JOM FOLLOW

Tuesday, 28 October 2014

CINTA... Jangan Pergi




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Kita merancang. Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah juga.



Ku susuri malam ini…Yang tidak berbintang sunyi sepi


Juga rembulan dah menghilang…Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu…Yang selalu berbisik madah rindu


Kini membisu dalam sayu…Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku…Di saat ku perlukanmu


Tertutup jua segalanya terhadapmu…Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi…Ku mengusung duka ini diiringi


Kisah janji dimungkiri lagi…

Kekasihku di jalanan yang berliku


Di saat ku perlukanmu…Tertutup jua segalanya terhadapmu


Di sini ku tersedu-sedu…Setelah cinta pergi


Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji, dimungkiri, dimungkiri

Sia-siaku, mencintaimu…Setia padamu, percayakanmu


Sebak dadaku, retak hatiku…Luka jiwaku, dihiris pilu

Sia-siaku, mencintaimu…Setia padamu, percayakanmu


Sebak dadaku, retak hatiku…Luka jiwaku, dihiris pilu

Beribu Sesalanku….

Setiap kali terdengar lagu ini berkemundang di corong radio,aku pasti akan terpaku mendengarnya sehingga lirik yang terakhir.Beribu sesalanku…Itulah yang aku rasa setiap kali mengenangkan hubungan yang pernah terjalin antara aku dan dia.Si dia,yang pernah hadir dalam hidup aku.Si dia yang telah memberi rasa dalam hati aku.Si dia yang telah membuat aku terbuai dengan rasa cinta yang telah dihulurkan olehnya.Si dia jugalah yang telah membuat aku merasa betapa sakitnya apabila cinta yang aku hulurkan,setia yang aku taburkan dan janji yang aku terima darinya…ternyata itu semua hanya sia-sia.

Ryzal Affendi.Pertemuan pertama kali antara aku dan dia telah membuat ada rindu menyapa dalam hati ini.Dan dia juga turut merasa hal yang sama.Mungkinkah dia jodohku?Aku tak nak memasang impian terlalu tinggi.Kerana aku tahu,sejauh mana pun kita merancang,jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk kita,kita akan tetap sendiri jua.

Hubungan yang singkat telah membibitkan rasa cinta yang menggunung dalam hati aku dan dia.Lantas,tatkala Ryzal melamar aku,aku terus menerimanya.

Kami bertunang selama hampir dua tahun.Masuk tahun ketiga,insyaAllah jika diizinkan Allah,aku dan dia bakal disatukan dalam ikatan yang sah.Melabuhkan rasa rindu dan cinta yang selama ini sentiasa merantai jiwa.

Namun,Ryzal terlalu pandai melakonkan wataknya.Sehinggakan aku tanpa sedar telah dipermainkan olehnya.Betapa naifnya aku dalam soal cinta.Sehinggakan aku menyerahkan segala kepercayaan aku padanya.Dia rupanya telah berpunya.Memiliki seorang isteri dan dua orang anak perempuan yang sangat comel.Aku terpampan dengan keadaan ini.Apa yang harus aku lakukan?Aku cintakan dia.Dia juga cintakan aku.Tapi benarkah dia cintakan aku?Habis tu kenapa Ryzal sanggup tipu aku sampai macam ni sekali?

“Kenapa awak buat saya macam ni?Apa salah saya?Kenapa awak tipu saya?!”Aku mula naik angin.Dengan mata kepala aku sendiri aku melihat Ryzal berpegangan tangan dengan perempuan lain.Ada anak-anak kecil di samping mereka.Saat itu,aku mula sedar bahawa Ryzal Affendi sudah jadi milik orang lain.Betapa aku rasa diperbodohkan.

“Maafkan saya,Suha.Saya dah lama nak berterus terang dengan awak.Tapi,saya takut awak tak nak terima saya dalam hidup awak.Saya ikhlas nak memperisterikan awak.Saya cintakan awak…”

“Cinta?Cinta itu harus jujur,Ryzal!Sampai hati awak tipu saya.Tipu mak ayah saya.Awak bagi saya harapan.Awak hulurkan cinta pada saya.Kenapa…kenapa awak buat saya macam ni?Adakah awak merancang untuk memperbodohkan saya?Bukan sekejap kita kenal,Ryzal.Dua tahun!Dua tahun kita bertunang.Tahun depan kita dah nak kahwin.Kenapa awak sanggup buat saya sampai macam ni sekali,hah?!”

Ryzal tertunduk.Kepalanya digelengkan.Adakah dia tidak mempunyai jawapan di atas setiap persoalan aku tadi?Kau memang dah melampau,Ryzal!

“Saya tak sangka,lelaki yang selama ni asyik berbicara tentang rasa percaya dan saling jujur dalam sesebuah hubungan,rupanya dia sendiri yang tak jujur.Mana hilangnya kejujuran awak tu?!Sumpah demi Allah,saya jujur dengan awak.Saya tak pernah tipu awak.Tapi ini balasan awak pada saya?Hah?!”Aku tak betah lagi berdepan dengan lelaki di hadapan aku ini.Rasa sedih dan kecewa menggunung dalam jiwa.

Permainan Ryzal betul-betul membuat aku tidak mempercayai cinta lagi.Saat aku ingin meninggalkan Ryzal,mataku terpandang isteri dan anak-anaknya yang sedang memandang ke arahku.Aku semakin terkaku.Adakah aku yang bersalah terhadap mereka?Adakah mereka telah menganggap aku perampas dan pemusnah rumahtangga orang?Ah!Persetankan itu semua.Hati aku paling terluka dalam soal ni.Dan yang harus dipersalahkan adalah Ryzal!Lelaki penipu!

Sudah dua bulan kejadian itu berlaku.Kini,aku sendiri lagi.Betapa hebatnya penangan cinta Ryzal.Aku benar-benar rasa putus cinta.Walaupun Ryzal sering datang menemuiku untuk memujuk dan menyatakan hasratnya untuk meneruskan hubungan ini,aku tak mungkin menerimanya lagi.Walaupun berulang kali dia meyakinkan aku bahawa isterinya tidak kisah dengan hubungan kami,tapi aku sedar akan satu perkara.

Nurul Nasuha binti Muhammad Nazir,bukan seorang perampas.Juga bukan seorang yang terlalu pentingkan diri sehingga sanggup melihat kebahagiaan orang lain hancur demi kebahagiaan dirinya.Aku yakin,aku takkan bahagia seandainya aku memilih untuk menerima Ryzal.Akan ada banyak masalah yang bakal timbul di kemudian hari.

Lagipun,mak dan ayah di kampung langsung tak menyokong aku lagi.Mak dan ayah turut merasa terkesan atas penipuan Ryzal.Hampir-hampir saja ayah aku mengalami serangan jantung dek kerana aku pulang dengan membawa berita untuk memutuskan pertunanganku dengan Ryzal.

“Kenapa kamu nak minta putus,Suha?Ryzal tu baik orangnya.Kamu dah jumpa dengan lelaki lain ke?”Pertanyaan ayah membuat hati aku merasa semakin sakit.Kenapa aku pula yang dipersalahkan?

“Tak ayah.Dia yang dah ada orang lain.Hmm…Ryzal dah kahwin,ayah,mak…Dia dah kahwin.Dah ada dua orang anak.Selama ni dia tipu Suha.Dia penipu!”Akhirnya aku membuka kebenaran itu.Walaupun menyakitkan,bukankah lebih baik berterus terang?

Ayah dan mak terkesima.Ayah mula mengurut dada.Mata mak mula berkaca.

“Ya Allah…betul ke apa yang kamu cakap ni,Suha?Betul ke?!”Ayah tiba-tiba saja menengking aku.Dalam kepayahan dan hati yang sebak,kepala aku mengiyakan juga kata ayah itu.Ayah tersandar lemah ke kerusi.Mak pula mula menangis meratapi nasib aku.Dan aku?Sudah habis air mata yang aku keluarkan.Tak ingin lagi aku menangis kerana seorang lelaki!

Sudah hampir dua bulan aku tinggalkan tempat kerja.Bercuti tanpa gaji.Biarlah.Aku lebih rela begini.Aku memang seorang yang suka lari dari masalah dan hakikat.Tapi syukurlah,selepas dua bulan setelah apa yang dah Ryzal lakukan ke atas aku,aku mulai boleh menerimanya.Kerana,keyakinan aku pada Qada’ dan Qadar  Allah itu sangat tinggi.Aku yakin dan pasti,Ryzal bukan jodoh yang terbaik untuk aku.Jadi,kenapa harus aku resah lagi?

“Assalamualaikum,Lili.”Aku memberi salam kepada Lili,setiausaha aku.

Lili yang sedang tekun melakukan kerja di tempatnya mendongakkan kepala.Dia bingkas bangun lalu memeluk tubuhku.Hatiku rasa sedikit terharu.Lili faham benar dengan apa yang terjadi dengan aku sekarang.Kerana dia bukan saja setiausaha aku malahan merangkap sahabat baik dan teman serumahku.Oh,Lili…Terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku selama ni.

“Apa yang kau rasa sekarang,Suha?Lega?Dah boleh lupakan dia?”Lili bertanya agak takut-takut.Mungkin dia takut hati aku kembali teringat pada Ryzal.

Aku hanya mengulum senyum.Kakiku diderap perlahan menuju ke pejabat yang telah dua bulan aku tinggalkan.Masih sama seperti biasa.Pasti Lili sentiasa mengemas bilik ni.

