Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
,,,Aku Bukan Novelis,,,
90
Like.
140
Comment.
15
Share.
Tersengih
seorang diri Suria melihat apa yang terpapar pada skrin laptopnya. Terasa
kenyang serta-merta walaupun dia belum lagi makan malam. Kalau ini
‘pemandangan’ yang bakal dia lihat setiap hari, mahu tidur dalam senyuman dia
macam ni.
Terasa
berbaloi sangat bila dia dah penat-penat tulis dan reka jalan cerita yang lain
dari yang lain, para pembaca pula dengan supportivenya menyokongnya. Dia happy dua kali ganda jadinya.
Sudah
hampir 2 tahun Suria Wahid menjadi penulis novel. Atau lebih glemer digelar novelis! Dengan
menggunakan nama pena Surialicious, dalam dua tahun menjadi novelis separuh
masa, Suria berjaya menerbitkan empat buah novel. Bayangkan dua tahun dalam
industri penulisan yang boleh tahan banyak persaingan ini, sudah empat novel
yang dia berjaya hasilkan. Satu kejayaan yang cukup membanggakan bagi dirinya
sendiri.
Untuk
tahun 2015, dua lagi manuskrip novel bakal Suria siapkan. Yang pertama bertajuk
Suamiku Encik Kacak sudah selamat mendarat di meja editor. Sekarang dalam
penilaian. Tapi sungguh Suria menjadi amat teruja apabila semalam baru saja dia
mendapat Whatsapp dari Cik Noni, editor kesayangannya. Cik Noni cakap manuskrip
Suamiku Encik Kacak sudah pun lulus penilaian. Katanya novel itu bakal
diterbitkan pertengahan 2015. Alhamdulillah rezeki!
Novel
kedua pula yang saat ini sedang hangat dipaparkan di fan pagenya, Page
Surialicious, juga sedang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pembaca
setianya. Pembaca-pembaca hampir meroyan dengan watak ciptaan Suria yang
bernama Syed Fadzli Syed Mokhtar itu. Manuskrip bertajuk Encik Syed, Saya
Sayang Awak! tinggal lagi 40 peratus sebelum Suria menemui perkataan tamat.
Tapi
kalau melihat dari sokongan dan respon dari pembaca setianya yang happening seperti ini, rasanya makin
lajulah Suria akan menyiapkan manuskripnya. Makin cepat siap, makin cepat dia
dapat hantar ke meja editor. Maka makin cepatlah pembaca dapat membaca kisah
cinta penuh romantik antara Syed Fadzli aka Encik Syed bersama heroinnya Siti Nur
Mastura aka Cik Mas Kusayang dalam bentuk novel!
“Kalau
hari ni aku dapat 90 likes, 140 comment dan 15 share, aku akan pastikan esok
aku dapat 100 likes, 200 comment dan 20 share. Wah makin tamak kau ya, Su!
Hahaha...” Bilik tidur dihiasi dengan gelak sakan Suria. Makin terleka pula dia
mengadap laptop.
“Ini
baru dekat page. Belum lagi aku tengok dekat blog. Sah ramai yang tinggalkan
komen. Thank you very much guys.
Komen korang bagi semangat dekat aku tau. Thanks!”
Tanpa dapat menahan dirinya, Suria mengucup skrin komputer ribanya. Dia
tersengih lagi.
Melihat
pagenya kosong tanpa status yang gempak-gempak, otak Suria mula bekerja keras
untuk merangka ayat yang superb. Lama
dia termenung dan akhirnya dia menjerit teruja.
“Hah!
Aku tahu nak update apa.”
Jari-jemari
mula menari-nari di atas papan kekunci. Sambil menaip, bibir Suria tak lekang
mengukir senyuman indah.
Mode : Belum dinner.
