JOM FOLLOW

Sunday 22 June 2014

Suami Pilihan Dia [bab 11]




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


BAB 11


Beberapa hari berlalu, sedang aku dan Syamil baru saja ingin masuk ke dalam kereta untuk pergi bawa Amin jalan-jalan, muncul seseorang yang tidak diduga-duga akan muncul di situ. Sungguh aku sangat takut menerima kehadirannya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Syamil seraya menarik aku mendekat dengannya. Farhan yang sedang berdiri di hadapan kami hanya tersenyum sinis. Kaca mata yang dipakainya ditanggalkan perlahan.

“Aku rasa kau cukup tahu tujuan aku ke sini.” Ucap Farhan dengan lagak selamba. Aku perhatikan saja sampul surat yang berada di tangannya. Mungkinkah Farhan membawa surat dari mahkamah atas tuntutan hak penjagaan Amin itu?

“Ini surat dari mahkamah. Aku dah failkan kes kita ke mahkamah. Apa-apa hal nanti peguam aku akan jumpa dengan korang. Aku serius dengan apa yang aku buat. Aku berhak ke atas Amin!” Tajam renungan Farhan memandangku. Buat aku bersembunyi saja di belakang Syamil.

“Apa hak kau? Kau tinggalkan Leen dan Amin macam tu aje. Sekali pun kau dah bercerai dengan Leen, kau patut sedar kau masih perlu bagi Amin nafkah. Tapi tak. Kalau menghilang entah ke mana. Jadi sekarang apa hak kau ke atas budak tu?!” Syamil bersuara tegas. Dapat aku lihat saat itu Farhan mencebikkan mukanya tanda tidak berpuas hati mungkin dengan kata-kata Syamil. Ya Allah janganlah sampai mereka bergaduh pula.

“Eh! Yang kau menyibuk sangat kenapa? Ini antara aku dan Leen. Kau diam!” Farhan mula menaikkan jari telunjuknya ke muka Syamil. Terus Syamil menepis tangannya itu. Tak sempat Syamil bersuara apa-apa, Farhan terus menumbuk sekali muka Syamil. Bengang dengan tindakan samseng Farhan, Syamil pula yang menghadiahkan satu tumbukan ke muka Farhan.

Saat itu aku segera bertindak meleraikan pergaduhan mereka.Aku menjadi orang tengah.

“Sudah! Kenapa dengan korang ni. Macam budak-budak!” Aku bersuara dengan nada tegas. Lengan Syamil aku pegang kemas tidak memberi dia peluang mendekati Farhan. Mujurlah mereka berdua tidak meneruskan pergaduhan itu.

“Kenapa abang sanggup rampas Amin dari Leen?” soalku apabila keadaan mula kembali reda. Farhan sempat mengelap bibirnya yang berdarah akibat tumbukan kuat dari Syamil tadi sebelum menjawab kata-kataku.

“Aku bukan rampas. Tapi aku cuma nak ambil hak aku. Dia anak aku. Bukan anak lelaki ni!”

Aku gelengkan kepala penuh kecewa. Sedarkah Farhan dengan apa yang dia cakapkan ini?

“Amin memang anak abang. Tapi abang tak pernah anggap dia anak abang. Abang tak pernah layan dia macam seorang anak. Abang tak jaga dia. Abang tak sayang dia. Abang pinggirkan dia. Jadi abang tiada hak ke atas dia!” ujarku cukup berani.

Farhan terdiam lama. Dia membisu bagai tidak mampu menidakkan apa yang baru saja aku luahkan tadi. Saat itu Syamil segera mencelah. Atau lebih tepat lagi menghalau Farhan dari terus berdiri di situ.

“Kau pergi dari sini. Sampai bila-bila pun kau tak ada hak ke atas Amin. Malulah dengan diri kau sendiri. Kau tak mampu jadi lelaki yang sebenar, Farhan. Hanya seorang lelaki sebenar saja yang mampu melindungi seorang perempuan dan anak-anaknya. Kau pergi dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” Syamil segera menarik tanganku mengikutnya masuk ke dalam rumah. Sempat juga aku berpaling ke belakang memandang Farhan.