“Macam tulah,Lili.Aku kan baru putus cinta.Penangan cinta tu memang menyakitkan,kan?Aku rasa lepas ni…aku takkan percaya dengan cinta lagi.”Kata-kata itu lahir dari hati aku sendiri.Ya,memang aku takkan percaya dengan cinta lagi.Bercinta bagai nak rak pun kalau dia bukan jodoh kita,kita tetap takkan bersama,kan?

“Kau mana boleh cakap macam tu,Suha.Cinta tu tak salah.Selagi kau ada hati,selagi tulah kau akan merasa cinta.Percayalah cakap aku.Hmm…by the way,hari ni ada seorang akauntan baru akan masuk ke ofis kita.Aku dah jumpa dengan dia hari tu,kau aje yang belum tengok muka dia macam mana.Dan aku yakin,hati kau pasti akan berdegup lagi bila tengok muka dia.”Lili berkata sambil tersengih.Aku pula?Kaku tersenyum sumbing.

“Malaslah aku nak fikir lagi pasal perasaan,cinta,kasih dan sayang ni.Walaupun aku dah reda,tak semestinya aku rela bercinta lagi,Lili.”Aku rasa cukup sampai setakat tu saja aku berbicara tentang hal menyakitkan hati ni.Dah penat fikir.Hati pun dah terlalu terluka.

Lili bagaikan mengerti dengan maksud aku.Ada keluhan yang terluah dari bibirnya.Akhirnya dia hanya mengangguk saja.Lili keluar tanpa sepatah kata lagi.Mungkin kerana dia cukup mengenali aku.Aku,kalau dah kata hitam,hitamlah jawabnya.Aku takkan berpaling lagi.Memperhambakan diri untuk cinta? Tidak akan sesekali aku melakukan itu lagi!

**************

Tok.Tok.Tok.

Aku mendongak memandang ke pintu.Berdiri Adli sambil berpeluk tubuh.Aku hanya mampu senyum.

“Jom ikut saya keluar lunch.You owe me something,right?”Pertanyaan Adli buat aku terimbau kenangan semalam.Memang aku berhutang dengan dia.Dan tak sangka,Adli betul-betul kutip hutang tu hari ni.

“Macam manalah awak boleh tak perasaan yang minyak kereta dah kering.Nasib baik saya lalu tau.Kalau tak,bermalamlah awak kat sini.Sorang diri…eee…takut…”Terdengar gelak tawa Adli.Aku hanya mencebik.Tak takut langsung.Alah,kalau kau tak lalupun tadi,aku boleh balik naik teksilah.Omelku sendirian tanpa memandang ke arahnya.

“Awak ni workaholic betul,kan?Nak naik pangkat ke?Bukan gaji sebagai eksekutif pemasaran dah besar ke?”Tanya Adli sambil sesekali matanya memandang ke arahku.

Aku workaholic bersebab.Salah satu sebabnya adalah kerana aku cuba untuk melupakan ingatan aku pada Ryzal.Ah!Tak nak fikir pasal mamat tu lagi.

“Saya ada tanggungan,Adli.Mak ayah saya kat kampung tu dah bersara.Pesara cikgu.Jadi,sebagai anak saya rasa menjadi keutamaan saya untuk memberi keperluan yang terbaik untuk mak ayah saya.Lagipun,abang-abang saya yang lain duduk jauh.So,sayalah yang kena….”Aku tak jadi meneruskan kata apabila Adli asyik sekali memandang ke arahku.Aku jadi malu pula.

“Saya tak sangka awak ni peramah jugak orangnya,kan?Hmm…ingatkan sedingin ais tongkol kat kedai Mak Jijah tu.”Adli buat lawak seposennya lagi.Tergelak kecil aku dibuatnya.

“Mana ada saya dingin.Saya biasa-biasa ajelah.”Aku mula mengawal perbualanku dan dia.Memang dah terlebih ramah aku tadi.Nasib baik tak sempat cerita pasal Ryzal.

Ah…Ryzal.Ryzal pernah berjanji dulu.Dia berjanji untuk sama-sama menjaga ayah dan mak aku kerana Ryzal anak yatim piatu.Katanya,ingin sekali dia merasa belaian seorang ayah dan ibu.Saat tu aku rasa,Ryzallah lelaki yang paling baik yang pernah aku jumpa.Dia memang baik.Tapi dia penipu!

“Suha?Suha?!”

Aku tercengang memandang Adli.Khayalanku hilang entah ke mana.

“Jomlah kita pergi lunch.Ke awak dah ubah fikiran tak nak belanja saya makan?Hmm?”Lelaki itu masih berdiri di muka pintu.Dah tak sabar-sabar nak aku belanja dia lunch.Kalau tak mengenangkan jasa kecil yang dia buat semalam,malas aku nak keluar berdua dengan dia.Lili pun satu.Sengaja tak nak ikut sekali.Sengaja buat alasan nak keluar dengan cik abang dia.Walhal,sengaja ingin memberi peluang aku dan Adli berdua-duaan.Mungkin Lili ingat aku dah pulih sepenuhnya.Tak Lili.Aku masih kecewa dan sedih.Dan aku tak berani nak menyulam kasih lagi.


*************


ADLI memandangku.Aku tewas lagi.

  “Kenapa awak larikan mata awak bila saya renung awak?Awak segan ke?Ya,kan?Atau awak rasa gelisah dengan pandangan saya ni.”Adli mengeluarkan statement mautnya lagi.Sepanjang-panjang perjalanan mereka ke restoran tadi,lelaki itu tak habis-habis mengeluarkan kenyataan seperti itu.Aku semakin tak suka dengan cara dia melayan aku.

“Saya rasa,saya sukakan awak,Suha.”

Sebaris ayat itu membuat aku terpana.Hilang terus seleraku untuk menikmati juadah kegemaranku ini.Dahlah perut dah lapar.

“Kenapa awak diam?Awak tak percaya ke saya sukakan awak?”Adli semakin mendesak.Aku pula hanya mampu senyum sumbing.

“Saya bukan tak percayakan awak,Adli.Tapi saya dah tak percayakan cinta.Saya dah serik untuk bercinta.Mungkin masih ada perempuan lain yang lebih layak untuk merasai kasih sayang awak tu.Bukan saya…”Aku harap Adli mengerti.Adli tidak bodoh untuk faham maksud kata-kata aku tadi.Buktinya lelaki itu mengeluh saja.

“Hmm… Entah lelaki mana yang dah kecewakan awak tu,kan?Kalau sayalah,saya takkan pernah kecewakan wanita yang saya sayang.Saya akan sayang dia sampai akhir hayat saya.”Bersungguh Adli menyatakan harapan dan impiannya itu.Impian bersama gadis idamannya.Ah…Aku tak berminat dengan impian kau,Adli.

“Dan saya nak bahagiakan awak sehingga akhir hayat saya,Nasuha.Will you marry me?”

Sudah.Aku tercengang.Mulutku melopong.Mataku terpaku memandangnya.

“Apa yang awak merepek ni?Awak tak faham ke dengan apa yang saya cakap tadi?Saya dah tak percaya dengan cinta.Saya tak nak jalinkan hubungan cinta lagi.Pleaselah…Saya harap awak faham,Adli.”Aku ingin bangun.Namun,Adli pantas menahan.

“Duduk dulu,Suha.Saya belum habis cakap lagi.Dengar sampai habis apa yang saya nak cakap ni.Lepas tu,awak buatlah keputusan awak.Please…”Sinar mata Adli kelihatan cukup redup.Bagaikan dia terlalu berharap untuk aku terus setia mendengar.Ah…

Akhirnya aku hanya mampu menurut kehendaknya.Punggung dilabuhkan kembali ke kerusi.Aku bersedia mendengar ceritanya.

Adli menarik nafas.Tak lepas matanya dari memandang aku.Sungguh,aku tak suka menerima pandangan redupnya itu.Hati aku…hati aku rasa sesuatu…

“Look,Suha.Sebelum saya bercerita panjang.I would like to ask you something.Awak percaya tak dengan cinta pandang pertama?”Terkesima aku mendengar soalannya.

“Jawab,Suha.Saya perlukan jawapan yang jujur dari awak.”Adli memaksa.Dan aku,masih diam tak memberi sebarang jawapan.Percayakah aku dengan cinta pandang pertama?Pertama kali aku jumpa dengan Ryzal,aku dapat rasa satu getar hadir dalam hati aku.Saat itu,aku tahu.Aku mula jatuh hati pada Ryzal.

“Nampaknya awak percaya dengan cinta pandang pertama,Suha.Begitu juga saya.Saya percaya dan saya dah alami perkara tu.Pertama kali saya jumpa awak dua minggu yang lalu di bilik mesyuarat,hati saya tiba-tiba berdegup.Dan saya dapat rasa,awaklah orangnya.Perempuan yang mampu membahagiakan hidup saya.”Sungguh tenang Adli menuturkan itu semua.Lelaki itu memang tenang.Tak pernah pula aku melihat Adli naik angin dan stress dengan kerja-kerjanya.Adli memang seorang yang tak cepat melatah.