But… rasa kenyang
sangat bila baca komen-komen korang kat page ni. Ada yang meroyan, ada yang
masih meroyan dan ada yang tetap meroyan dengan Encik Syed kita tu. *wink!*
Encik Syed cakap sorry sebab dia dah buat korang pakat meroyan. Hahaha…
But siyesly
Surialicious sangat happy dapat sokongan penuh cinta dari korang semua. Terima
kasih. Thank you. Kamsahmanida. Arigato. Muahhh cikit X_x
Kalau macam nilah
sokongan korang, makin bersemangatlah saya nak siapkan kisah cinta Encik Syed
dan Cik Mas Kusayang ni. Love u guys. #EncikSyedCikMasKusayang ^^
Post!
Dengan
santai Suria menompang dagu sambil matanya ralit memerhatikan skrin laptop.
Dibaca lagi sekali status terbarunya itu. Dan dalam masa tidak sampai satu
minit, sudah ada 5 like di situ. Suria senyum lagi dan lagi kerana bilangan
like makin meningkat dan pembaca setianya mula berbalas komen.
Bahagianya
hidup!
+++++
Qaseh Suchi : Amboih
nakal noh Encik Syed ni. Rasa nak join Cik Mas sekeh kepala Encik Syed ni.
#EncikSyedOSEM
Green Day : Hahaha.
Encik Syed poyo! @_@ Kalaulah Cik Mas tahu Encik Syed sayang dia ketat-ketat.
Surialicious mohon buat Cik Mas cepat-cepat sedar yang Encik Syed cintakan dia
k!
Mrs J : *kenyit mata
kat Encik Syed* Sangat daring kot apa yang dia buat kat Cik Mas tu. Mahu putus
nyawa Cik Mas kalau hari-hari layan kenakalan Encik Syed. GRR… Love u
#enciksyedOSEM
Ini
merupakan tiga komen terbaru yang Suria dapat setelah hampir satu jam dia
mengepos entri terbaru Encik Syed, Saya Sayang Awak dekat pagenya. Jumlah komen
140. Dekat blog dah ada 30 komen. Seronoknya!
Semua
pembaca sepakat cakap Encik Syed nakal, noti-moti dan daring. Haha. Suria tergelak lepas. Mujur rakan sekerjanya tidak
mendengar tawanya itu.
Entri
kali ni memang agak daring dan
‘nakal’ sikit. Sengaja Suria ciptakan jalan cerita macam tu supaya ada graf
pada watak ciptaannya itu. Kalau tak ada scene manja-manja, noti-moti bukan
cerita dari Surialiciouslah namanya.
“Amboi-amboi-amboi.
Cik novelis duk sengih sakan ni awat, hah? Baru dapat payment royalty ka?” Suara haski milik Eton mematikan fokus Suria
pada skrin komputernya. Si Eton yang sudah duduk di hadapannya dipandang dengan
senyuman.
“Well royalty tu insyaAllah dapat akhir
bulan ni. Aku sengih tadi sebab ni aku duk baca komen-komen dari readers aku. Dorang memang osem, Ton!”
Eton
angguk saja. Kepalanya terjengah ke skrin untuk melihat komen-komen pembaca
Suria.
“Laku
noh hang juai novel. Kalu lagu nilah, aku pun nak jadi novelis. Cepat sikit aku
jadi kaya.”
Suria
tergelak. “Aku jadi penulis bukan semata-mata sebab duitlah, Ton. Semua ni
sebab minat.”
Jawapan
dari Suria buat Eton mencebik.
“Eleh
hang ni. Yalah tu sebab minat. Tapi kurang-kurang poket hang selalu penuh.
Akaun bank hang pun tak susut-susut.”
Senyuman
Suria lenyap. Tak berapa senang hati dia menerima riak wajah Eton. Macam nak
sindir aku aje si Eton ni.
“Eh
dahlah. Aku nak pi sambung buat kerja. Hang jangan duk curi tulang sangat Su
oi. Tak berkat kerja hang haru hang nak menghadap Allah nanti.”
Erk.