Farhan memandangku dengan renungannya cukup tajam. Penuh benci  dan sakit hati. Ya Allah, jangan Engkau takdirkan Farhan untuk mengucar-kacirkan hubungan aku dan Syamil. Aku tak kuat untuk hadapi semua ujian itu ya Allah….


*******


Beberapa hari kemudian, setelah kemunculan Farhan di rumah, Syamil tidak mengizinkan aku berada lama-lama di halaman rumah. Amin juga dikuarantinkan sama. Kata Syamil, selagi kes hak penjagaan Amin tidak selesai, selagi itu aku dan Amin tidak boleh keluar rumah. Dia bimbang andai Farhan melakukan sesuatu perkara yang bodoh. Sekalipun aku nak keluar, boleh. Tapi hanya dengan dia. Itu syarat Syamil.

Seperti hari ini aku, Syamil dan Amin keluar membeli-belah. Hal Farhan dapat kami lupakan buat seketika. Kerana sejak dari hari itu, Farhan tidak muncul lagi. Yang muncul hanya surat-surat dari peguamnya. Aku tak sangka Farhan begitu nekad untuk merampas Amin dari aku. Terdesakkah lelaki itu?

“Sayang tunggu kat sini. Abang pergi ambil kereta kejap. Amin biar abang bawa sekali.” Aku hanya mengangguk lemah. Aku juga sudah malas dan penat untuk berjalan menuju ke tempat parkir yang agak jauh itu. Barang-barang dalam troli Syamil bawa sekali. Sebelah tangannya mendukung Amin, sebelah lagi digunakan untuk menolak troli.

Aku hanya memerhati langkah Syamil yang menghilang di sebalik kereta-kereta yang penuh terparkir di hadapanku. Mujurlah di tempat aku berdiri terhadap sebuah kerusi. Segera aku duduk dan melepaskan lelahku.

Perutku yang mula menampakkan isinya aku usap perlahan. Kandungan ku ini sudah berusia empat bulan. Lambat lagi nak bersalin. Jantina anakpun aku belum tahu. Kata Syamil kali ni dia nak buat kejutan. Tak nak tahu jantina anak. Aku tak setuju. Aku lebih suka tahu jantina anak kami. Senang untuk kami berdua membuat persiapan. Akhirnya, Syamil terpaksa mengalah.

“Bahagia hidup…”

Aku terus paling muka ke sebelah. Seorang lelaki yang sedang duduk bersandar ke kerusi bersebelahan dengan aku, perlahan-lahan menurunkan akhbar yang dipegangnya.

Sungguh aku terkejut saat terpandangkan wajah Farhan terpampang di depan mata. Aku ingin bangun namun laju saja lelaki itu memaksa aku untuk terus duduk. Dia mengugut.

“Duduk dulu,  sayang. Abang masih ada banyak benda nak cakap dengan sayang.” Aku tahu Farhan menyindirku. Hatiku makin berdebar saat lelaki itu mendekat denganku. Dia duduk begitu hampir dengan aku. Satu bisikan dihadiahkannya untukku.

“Kenapa kau bahagia sangat sekarang Leen? Dulu kau tak bahagia macam ni pun bila hidup dengan aku. Kau memang dari dulu tak sayang aku kan?” Sungguh aku tidak mengerti maksud sebenar Farhan. Kenapa dia tiba-tiba membicarakan hubungan lama kami itu?

“Tak lama lagi aku akan menang kes penjagaan Amin tu. Jadi, aku nak basi kau satu tawaran yang cukup hebat. Aku nak kau kembali jadi isteri aku.” Aku terkesima. Terus aku pandang muka Farhan tanpa berkelip. Lelaki itu tersenyum lebar.

“Aku tahu kau terkejut. Tapi percayalah aku masih cintakan kau Leen. Sebab tu aku bercerai dengan Syafina. Semuanya sebab aku nak kembali pada kau.”

Ya Allah… kenapa Farhan meluahkan semua ini padaku? Apa yang cuba dia sampaikan? Adakah dia ingin memporak-perandakan rumahtangga aku dengan Syamil? Cemburukah lelaki itu apabila melihat aku cukup bahagia dengan Syamil?