“Percayalah….Saya memang dah jatuh cinta dengan awak.Sebelum ni,saya mengaku,saya memang dah pernah bercinta.Macam awak juga.Bercinta bertahun-tahun lamanya.Kononnya kenal hati budi masing-masing.Padahal,makin tak kenal pulak jadinya.Sebab tu saya dah serik nak bercinta.Kalau boleh,saya nak kita terus kahwin.Bercinta selepas kahwin,saya rasa itulah saat paling indah.”Aku mula resah dengan permintaan Adli.Berkahwin?Kenal pun tak,terus berkahwin?

“Awak jangan nak merepek,Adli.Saya tak mungkin setuju dengan permintaan awak ni.Saya tak nak bercinta dan tak nak berkahwin.Saya belum bersedia.”Aku bangun.Tak kuasa lagi nak mendengar Adli merapu yang lebih dahsyat lagi.Tak sangka pulak,ada lelaki yang sanggup melamar aku seperti ini.Seperti yang aku katakan dulu.Seandainya ada lelaki bodoh yang melamar aku,aku pasti akan menerimanya.Tapi bukan Adli.Tak mungkin aku terima dia dalam hidup aku!

Adli mengejar aku dari belakang.Aku mempercepatkan langkahku.

“Wait,Suha!Bagilah saya peluang.Saya bukan ada niat tak elok kat awak.Saya nak kahwin dengan awak.Saya nak bahagiakan awak.Izinkanlah saya buat semua tu,Suha.Bahagiakan saya,sekaligus membahagiakan ibu saya.Please…saya merayu.”Adli menahan getaran suaranya.Aku pula cukup terkesan melihat wajah sayunya saat itu.Kenapa dengan ibunya?Apa kaitannnya dengan lamarannya ini?

***********

Aku sudah puas fikir.Lamaran Adli masih tergantung tiada jawapan.Tegakah aku mengecewakan keinginan seorang wanita yang bergelar ibu?Sejak dari kecil,ibu dan ayah mendidikku untuk sentiasa menghormati dan menyayangi orang tua seperti ibu bapaku sendiri.Jangan pernah menyakiti hati mereka.Tunaikan keinginan mereka selagi mampu.

Tapi,ini soal hidup aku.Dan aku langsung tidak mengenali keluarga Adli.Takkan kerana mendengar kisah sedih ibunya itu sudah membuat aku berbelah bagi seperti ini?Kenapa dengan kau ni,Suha?

“Ibu saya sakit,Suha.Bila-bila saja dia akan pergi meninggalkan saya.Ibu tak pernah memaksa saya untuk mencarikan dia calon menantu.Tapi saya tahu,ibu sangat berharap agar saya mengakhiri zaman bujang sementara dia masih hidup.Dia nak tengok saya bersanding atas pelamin dengan wanita pilihan saya.”Tutur Adli lemah.Aku hanya dia mendengar ceritanya.Jadi,lelaki itu mempunyai seorang ibu yang sedang terlantar sakit?Mungkin sebab tulah Adli sering mengambil cuti.Kini baru aku tahu serba sedikit pasal lelaki ni.

“Melihat awak,membuatkan hati saya berdebar-debar.Melihat awak,membuatkan saya yakin bahawa awaklah perempuan yang saya cari-cari selama ni.Saya dah jatuh hati dengan awak,Suha.Dan saya nak kahwin dengan awak.Bahagiakan awak dan bahagiakan ibu saya.”Adli tetap mengeluarkan ayat yang sama.Kebahagiaan aku,kebahagiaan ibunya.Habis tu,kebahagiaan dia macam mana?

“Saya tak kisah kalau saya tak bahagia.”Aku terpana.Tahu-tahu saja lelaki ini apa yang tersirat dalam hati aku.

“Habis tu awak yakin saya akan bahagia?Hmm?Sekali pun awak yakin awak mampu memberi kebahagiaan kepada saya,mungkin saja saya tetap tak mampu hidup bahagia dengan awak.Sepertinya awak tak mencintai saya,Adli.Tapi awak nak paksa saya terima awak untuk bahagiakan ibu awak.Betul kan?Betulkan apa yang saya cakap ni?”Itulah hakikatnya.Ya,aku pasti.Mana mungkin Adli dengan bodohnya ingin berkahwin dengan aku.Kenal pun baru beberapa minggu.Ah…

Adli menggelengkan kepalanya berulang kali.Kening tebalnya jatuh bagaikan mengharap aku memahaminya.

“Tak,Suha.Awak dah salah menilai saya.Sumpah demi Allah,saya memang cintakan awak.Saya nak kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak.Saya tahu,kita kenal tak lama.Tapi ada apa dengan tempoh perkenalan ni,Suha.Hmm?Masa tak menentukan kebahagiaan seseorang tu.”

Aku diam.Ada benarnya kata-kata Adli itu.Ada apa dengan masa?Kenal lama pun bukan boleh sampai ke jinjang pelamin.Kecundang tengah jalan lagilah ada.Tapi….

“Maaf,Adli.Awak tak boleh paksa saya terima awak.”Aku bingkas bangun.Tak betah lagi nak mendengar pujuk rayu Adli.

“Kalau macam tu awak bagi saya masa tiga minggu untuk saya pikat awak.Kalau lepas tiga minggu ni awak tetap takde apa-apa rasa terhadap saya,saya akan pergi.Saya takkan mengharap lagi…”Adli memang nekad.Dan aku pula,hanya diam tanpa menolak permintaan lelaki itu.Masih berharapkah aku pada CINTA?

Aku tersedar dari lamunan tatkala terdengar nada dering telefon bimbitku kedengaran nyaring.Tertera nama Adli pada skrin.Ah…Nak angkat ke tak nak ya?

“Hello…Waalaikumussalam.”Tak sangka pulak aku sudi menjawab panggilannya.Suha,kenapa kau angkat?Ah!

“Tengah buat apa tu?Dah makan?”Tanya Adli di hujung talian.

“Err…dah.Tengah baring-baring aje.Ada apa awak call saya malam-malam ni?”Aku bertanya tegas.

“Esok pagi saya datang ambil awak.Kita pergi kerja sama-sama.Okey?”Aku ternganga.Apa kes pulak nak pergi dengan kau?Eee…tak kuasa aku.

“Eh kenapa pulak macam tu?Kereta saya ada minyak lagi.Boleh aje pergi ofis macam biasa.”Jawapan aku membuatkan Adli mengeluh kecil.Aku jadi buntu.

“Kan awak dah bagi saya pikat awak dalam masa tiga minggu ni.Tak boleh ke awak terima layanan mesra saya ni?Hmm?”Adli bersuara lirih.

Bibirku diketap.

  “Tapi saya…”Tak sempat aku menjawab,Adli lebih dulu memotong.

“Tak lama,Suha.Tiga minggu aje.Lepas tu,kalau awak tetap tak mampu terima saya,saya takkan munculkan diri saya depan awak lagi.Saya janji…”Kata-kata Adli sering kali membuat aku jadi terdiam.Benarkah lelaki itu begitu nekad untuk memperisterikan aku?


************


Dua minggu sudah berlalu.Dan aku sekarang diambil dan dihantar pulang oleh Adli.Aku dah tolak tapi lelaki tu memang nekad.Selalu saja dia guna alasan 3 minggu itu.Tiga minggu aje,Suha.Lepas tiga minggu kalau awak tetap tak suka saya,saya akan pergi.Itulah yang sering Adli ucap pada aku.

Kadang-kadang aku naik rimas.Kebaikan dia membuatkan hati aku seakan-akan makin terbuai dek rasa.Ah!Orang kata,perempuan ni senang jatuh cinta.Tapi senang juga untuk terluka.Aku dah terluka dengan Ryzal.Tapi takkan secepat ini aku jatuh cinta dengan Adli?

Layanan mesra dan penuh prihatin Adli mengingatkan aku pada layanan Ryzal padaku.Ryzal seorang yang penyayang dan suka mengambil berat pada diri aku.Beruntungnya aku rasa ketika itu.Aku ada Ryzal yang bakal menjaga aku dan menyayangi aku.Indahnya terasa detik itu.

Sekarang,aku rasakan perasaan itu lagi.Rasa itu hadir tatkala aku mengenali Adli.Sekarang,hubungan aku dan Adli sudah masuk minggu yang kedua.Baru dua minggu tapi dah macam-macam rasa menjengah hati aku.Tinggal satu minggu lagi sebelum aku memberi dia jawapan yang pasti tentang perasaan aku padanya.Tapi,jika aku memberi jawapan yang positif kepada Adli,adakah itu bermakna aku sudah betul-betul mampu melupakan Ryzal?Dan benarkah aku benar-benar ikhlas menerima Adli dalam hidup aku?

Minggu lepas aku dan Adli keluar ‘dating’.Bukan dating sangat pun tapi sekadar mengenal hati budi masing-masing.Entah kenapa bermula dari hari tu,aku mula ingin perhatikan dia.

“Penat ke?Takpe…baik untuk kesihatan.”Ujar Adli sambil tersenyum.Aku pulak hanya diam tidak beriak.Gila tak penat.Dah nak masuk sepuluh round dah ni.Berjoging keliling taman.Berdating apa macam ni.Ingatkan ajaklah pergi shopping ke,jalan-jalan ke,tak pun pergi main bowling.

“Awak tak suka ke saya ajak dating kat sini?Muka masam aje dari tadi.”Aku pantas menoleh ke arahnya.Dah dua kali macam ni.Macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam hati aku.

“Memang tak suka pun.Dahlah esok ada meeting.Mesti penat sampai ke besok.Kalau saya lambat bangun dan lambat pergi meeting esok,awaklah yang salah tau.”Yang anehnya bebelan aku mampu menerbitkan tawa di bibirnya.