Suria tersentak dengan kata-kata Eton. Wajah serius Eton menuturkan itu semua
berjaya menghadirkan rasa kurang senang dalam hati kecil Suria.
Langkah
Eton makin menjauh darinya. Kata-kata terakhir Eton tadi entah kenapa
menari-nari di benaknya.
“Astaghfirullahaladzhim.
Hisy Eton ni. Saja buat aku takut. Jealouslah
tu. Ugh!” Bagi menyedapkan hati yang tengah tak sedap, Suria kembali fokus pada
pagenya.
Halaman
utama dibuka. Sambil menunggu waktu makan tengah hari yang tinggal lagi sepuluh
minit, Suria menghabiskan masanya menggodek-godek FB.
Scroll
punya scroll, Suria terpandang pada satu gambar yang dikongsi oleh salah
seorang rakannya. Kata-kata yang terpapar pada gambar itu benar-benar menyentak
hati kecilnya.
“Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya sahaja yang akan abadi
sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat
kelak.” – Saidina Ali bin Abi Talib.
Satu perasaan halus
menusuk masuk ke dalam jiwa Suria. Dia terdiam buat beberapa detik.
Berkali-kali kata-kata itu dibaca. Diulang-ulang sehingga dalam masa tidak
sampai lima minit dia dapat merakam kata-kata sahabat Rasulullah SAW itu dalam
otaknya.
Maka tulislah sesuatu yang akan
membahagiakan dirimu di akhirat kelak.
Maka tulislah sesuatu yang akan
membahagiakan dirimu di akhirat kelak.
Maka tulislah sesuatu yang akan
membahagiakan dirimu di akhirat kelak.
Apa yang aku tulis selama ni, mampu ke dapat bagi
kebahagiaan dekat aku di akhirat nanti?
Novel-novel yang aku tulis sebelum ni, dapat ke jadi saksi
terbaik untuk bela aku depan Allah nanti?
Novel aku? Banyak yang mengghairahkan pembaca.
Novel aku? Banyak yang wataknya tidak menjaga batas
pergaulan.
Novel aku? Banyak yang aku fokuskan pada scene bilik tidur,
ciuman penuh ghairah, daring, notty dan…
“Ya Allah….”
Tangan Suria pantas
menekan laman blognya sendiri.
Surialicious.blogspot.com.
Entri-entri yang
terdapat dalam blog dibaca semula satu persatu. Dipilih secara rawak entri yang
dapat sambutan hangat.
Saat melihat entri
yang mendapat view count yang paling
tinggi adalah pada entri yang menampilkan scene bilik tidur, Suria terngandah
buat seketika.
Berat hatinya untuk
memeriksa entri yang lain. Kerana dia yakin amat yakin bahawa semua entrinya
lebih mengfokuskan ‘hal itu’.
Blog ditutup. PC
ditutup sama.
Suria cuba untuk
tidak memikirkan apa yang sedang bermain di fikirannya saat ini. Namun dia
gagal untuk membuang semua itu. Perkara ini dalam sekelip mata menghantuinya.
‘Novel kau penuh dengan noda, Suria! Kau tulis ikut nafsu!
Kau langsung tak fikir baik buruk apa yang kau tulis! Kau hanya kejar glamour!
Kau nak novel kau laku kat pasaran sampai kau sanggup tulis scene yang mengghairahkan
pembaca! Kau bukan penulis yang baik, Suria! Kau dah cemarkan maruah kau
sebagai seorang penulis beragama Islam! Apa kau nak jawab depan Allah nanti
atas apa yang dah kau tulis? Kau yakin apa yang kau tulis ni dapat bagi jaminan
dekat akhirat nanti? Kau ingat kau akan terlepas macam tu aje bila kau tulis
cerita lucah macam tu? Jawab Suria. Jawab!!!’
Suria tergamam.
Pegun dirinya di situ bagaikan saat ini hanya ada dia dan dosa-dosanya saja.
