JOM FOLLOW

Monday, 10 August 2015

Sudah Pernah Melaluinya

Bismillah.

Hari ni saya dimasukkan oleh seorang penulis baru dalam grup dia dekat FB. Its okay saya tak marah pun. Memandangkan saya takde kerja, jadi saya pun godek-godeklah grup tu.

Meriah grup tu dengan like dan komen dari ahli-ahli. Meriah juga dengan posting dari penulis pomot dia punya novel yang bakal diterbitkan. Letak gambar bayangan hero, heroin dan watak sampingan yang lain. Letak lagu tema cerita tu. Letak teaser yang best-best dalam tu. Cover pun mantap-mantap.

Semua ni siyesly buat saya nak tergelak. Ops jangan salah faham ya. Saya bukan gelakkan penulis tu atau apa yang dia lakukan. Kerja novelis memang macam tu. Mempromosi ceritanya. Dan saya amat faham keadaan tu.

Saya nak tergelak sebab terkenangkan memori saya sendiri. Sejujurnya itulah yang saya buat dulu time awal-awal jadi penulis. Dan sampai sekarang itulah yang saya masih buat ^_^ (tapi dah kurang sikit dah)

Dengan penuh passion dan komitmen, saya berusaha untuk memeriahkan page saya dengan melakukan perkara yang sama yang penulis baru tu buat.

Berjam-jam menghadap laptop untuk memuaskan hati sendiri dan pembaca. Ia satu keseronokan dan kebahagiaan. Apatah lagi feedback dari readers juga amat menyentuh hati ini.

Seronok. Terleka. Terbuai.

Dush! Satu hari… Allah tarik balik semua tu.

Sokongan dari pembaca makin berkurang. Novel tak dapat sambutan. Mood + idea nak menulis ke laut. Satu-satu Allah ambil balik.

Allah ambil tapi Allah tetap bagi saya sesuatu. Sesuatu yang sangat-sangat berharga.

Saya dapat petunjuk dari Dia. Allah buat saya berfikir. Berfikir sejauh-jauhnya…

Bila ada fren yang share mengenai berdosanya upload dan like gambar orang terdedah aurat, maka saya pun mengGoogle sendiri isu tu. Biar betik? Sukar nak percaya.

Google, tengok Utube ustaz-ustaz, tanya kawan dan baca dekat blog-blog. Akhirnya saya dapat buat kesimpulan bahawa ya memang betullah bahawa upload dan like gambar terdedah aurat tu boleh mendatangkan dosa dekat kita.

Allah jentik hati saya untuk rasa bersalah dan takut dengan apa yang dah saya buat sebelum ni. Saya check balik gambar-gambar yang pernah saya post dekat FB dan page saya. Dan ya ternyata saya memang ada letak gambar yang boleh buat akaun dosa saya makin berat.

Saya insaf. Sekejap.

Tapi semua tu tak cukup. Bila tengok jumlah like pada gambar-gambar tu sangat banyak, setan berjaya membolak-balikkan hati saya. Saya jadi sayang nak delete. Maka saya biarkan dulu.

Tapi hati ni makin rasa tak tenang. Makin jauh saya berfikir.

‘Apa nasib aku dekat akhirat nanti.’ Ya itu yang saya banyak fikir.

Jadi saya baca lagi artikel pasal share gambar tak tutup aurat ni. Jawapan tetap sama. Jalan penyelesaiannya tetap sama. DELETE! JANGAN LIKE LAGI GAMBAR MACAM TU. JANGAN SHARE/UPLOAD LAGI GAMBAR MACAM TU.

Dengan izin Allah, Dia yang menjinakkan hati saya. Akhirnya saya rela untuk melepaskan semua gambar tu. Delete! Delete! Delete dan delete!

Dan korang tahu apa yang saya rasa lepas tu? Saya rasa amat tenang dan rasa tak bersalah. Tahukah korang istilah dosa itu? Dosa adalah satu perkara yang bila kita lakukan kita akan rasa bersalah. Jiwa tak tenang beb. Percayalah!

Lepas dah delete gambar-gambar tu saya check lagi sekali FB, blog, dan semua laman sosial yang saya ada.

Malu nak cakap status yang saya post dekat fb dulu-dulu. Banyak pasal artis rupanya. Allahu…
Setiap orang ada zaman jahiliyah dia kan. Dan saya tak terkecuali :)

But alhamdulillah Allah masih sayang saya Dia bagi saya peluang untuk baiki apa yang sepatutnya sebelum terlambat.

Lepas kejadian tu, satu-satu Allah bagi hint kat saya untuk saya ubah.