“Jangan risau.Sayakan ada.Saya tolong kejutkan awak.Siap datang jemput lagi tau.Sayakan sayangkan awak.”Adli menghulurkan aku botol minuman yang baru diteguknya tadi.Erk…tak kuasa aku nak minum.

Terdengar keluhan berat terbit di bibir Adli.Aku tetap diam.

“Awak tak bencikan saya kan?”Pertanyaan Adli membuat aku terkedu.

“Kalau awak tak bencikan saya,tak boleh ke awak terima saya dalam hidup awak?Ada seminggu lagi.Hati awak masih tak berdebar-debar ke bila nampak saya muncul depan awak?Atau bila saya dah pergi tinggalkan awak,baru awak nak rindu kat saya?Hmm?”Saat itu,jantung aku terus berdegup lain macam.Pandanganku jatuh memandang wajah Adli.Mencari maksud di sebalik kata-katanya itu.

“Tapi jangan risau.Selagi tak sampai tiga minggu dan selagi Allah tak mengizinkan saya pergi,saya takkan pergi tinggalkan awak,Suha.Erm…jomlah kita balik.Pukul 10 nanti,saya kena bawa ibu pergi check-up kejap.”Adli bangun.Senyuman masih terlakar di wajahnya.Tanpa sepatah kata lagi,dia mula berjalan meninggalkan aku.

Aku bingung apabila ditinggalkan dengan kata-kata dia yang cukup bermakna itu.Adakah Adli sudah berputus asa untuk mengejar cinta aku?Adakah selepas 3 minggu aku tetap tidak menerima cintanya,dia betul-betul akan pergi dan tidak akan munculkan diri di hadapanku lagi?

  “Jauh termenung.Teringat kat pakwe ke?”Aku terperanjat dengan sergahan Adli itu.Dah tak pandai nak bagi salam ke apa.

“Tak reti nak bagi salam ke?”Aku mengurut dada.Menahan debaran di hati.

“Bukan tak reti.Tapi awak tu yang mengelamun jauh sangat.Saya dah bagi salam pun.Siap bagi cinta dan kasih sayang saya lagi tau.”Adli mula merapu.Aku hanya mencebik sambil meneruskan kerja buatku.Kalaulah dia tahu aku tengah fikir pasal dia tadi.

Adli melabuhkan duduk ke kerusi.Jari jemarinya kelihatan sibuk menekan telefon bimbitnya.Aku langsung tak berminat nak ambil tahu.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk.Lambat-lambat aku memeriksanya.Siapa pulak yang hantar mesej ni.

Sudi tak awak keluar lunch dengan saya? ^^

Aku mengerling Adli.Tak ada kerja ke apa dia ni.Dah duduk depan-depan pun lagi mahu mesej.Tak sempat aku bersuara,ada satu lagi pesanan masuk.Mesti dari Adli lagi.

Suha,I really miss u.And I still love u.

Aku tercengang.Tak mungkin aku semudah itu untuk melupakan nombor telefon milik dia.Ah…Kenapa dia hantar mesej macam ni.Yang anehnya,hatiku jadi sedikit terusik membaca luahan kerinduan daripada Ryzal.Masihkah aku merindui dan mengharap dia kembali kepadaku?

Tak sudi ke nak lunch dengan saya?Tiga minggu belum berakhir,Suha.

Sekali lagi mesej dari Adli menjengah masuk ke telefonku.Aku cuba lupakan mesej dari Ryzal tadi.Wajah tenang Adli ku tatap.

“Boleh tak kalau awak tak cakap pasal tiga minggu tu.Saya rimas tau tak?Tiga minggu,tiga minggu,tiga minggu… Awak macam nak paksa saya untuk terima awak.Lunchlah,joginglah,pergi tengok wayanglah tulah nilah… Saya rimas.Saya tak suka dan saya rasa awak memaksa saya!”Adli tersentak dengan tengkinganku.Redup saja pandangannya memandang aku.Ah!Yang aku pun satu.Kenapa nak naik angin pulak dengan dia.Maafkan aku,Adli…

“Kalau awak tak nak lunch dengan saya,just bagitahu aje.Tak perlulah awak naik marah macam ni.Saya tahu awak terpaksa.Tapi saya juga terpaksa untuk memaksa awak untuk terima saya.Sebab apa?Sebab saya yakin,saya mampu beri kebahagiaan pada awak.”Aku hanya diam.Tak mampu lagi untuk aku membalas pandangan Adli.Dengan suara lirih lelaki itu sudah cukup membuat aku yakin Adli sudah terasa hati dengan amarah aku tadi.

Tanpa kata Adli keluar dari ruangan itu.Dan aku tidak mmpu untuk memanggilnya lagi.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering nyaring.Serba salah untuk aku menjawab panggilan itu.Kerana mesej dari si pemanggil inilah aku sudah membuat Adli berkecil hati.


*********

Ryzal memandangku tanpa berkelip.Naik rimas aku dibuatnya.Namun,senyuman lelaki itu melahirkan rasa rindu dalam hati kecilku.Masihkah aku menyimpan perasaan padanya?

“Terima kasih sebab sudi keluar lunch dengan saya.Saya rindukan awak,Suha.Rindu sangat-sangat.”Luah Ryzal tanpa berselindung lagi.Hampir tiga bulan aku dan dia tidak bertemu mata.Selepas kejadian itu,aku akui bahawa aku memang sentiasa melarikan diri darinya.Tak sanggup aku bertentang mata dengan lelaki yang telah melukakan hati aku tanpa rasa belas itu.

“Saya tahu awak masih marahkan saya.Saya mengaku saya memang salah dalam soal ni.Saya berdosa dengan awak dan mak ayah awak.Maafkan saya,sayang…”Aku terkedu.Panggilan sayang daripada Ryzal itu membuatkan hatiku berdebar pula.Sayang?Masihkah ada sayang dalam hati aku untuk dia?

“Saya dah bercerai dengan isteri saya.”Sebaris ayat itu membuatkan aku tersentak.Wajah Ryzal ku tenung tajam.Benarkah apa yang diucapkan olehnya tadi?Bercerai?Di sebabkan oleh aku ke?

“Kenapa awak tak habis-habis menjadi duri dalam hati seorang perempuan,Ryzal?Cukuplah awak lukakan hati saya.Kenapa awak mesti kecewakan isteri awak?Kenapa sampai bercerai?Awak ingat kalau awak bercerai,dengan mudahnya saya terima awak balik?Hmm?”Aku mula bengang dengan sikap Ryzal.Terlalu mudah melepaskan tanggungjawab.Bagaimana pula dengan nasib anak-anaknya nanti?

Ryzal cuba menggamit tanganku namun pantas aku menepisnya. Dia mengeluh dalam diam.

“Antara saya dan dia dah tak ada cinta,Suha.Kami bertahan pun demi anak-anak.Tapi tak lagi selepas saya bertemu awak.Saya terlalu sayangkan awak.Saya dah jelaskan perasaan saya ni pada bekas isteri saya tu. Dia mintak saya ceraikan dia. Dia tak sudi bermadu.Apa lagi yang saya boleh buat?”

Aku tersenyum sinis.Senangnya lelaki ni berkata-kata.Bagaikan cinta itu ada tempoh masa.Bila sayang,teruskan.Bila benci,putuskan.Macam tu?

“Apa yang boleh awak buat ialah jaga hubungan awak dengan isteri awak tu.Ingat,Ryzal… Dia wanita pertama yang awak cinta.Ibu kepada anak-anak awak.Pasti dia punya banyak kelebihan sebab tulah awak pilih dia dan berkahwin dengan dia.Pertemuan antara kita adalah satu kesilapan,Ryzal.Saya mengaku,saya masih kecewa dan sedih dengan apa yang awak lakukan pada saya.Tapi saya bukan seorang yang sanggup hidup gembira sedangkan orang lain hidup menderita kerana saya.Saya rasa bersalah sangat dengan isteri dan anak-anak awak.Saya dah jadi punca keretakan hubungan kalian sekeluarga.Maafkan saya…Saya tak mungkin dapat terima awak lagi…”

Lega.Tenang.Itulah aku rasa sekarang.Aku dapat rasa bagaikan aku sudah melepaskan sesuatu beban yang terbuku di hati.Beban yang membelenggu diri aku selama berbulan-bulan ini.Akhirnya aku mampu melepaskan Ryzal pergi dari hidup aku.Aku takkan berpaling lagi.Ryzal bukan untuk aku.Dan aku bukan untuk Ryzal.

**********

Melangkah saja keluar dari lif,aku bertembung dengan Adli.Senyuman nipis ku lemparkan padanya.Namun,dia hanya diam tidak beriak.Menonong dia masuk ke dalam lif tanpa membalas senyuman aku apalagi menegurku.Sekali lagi aku berpaling memandangnya.Sebelum pintu lif tertutup rapat,aku cuba tersenyum lagi padanya.Hampa.Dia langsung tidak memandang aku lagi.

“Adli nak pergi mana tu,Lily?Macam nak cepat aje aku tengok.”Tanya aku pada Lily.Lily yang sibuk menaip berhenti buat seketika.

