kehidupan dan kematian. Manakala akhirat pula sebagai tempat pembalasan dan kehidupan yang kekal abadi.
Dunia ini diciptakan Allah SWT sebagai tempat kehidupan dan kematian. Manakala akhirat pula sebagai tempat pembalasan dan kehidupan yang kekal abadi.
Alam akhirat itu adalah alam yang ghaib. Bagaimakah
bentuk dan hakikatnya, tidak perlu kita menyelidiknya dengan mendalam.
Pemikiran manusia tidak kesampaian untuk memikirkan kekuasaan Allah SWT tentang
ghaib itu. Pengetahuan yang dikurniakan Allah SWT dalam hal ini juga amat
terhad. Alam akhirat, sesungguhnya tidak sama dengan alam dunia.
Ada pun sifat dan hakikat yang sebenarnya tentang
alam akhirat tidaklah terjangkau oleh ilmu pengetahuan dan teknologi milik
manusia. Hanya iman dan takwa sahaja yang dapat meyakininya. Hati nurani dan
jiwa manusia yang beriman mempercayai
sepenuhnya tentang adanya alam akhirat dengan segala nikmat dan
seksaannya seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran dan hadis baginda
Rasulullah SAW.
Keyakinan atau kepercayaan yang diajarkan Islam itu
antara yang terpenting ialah enam keyakinan yang dinamakan sebagai RUKUN IMAN.
Beriman kepada Allah SWT, para malaikat, para rasul, kitab-kitab dan hari
akhirat serta qadha dan qadar.
Dalam kehidupan dunia ini, ada orang yang jahat dan
ada orang yang baik. Jikalau orang jahat itu semasa hayatnya di dunia, tidak
sempat dikenakan hukum, maka setelah matinya terlepas begitu saja, tentulah
tidak adil. Oleh itu, hari akhirat adalah amat perlu bagi menghukum orang-orang
jahat yang belum sempat dihukum semasa di dunia. Demikian juga kepada
orang-orang yang berbuat baik, perlu juga mendapat pembalasan dan ganjaran
hasil daripada perbuatannya.
Kehidupan di akhirat adalah suatu yang sudah pasti
akan berlaku. Bukan sedikit ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang
menceritakan tentang adanya hari akhirat itu.
Al-Quran telah memberikan perhatian yang istimewa
mengenai keadaan atau pemandangan di hari akhirat. Antara lainnya yang
berkenaan dengan alam kubur yakni alam
barzakh, hari kebangkitan dan pengadilan Ilahi di padang mahsyar, suasana di
syurga dan seksaan Allah SWT di neraka.
Apabila manusia meninggal dunia, yang mati adalah
jasadnya sahaja. Roh manusia akan tetap
hidup di alam barzakh dengan segala kesedaran.
Di alam barzakh itu, manusia (roh) akan hidup tanpa jasad (tubuh zahir), sama seperti
kehidupan para malaikat dan jin. Kehidupan manusia setelah dibangkitkan dari
alam barzakh, roh dan jasadnya akan disatukan semula sehingga dapat melihat,
mendengar dan merasa seperti mana di dunia.
Alam barzakh bererti alam penantian. Yang
ditunggunya di situ adalah hari berlakunya kiamat.
Pada masa kiamat kelak, seluruh alam semesta ini
akan hancur lebur dan digantikan dengan alam baru, iaitu alam akhirat yang
kekal abadi. Di akhirat kelak, hanya ada dua tempat, yakni SYURGA dan NERAKA.
No comments:
Post a Comment