Eton yang baru
muncul di situ melihat wajah pucat Suria cuba memanggil-manggil nama sahabatnya
itu. Namun sedari tadi Suria seakan-akan tidak mendengar langsung panggilannya.
“Tengah menjiwai
watak ke? Hai takkan novelis macam ni teruk bila nak tulis cerita.” Eton
membebel seorang diri. Tidak mahu mengganggu fokus Suria, dia bergerak
meninggalkan Suria di situ seorang diri.
‘Tak jadilah aku
nak jadi novelis. Teruk betui effect
dia. Gerun aku!’ Eton mengomel sendiri. Dia bergerak ke pantri sambil sesekali
paling ke belakang memandang wajah Suria yang masih bingung lagi keliru.
+++++
Hampir seminggu
sudah berlalu. Selama itu jugalah Suria memencilkan diri dan mengghaibkan diri
dari alam muka buku. Kalau ikutkan hati mahu saja dia deactive Facebooknya.
Tapi bila mengenangkan banyak urusan kerja dan peribadi yang perlu dia uruskan
menggunakan laman social itu, Suria hanya mampu jauhkan diri dari FB. Dia
kuatkan diri dan pujuk nafsu sendiri untuk tidak melayari FB dan blog untuk
beberapa hari.
Sejujurnya apa yang
terjadi pada Suria ini tidak lain adalah kerana kata-kata yang dibacanya di FB
seminggu yang lalu. Kata-kata penuh hikmah dari Saidina Ali r.a itu amat menusuk
kalbunya. Otaknya terasa mahu tembus memikirkan semua apa yang telah dia
lakukan.
Dicangkul hingga ke
dasar dosa-dosanya. Bergenang air mata Suria tatkala tersedar kelalaian dan
keghairahannya menghasilkan karya tanpa sedikit pun berfikir mengenai nasibnya
di akhirat kelak.
Walau sebesar zarah
kebaikan atau keburukan yang seseorang itu lakukan, pasti Allah akan
membalasnya dengan setimpal. Walau sebesar zarah kesalahan yang dilakukan oleh
seorang hamba, tidak mungkin akan terlepas dari pengetahuan Tuhan.
“Hmmm…” Satu keluhan
maha berat terluah dari bibir Suria. Terbias wajah tidak bermayanya di hadapan
cermin kaca meja solek.
Suria terduduk
lemah ke kerusi sambil matanya terus merenung dirinya sendiri.
‘Apa agaknya nasib aku dekat akhirat nanti. Apa aku nak
jawab nanti bila Allah tanya kenapa aku tulis semua tu. Boleh ke aku cakap
semua scene ghairah tu aku tulis sebab aku nak bagi pengajaran dekat pembaca?
Dengan akal fikiran yang maha hebat Allah kurniakan pada seorang manusia,
takkanlah aku tak mampu nak fikir perkara yang lebih baik untuk dijadikan
pengajaran oleh orang lain? Kenapa mesti aku pilih unsur tidak sepatutnya tu
dalam menyampaikan pengajaran? Aku ni tak ada rasa malu langsung tulis semua
tu. Aku bukan pernah mengalami semua tu pun. Aku tulis adegan-adegan berat macam
tu yang dah buat pembaca aku terleka berimaginasi. Ya Allah… ya Allah… kenapa
aku teruk sangat. Mana iman kau, Suria?!’
Air mata gugur
lagi. Lekuk pipinya sudah lencun dengan mutiara jernih itu.
Kedua-dua tangan
meramas kepala yang saat ini sedang kusut. Saat perasaannya sedang
bercampur-gaul itu, muncul pula suara hatinya yang lain. Dari sisi kejahatan.
‘Semuanya atas niat, Suria. Pembaca bukan terlalu bodoh
untuk hanyut dengan semua tu. Come onlah. Takkan kau nak sia-siakan bakat kau.
Kau nak stop menulis? Kau nak lepaskan impian kau untuk jadi novelis terbaik
Negara? Perjalana kau masih jauh, Suria. Masih jauh!’