“Dia cakap dia ada hal sikit tadi.Jumpa klien kot.Kenapa kau tanya?Kau risaukan dia eh.”Lily tersengih.Aku pula pantas menggelengkan kepala.Buat apa aku risaukan dia.Tapi kenapa dia serius sangat petang ni?Pagi tadi elok aje.Hmm…

“Dahlah kau.Malas nak layan.”Aku melangkah masuk ke dalam bilik.Lily hanya mampu mengeluh hampa melihat reaksi aku.Lily juga tahu tentang lamaran mengejut dari Adli itu.Semuanya aku ceritakan pada sahabatku itu.Kata Lily,anggap saja Adli jodoh yang dihantar oleh Tuhan untuk aku.Terima saja lamaran lelaki itu.Lupakan kenangan lama.Hidup mesti diteruskan.

Cakap memang senang.Tapi hati ni memang degil.Sukar untuk aku menerima bulat-bulat lamaran Adli itu.Maaf,bukan mudah bagi aku untuk menerima kehadiran seorang lelaki tanpa aku kenal dia luar dan dalam.Walaupun aku nampak kesungguhan Adli,tapi bagi aku selagi hati aku tidak bergetar tatkala melihat wajahnya dan hati ku tidak merinduinya siang dan malam,aku rasa Adli bukanlah jodoh aku.

Aku cuba memberi fokus untuk memulakan kerja yang tertangguh tadi.Tapi apabila mengenangkan pertemuanku dengan Ryzal tengah hari tadi,hati aku jadi berbolak balik lagi.Ya Allah,buangkan ingatku pada dia.Aku dah reda melepaskan dia.Walau sedalam mana pun cinta Ryzal pada aku,aku tidak ingin kembali kepadanya lagi.Entahlah.Rasa cinta dan sayang aku pada Ryzal bagaikan sudah luntur hampir seratus peratus.

Bayangkan saja.Ryzal sanggup mencari cinta lain sedangkan dia masih terikat dengan perkahwinan.Ryzal sanggup bercerai pula dengan isterinya kerana katanya dia sudah tidak mencintai isterinya lagi.Habis tu agak-agaknya apa pula nasib aku nanti bila dah kahwin dengan dia.Adakah di saat cinta kami makin suram,Ryzal akan mencari cinta lain?Atau adakah Ryzal akan menceraikan aku atas alasan sudah tiada cinta dia buatku?Hmm…Semurah itu rupanya makna cinta pada Ryzal.

Berbeza dengan Adli.Aku tidak tahu banyak benda tentang lelaki tu.Yang aku tahu,ibu Adli sekarang sedang terlantar sakit.Tidak pula aku dipelawa untuk menziarahi ibunya itu.Adli juga seperti banyak berahsia.Yang lelaki itu selalu sogokkan pada aku adalah “tiga minggunya”.Tiga minggu untuk buat aku jatuh cinta padanya.Semudah itu?

Pening aku memikirkan tentang kedua-dua lelaki ini.Dua-dua bagaikan hanya mementingkan diri.Langsung tidak memikirkan aku.Perasaan aku.Hmm…

**********

Keesokan harinya aku diajak keluar oleh Adli.Katanya,dia ingin memberitahuku sesuatu yang penting.Dan seperti dua minggu perkenalan kami,tempat ‘dating’ kami sudah pasti di taman.Tapi kali ini mujurlah Adli tidak mengajak aku berjoging lagi.

“Ada lima hari lagi sebelum tiga minggu tu berakhir.Awak mesti masih belum ada keputusan kan?”Suara Adli kedengaran agak kecewa.Aku hanya mampu angguk perlahan.Syukurlah kalau lelaki itu faham keadaan aku sekarang.

Adli bangun.Dia berdiri membelakangi aku.Yang pasti,sejak dari tadi lelaki itu bagaikan menghindarkan pandangan matanya dari memandang mataku.Apa yang tak kena dengan mamat ni ya.

“Selama lima hari ni saya janji,saya takkan munculkan diri depan awak lagi.Saya akan bagi awak ruang untuk buat keputusan semasak-masaknya.Tiada paksaan lagi,Suha.”Ujar Adli tenang.Aku pula agak terpana mendengar keputusan yang dibuatnya itu.

“Maksud awak?”Ringan saja mulut aku bertanya.Aku betul-betul ingin tahu kenapa Adli buat keputusan seperti itu.Bukankah lelaki itu pernah berjanji yang dia takkan mengalah sebelum tiga minggu berakhir.

“Sebab saya tak nak awak keliru dengan perasaan awak.Dan memang silap saya sebab terlalu yakin yang selama ni awak single.Rupa-rupanya awak dah ada teman istimewa.”Aku tercengang.Teman istimewa?Siapa?

“Saya tak faham maksud awak,Adli.Teman istimewa apa pulak ni.”

“Semalam saya nampak awak dengan seorang lelaki.Maafkan saya sebab dah intip awak.Siapa lelaki tu,Suha?Kenapa dia berani sangat nak pegang tangan awak?Dia suami awak ke?”Cukup jujur dan polos soalan yang dilontarkan oleh Adli.Ada nada cemburu di sebalik air mukanya saat itu.

Kini aku mula pasti siapa yang dimaksudkan oleh Adli tadi.

“Antara saya dan dia tak ada apa-apa hubungan.Dan awak jangan nak intip saya lagi.Faham?”Aku sengaja menegaskan suaraku.Pandai-pandai dia aje intip orang.

“Tapi awak pernah ada hubungan dengan dia kan?Nasib baik saya tanya Lily dan Lily dah ceritakan semuanya pada saya.”Adli memandang wajahku.Anak mata kami bertembung.

“Mungkin sebab tu sukar untuk awak menerima saya,kan?Kalaulah saya tahu awak baru putus cinta,saya takkan paksa awak,Suha.Maafkan saya….”Aku terdiam.Sekali lagi Adli bagaikan cukup memahami aku.Jadi maksudnya seandainya dia tahu mengenai kes putus cinta aku dengan Ryzal dari awal,dia tidak akan memaksa aku untuk segera membuat keputusan mengenai lamarannya itu?Begitukah?Tapi bukankah aku dah bagitahu dia mula-mula dulu.Aku sudah tidak percaya dengan cinta.Tidakkah Adli faham dengan maksud aku ketika itu?

“Pasti sukar bagi awak untuk buat keputusan,kan?Baru putus cinta dah saya suruh awak terima cinta saya.Maafkan saya… Saya takkan ganggu awak lagi.Lamaran saya tetap diteruskan.Tapi awak ambillah masa.Mungkin selama lima hari ni insyaAllah awak akan dapat jawapannya.”Kata-kata Adli menenangkan hati aku.Lelaki itu memang bukan seorang pemaksa.

“So,itu aje yang saya nak bagitahu awak.Jom saya hantar awak balik.Mungkin yang terakhir kali saya hantar awak balik.”Adli tersenyum.Dan aku pula mula rasa lain macam.Kali terakhir?Sepertinya lelaki itu sudah merajuk dengan aku.

“Betul awak takkan ganggu saya selama lima hari ni?Tapi awak kata,awak nak cuba pikat saya.”Malu pula untuk aku berkata seperti itu.Tapi aku sudah pun terlajak kata.Aku menanti jawapan dari Adli.

“InsyaAllah,Suha.Saya takkan ganggu awak lagi selama lima hari ni.Saya nak bagi awak ruang untuk berfikir.Tapi Suha.Yakinlah tentang satu perkara.Saya betul-betul ingin memperisterikan awak.Sebab saya cintakan awak.Saya mampu bahagiakan awak.Tapi kalau awak memang tak boleh terima saya,saya redha.Saya akan lepaskan awak…”Adli bangun lalu meninggalkan aku di situ.

Lama aku memandang langkahnya.Dia tidak berpaling lagi.Benarkah lelaki itu redha dan ikhlas membuat keputusan seperti ini?Kenapa aku rasa sedih dengan keputusan yang dibuat olehnya tadi?Bagaikan aku bakal kehilangan dia.Ya Allah…apa sebenarnya ada dalam hati aku sekarang?Berikan aku petunjuk-Mu,wahai Tuhanku…

***********

Lima hari sudah berlalu.Dan aku tak sangka hidup aku jadi keluh kesah memikirkan si dia.Rindukah aku padanya?Adli benar-benar mengotakan janjinya.Selama lima hari ini dia langsung tidak menegurku lagi.Dia bagaikan melarikan diri dari aku.Setiap kali bertembung,pasti dia akan larikan diri tak pun pura-pura sibuk.Dan aku bagaikan rasa kehilangan.

“Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan Adli tu.Simptom-simptom jatuh cinta memang aku nampak kat diri kau sekarang,Suha.Alhamdulillah akhirnya Suha kembali menemui cinta.”Lily mengangkat tangan lalu mengaminkannya ke muka.Dia tersenyum saja memandang aku.

Yang peliknya aku tak mampu lagi nak menafikan dan menyangkal kata-kata Lily.Benarkah aku dah jatuh cinta?Dalam masa tiga minggu,aku dah jatuh cinta dengan Adli?Semudah tu?

“Tapikan Suha.Dah dua hari dia tak datang ofis.Bos cakap dia EL.Entah apa yang emergency sangat tu ek.Mungkin dia masih merajuk dengan kau tak.Tulah kau.Aku suruh call dia kau tak nak.Dia mesti tengah tunggu kau call dia.Kan hari ni genap tiga minggu…”Aku memandang Lily.Benarkah Adli menunggu panggilan dari aku?Tapi…bukankah dia sendiri yang cakap dia akan datang jumpa aku selepas tiga minggu itu berakhir.Ke manakah lelaki itu menghilang?