“Jadi kau setuju nak jadi isteri aku? Aku akan paksa Syamil ceraikan kau.”

“Tak! Leen tak setuju dengan tawaran abang.”

Berubah terus wajah Farhan. Tanganku tak semena menjadi mangsa pegangan kerasnya.

“Kenapa? Kau dah tak sayang aku? Aku adalah cinta pertama kau. Aku lelaki yang mula-mula meniduri kau. Aku berhak ke atas kau Leen!”

Seram aku mendengar kata-kata Farhan. Ya Allah, mana Syamil ni. Aku betul-betul perlukan dia saat ini.

“Leen sayangkan suami Leen. Dan lelaki tu adalah Syamil. Abang bukan siapa-siapa bagi Leen lagi.” Bengang dengan jawapanku buat Farhan segera berdiri. Melilau matanya memandang sekeliling seakan-akan mencari kelibat Syamil. Merasa kembali aman, Farhan terus menghamburkan kata-kata penghinaanya terhadapku.

“Kau tak layak untuk dia, Syazleen. Kau tu bekas pelacur. Kau ingat Syamil mampu terima masa lalu kau? Lambat laun dia akan hina masa lalu dan akan buang kau dari hidup dia. Hanya aku yang mampu terima kau seadanya. Hanya aku!”

Pinnnn! Tidak sempat Farhan meneruskan katanya bunyi hon yang kuat itu membuatkan lelaki itu segera melarikan diri. Dia terus beredar dari situ seakan-akan takut dengan kehadiran Syamil.

Melihat Syamil keluar dari kereta, segera aku bangun dan meluru ke arahnya. Tubuh Syamil kudakap kemas. Ugutan dan kata-kata Farhan mendiami ruang jiwa dan fikiranku. Ya Allah, mengapa lelaki itu bertindak seperti itu? Adakah dia sudah gila? Aku tak mungkin percaya dengan kata-katanya. Aku terlalu yakin dengan Syamil. Syamil tak mungkin menghina masa laluku lagi.

“Sayang okey? Apa Farhan buat kat sini?” soal Syamil sebaik saja merungkaikan pelukan kami. Aku dibawanya ke kereta.

“Sayang… cakap apa Farhan buat kat sini? Dia cakap apa pada Leen?” Syamil terus memaksa. Aku tetap diamkan diri hingga aku selamat masuk ke dalam kereta. Amin kupangku dan kupeluk dengan kemas. Aku takut. Ketakutan aku pada Farhan buat aku jadi membisu terus.

“Jawab soalan abang, Syazleen Afiqa! Apa Farhan cakap pada Leen tadi!” Aku tersentak dengan herdikan Syamil.Dia memandangku seakan-akan aku sudah melakukan kesalahan yang besar. Mungkin juga terlalu cemas dengan keadaan aku tadi. Tapi tak perlulah sampai meninggikan suara!

“Dia tak cakap apa-apa. Leen nak balik. Tolong abang. Leen nak balik…” Entah kenapa air mata gugur satu persatu. Air mata itu keluar kerana perasaan takut aku pada Farhan atau pun kerana aku terasa hati dengan herdikan Syamil. Mungkin juga kedua-duanya sekali.


**********


Setiba di rumah, Syamil terus mengajak aku naik ke bilik. Amin diserahkan olehnya pada Kak Som. Aku  gerun melihat perubahan air muka Syamil yang cukup serius dan garang. Kemas tangannya memegang pergelangan tanganku. Sebaik saja tiba di bilik, lelaki itu segera memaksa aku berterus terang.

“Macam mana Farhan boleh ada kat situ tadi? Apa yang dia cakap pada Leen? Kenapa Leen tak nak bersuara ni? Dia ugut Leen? Cakap kat abang.”

Aku duduk di birai katil sambil tundukkan kepala. Air mata bergenang lagi di pelupuk mata. Patutkah aku memberitahu Syamil mengenai ugutan Farhan? Kalau Syamil tahu Farhan berniat untuk mengahwiniku semula, apakah tindakan Syamil nanti?