Kepala
tergeleng-geleng perlahan.
“Aku ada bakat. Aku
takkan sia-siakan bakat aku. Aku takkan berhenti!” Bagaikan termakan dengan
pujukan nafsu jahat itu, Suria kembali tegakkan badan.
Air mata diseka
rakus. Dia bingkas bangun dari kerusi dan menapak ke meja studinya. Komputer
riba dihidupkan. Hampir seminggu tidak melayari internet, akhirnya hari ini Suria
kembali membuka laman muka bukunya. Berderet notify di kotak bumi di FB
peribadinya dan di page Surialicious.
Terdapat 10 kiriman
pelawat dari fan pagenya. Satu persatu Suria baca.
Han Ri Na
-Akak Surialicious where are u??? I miss u and your stori. Kenapa
takde update #EncikSyedOsem ni. Kerinduan dong <3
Mrs J
-Cik novelis kesayangan akak. Plis upload #EncikSyedOsem.
Kangen ni.
Windu Zie
-Rindunya kat Encik Syed >_< Mohon cik writer
cepat-cepat update blog eh ^^
Tak semena ada
senyuman yang muncul di bibir Suria. Sisa air mata dilap dengan hujung lengan
baju.
“Aku tak boleh
mengalah. Aku takkan mengalah. Aku…”
Saat matanya
terpandang kiriman yang seterusnya, air mata Suria hampir-hampir mahu menitik
kembali. Jiwanya sesak lagi.
Prince Carl.
Your stori was soooooo hotttt! Buat saya panas luar + dalam
je ;)
I imagine Encik Syed tu me and Cik Mas tu my ex ;)
Coz kalau boleh I memang nak ‘layan’ my ex macam Encik Syed
‘layan’ Cik Mas. But my ex tu very the kampong girl. Its okay. I can imagine
anything that u write in my mind ;)
Kipidap miss Licious!
Delete!
Itu tindakan
drastik Suria setelah membaca kiriman dari lelaki bernama Prince Carl itu.
Meremang bulu romanya membaca ayat terakhir dari followernya itu. Ayat double meaning yang tak susah untuk
Suria faham.
Ya Tuhan. Sampai
begitu sekali kisah-kisah yang dikarangnya memberi kesan pada hati pembaca. Bagaimana
pula agaknya penulisannya memberi kesan pada remaja-remaja yang rata-rata
daripada mereka sangat menyokong kerjayanya selama ini.
Buat sekian kalinya
Suria terkaku di hadapan komputer. Hati dan fikirannya kembali berkecamuk.
Selama dua tahun
dia menjadi seorang penulis novel, entah apa agaknya sumbangannya terhadap
pembaca-pembacanya. Sumbangan dari segi pengajaran cerita yang mereka dapat
dari novel yang Suria tulis.
Sejujurnya Suria
pernah menulis kisah yang tidak terlalu berat. Tiada unsur-unsur yang tidak
sepatutnya. Ceritanya bersih. Tetapi apabila cerita itu diletak dalam blog,
amat Suria sedih melihat reaksi dan komen dari pembaca. Tidak semeriah
cerita-ceritanya yang hot dan daring.
Kerana itulah Suria
lupakan menulis cerita ‘bersih’ tu dan dia kembali menjadi seorang
Surialicious!
“Hmm…”
Sedang melayan jiwa
yang sedang gundah itu, Suria terbaca satu status yang baru diupdate oleh
seorang rakannya beberapa minit yang lalu.
Cinta Qaseh.
Kalau benar kita takutkan Allah, kita pasti akan
berhati-hati menjalani kehidupan kita. Cukup berhati-hati untuk tidak melakukan
dosa. Cukup berhati-hati untuk tidak mendapat kemurkaan Allah. Inilah yang
dinamakan TAQWA. Taqwa itu adalah perasaan takut kita pada Allah. Tidak mengapa
andai kita pernah melakukan dosa. Cukup kita kembali bertaubat kepada Tuhan
Yang Maha Esa. Tidak mengapa andai kita pernah hanyut dalam kemaksiatan. Cukup
kita ingat bahawa kita ada Allah yang bersifat Ar-Rahman.