Bermula dari gambar dedah aurat tu, Allah bagi hidayah dekat saya untuk tidak lagi menulis/menghasilkan karya-karya yang mengandungi unsur-unsur mengghairahkan (maaf sebut).

Dalam novel saya yang sebelum ni adalah satu dua scene yang ada unsur ni. Kiss-kiss, peluk-peluk, tak jaga batas pergaulan lelaki perempuan. Tulis tanpa ingat Tuhan macam nilah jadinya. (bercakap pada diri sendiri)

Bila timbul keinsafan tu, saya cuba ubah corak penulisan saya. Saya cuba untuk tampilkan kisah-kisah yang dapat memberi lebih manfaat pada pembaca. Ya memang masih belum lari dari tema cinta tapi cinta tukan luas. Cinta pada Allah, Rasul dan keluarga. Saya cuba untuk tulis kisah macam tu.

Dan saya juga cuba untuk tidak lagi menulis scene-scene kiss-kiss, peluk-peluk, dan tak jaga batas pergaulan. SAYA CUBA DAN MASIH MENCUBA. (doakan saya)

Jadi sekarang kalau baca cerita saya takkan ada lagi part-part yang menggugat jiwa raga. Dan korang nak tahu apa yang saya rasa sekarang? Saya rasa tak bersalah dan berdosa. Jiwa lebih tenang dan damai.

Kenapa saya share kisah saya ni? Saya share sebab saya harap kisah ni dapat korang (penulis baru dan lama) jadikan pedoman dan pengajaran.

Penulis yang dari awal menulis untuk berdakwah, bersyukurlah. Allah jaga korang.

Penulis yang dari awal menulis kisah-kisah yang banyak scene ghairah, bertaubatlah. Allah sayang korang. Masih ada peluang untuk kita berubah. Mohon jangan terpedaya dengan bisikan syaitan. Mohon jangan kejar glemer semata-mata. Mohon jangan sebab korang nak puaskan hati sendiri dan pembaca, korang sanggup hancurkan hati Allah.

‘Alah takpelah tulis scene ghairah sikit-sikit. Alah setakat bukak-bukak baju, kiss-kiss lips apa luaknya. Penulis lain lagi daring kot.’

‘Kau tulis je dulu scene tu semua. Itukan untuk bagi pengajaran dekat pembaca.’
‘Yang penting niat kau. Biarlah apa orang nak cakap.’

‘Weh kau janganlah jadi penulis kuno. Kalau nak novel kau dapat sambutan, kau kenalah ikut peredaran zaman. Tulislah cerita-cerita yang daring sikit.’

'Alah pembaca faham kot semua tu hanya satu rekaan semata-mata. Semua dah besar-besar. Takkan bagi effect punlah.'

[ini rekaan saya semata-mata]

Tapi antara dialog-dialog ni mungkin pernah ia terlintas dalam hati kita. Mohon jangan terpedaya dengan dakyah setan ni. Andai ditakdirkan korang dapat hidayah dari Allah suatu hari nanti, semua ni pasti akan buat korang menyesal giler-giler. (trust me)

Erm… izinkan saya bagi kata-kata terakhir. Moga ada manfaatnya.

Menulislah. Sebarkan kebaikan dalam penulisan kita. Jangan terlalu over dalam menulis scene yang tak sepatutnya. Binalah masyarakat yang mencintai budaya membaca kerana membaca itu jambatannya pada ilmu bukannya suka membaca sebab seronok dapat baca novel cinta yang mengghairahkan.

Kerja sebagai novelis macam kerja yang lain jugak. Ada tanggungjawabnya. Ada risikonya.
Tulislah apa-apa yang dapat mendatangkan pahala berpanjangan pada kita. Tulislah apa-apa yang mendatangkan redha Allah pada kita.

Sekarang bukan zaman orang dewasa saja yang baca novel cinta. Sekarang zaman budak darjah satu pun baca novel. Fikir-fikirkanlah. Fikir demi kebahagiaan kita dekat dunia dan akhirat.

“Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya sahaja yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak.” – Saidina Ali bin Abi Talib.


3 comments:

  1. Semoga kak FI istiqamah dalam menulis ke arah kebaikan. Betul zaman skrg budak budak pun dah baca novel. Ada satu masa ni dekat sekolah saya nampak pelajar form 2 baca novel yg tajuk dia pun sangat tak sesuai dgn umur beliau. Saya harap sangat lebih ramai penulis yg mcm kak FI. Semoga Allah beri kak FI ilhan untuk menulis. Dan moga Allah redha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ukhti jaiho ^^ insyaAllah doa2kan ya.
      Moga Allah redha. Redha Allah paling penting. Apa2 saja perbuatan kita, biar Allah redha ^^

      Delete