“Leen…” Syamil turut duduk di birai katil. Resah sekali wajah lelaki itu.

“Dia tetap nak rampas Amin dari Leen, abang. Dia takkan mengalah. Leen takut abang. Leen takut kalau Amin menjadi milik dia.” Akhirnya aku terpaksa menyembunyikan kebenaran ugutan Farhan itu. Mana mungkin aku sanggup memberitahu Syamil mengenai hal itu. Biarlah aku seorang saja yang tahu.

Keluhan akhirnya terluah berat dari bibir Syamil. Dia sempat menyeka air mata yang mula menitis di pipiku sebelum bersuara.

“Leen jangan risau. Dia takkan menang kes ni. Percayalah cakap abang. Leen kena yakin dengan abang. Abang akan lantik peguam yang terbaik untuk menang kes ni. Leen jangan fikir pasal hal ni lagi. Abang tak nak Leen stress. Kalau Leen stress, baby pun akan stress. Abang lagi stress. Okey sayang?”

Syamil menarik aku dalam pelukannya. Aku hanya mampu menganguk mengerti. Baiklah abang. Leen takkan buat abang tertekan. Semoga apa yang Farhan cakapkan pada aku tidak akan sampai ke telinga Syamil. Sungguh aku tidak ingin lagi hubungan aku dan Syamil musnah gara-gara fitnah dari Farhan. Farhan memang cinta pertama dalam hidup aku. Tapi Adam Syamil adalah cinta terakhirku. Lelaki terakhir yang akan bersemadi dalam jiwa ini.


**********

Sehari sebelum kes perbicaraan bermula, aku dan Syamil terpaksa menemui peguam yang kami lantik untuk menandatangani beberapa dokumen penting. Selesai saja urusan itu, Syamil terus mengajak aku pulang.

Sedang kami dalam perjalanan ke tempat parkir, tiba-tiba saja telefon bimbitku berbunyi. Segera aku mengeluarkan telefon dari beg tangan dan menjawab panggilan tanpa nama itu.

“Hello…”

“Hello sayang….”

Suara itu. Aku rasa aku kenal dengan si pemilik suara itu. Wajah  Syamil terus aku pandang dengan penuh debar.

“Bila kau nak berpisah dengan Syamil ni? Kau nak aku lenyapkan dia dari muka bumi ni baru kau nak berpisah dengan dia?” Orang dalam talian itu bertanya sambil tertawa sinis.

Ya Allah, bagaimana Farhan boleh dapat nombor aku? Dari mana dia tahu nombor telefon aku?

“Siapa sayang?” tanya Syamil sepatah. Aku gelengkan kepala. Kata-kata Farhan aku dengar dengan teliti.

“Aku dah buat keputusan untuk kita Leen. Suka atau tak kau kena ikut keputusan aku. Aku akan pastikan Syamil mati hari ni. Kau dengar Leen? Mati!” Tak sempat aku bersuara apa-apa, panggilan dari Farhan telah terputus. Aku pandang ke sekeliling. Mungkinkah lelaki itu berada berhampiran dengan aku? Ya Allah, benarkah dia ingin membunuh Syamil?

“Jom kita balik abang. Balik!” Segera aku menarik tangan Syamil. Lelaki itu terpinga-pinga namun tetap mengikut aku tanpa banyak kata.

Saat kami berdua ingin melintas jalan, tiba-tiba saja ada sebuah kereta meluru laju ke arah kami. Panik dengan keadaan itu dengan sekuat hati aku menolak tubuh Syamil ke sisi jalan. Tidak sempat aku mengelak, sekelip mata kereta itu melanggar tubuhku.

Tubuhku terasa ringan melayang dan akhirnya aku mula dapat merasa kesakitan yang amat sangat yang menyelubungi tubuhku. Aku rebah di atas jalan. Dan akhirnya aku tidak sedarkan diri lagi.


*********

Perlahan-lahan aku cuba untuk membuka kelopak mata. Kesakitan dan kepedihan terasa di seluruh badan. Ya Allah, sakitnya. Adakah aku telah masuk ke alam barzakh-Mu,  ya Rabb!