“Entahlah Lily.Mungkin dia tak serius dengan apa yang dia cakap tu.Sepatutnya dia datang jumpa aku lepas tiga minggu ni.Hmm…mungkin dia dah betul-betul tinggalkan aku.Sebab aku susah sangat nak terima dia.”Aku mula pasrah.Sakitnya terluka kerana cinta kembali terasa di hati.Bila aku mula sayang dia,ini pula yang terjadi.

“Rilekslah,Suha.Kau jangan buat kesimpulan dulu.Mungkin dia ada hal.Nanti kau try mesej dia ke.Tanya dia kat mana sekarang.Lagi baik kalau kau call dia.Okey?Janganlah sedih-sedih.Kau sepatutnya happy sebab hati kau dah terbuka lagi untuk seorang lelaki.Dan aku amat-amat sokong kau dengan Adli.Korang berdua akan jadi sweet couple tau.”Lily berkata ceria.Kami saling berpelukan.Terharu aku dengan sokongan yang diberikan oleh Lily.

“Aku harap pilihan aku kali ni tepat,Lily.”Bisikku perlahan.Benar-benar aku tak sangka aku mampu buat keputusan seperti ini.Dek kerana rasa kehilangan dan rasa rindu padanya,aku akui yang aku mula sukakan Adli.Mungkinkah nama aku dan dia sudah tercatat dia Lohmhafuz?Adli,saya terima lamaran awak….Itu saja yang aku nak ucapkan padanya.Pasti dia akan sangat gembira dengan jawapan dari aku ini.

*********

Telefon bimbitku berdering nyaring.Tertera nama Ryzal pada skrin.Ah!Apa lagi dia nak dari aku?Dalam keadaan genting seperti sekarang tak mungkin aku sesakkan kepala otak aku fikir tentang Ryzal lagi.Adli menjadi keutamaan aku sekarang.

Sungguh aku merasa sangat kecewa dan sedih dengan permainan Adli.Kenapa lelaki itu sanggup menipu aku sampai macam ni sekali?Aku terkejut bukan kepalang tatkala Encik Malik,bos aku mengumumukan sesuatu di bilik mesyuarat tadi.Saat itu aku rasa bagai mahu pitam.

“Baiklah semua.Korang semua mesti tertanya-tanya kenapa Adli tak ada bersama-sama kita dua tiga hari ni kan?”Encik Malik berkata serius.Aku memasang telinga untuk mendengar cerita dari Encik Malik.Kenapa pulak Encik Malik menyebut-nyebut nama Adli?

“Sebenarnya dah tiga hari Adli dimasukkan ke hospital.Dia sakit.Esok dia akan menjalani pembedahan hati.Dan saya harap kita semua mendoakan operation tu berjalan dengan lancar dan Adli kembali sihat seperti sedia kala.”

Aku terkejut bukan kepalang.Tanpa berfikir panjang aku terus meluru keluar dari bilik mesyuarat.Destinasiku hanya satu.Aku ingin menemui Adli.Benarkah lelaki itu sedang dirawat di hospital?Pembedahan hati?Adakah Adli ada barah hati?Tapi bukankah lelaki itu cakap ibu dia yang sakit dan sedang terlantar.Ya Allah,adakah Adli sengaja menipu aku?

Sebaik saja sampai di perkarangan hospital,aku terus meluru ke kaunter untuk bertanyakan pesakit yang bernama Adli.Aku diminta ke tingkat dua.Laju saja kakiku melangkah ke lif.Dalam hati,aku berdoa agar ini semua bukan satu reality.Aku rela andai ini satu mimpi.

Aku tercari-cari nombor bilik Adli.Akhirnya aku menemuinya.Terdapat seorang perempuan separuh usia sedang menunggu di kerusi di luar bilik Adli.Adakah ini ibu Adli?

“Assalamualaikum,mak cik.”Aku memberi salam.Perempuan tua yang sedang tertunduk memandang lantai mendongak memandang wajahku.Mata kami bertembung.

“Waalaikumussalam,nak.Ya,boleh mak cik bantu?”Tanya perempuan itu pula.Dia tersenyum.Dan senyuman dia membuat aku teringat pada Adli.Muka mereka juga agak seiras.

“Mak cik ni ibu Adli ke?Saya Suha,kawan sepejabat dia.”Aku bersalaman dengan ibu Adli.Aku yakin wanita tua ini memang ibu Adli.

“Ya,nak.Mak cik ibu Adli.Panggil aje Mak cik Fatimah.Suha,ya?Suha datang jenguk Adli ke?Masuklah.”Mak cik Fatimah bangun.Namun aku segera menghalangnya.Masih ada sesuatu yang harus aku tanyakan dulu pada ibu Adli sebelum aku menemui lelaki itu.

“Erm,mak cik.Boleh saya tanya mak cik sesuatu?”Mak cik Fatimah memandang ku pelik.Namun,akhirnya dia menganggukkan kepalanya.

“Dah lama ke Adli sakit?Kenapa dia tak pernah bagitahu saya apa-apa.Dia cakap,mak cik yang sakit.Makcik yang terlantar sakit kat rumah.Dan hari ni saya dapat tahu esok Adli bakal dibedah.Apa semua ni,makcik?Saya tak faham…”Aku meluahkan rasa hatiku.Aku benar-benar tak faham dengan apa yang berlaku.Aku tengok selama ni Adli baik-baik saja.Tak pernah pulak lelaki tu kelihatn pucat atau mengadu sakit.

Mak cik Fatimah memegang tangan aku kemas.Dipeluk tubuhku dengan penuh kasih.Aku kaget.Adakah Makcik Fatimah tidak sanggup menceritakan penyakit Adli kepadaku?Serius sangat ke sakit Adli tu?

“Maafkan Adli,Suha.Dia terpaksa bohong dengan Suha.Sebab dia terlalu sayangkan Suha.Hmm…Suha pergilah tanya dia sendiri.Suha dengar sendiri cerita yang sebenar-benarnya dari dia.”Sungguh aku tidak mengerti erti di sebalik kata-kata Makcik Fatimah.Adli terpaksa berbohong dengan aku?Berbohong tentang penyakitnya?Tapi kenapa?

Akhirnya aku akur untuk melangkah masuk ke dalam bilik.Hatiku berdebar-debar tak menentu.Bagaimanakah keadaan Adli sekarang?Adakah lelaki itu sedang terbaring kaku?Ya Allah,selamatkanlah Adli.Sembuhkan dia ya Allah.Bukan begini penamat cinta aku yang baru saja ingin bermula.

Langkah kakiku sudah mencecah bilik yang menempatkan Adli.Suasana hening sahaja.Mataku terpandang pada satu jasad manusia yang sedang terbaring sambil memejamkan matanya.Wajahnya pucat tidak bermaya.Saat itu hatiku mula menangis.Adli yang terbaring di atas katil sekarang sudah tidak seperti Adli yang aku kenal tiga minggu yang lalu.Begitu ketara perubahannya.

Lama aku memerhati wajah pucat Adli.Aku tak mampu mengeluarkan sebarang kata.Hanya air mata yang mengalir dari tubir mataku.Apakah penyakit Adli?Kenapa keadaan lelaki itu teruk benar?

“Suha?Apa awak buat kat sini?”Adli yang baru mencelikkan matanya terus menyapa aku.Cepat-cepat aku mengesat air mata yang mengalir di pipiku.Aku tak nak Adli melihat aku menangis melihat keadaannya.Dalam diam aku bagaikan ingin tampak kuat di hadapannya.Menerima takdir ini dengan hati yang tabah.

“Kenapa?Kenapa awak rahsiakan hal ni dari saya,Adli?”Aku bertanya dengan suara yang bergetar.Rasa kesian,simpati,sedih dan marah bagaikan bersatu dalam hati aku sekarang.

Adli tersenyum saja.Senyuman yang selalu dilemparkan olehnya pada aku.Sungguh aku rindukan senyumannya itu.Mungkinkah selepas ini aku berpeluang menatap senyuman itu lagi?

“Maafkan saya Suha.Semuanya berlaku tanpa saya rancang.Sejujurnya saya tak ingin membenarkan hati saya mencintai mana-mana wanita lagi.Sebab saya tahu,saya tak mungkin dapat bahagiakan wanita itu sehingga ke akhir hayat saya.Tapi….”Tak sempat Adli menyambut kata,tiba-tiba saja dia terbatuk-batuk.Jelas Adli menahan sakit.Betapa sedihnya aku melihat keadaannya saat itu.Aku tak mampu membantunya.

“Tapi Suha…Hati saya ni tetap degil untuk cintakan awak.Walaupun saya tahu hati saya takkan berfungsi lagi lepas ni,saya tetap nak cintakan awak.Saya tetap ingin bersama awak.Maafkan saya sebab dah bagi awak harapan.Maafkan saya sebab dah bohong awak.Bukan mak saya yang sakit.Tapi saya.Saya yang tak berdaya…”Saat mataku melihat mata Adli mula berkaca,aku tak mampu berdiri di hadapannya lagi.Kakiku pantas melangkah keluar dari situ.

Aku dapat melihat kesengsaraan dan penderitaan melalui matanya tadi.Tapi kenapa selama ni aku langsung tak nampak semua tu?Adakah kerana aku terlalu cuba menghindarkan diri darinya?