‘Ya Allah...
cukupkah ketaqwaan aku selama ini kepadaMu? Cukupkah keikhlasan aku selama ini menjadi
hambaMu? Cukupkah…’ Hati kecil Suria bermonolog sepi.
Mampukah dia
membuat satu keputusan yang paling tepat untuk diri dan masa depan dunia
akhiratnya? Sungguh Suria perlukan sesuatu saat ini. Sesuatu yang bernama….
petunjuk.
++++
Cik Noni
Betul ke Su nak
tarik balik ni? Akak tanya buat kali yang terakhir. Plis jangan kecewakan akak.
Suria
Betul kak. Su
yakin. Keputusan Su muktamad! :)
Cik Noni
Tapi akak dah lima
kali baca manuskrip Su tu. Bukan ada scene yang melampau giler pun. Akak
sendiri yang edit kot. :(
Suria
:) Izinkan Su puaskan hati sendiri kak. Su berani mintak
manuskrip ni semula pun sebab Su belum tandatangan apa-apa perjanjian. Kalau Su
dah sign, berat jugak Su nak buat semua ni.
Cik Noni
Hmmm…. First time
Su macam ni. Dah dua tahun kita kenal dan berurusan. Akak rasa Su macam dah
lain. Bukan ke Su dah beritahu semua readers yang manuskrip Suamiku Encik Kacak
dah lulus penilaian. Dorang mesti berharap.
Suria
Takpe kak. Itu Su
boleh uruskan. InsyaAllah. Akak ni saja kan nak pujuk Su lagi. Hehe. Dah-dah.
Keputusan Su nekad. Maaf sebab dah susahkan akak.
Cik Noni
:( :( :( Nampaknya Surialicious ni degil jugak orangnya ya. Yalah.
Akak dah tak reti nak pujuk lagi. Kalau itu keputusan Su. Tapi nanti kalau Su
dah siap edit, dah puas hati dengan manuskrip tu, hantar balik eh kat akak. Sayang
akak nak lepaskan cerita tu.
Suria
InsyaAllah kak.
Tapi Encik Bos tak marah ke nanti? Hehe… dah lulus tapi tarik balik. Lepas tu
ada hati nak hantar lagi sekali.
Cik Noni
Alah small the
matter je. Encik Bos tahu bakat dan kepopularan Su macam mana.
Suria
Hahaha. Tak berapa
nak popular dah kak. Jadi popular ni penat.
Cik Noni
:) Apa-apa pun keputusan Su, akak sentiasa sokong Su. Su ada
bakat. Kalau pun Su dah give-up dalam bidang novelis ni, Su masih ada peluang
untuk jadi penulis buku ilmiah @ majalah. U r very talented, dik! Gifted!
Suria
:D :) Terima kasih kak sebab sudi faham saya. Su janji Su takkan
sia-sia bakat yang Allah bagi ni. Cuma sekarang Su rasa sudah sampai masanya Su
gunakan anugerah Allah ni ke jalan yang lebih tepat.
Cik Noni
*hugssssss*
Suria
<3
Suria tarik nafas
panjang. Telefon pintar diletak perlahan atas meja studi.
Sebaris senyuman
tercoret di hujung bibir. Suria tenang kini. Inilah keputusan yang paling tepat
yang pernah dia lakukan dalam hidupnya. Keputusan yang InsyaAllah tidak akan
dia kesali. Sebuah keputusan yang dia ambil setelah dia melakukan solat
istikharah dan solat sunat hajat.
Dua minggu Suria
berfikir. Dua minggu juga dia cuba mengubah dirinya menjadi seorang Suria yang
baru.