Aku cuba untuk mencelikkan mataku sedikit demi sedikit melihat keadaan sekeliling. Mengalih ke kiri, aku terpandang wajah seorang lelaki yang kelihatannya sedang menangis bersedih.

“Abang?” Aku cuba bersuara. Serentak itu Syamil terus mendakap tubuhku dan mengucup dahiku bertalu-talu.

“Ya Allah akhirnya Leen sedar jugak. Leen… Abang sayangkan Leen… Leen jangan tinggalkan abang…” Syamil menggenggam kemas tanganku. Aku masih keliru dengan apa yang terjadi. Namun, apabila fikiranku mula boleh berfungsi dengan baik, aku terus teringat pada kejadian yang menimpa aku dan Syamil.

“Abang…. Mana baby kita? Kenapa Leen rasa… ” Aku memandang ke arah perutku yang mula kempis. Tidak lagi kelihatan aku seperti orang mengandung. Ya Allah, adakah itu bermakna aku…

“Leen banyakkan bersabar. Allah lebih sayangkan anak kita. Dia, dia dah pergi sayang…”

Melihat Syamil menitiskan air mata, buat aku juga ingin menangis. Ya Allah, adakah aku sudah kehilangan anakku dalam kemalangan itu? Tidak cukup dengan kesedihan itu, di saat aku ingin menggerakkan kakiku, tiba-tiba saja ia terasa berat untuk diangkat. Terus aku memegang kedua belah kakiku. Ia masih di situ. Tapi mengapa aku tidak boleh menggerakkan kedua-dua belah kakiku lagi?

“Abang… kenapa Leen tak boleh gerakkan kaki Leen? Abang…. Abang tolong Leen. Kenapa Leen tak boleh gerakkan kaki Leen?!!” Menjerit-jerit aku pada Syamil. Lengan lelaki itu aku pegang kemas cuba bergantung kepadanya untuk bangun. Namun aku tetap tidak mampu. Kenapa? Adakah aku sudah lumpuh?

“Sabar sayang. Abang minta maaf. Abang tak mampu lindungi Leen. Abang bersalah sebab dah buat Leen jadi macam ni. Abang minta maaf sayang…” Syamil cuba menenangkan aku. Didakap tubuhku kemas dalam dakapannya. Aku masih cuba meronta-ronta dan ingin bangun. Jadi benarlah aku memang sudah tidak mampu berjalan lagi? Ya Allah… ujian apa Engkau berikan pada aku ni…

“Abang akan pastikan orang yang lakukan semua ni akan terima balasan yang setimpal. Abang akan cari dia sampai ke lubang cacing!”

Akhirnya aku tidak meronta lagi. Amarah Syamil buat aku terus terdiam kaku.  Siapakah agaknya yang menjadi dalang di sebalik kemalangan ini? Adakah semua ini berlaku atas perbuatan seseorang yang sudah mengugut aku? Farhan Hakimi. Adakah dia orang yang telah menyebabkan semua ini terjadi? Ya Allah, jadi dia memang nekad untuk membunuh Syamil. Tapi yang jadi mangsa adalah aku. Aku sudah kehilangan anak dalam kandunganku dan kehilangan nikmat untuk berjalan. Ya Allah… tegarnya Farhan melakukan semua ini. Apa dosa aku dan Syamil pada dia?! Mampukah aku meneruskan hari-hariku dengan segala ujianMu ini….

#bersambung.
*Satu bab lagi nak TAMAT. Ya, memang cite ni sekejap je. Jalan cite pun swoooshhhhh~ Laju.


4 comments:

  1. Leen lumpuh? :( klau org mcm farhan ni ad kt depn mata, nak je ku cekik2 jantan tu. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboihh garang nyer.. haha..leen lumpuh mungkin untuk sementara je...mana tau dia leh jalan balik nanti

      Delete
  2. Haisyyy...jhat sungguh farhan..dgki btol die ngn leen...huhhh!!
    Hrap2 leen bole jln blk nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhan baru sedar siapa yg mampu buat dia bahagia..

      Delete