 Dan sekarang,baru aku sedar yang aku cintakan dia.Dan keputusan aku takkan berubah setelah melihat keadaanya sekarang.Tapi mampukah aku sama-sama menanggung keperitan hidupnya ini sedangkan pada akhirnya hidup aku yang bakal menderita kerana kehilangannya?Mampukah aku?

“Suha…”Aku berpaling.Berdiri Adli di hadapanku.

“Kenapa awak datang sini?Awak perlukan rehat,Adli.Jom saya bawa awak masuk bilik.”Air mata yang bersisa di pipiku dikesat laju.

“Kenapa awak lari tadi?Awak…awak tak boleh maafkan saya?Atau awak masih tak mampu menerima cinta saya?Hmm?”Adli bertanya soalan yang amat sukar untuk aku jawab.Dalam keadaan sekarang soal hati dan perasaan tidak penting.Yang penting Adli harus sembuh seperti sedia kala.

“Awak kena rehat Adli.Jangan banyak bergerak.Esok kan awak ada operation.”Aku terpaksa mengalih tajuk.Aku tak mampu menjawab pertanyaan tadi.Aku takut memberi jawapan yang terburu-buru.Tapi yang pasti,aku dah maafkan dia.

“No!Jawab soalan saya dulu.Awak cintakan saya atau tak?Tiga minggu dah berakhir Suha.Hari ni,saya datang tuntut jawapan dari awak.Tolong bagitahu saya sekarang,apa jawapan awak.Terima saya atau tolak saya buat selamanya…” Mendengar suara lirih Adli dan melihat betapa berharapnya lelaki itu sekarang,aku jadi terdiam.Sungguh aku tak mampu menjawab soalannya.

“Kenapa awak diam?Kenapa?!Keputusan awak berubah selepas tahu keadaan saya sekarang.Hmm?Awak tak sudi terima lelaki yang berpenyakit dan bakal mati ni ke?Hah?!Jawab,Suha.Jawab!”Buat pertama kalinya aku dijerkah oleh Adli.Dengan keadaan lelaki itu yang sakit begini aku tak menyangka Adli punya kekuatan untuk menengkingku.

“Awak jangan nak memperkecilkan perasaan saya,Adli.Ya,saya mengaku saya dah jatuh cinta dengan awak.Awak Adli.Awak!Tapi buat masa sekarang,kesihatan awak lebih penting.Saya akan ada untuk awak.Saya akan jaga awak sampai awak sembuh.”

“Tak!Saya tak perlukan semua tu.Saya nak awak terima saya dalam hidup awak.Kahwin dengan saya.Please….”Adli duduk melutut seperti gaya sedang melamar.

“Bangun,Adli.Jangan macam ni.Please…”Aku memaksa Adli bangun.Namun,lelaki itu tetap berkeras.

“Kenapa depan Lily awak cakap awak nak kahwin dengan saya?Kenapa awak tak boleh cakap semua tu depan saya aje?Hmm?”Terdongak Adli memandangku.

Aku bingung apabila nama Lily disebut-sebut olehnya.Atau itu bermaksud Lily dah…

“Suha,terima ajelah si Adli tu.Kesian kat dia tau.Penat dah duduk macam tu.”Tiba-tiba ada suara menyapa.Aku cukup kenal suara serak-serak basah milik Lily itu.

Berdiri Lily dan Makcik Fatimah sambil tersenyum ke arahku.Aku memandang mereka dengan penuh tanda tanya.

“Apa kau buat kat sini,Lily?”Aku tak sangka Lily dan Makcik Fatimah mampu tersenyum bilamana keadaan Adli seperti ini.

Lily menghampiriku.Dipeluk tubuhku erat.

“First of all aku nak mintak maaf dengan kau,Suha.Aku dah terbocorkan rahsia kau kat Adli.Aku dah bagitahu dia yang kau cintakan dia.Dan kau nak kahwin dengan dia.”Takut-takut Lily bersuara.Aku masih bingung.Apa maksud Lily sebenarnya?

“Apa kau merepek ni,Lily?Aku…aku tak fahamlah.”Aku menoleh pula ke arah Makcik Fatimah.Wanita tua itu datang ke arahku lalu memeluk tubuhku penuh kasih.

“Terima kasih Suha sebab sudi terima Adli dalam hidup Suha.Makcik gembira sangat sebab akhirnya Adli kahwin jugak dengan pilihan hati dia.Dan orang itu adalah Suha.”Makcik Fatimah berkata dengan nada cukup gembira.

Adli berdiri di hadapanku.Mata kami saling berpandangan.

“Saya tak sakit,Suha.Semua ni hanya lakonan.Dan semua ni berlaku baru pagi tadi.Baik awak tanya Lily.Sebab dia yang rancang semua ni.”Aku memandang Lily.Kelihatan Lily menjegilkan matanya ke arah Adli.Bagaikan marah dengan lelaki itu?Ah…Apa kena dengan diorang ni?Lakonan?Lakonan apa?

“Suha…Aku minta maaf.Aku buat semua ni sebab aku tak tahan tengok kau termenung tunggu panggilan dari Adli beberapa hari ni.Kau sedar tak yang kau tu dah angau?Tapi kau ego,kau tak nak mengaku kau suka kat dia.So,aku tolonglah bagitahu Adli yang kau suka dia.”Mendengar cerita Lily membuatkan muka aku tiba-tiba membahang.Hatiku juga mula panas.

“Habis tu kenapa pulak awak pura-pura sakit?”Soalanku terarah pula untuk Adli.Adli memeluk tubuh tegapnya dengan selamba.Bibirnya menjuih ke arah Lily.Pasti Lily ada jawapannya.

“Aku yang suruh Adli pura-pura sakit.Sebab aku nak kau mengaku yang kau cintakan dia.Kau perlukan dia,Suha.Mengaku ajelah.Adli sebenarnya nak datang jumpa kau tadi,tapi aku yang rancang supaya dia pura-pura kena tahan di wad.Bos pun aku suruh berlakon sama.Makcik Fatimah pun join sekaki.Huhuhu…Aku minta maaf Suha.Aku tahu aku dah melampau.Tapi aku Cuma nak kau bahagia dengan lelaki pilihan kau.”

Sungguh aku terharu dengan keprihatinan Lily itu.Pasti Lily sudah tidak sanggup melihat aku bersedih.Tapi takkanlah sampai berlakon macam ni.Rasa macam Bang Bang Boomlah pulak.

“Kau ingat ni Bang bang boom ke Lily oi!Sampai hati kau jadi tok dalang.Awak pun sama,Adli.Semuanya nak kenakan saya kan?”Hatiku terasa lapang kini.Syukurlah semua ini hanya satu lakonan.Seandainya ini semua satu reality,mungkin aku tak sanggup untuk berdepan ini semua.Aku perlukan Adli dalam hidup aku.Lima hari aku tak bertemu dengannya telah mengajar aku erti rindu.Mengetahui keadaan dia yang ‘sedang tenat’ membuat aku semakin takut kehilangan dia.21 hari aku mengenalinya membuatkan aku sedar hati aku masih bernyawa dan memerlukan cinta dari seorang yang bernama lelaki.

*************


Tiga minggu kemudian.

  Sedang aku terleka membaca novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha,tiba-tiba saja telefon bimbitku berdering nyaring.Ku capai telefon yang terletak di penjuru meja itu.Melihat saja nama Adli tertera di skrin telefon,aku terus menekan butang hijau.Hatiku sungguh gembira menerima panggilan darinya.

“Helo assalamualaikum…”Ucapku penuh sopan.

“Waalaikumussalam,sayang.Sayang tengah buat apa tu?”Tanya Adli dihujung talian.Aku terkesima mendengar dia memanggilku ‘sayang’.Pertama kalinya Adli memanggil aku seperti itu.Dan aku merasa cukup gembira dengan panggilan manja itu.

“Sayang?Salah nombor ke apa ni ek?”Aku bercanda.Terdengar tawa Adli saat itu.Aku turut tergelak sama.

“Bukan salah nombor.Tapi saya sedang praktis panggil awak sayang.Esok bila dah kahwin takdelah malu-malu kucing sangat.”Adli menjawab dengan tawa masih bersisa.Kedengaran suaranya cukup gembira.Aku gembira bila dia gembira.

Mengenangkan hari esok,aku bertambah-tambah gembira.Selepas tiga minggu berlalu,akhirnya aku dan Adli akan disatukan dalam ikatan yang sah.Tiada lagi keraguan dalam hati aku.Aku menerima Muhammad Adli Kamal dengan seikhlas hatiku.Moga-moga hari esok dapat menjadi hari terindah dalam hidup kami berdua.

“Awak tengah buat apa tu?Berangan kita bersanding atas pelamin ke?”Tanya Adli.

“Tak kuasalah nak berangan-angan ni.Esokkan benda tu akan jadi kenyataan.Saya tengah layan jiwa dengan membaca novel.Tenangkan fikiran.”Aku menjawab sambil fikirannya menerawang berangankan pernikahan antara aku dan Adli esok.Kami bakal dinikahkan di masjid.Sehari selepas bernikah,majlis resepsi bakal dilangsungkan di hotel yang sudah kami tempah.Tidak terlalu mewah,bersederhana sahaja.

“Kenapa Suha?Hati awak tak tenang ke?Erm…awak fikir apa lagi?Masih keliru ke?”Suara Adli mula kedengaran serius.Aku bungkam.Bukan itu maksud aku tadi.

