Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
AL-KULLIYYAH TV3
Panel : Ustaz Wadi Annuar
Tajuk : MAHSYAR
1.
Mahsyar tu kat mana?
=Mahsyar terletak di bumi yang kita diami
ini namun setelah berlakunya kiamat, bentuk muka bumi akan berubah
keseluruhannya.
2.
Mahsyar
= kawasan yang lapang, luas, rata, putih
warnanya
= tiada lautan, tiada tumbuhan, tiada
apa-apa
=semua orang akan dibawa ke Mahsyar dengan
wajah yang sama ketika di dunia dulu
*kalau di dunia dulu dia mati dalam keadaan
husnul khatimah, dia akan dibangkitkan dalam keadaan semulia-mulianya.
*kalau di dunia dulu dia mati dalam keadaan
yang buruk. Contohnya dia mati dalam keadaan minum arak. Maka dia akan
dibangkitkan dengan keadaan mabuk dan botol arak tersendeng di bahunya.
3.
Di Mahsyar, semuanya akan berada dalam keadaan
telanjang. Kita tidak akan ada masa untuk memikirkan hal orang lain melainkan
sibuk dan cemas fikir hal sendiri.
4.
Kita semua akan dibangkitkan dalam keadaan lapar
dan dahaga yang amat sangat.
=tapi kalau dekat dunia dulu kita selalu bagi
makan dan minum pada orang miskin Lillahi Taala (semata2 kerana Allah), kita
akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak lapar dan dahaga. (Janji Allah itu
benar)
5.
3 jenis manusia di Mahsyar
=a)Kumpulan pejalan kaki – berjalan menuju
Mahsyar dengan berjalan kaki walaupun penat, letih, lapar dan dahaga.
=b)Kumpulan menunggang binatang yang telah
disediakan oleh Allah – mereka ini golongan yang mulia kerana dimuliakan oleh
Allah
=c)Kumpulan
yang berjalan dengan muka mereka – kumpulan paling keji dan hina (Nauzubillah!)
6.
Semua penduduk Mahsyar dapat dengar dengan jelas
percikan/letupan api neraka Jahanam – besar percikan sebesar istana atau lebih
besar dari itu. (MasyaAllah!)
=maka terduduklah semua yang mendengar dan
melihat keadaan neraka jahanam itu. Nabi-nabi pun terduduk sama. Takut. Semuanya
takut. (Kita semua akan berada kat sana nanti!)
7.
Bagaimana Nabi Muhammad SAW mengenali umat
baginda?
=Orang-orang yang berwuduk, anggota
wuduknya akan bercahaya di Mahsyar nanti
=Siapa yang nak panjangkan cahayanya maka
panjangkan wuduk. Contohnya kalau yang wajibnya ambil wuduk dari tangan ke
siku. Maka panjangkan sedikit lagi sampai ke atas siku.
8.
Di Mahsyar nanti keadaannya bising ke?
=Tidak. Semuanya akan senyap. Kalau ada
suara pun, hanya orang di sebelah sahaja yang mampu dengar.
9.
Selepas menunggu sekian lama di Mahsyar, semua
mahkluk di situ (salah seorangnya kita), tidak dapat bertahan lagi. Mereka
harap Allah menghisab mereka cepat-cepat. Kalau boleh, campak saja ke dalam
neraka. Betapa dahsyatnya keadaan di Mahsyar itu. (Allahuakbar… L)
10.
Maka kerana itu, mereka semua mula mencari Nabi
Adam as. Namun Nabi Adam menolak untuk memberi syafaat. Mereka pergi pula
kepada nabi lain. Nabi lain pun sama. Sebab dorang pernah buat dosa, dorang
malu nak mintak dengan Allah.
=Maka… mereka semua mula bergerak mencari
Nabi Muhammad SAW (our beloved prophet). Saat itulah baginda menggunakan
syafaatnya untuk meminta pada Allah agar dipercepatkan hisab. Maka Allah pun
tunaikan keinginan Nabi. Hisab bermula!
11.
Setiap seribu orang dalam kalangan penduduk
Mahsyar, hanya seorang sahaja yang akan dimasukkan ke dalam syurga. 999 yang
akan dicampakkan ke dalam neraka. (Ya Allah, jauhkan aku dari api nerakaMU!)
12.
Apabila seseorang mati maka buku amalannya akan
ditutup. Apabila dia dibangkitkan semula di akhirat, barulah buku itu dibukakan
kembali di hadapan Allah.
=Penghisaban bermula. Semua amalan akan
ditimbang tara. Walau sekecil-kecil zarah!
13.
Orang yang muflis di akhirat?
=Seseorang yang terpaksa memberi pahalanya
kepada orang lain dan kalau dah habis pahala dia, akan ditanggung pula olehnya
dosa orang tersebut.
=semuanya sebab ketika di dunia dulu dia
tak bertanggungjawab pada diri, keluarga, anak, isteri, suami, dan orang-orang
disekelilinginya. Contohnya seorang suami. Selama 30 tahun kahwin, tak pernah
langsung tegur/nasihat/suruh isteri tutup aurat. Maka di akhirat nanti si
isteri akan tuntut keadilan itu. Dia boleh sabitkan si suaminya di muka
pengadilan Allah dengan mengatakan… Ya Ilahi, suami aku tak pernah suruh aku
tutup aurat. Hukumlah dia ya Allah!
(Maka beringatlah akan tanggungjawab2 kita
semua wahai teman. Dengan mak, ayah, anak, isteri, suami, kawan, jiran!)
Wallahualam.
BERSAMBUNG. InsyaAllah.
*moga bermanfaat. Kalau salah, mohon
betulkan.
No comments:
Post a Comment