Bermula dari akaun
FB peribadinya, laman fan pagenya dan blognya. Apa yang tidak sepatutnya
dipertontonkan, semuanya Suria sudah padam. Setiap entri di blog semuanya telah
dia saring semula. Yang mana ada adegan terlampau berahi, semuanya Suria buang
dalam tong sampah. Tanpa ragu-ragu dia melakukan semua itu.
Walau sejuta kali
rasa sayang kerana terdapatnya beratus komen, beribu likes… demi perjuangan dan
penghijrahannya, Suria sanggup redah semuanya. Bukan penyesalan yang dia dapat
setelah membuat semua itu. Namun satu perasaan yang bernama ketenangan hinggap
ke tangkai hatinya.
Bertambah tenang
setelah jalannya dipermudahkan oleh Allah untuk melakukan sesuatu sebelum
semuanya terlambat. Yang berlalu biarkan berlalu. Moga Allah mengampunkan
dosanya. Kini saat ada peluang di hadapan mata, Suria tidak akan melengahkan
walau sedetik peluang yang dia ada.
Beberapa hari yang
lalu, Suria nekad untuk memberitahu Cik Noni sesuatu. Dia nekad untuk
membatalkan manuskrip Suamiku Encik Kacak yang telah lulus penilaiannya di
bawah Syarikat Seni Kreatif. Kerana Suria sangat sedar bahawa manuskrip Suamiku
Encik Kacak terlalu bahaya untuk bacaan umum. Kebodohannya, kealpaannya,
kerakusannya menulis kisah itu benar-benar membuat dia malu pada dirinya.
Mujur juga dia
masih belum menandatangani apa-apa perjanjian. Kalau tidak mahu kena saman dia
agaknya oleh syarikat penerbitan.
Tapi bila fikir balik. Semua ni bukan sebab mujur. Semua ni bukan sebab
kebetulan. Ini semua perancangan dari Tuhan. Terlalu sempurna rancangan Allah.
Terletak cantik perjalanan takdir yang Allah aturkan. Allah…. Sungguh Suria
amat bersyukur.
Laman muka buku
dibuka. Satu status diupdate.
Suria Wahid
Jangan pernah sesekali kita merasa kesal di atas setiap apa
saja yang berlaku dalam hidup ini. Baik buruk yang kita lalui, itu semua
merupakan takdir yang ditulis oleh Allah untuk kita. Dan takdir ini datang
dalam satu pakej yang lengkap. Ada suka + duka + manis + pahit + ujian +
kenangan. Semua ni sebenarnya satu hadiah dari Allah untuk kita jadikan ia sebagai
satu pengajaran. Kadang kita berjaya bukan sebab kita tak pernah kalah. Tapi
kerana pernah kalahlah yang menjadikan kita berusaha untuk berjaya. Setiap
orang tak lepas dari berbuat dosa dan kesalahan. Namun sebaik-baik pendosa
adalah dia yang segera bertaubat dan kembali kepada Tuhannya.
Selesai meng-update
status, komputer riba dibuka. Wattpad dibuka dan Suria menulis sesuatu di situ.
Tajuk : Aku Bukan
Novelis
“Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya sahaja yang akan abadi
sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat
kelak.” – Saidina Ali bin Abi Talib.
Ini manuskrip
terbaru dari Suria. Bukan manuskrip novel. Namun satu manuskrip untuk sebuah
buku ilmiah. Dia ingin memulakan langkah barunya dengan melakukan sesuatu yang
baru. Untuk berubah kita perlu lari dari perkara yang kita suka buat.
Sesungguhnya Suria
sudah bersedia untuk menggunakan bakat yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya
ini melalui jalan yang tepat, benar dan diredhai. InsyaAllah.
Tiada lagi istilah
takut kehilangan jumlah like, share dan komen yang beribu-ribu. Yang ada cuma…
moga Allah redha dengan apa yang dia tulis.
Biidznillah. Dengan
izin Allah. Moga semuanya berjalan dengan lancar.
_TAMAT_
#komen pliss ^_^