“Eh bukan macam tu maksud saya,Adli.Saya mengaku,saya memang tak sabar tunggu hari esok.Saya tak sangka dalam sebulan lebih aje semua ni berlaku pada saya.Inilah yang dinamakan jodohkan.Terima kasih kat awak sebab awak sudi bersabar menunggu jawapan dari saya.”Sungguh aku merasa bersyukur kerana Adli tidak cepat berputus asa dalam meraih cintaku.Lelaki itu memang seorang yang bersemangat waja.

“Saya yang sepatutnya perlu ucap terima kasih.Terima kasih sebab awak sudi kahwin dengan saya.Sudi jadi suri di hati saya.Erm…sayang…”Sekali lagi Adli memanggilku dengan panggilan itu.

“Ya…”Malu-malu pula aku menjawabnya.

“Boleh saya jumpa awak malam ni?Saya ada sesuatu nak hadiahkan kat awak.Hadiah ni terlalu istimewa untuk awak.”Ujar Adli dengan suara berharap.

Aku sempat menjeling jam di dinding.Ah…Mana boleh jumpa sekarang.Dah jam 12.30 pagi.Memang tak eloklah kalau kami berjumpa.Esokkan nak kahwin.

“Alah esokkan kita jumpa.Hadiah tu awak simpan bagi kat saya esok ya?”Lama Adli diam.Adakah lelaki itu merajuk dengan jawapan dariku tadi?

Terdengar keluhan darinya.“Baiklah kalau macam tu.Tapi kalau saya nak dengar awak panggil saya abang boleh tak?Just once.Bisik kat telinga saya ni yang awak cintakan saya.Abang,Suha cintakan abang.Boleh?”Sekali lagi aku terpana.Macam-macam pula permintaan Adli malam ni.Tak menyempat.Aku tersenyum sendirian.

“Sebelum tu boleh saya dengar awak dulu yang ucap awak cintakan saya?”Aku sengaja meminta.

“Abang cintakan Suha.Cinta pandang pertama.Suha mungkin bukan cinta pertama dalam hati abang,tapi Suhalah cinta terakhir dalam hati abang ni.Percayalah…”Hatiku sebak mendengar luahan cinta dari Adli.Bisikan cintanya menusuk ke dalam hatiku yang paling dalam.

“Suha…Suha pun cintakan aa…abang.”Tap!Sekelip mata aku putuskan panggilan.Terasa mukaku membahang.Buat pertama kalinya aku memanggilnya abang dan membahasakan diriku Suha.Terasa indahnya hidup ini apabila kita tahu kita bakal disatukan dengan seseorang yang kita cintainya.Moga-moga cinta ini akan terus berkekalan selamanya.

************


Langkahku terasa amat berat.Dalam hati aku berdoa kepada Ilahi agar ini semua sebuah lagi lakonan yang dilakonkan oleh Adli.Ya Allah,aku tak sanggup untuk hadapi semua ini.Izinkan kami berdua mengecapi kebahagiaan itu.

Semakin aku hampir dengan wad ICU,semakin jelas terpancar kesedihan pada wajah Makcik Fatimah.Dengan baju pengantin masih utuh membalut tubuh,aku melangkah mendekati wanita tua itu.Aku cuba menahan air mata dari berguguran membasahi bumi.Aku tidak ingin percaya dengan apa yang aku dengar tadi.

“Suha,Adli accident.Sekarang kami kat hospital.Keadaan dia kritikal,Suha…”

Kata-kata Makcik Fatimah masih terngiang-ngiang di benakku.Di saat aku sudah bersedia menunggu Adli di masjid,panggilan keramat itu aku terima dari Makcik Fatimah.Sungguh aku tercengang buat seketika tatkala mengetahui perkara itu.Namun,hatiku cuba menafikan semua itu kerana aku berasa mungkin saja sekali lagi Adli ingin mempermainkan aku.Aku rela dipermainkan seribu kalipun jika itu mampu menjamin Adli masih ada di sisiku nanti.

Tapi kini,melihat wajah Makcik Fatimah yang sudah lencun dengan air mata,aku tak mampu berkata apa lagi.Hatiku mula gelisah dan takut kehilangan insan yang aku sayang itu.Adli.

“Adli,Suha…Adli…”Hanya itu hanya terkeluar dari bibir Makcik Fatimah.Tubuhku dipeluk kemas.Dia menangis di bahuku.Tak terdaya lagi aku menahan air mata dari mengalir keluar.Adakah sudah sampai masanya aku menerima hakikat bahawa Adli sedang bertarung nyawa di dalam sana?Di hari penikahan kami Allah telah menguji ujian yang paling berat ini.Ya Allah,apakah hikmah di balik semua ini?

Saat pintu wad kecemasan itu terbuka,aku takut untuk memandang ke arah jasad manusia yang dibawa keluar itu.Aku tak mampu mendongakkan mukaku memandang ke sekeliling sekalipun.Sebab aku tahu,Adlilah yang dibawa keluar.

“Adli!!!Adli bangun sayang.Bangunnn…”Teriakan Makcik Fatimah semakin meyakinkan aku.Adakah ini pengakhiran kisah aku dan Adli?

“Adli!Jangan tinggalkan ibu,nak…Ibu dah tak ada siapa-siapa lagi kat dunia ni.Adliiiii….”Makcik Fatimah bagaikan tidak mampu menerima kenyataan itu.Dengan kekuatan yang masih bersisa,aku menguatkan diri bangun untuk menatap wajah ‘dia’ buat kali yang terakhir.

Air mata semakin deras menitis.Pucat,lesi dan tak bermaya lagi wajah Adli saat itu.



“Boleh saya jumpa awak malam ni?Saya ada sesuatu nak hadiahkan kat awak.Hadiah ni terlalu istimewa untuk awak.”

“Abang cintakan Suha.Cinta pandang pertama.Suha mungkin bukan cinta pertama dalam hati abang,tapi Suhalah cinta terakhir dalam hati abang ni.Percayalah…”

Semalam adalah kali terakhir aku mendengar bisikan cintanya.Bisikan yang menyapa lembut ke telinga hingga meresap ke dalam hati aku.Ya Allah,kenapa dia pergi tinggalkan aku?

“Tapi jangan risau.Selagi tak sampai tiga minggu dan selagi Allah tak mengizinkan saya pergi,saya takkan pergi tinggalkan awak,Suha.”

Kini Allah telah mengizinkan awak pergi dari saya,Adli.Mampukah saya menanggung kehilangan cinta buat kali yang kedua ini?Awak ajarkan saya cinta.Awak ajarkan saya rindu.Tapi kenapa awak tak ajar saya apa itu erti melepaskan orang yang kita cintai setulus hati kita?Inikah takdir kita?

“Maafkan saya,cik.Dua bentuk cincin ni ada bersama dengan arwah tadi.Dalam genggaman dia.”Huluran doktor lelaki itu aku sambut lemah.Cincin?Adakah ini hadiah istimewa yang ingin diberikan oleh Adli kepada aku semalam?

Cincin zamrud biru itu ku tatap lama.Terukir nama ADLI dan nama SUHA pada cincin itu.Kedua-dua terukir dalam tulisan jawi.Saat itu aku mula sedar,Adli sudah menunaikan permintaan aku.

“Awak nak cincin yang macam mana?Kalau ada berlian okey tak?”Tanya Adli sambil tersenyum ke arahku.Kami bersama-sama sedang memilih cincin.

“Tapikan cincin kahwin kitakan ibu awak dah sediakan.So,tak payahlah beli cincin lagi.Tapi yang saya pelik,kenapa awak bawak saya kat sini hari ni.Cincin dah beli…”Aku membalas senyuman Adli seadanya.

“Itu cincin ibu.Ini cincin kita.”Jawab Adli pendek.Aku tak hiraukan kata-katanya saat mataku terpandang ke arah sepasang cincin zamrud berwarna biru yang terukir nama dalam tulisan jawi.Cantik.Sangat cantik.Tapi mesti mahal.Lagipun cincin ibu Adli kan dah ada.Ibu berharap benar aku guna cincin tu nanti.

“Awak suka cincin tu ke?”Tanya Adli tiba-tiba.Aku kaku tak mampu memberi sebarang reaksi.Memanglah suka.

“Jomlah kita pergi tempat lain pulak.Tengok baju pengantin kita.Okey?”Aku melangkah keluar dari kedai emas itu.Saat aku toleh ke belakang,aku melihat Adli sedang bercakap dengan tauke kedai itu.

“Awak cakap apa dengan tauke tu?”Aku bertanya apabila dia menghampiriku.Seperti biasa Adli hanya tersenyum.

“Sebelum saya pergi,saya dah tempahkan cincin tadi tu untuk awak.Entah sempat ke tak kita pakai masa kita akad nikah nanti.Cincin tu kena tempah dulu.Berdoalah saya mampu sarungkan cincin tu kat jari manis awak nanti.Cincin tu khas untuk awak,Suha.”

Aku terjelepuk jatuh ke lantai. Mata ini hanya mampu menangis. Betapa hati aku cuba menafikan hakikat ini,Adli tetap sudah pergi meninggalkan aku.Kau telah pergi.Dan akhirnya aku sendiri lagi.

CINTA... Jangan pergi. Walau ku meminta berulangkali untuk kau tidak menjauh dariku. Aku harus pasrahkan hati bahawa kau benar-benar telah pergi dariku....

TAMAT